Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 38

040211-13-1331

SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN PENDUDUK DI


KAMPUNG SILENG MELAYU,LUNDU,SARAWAK

ABSTRAK

Kajian kursus ini bertajuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di Kampung
Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.Objektif kajian ini ialah mengenalpasti punca yang
menyebabkan semangat kejiranan berkurang dalam kalangan penduduk dan
mengenalpasti cara untuk meningkatkan semangat kejiranan di Kampung Sileng
Melayu,Lundu,Sarawak.Kajian ini dijalankan di Kampung Sileng
Melayu,Lundu,Sarawak.Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah
iaitu seramai 20 orang responden untuk menjawab borang soal selidik dan 5 orang
informen untuk ditemubual.Intrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan
temubual bagi mendapatkan data dan menggunakan peratus,kekerapan dan
min.Dapatan kajian dianalisis dan dipersembahkan dalam jadual,graf,dan
carta.Kesimpulannya,hasil kajian dianalisis menunjukkan semangat kejiranan di
Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak berkurang.

1
040211-13-1331

SENARAI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka surat

Abstrak 1

Senarai kandungan 2-3

Penghargaan 4

1.0 Pengenalan 5-7

2.0 Objektif kajian 8

3.0 Lokasi kajian 9

3.1 Negeri Sarawak 9

3.2 Daerah Lundu 10

3.3 Kampung Sileng Melayu 11

4.0 Metodologi Kajian 12

4.1 Pendahuluan 12

4.2 Reka Bentuk Kajian 12

4.3 Persampelan Kajian 12

4.4 Instrumen Kajian 13

4.4.1 Borang Soal Selidik 13

4.4.2 Kaedah Temubual 14

4.5.1 Data Kuantitatif 14

4.5.1 Data Kualitatif 15

4.6 Rumusan Metodologi 15

5.0 Dapatan Kajian 16

5.1 Demografi Responden 16-19

2
040211-13-1331

5.2 Punca yang menyebabkan semangat kejiranan 20-24


berkurang di Kampung Sileng
Melayu,Lundu,Sarawak
5.3 Cara untuk meningkatkan semangat kejiranan di 25-29
Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.

5.4 Rumusan Dapatan Temubual 30-31

6.0 Rumusan dan Kesimpulan 32-33

Rujukan 34

Rumusan soal selidik dan temubual 35-38

3
040211-13-1331

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu


kerana telah mengizinkan saya menjalankan kerja kursus Pengajian Am.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Anita anak Amit iaitu guru
Pengajian Am Smk Lundu bagi kelas 6S2(3) kerana telah banyak memberi bimbingan
dan tunjuk ajar dengan baik tentang kerja kursus Pengajian Am kepada saya dengan
pelajar yang lain.Ribuan terima kasih juga kepada cikgu kerana telah memberi
bimbingan semasa sepanjang kerja kursus ini dijalankan tanpa penat lelah cikgu
memberikan ajaran kepada saya.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua-dua ibubapa saya yang telah
menolong saya dalam menjayakan dan membantu saya dalam menjalankan kerja
kursus Pengajian Am.

Saya ingin juga menucapakan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
yang telah bersama-sama dengan saya semasa menjalankan kerja kursus ini.

4
040211-13-1331

1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2010),kejiranan bermaksud yang


berhubungan dan jiran atau hidup sebagai jiran.Kejiranan juga bermaksud seseorang
yang tinggal berdekatan dan tinggaal di kawasan setempat.Di samping itu,jiran
tinggal berdekatan dengan rumah atau di sesutu penempatan yang dekat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2010),sosial bermaksud segala hal


yang berkaitan dengan masyarakat,perihal masyarakat,kemasyarakatan.Selain
itu,sosial juga amat penting untuk mempengaruhi hubungan dalam kalangan
masyarakat.Hal ini dapat kita melalui isu ayau perbincangan yang dihadapi oleh
masyarakat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2010),budaya bermaksud


tamadun,beradaban.Di samping itu,budaya merupakan sesuatu perkara yang berunsur
tradisional dan memiliki sejarah yang tersendiri.Ini hal merujukan budaya di Malaysia
dengan pakaian tradisional seperti baju melayu,baju kurung dan sebagainya.

Menurut sumber daripada Harakahdaily,semangat kejiranan merupakan aspek


yang penting dalam kehidupan masyarakat.Semangat kejiranan ini dapat mengatasi
masalah dengan mudah apabila dilakukan dengan jiran serta dapat mengeratkan
silaturahim antara penduduk kawasan perumahan.

Menurut berita daripada Astro Awani(2016),Perdana Menteri ke 6 iaitu Datuk


Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak berkata semangat kejiranan dikalangan
rakyat pada zaman dahulu lebih tinggi berbanding zaman sekarang.Beliau juga
berkata bahawa rakyat harus memperbanyakkan interaksi sesama jiran tetangga.

Di samping itu,Isu- isu berkenanan semangat kejiranan semakin berkurang dalam


kalangan masyarakat terutamanya golongan muda dari tahun ke tahun.Hal ini akan

5
040211-13-1331

menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat apabila semangat kejiranan


seperti saling tolong menolong antara jiran yang kurangan apabila sesama jiran
mementingkan diri dan tidak mengambil peduli terhadap persekitaran rumah yang
dekat.Perkara ini harus diatasi supaya dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai
semangat kejiranan yang baik.Hal ini dapat diatasi sekiranya semua pihak mengambil
berat terhadap jiran mereka sendiri serta ketua kampung yang juga memainkan
peranan penting untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat dengan
menanjurkan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti sukaneka,bergotong -royong dan
sebagainya.

Kajian ini memfokuskan mengapakah semangat kejiranan semaking berkurang dalam


kalangan penduduk di Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.Hal in kerana
pengkaji mendapati semangat kejiranan yang semakin berkurang melalui aktiviti-
aktiviti yang melibatkan penduduk setempat yang kurang mendapat sambutan oleh
penduduk setempat di.Hal ini kerana Kampung Sileng Melayu yang merupakan
kampung pengkaji.Seterusnya,kajian ini juga memfokuskan bagaimanakah cara
untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di Kampung
Sileng Melayu.Hal ini dilakukan untuk meningkatkan semangat kejiranan yang
membimbangkan dengan beberapa langkah atau cara yang sesuai serta berkesan untuk
meningkatkan semangat kejiranan yang pudar dalam kalangan penduduk setempat di
Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.

Rasional kajian ini dijalankan kerana semangat kejiranan dalam kalangan penduduk
yang semakin berkurang melalui penglibatan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh
ketua kampung atau pihak yang bertanggungjawab di Kampung Sileng
Melayu,Lundu,Sarawak yang menunjukan kekurang orang yang mengambil acara
atau hadir semasa aktiviti dianjurkan.Mereka tidak mengambil bahagian disebabkan
bersikap penting sendiri,sibuk dengan berkerjaan dan sebagainya.Seterusnya,langkah-

6
040211-13-1331

langkah perlu dilakukan untuk mengatasi masalah semangat kejiranan yang semakin
kurang dalam kalangan masyarakat dengan langkah yang baik dan berkesan.Hal ini
akan meningkatkan hubungan silaturahim antara jiran dalam kalangan penduduk
dengan melakukan aktiviti yang dapat menarik minat seluruh masyarakat di Kampung
Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.Dengan melakukan kajian ini akan memudahkan
pengkaji mengetahui langkah mengatasi masalah semangat kejiranan di Kampung
Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.

Kesimpulannya,semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan masyarakat di


Kampung Sileng Melayu Lundu,Sarawak.Hal ini akan mengkekalkan kedamaian serta
keharmonian dalam kalangan masyarakat di Kampung Sileng
Melayu,Lundu,Sarawak.Tambahan lagi,semangat kejiranan dapat megekalkan
hubungan di antara penduduk setempat.Sekiranya semangat kejiranan dipupuk hingga
masa depan ini sekaligus akan mendatangkan kesan yang baik untuk masyarakat
setempat.

7
040211-13-1331

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti punca yang menyebabkan semangat kejiranan berkurang dalam


kalangan penduduk di Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.

ii. Mengenalpasti cara untuk meningkatkan semangat kejiranan di Kampung


Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.

8
040211-13-1331

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 NEGERI SARAWAK

Peta 1 : Negeri Sarawak


Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Sarawak_districts_map.svg
Negeri Sarawak merupakan negeri yang terbesar daripada 14 buah negeri di
Malaysia.Menurut sumber dari laman web Malaysian Avition Commission,saiz negeri
Sarawak ialah keluasan 124,450 km persegi.Sarawak berhampiran dengan negeri
Sabah,Wilayah Persekutuan dan negara-negara yang lain seperti Brunei dan
Indonesia.Negeri Sarawak terbahagi ke 12 bahagian iaitu bahagian
Limbang,Miri,Bintulu,Kapit,Sarikei,Sibu,Mukah,Betong,Sri Aman,Samarahan,Serian
dan Kuching.

9
040211-13-1331

3.2 DAERAH LUNDU

Peta 2 : Daerah Lundu

Sumber: https://lundudc.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/129

Lundu merupakan daerah yang terletak di bahagian barat daya Bahagian Kuching
dan persempadan dengan Kalimatan Barat,Indonesia.Lundu merupakan daerah yang
keluasannya ialah 1,962 km² dan memiliki tarikan pelancong yang tersendiri seperti
Gunung Gading National Park,Pantai Pugu,Pantai Pandan dan sebagainya.Majorti
penduduk yang menetap di Daerah Lundu ialah berbangsa Bidayuh,Cina,Melayu dan
sebagainya.

10
040211-13-1331

3.3 KAMPUNG SILENG MELAYU

Peta 3 : Kampung Sileng Melayu

Sumber:Google Map

Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak terletak di Daerah Lundu.Jumlah penduduk


di Kampung Sileng Melayu ialan seramai 989 orang dan jumlah rumah yang didiami
ialah 184 buah.Kampung Sileng Melayu berdekatan dengan Pekan Lundu hanya
sekitar 200 meter hingga 500 meter,.Kampung Sileng Melayu berdekatan dengan
kemudahan awan seperti sekolah rendah,hospital dan sebagainya.Kegiatan ekonomi
oleh penduduk setempat di Kampung Sileng Melayu ialah seorang nelayan dan cikgu
kerana tempat kerja sangat berhampiran seperti nelayan kerana Kampung Sileng
Melayu berdekatan dengan Sungai Batang Kayan.

11
040211-13-1331

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN
Metodologi kajian ialah satu pendekatan saintifik yang digunakan untuk mencari
jawapan dan penyelesaikan kepada sesuatu masalah yang hendak dikaji.Tujuan
metodologi islsh untuk membantu memahami objektif dengan lebih mendalam dan
lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian untuk
proses.Metodologi kajian meliputi Teknik mereka bentuk,kaedah
kajian,menyampelkan kajian,instrument kajian digunakan untuk dan cara
mengumpulkan dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti untuk
menyokong sesuatu kesimpulan.

4.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk tinjaun iaitu kaedah mengumpul maklumat dengan satu set
soalan kepada satu sampel individu yang dipilih daripada populasi yang dikaji.Reka
bentuk adalah berbentuk eksperimen.Dalam kajian ini dapat dilihat punca yang
menyebabkan semangat kejiranan berkurang dan cara meningkatkan semangat
kejiranan di Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.

4.3 PERSAMPELAN KAJIAN

Pemilihan persampelan ini dilakukan secara rawak mudah.Persampelan rawak mudah


ialah setiap penduduk mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.Kaedah ini
digunakan untuk penduduk Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak untuk
menjawab soal selidik berserta dengan temu bual.Responden yang seramai 20 orang
yang terdiri daripada 12(60%) orang lelaki dan 8(40%) orang perempuan yang telah
dipilih dengan persampelan rawak mudah di Kampung Sileng Melayu.Responden
juga terdiri daripada lingkungan umur 19-29 tahun ialah sebanyak 10 orang,30-39
tahun ialah 3 orang,40-49 tahun ialah 2 orang,50-59 tahun ialah 3 orang manakala 60
tahun ke atas ialah 2 orang.Pengkaji juga telah menemubual beberapa orang informen
untuk menjawab soalan yang disediakan oleh pengkaji berkaitan dengan objektif
kajian.Terdapat 3 orang informen yang terdiri daripada 2 orang lelaki dan 1 orang
perempuan yang lingkungan umur antara 40-59 dan

12
040211-13-1331

ketiga-tiga informen merupakan penduduk yang sudah lama menetap di Kampung


Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.

4.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian adalah alat untuk mengumpulkan data atau maklumat bagi
menjawab soalan penyelidikan yang dikaji.Data primer ialah sumber asli dan bagi
kajian ini data primer menggunakan instrument soal selidik dan temu bual.Manakala
data sekunder baji kajian ini ialah pengkaji menggunakan laman web,kamus dan
media social untuk menjawab soalan penyelidikan ini.

Jadual 1 : Instrumen Kajian

Data Instrumen kajian


Kuantitatif Borang soal selidik
Kuanlitatif Borang temu bual
Sumber : Kerja Kursus Pengajian Am 2016

4.4.1 BORANG SOAL SELIDIK

Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul data.Data yang
diperoleh daripada soal selidik dengan responden kajian dijalankan berbentuk data
deskriptif dan yang tepat.Terdapat 3 bahagian dalam borang soal selidik yang
dilakukan oleh pengkaji.Pada bahagian A,data responden seperti jantina,umur dan
kaum.Pada bahagian B pula,terdapat objektif 1 pengkaji iaitu punca yang
menyebabkan semangat kejiranan berkurang di Kampung Sileng
Melayu,Lundu,Sarawak.Pada bahagian C,terdapat objektif 2 ialah cara untuk
meningkatkan semangat kejiranan di Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.Soal
selidik ini berbentuk skala Likert yang diasaskan oleh Rensis Likert pada tahun
1932(R.Kuberan et al,2016) digunakan dalam bahagian B dan bahagian C.Item yang
menunjukkan indicator secara positif(sangat setuju,setuju) dan indikaor secara
negatif(tidak setuju,kurang setuju).Pengkaji telah mengedarkan borang selidik kepada
20 orang responden yang mewakili 10 orang dalam umur 19-29 tahun,3 orang dalam
30-39,

13
040211-13-1331

2 orang dalam umur 40-49,3 orang dalam umur 50-59 dan 60 tahun ke atas ialah 2
orang.

Jadual 2 : Skala Likert 4 aras

Skor/Poin Skala/Aras
TIDAK SETUJU 1
KURANG SETUJU 2
SETUJU 3
SANGAT SETUJU 4
Sumber : Kerja Kursus Pengajian Am 2016

4.4.2 KAEDAH TEMU BUAL

Instrumen temubual mempunyai peringkat iaitu secara tidak formal.Pengkaji telah


menemui informen secara tidak sengaja dan terus menanyakan soalan-soalan yang
berkaitana dengan semangat kejiranan di kampong Sileng Melayu,Lundu untuk
mendapatan maklumat yang lebih terperinci daripada informen.Borang temubual yang
mempunyai 2 soalan yang merangkumi objektif 1 dan objektif 2 kajian.Pengkaji telah
menemubual 3 orang individu secara tidak formal iaitu 2 orang lelaki dan 1 orang
perempuan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan punca yang menyebabkan
semangat kejiranan berkurang dan cara meningkatkan semangat kejiranan di
Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.

4.5 CARA MENGANALISIS DATA DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA

4.5.1 DATA KUANTITATIF

Kaedah kuantitatif merujuk kepada data yang dijumlahkan dan terdapat proses
pengiraan yang dilakukan secara terperinci.Statistik deskriptif adalah dengan
menggunakan kaedah berangka dan grafik untuk set data daripada kajian.Dengan
statistic juga dapat meringkaskan maklumat yang didapat dalam bentuk carta dan
graf.Skala Likert yang terdapat dalam borang soal selidik digunakan dalam
mengenalpasti

14
040211-13-1331

punca yang menyebabkan semangat kejiranan berkurang dan cara meningkatkan


semangat kejiranan di Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.Peratus,kekerapan
dan min dihitung menggunakan kaedah kuantitatif bagi mendapatkan jawapan dan
angka untuk menjawab objektif kajian pengkaji.

Jadual 3 : Skala Likert 4 aras dan Min

Tahap Tidak setuju Kurang Setuju Sangat setuju


setuju
Skala permarkahan 1 2 3 4
Min 0-1.0 1.1-2.0 2.1-3.0 3.1-4.0
Sumber : Kerja Kursus Pengajian Am 2016

4.5.2 DATA KUALITATIF


Data kualitatif merujuk kepada data yang tidak boleh dihitung dan memerlukan
kaedah temubual atau pemerhatian.Kaedah ini memerlukan soalan yang dapat
menjawab kehendak objektif yang telah disediakan oleh pengkaji.Data kualitatif
boleh dianalisis menggunakan beberapa teknik tematik atau teknik koding data
berasaskan isu kajian.Dapatan kajian bagi menyokong dapatan kualitatif.Pengkaji
menggunakan jadual,carta dan graf yang sesuaian bagi menganalisis dan
mempersembahkan data bagi menjawab objektif pengkaji.

4.6 RUMUSAN METODOLOGI


Metodologi yang dibuat diharapkan dapat diterima dan disahkan dalam dapatan
kajian.Sehubungan itu,pengkaji telah menjalankan kajian dengan betul dan memenuhi
prosedur kutipan data dan instrument yang telah dikaji.Kaedah mengumpulkan data
dan menganalisis data dibincangkan untuk memenuhi metodologi dengan betul dan
tepat.

15
040211-13-1331

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian menerangkan analisis data berdasarkan tindak balas responden
terhadap soal selidik dan temubual yang dilakukan oleh pengkaji berkaitan dengan
punca yang menyebabkan semangat semangat kejiranan berkurang dan cara untuk
meningkatkan semangat kejiranan di kampung Sileng Melayu,Lundu Sarawak.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual 4:Demografi Responden

Aspek Kategori Kekerapan Peratus% Jumlah(orang)

Jantina Lelaki 12 60
20

Perempuan 8 40

Kelas umur 19-29 10 50


30-39 3 15 20

40-49 2 10
50-59 3 15

60 ke atas 2 10

Sumber : Kerja Lapangan 2023

16
040211-13-1331

Demografi responden berdasarkan jantina

Jantina Lelaki
40% Jantina Perempuan

60%

Rajah 1 :Demografi responden berdasarkan jantina


Sumber:Kerja Lapangan 2023

Responden soal selidik ini terdiri daripada penduduk di Kampung Sileng


Melayu,Lundu,Sarawak.Daripada Jadual 4 dan Rajah 1,jumlah responden ialah 20
orang yang terdiri daripada 12 orang lelaki(60%) dan 8 orang perempuan(40%).

17
040211-13-1331

Kelas umur

10%
19-29
30-39
15% 40-49
50-59
50%
60 tahun ke atas
10%

15%

Rajah 2 Demografi responden berdasarkan kelas umur


Sumber:Kerja Lapangan 2023

Merujuk Jadual 4 dan Rajah 2,responden berumur 19-29 tahun adalah 10


orang(50%) yang terbanyak,diikuti responden 30-39 iaitu 3 orang
(15%).Seterusnya,umur 50-59 adalah 3 orang (15%).Manakala yang berusia 40-49
dan 60 tahun ke atas adalah sama iaitu 2 orang(10%).

18
040211-13-1331

Kaum
5%

Melayu
Cina
Iban
Lain-lain

95%

Rajah 3 :Demografi responden berdasarkan Kaum.


Sumber :Kerja Lapangan 2023

Merujuk Rajah 3 dan Jadual 4,jumlah responden ialah seramai 20


orang.Penduduk di kampung Sileng Melayu ialah terdiri daripada bangsa Melayu,Iban
dan Cina.Responden terdiri daripada 19 (95%) orang berbangsa Melayu dan 1
orang(5%) berbangsa Iban.

19
040211-13-1331

5.2 PUNCA YANG MENYEBABKAN SEMANGAT KEJIRANAN


BERKURANG DI KAMPUNG SILENG MELAYU,LUNDU SARAWAK

Jadual 5 :Punca yang menyebabkan semangat kejiranan berkurang di Kampung


Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.
Perkara TIDAK KURANG SETUJU SANGAT Min
SETUJU SETUJU SETUJU
f % f % f % f %

Kesibukan bekerja 1 5 7 35 5 25 7 35 2.9


(S)
Kurang melibatkan 0 0 3 15 5 25 12 60 3.45
diri dalam aktiviti (SS)
kampung
Kemajuan 3 15 10 50 3 15 4 20 2.4
teknologi (S)
Tidak bertegur 1 5 3 15 10 50 6 30 3.05
sapa dengan jiran (SS)
Sikap 0 0 5 25 7 35 8 40 3.15
mementingkan diri (SS)
sendiri
Pembangunan yang 11 55 7 35 1 5 1 5 1.6
pesat (KS)
Sikap perkauman 5 25 8 40 3 15 4 20 2.3
yang tebal (S)
Sumber : Kajian Lapangan 2023

20
040211-13-1331

Punca yang menyebabkan semangat kejiranan


berkurang
12 11
12 10 10
8 7 7 6 7 8 7 8
5 5 5 5
4 3 3 3 4 3 3 4
1 0 1 0 1 1
0
rja ng gi a n iri at ba
l
ke pu lo jir nd s
te
o e pe
be m kn a n
ri
s
ng ng
an ka te ng di ya ya
uk iti an de an an an
is b tiv ju pa gk
Ke ak m
a a n g un au
m
am Ke rs ti n rk
l gu en ba pe
da te em m p
ri i ber m Pe ka
n
d k p Si
ka da ika
at Ti S
e lib
m
ng
ura
K Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

Sumber : Kerja Lapangan 2023

Rajah 4 : Punca yang menyebabkan semangat kejiranan berkurang di Kampung


Sileng Melayu.

Merujuk Rajah 4 dan Jadual 5,kesibukan bekerja merupakan salah satu punca yang
menyebabkan semangat kejiranan berkurang.Penduduk yang memilih sangat setuju
dan kurang setuju iaitu seramai 7 orang (35%),5 orang (25%) penduduk memilih
setuju serta 1 orang (5%) penduduk memilih tidak setuju. Min punca kesibukan
bekerja ialah 2.9.Penduduk di kampong Sileng Melayu bersetuju bahawa kesibukan
bekerja akan menyebabkan sesetengah penduduk setempat menghabiskan masa
dengan hanya bekerja sehingga tidak mengenali jiran sekeliling.Kajian ini turut
disokong oleh Mejemah binti Samsudin.(Temubual,21.5.2023)

“Penduduk di kampung terlalu sibuk berkerja menyebabkan mereka tidak dapat


sempat bertegur sapa dengan jiran mereka”-Mejemah binti Samsudin
(Temubual,21.5.2023)

Penduduk yang sibuk berkerja hanya pergi berkerja pada awal pagi dan balik pada
waktu malam menyebabkan penduduk tidak dapat berpeluang untuk bertegur sapa
serta mengenali jiran di persekitaran.

21
040211-13-1331

Kesimpulannya,kesibukan bekerja menyebabkan semangat kejiranan berkurang


apabila pekerja jarang bertemu dengan jiran di sebelahan rumah.

Selain.itu,kurang melibatkan diri dalam aktiviti kampung juga merupakan


punca semangat kejiranan berkurang.Majoriti penduduk memilih sangat setuju iaitu
12 orang(60%),5 orang(25%) setuju dan 3 orang(15%) kurang setuju.Penduduk
memilih setuju kerana penglibatan penduduk dalam aktiviti yang dianjurkan oleh
ketua kampung. Min kurang melibatkan diri dalam aktiviti kampung merupakan
paling tertinggi iaitu 3.45 berbanding punca yang lain.Penduduk memilih sangat
setuju kerana penduduk di kampung Sileng Melayu yang kurang melibatkan diri
dalam sebarang aktiviti kampung dengan kehadiran semasa aktiviti
berlangsung.Penyataan ini disokong oleh Encik Mohamad Nor bin Hamdan.
(Temubual 21.05.23)

“Penduduk Kampung Sileng Melayu kurang melibatkan diri dalam aktiviti kampung
terutama orang muda”-Mohamad Nor bin Hamdan(Temubual 21.05.23)

Kesimpulannya,kurang melibatkan diri merupakan punca utama yang


menyebabkan semangat kejiranan berkurang di Kampung Sileng Melayu,Lundu.

Seterusnya,kemajuan teknologi.Penduduk memilih memilih kurang setuju iaitu


10 orang(50%),3 orang (15%)tidak setuju dan 3 orang(15%) juga memilih setuju
manakala sangat setuju ialah 4 orang(20%). Min bagi kemajuan teknologi ialah 2.4
memilih setuju hal ini kemajuan teknologi menjadi punca semangat kejiranan
berkurang kerana penduduk yang sering bermain telefon serta menonton televisyen
yang melekakan mereka sehingga tidak keluar rumah untuk bertegur-sapa serta sibuk
dengan urusan media sosial.Kajian ini turut disokong oleh Encik Sapian bin
Johari(Temubual 28.05.2023)

“Kemajuan teknologi seperti telefon bimbit akan menyebabkan orang leka dan tidak
keluar rumah menyebabkan mereka tidak mengetahui jiran mereka sendiri”- Encik
Sapian bin Johari(Temubual 28.05.2023)

Kesimpulannya,kemajuan teknologi merupakan punca semangat


kejiranan.Kemajuan teknologi menyebabkan penduduk hanya leka terhadap teknologi
moden yang mengakibatkan penduduk hanya di rumah.

22
040211-13-1331

Selain itu,tidak bertegur sapa juga punca semangat kejiranan


berkurang.Penduduk memilih setuju iaitu 10 orang(50%) diikuti 6 orang (30%)
memilih setuju dan kurang setuju 3 orang(15%),1 orang(5%) tidak setuju. Min pula
ialah 3.05 yang memilih setuju.Penduduk menanggap tidak bertegur sapa sesama jiran
sebagai punca kerana penduduk berdekatan tidak bertegur sapa walaupun berjumpa
berdekatan rumah.Kajian ini turut disokong oleh Encik Awang Sulong bin Awang
Drahman(Temubual 3.06.2023)

“Sesetengah jiran tidak bertegur sapa dengan jiran kerana tidak suka atau tidak
ambil peduli terhadap jiran disekeliling”-Encik Awang Sulong bin Awang
Drahman(Temubual 3.06.2023)

Kesimpulannya,tidak bertegur sapa akan mengurangkan sikap kejiranan di


Kampung Sileng Melayu.Penduduk tidak bertegur sapa antara satu sama lain yang
menyebabkan semangat kejiranan di Kampung Sileng Melayu berkurang.

Seterusnya,sikap mementingkan diri sendiri.Penduduk memilih 8 orang(40%)


sangat setuju diikuti 7 orang setuju(35%) dan 5 orang(25%) kurang setuju. Min bagi
sikap mementingkan diri sendiri iaitu 3.15.Penduduk memilih sangat setuju keranan
sikap mementingkan diri sendiri menyebabkan sesetengah jiran tidak mengambil tahu
tentang jiran yang tinggal di persekitaran.Kajian ini turut disokong oleh Encik Musa
bin Don.(Temubual 17.06.2023)

“Penduduk mementingkan diri sendiri dengan bersikap sombong dan tidak


mengambil peduli terhadap penduduk yang lain”-Encik Musa bin Don(Temubual
17.06.2023)

Kesimpulannya,sikap mementingkan diri sendiri merupakan punca yang


menyebabkan semangat kejiranan berkurang di Kampung Sileng Melayu kerana
walaupun menetap berhampiran penduduk tidak mengenali atau menendahkan jiran
mereka.

23
040211-13-1331

Di samping itu,pembangunan yang pesat.Penduduk di Kampung Sileng Melayu


memilih tidak setuju ialah 11 orang (55%) diikuti kurang setuju 7 orang(35%),1
orang(5%) setuju dan 1 orang(5%) sangat setuju. Min bagi pembangunan yang pesat
ialah 1.6.Penduduk memilih kurang setuju kerana walaupun bangunan yang pesat iya
tidak mempengaruhi semangat kejiranan di kampung Sileng Melayu serta kebanyakan
rumah di Kampung Sileng Melayu tidak berpagar.Kajian ini disokong oleh Encik
Sapian bin Johari.(Temubual.28.05.23)

“Walaupun pembangunan semakin pesat seperti rumah tidak menpengaruhi


semangat kejiranan di Kampung Seling Melayu”-Encik Sapian bin
Johari(Temubual.28.05.23)

Kesimpulannya,Pembangunan yang pesat merupakan punca yang kurang


disetujui oleh penduduk kampung Sileng Melayu.Penduduk kurang setuju kerana
semangat kejiranan tidak dipengaruhi oleh pembangunan.

Akhir sekali,sikap perkauman yang tebal.Penduduk memilih tidak setuju iaitu


5 orang (25%) ikuti 8 orang (40%) dan setuju 3 orang (15%) serta 4 orang (20%)
sangat setuju. Min sikap perkauman yang tebal pula ialah 2.3.Penduduk memilih
setuju kerana majoriti penduduk di kampung Sileng Melayu ialah berbangsa Melayu
dan sedikit berbangsa lain seperti Iban dan Cina.Kajian ini turut disokong oleh Encik
Awang Sulong bin Awang Drahman.(Temubual 3.06.2023)

“Masalah perkauman di kampung ini tidak ada kerana majoriti penduduk


berbangsa Melayu dan berbangsa lain yang berkhawin dengan penduduk di kampung
ini”-Encik Awang Sulong bin Awang Drahman (Temubual 3.06.2023).

Kesimpulannya,Sikap perkauman yang tebal menyebabkan semangat kejiranan


berkurang.Segelintir penduduk yang memiliki sifat rasisme dalam diri diakibatkan
memiliki dendam atau iri hati terhadap kaum tersebut.

24
040211-13-1331

5.3 CARA UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT KEJIRANAN DI


KAMPUNG SILENG MELAYU,LUNDU,SARAWAK.

Jadual 6 : Cara untuk meningkatkan semangat kejiranan di kampung Sileng


Melayu,Lundu,Sarawak.

Perkara TIDAK KURANG SETUJU SANGAT Min


SETUJU SETUJU SETUJU

f % f % f % f &

Mengadakan 0 0 1 5 6 30 13 65 3.6
gotong royong (SS)
atau sukaneka
Mengadakan 0 0 1 5 4 20 15 75 3.7
rumah terbuka (SS)
semasa perayaan
Bertegur sapa 0 0 0 0 6 30 14 70 3.7
bertemu dengan (SS)
jiran
Membantu jiran 0 0 3 15 13 65 4 20 3.05
kesusahan (SS)
Berkunjung ke 0 0 0 0 9 45 11 55 3.55
rumah jiran (SS)
semasa perayaan
Menghormati hak 0 0 0 0 10 50 10 50 3.5
masing-masing (SS)
Mewujudkan 0 0 3 15 10 50 7 35 3.2
pusat komuniti (SS)
dan rukun
tetangga
Sumber : Kerja Lapngan 2023

25
040211-13-1331

Cara meningkatkan semangat kejiranan di kampung


sileng melayu

7 10
Mewujudkan pusat komuniti dan rukun tetangga 3
0
10
10
Menghormati hak masing masing0
0
9 11
Berkunjung ke rumah jiran
0
0
4 13
Membantu jiran kesusahan 3
0
6 14
Bertegur sapa bertemu dengan jiran
0
0
4 15
Mengadakan rumah terbuka semasa perayaan 1
0
6 13
Mengadakan gotong royong atau sukaneka 1
0
0 2 4 6 8 10 12 14 16

SANGAT SETUJU SETUJU KURANG SETUJU TIDAK SETUJU

Rajah 5 : Cara untuk meningkatkan semangat kejiranan di kampung Sileng


Melayu,Lundu,Sarawak.

Sumber : Kerja Lapangan 2023

Merujuk Jadual 6 dan Rajah 5,mengadakan gotong royong merupakan cara


meningkatkan semangat kejiranan.Penduduk memilih 13 sangat setuju(65%),6
setuju(30%) dan 1 orang (5%) kurang setuju.

Min bagi mengadakan gotong royong ialah 3.6.Penduduk memilih sangat setuju
kerana gotong royong dapat mengeratkan silaturahim sesama jiran.Kajian ini turut
disokong oleh Mejemah binti Samsudin(Temubual 21.5.23)

“gotong royong seperti pembersihan masjid akan mengeratkan hubungan diantara


jiran”-Mejemah binti Samsudin(Temubual 21.5.23)

Kesimpulannya,penduduk sangat bersetuju bahawa mengadakan gotong royong


akan meneratkan silaturahim sesame jiran di kampung Sileng Melayu.

Selain itu,mengadakan rumah terbuka.Penduduk memilih sangat setuju iaitu 15


orang(75%) diikuti setuju 4 orang(20%) dan 1 kurang setuju(5%).Min pula ialah
3.7.Penduduk sangat setuju bahawa mengadakan rumah terbuka semasa perayaan

26
040211-13-1331

akan mengeratkan silaturahim apabila jiran hadir ke rumah untuk menyambut hari
perayaan bersama.Kajian ini turut disokong Encik Musa bin Don(Temubual
17.06.2023)

“Mengadakan rumah terbuka semasa perayaan akan didatangi oleh jiran disekeliling
yang menyebabkan semangat kejiranan meningkat”-Encik Musa bin
Don(Temubual 17.06.2023)

Kesimpulannya,mengadakan rumah terbuka semasa perayaan akan


meningkatkan semangat kejiranan apabila saling menghadirkan diri ke rumah jiran
semasa perayaan.

Seterusnya,bertegur sapa dengan jiran merupakan cara meningkatkan


semangat kejiranan.Penduduk memilih sangat setuju iaitu 14 orang(70%) diikuti 6
orang(30%) setuju. Min bagi bertegur sapa dengan jiran ialah 3.7.Penduduk sangat
setuju bahawa bertegur sapa dapat meningkat semangat kejiranan kerana jiran yang
saling bertegur sapa akan saling mengenali antara satu sama lain.Kajian ini turut
dikong oleh Mohamad Nor bin Hamdan(Temubual 21.05.23)

“Bertegur sapa akan meningkatan semangat kejiranan terutamanya jiran yang


tinggal berhampiran”-Mohamad Nor bin Hamdan (Temubual 21.05.23)

Kesimpulannya,bertegur sapa akan mengeratkan hubungan silaturahim sesama


jiran dan meningkat semangat kejiranan di kampung Sileng Melayu.

Selain itu,membantu jiran semasa kesusahan.Penduduk memilh setuju


13(65%) orang diikuti 4 orang(20%) sangat bersetuju dan kurang bersetuju 3
orang(15%). Min membantu jiran sesama kesusahan ialah 3.05.Penduduk bersetuju
bahawa membantu jiran semasa kejiranan kerana jiran akan membalaskan jasa baik
apabila kita turut kesusahan.Kajian ini turut disokong oleh Encik Awang Sulong bin
Awang Drahman.(Temubual 3.06.2023)

“Jiran perlu saling bantu-membantu apabila kesusahan untuk mengeratkan


hubungan silaturahim sesama jiran”- Encik Awang Sulong bin Awang Drahman.
(Temubual 3.06.2023)

27
040211-13-1331

Kesimpulannya,membantu jiran semasa kesusahan merupakan cara


meningkatkan semangat kejiranan di Kampung Sileng Melayu.Hal ini turut
mengeratkan hubungan antara jiran di Kampung Sileng Melayu.

Seterusnya,berkunjung ke rumah jiran semasa perayaan.Penduduk memilih


11 orang sangat setuju (55%) dan 9 setuju(45%).Min bagi berkunjung ke rumah jiran
ialah 3.55.Penduduk di Kampung Sileng Melayu sangat setuju bahwa berkunjung ke
rumah jiran semasa perayaan akan meningkatkan hubungan silaturahim antara jiran
apabila kita menyambut hari perayaan bersama jiran.Kajian ini turut ini turut
disokong Encik Musa bin Don(17.06.2023)

“Meraikan hari perayaan bersama dengan jiran dengan berkunjung ke rumah jiran
yang mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran”-Encik Musa bin
Don(17,06,2023)

Kesimpulannya,berkunjung ke rumah jiran semasa perayaan akan meningkatkan


semangat kejiraan di Kampung Sileng Melayu.

Di samping itu,menghormati hak masing-masing.Penduduk di Kampung


Sileng Melayu memilih sangat setuju dan setuju ialah sebanyak 10 orang. Min pula
ialah 3.5.Penduduk memilih sangat setuju kerana menghormati hak maisng masing
dapat meningkatkan semangat kejiranan dengan menghormati urusan peribadi
jiran.Kajian ini turut disokong oleh Encik Sapian bin Johari (Temubual 28.05.23)

“Jiran harus menghormati hak sesama jiran supaya tidak menimbulkan rasa iri hati
atau dendam”-Encik Sapian bin Johari (Temubual 28.05.23)

Kesimpulannya,menghormati hak masing-masing merupakan cara meningkatkan


semangat kejiranan di Kampung Sileng Melayu.

Akhir sekali,mewujudkan pusat komuniti dan rukun tetangga.Penduduk di


Kampung Sileng Melayu ialah 7 orang sangat setuju diikuti 10 setuju(50%) dan 3
orang (15%)kurang setuju.

Min untuk mewujudkan pusat komuniti dan rukun tetangga ialah 3.2.Penduduk
memilih sangat setuju kerana pusat komuniti akan mengeratkan silaturahim dengan

28
040211-13-1331

melakukan kumpulan atau perjumpaan untuk melaksanakan sesuatu perkara


bersama.Kajian ini turut disokong oleh HarakahDaily(2003)

“Semangat kejiranan dan perpaduan kaum dapat dipupuk melalui kerjasama ahli
jawatan komuniti setempat di kawasan kejiranan”-HarakahDaily(2003)

Kesimpulannya,mewujudkan pusat komuniti dan rukun tetangga merupakan


cara meningkatkan semangat kejiranan di Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.

29
040211-13-1331

5.4 Rumusan Dapatan Temubual

1.Apakah punca-punca 2.Pada pendapat


Soalan yang menyebabkan anda,apakah cara untuk

Informen semangat kejiranan meningkatkan semangat


berkurang di Kampung kejiranan di Kampung
Sileng Sileng
Melayu,Lundu,Sarawak Melayu,Lundu,Sarawak
Informen 1 Kesibukan berkerja Mengadakan gotong-
Mejemah binti Samsudin merupakan punca royong akan
semangat kejiranan meningkatkan semangat
berkurang kejiranan kerana
kerjasama antara
penduduk
Informen 2 Kurang melibatkan diri Bertegur sapa dengan
Mohamad Nor bin dalam aktiviti kampung jiran dapat mengeratkan
Hamdan merupakan punca hubungan silaturahim
semangat kejiranan apabila menegur jiran
berkurang apabila terserempak
Informen 3 Kurang melibatkan diri Menghormati hak sesama
Sapian bin Johari dalam aktiviti kampung jiran dapat mengeratkan
menyebabkan semangatt hubungan silaturahim
kejiranan berkurang
Informen 4 Sikap mementingkan diri Berkunjung ke rumah
Musa bin Don menyebabkan mereka jiran semasa perayaan
tidak bergaul dengan jiran dapat memupuk semangat
golongan bawahan kejiranan dalam komuniti
setempat
Informen 5 Tidak bertegur sapa akan Bertegur sapa dengan
Encik Awang Sulong bin menyebabkan semangat jiran dapat meningkat
Awang Drahman kejiranan berkurang. hubungan silaturahim
antara jiran.
Rumusan Hampir kesemua Hampir kesemua
informen bersetuju informen bersetuju

30
040211-13-1331

bahawa kurang bahawa bertegur sapa


melibatkan diri dalam dapat meningkatkan
aktiviti kampung semangat kejiranan di
menyebabkan semangat Kampung Sileng
kejiranan berkurang di Melayu,Lundu,Sarawak.
Kampung Sileng
Melayu,Lundu,Sarawak.

6.0 Rumusan dan Kesimpulan

31
040211-13-1331

Bahagian ini merumuskan hasil dapatan pengkaji sepanjang pengkaji menjalankan


kajian tentang semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di Kampung Sileng
Melayu,Lundu,Sarawak ini pengkaji telah berjaya untuk menepati objektif pertama
dan objektif kedua tentang kajian ini.

6.1 Mengenalpasti punca yang menyebabkan semangat kejiranan berkurang


dalam kalangan penduduk di Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.

Terdapat sebanyak 7 punca yang menyebabkan semangat kejiranan berkurang


dalam kalangan penduduk di Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.Punca kurang
melibatkan diri dalam aktiviti kampung mendapat kekerapan paling banyak darripada
resonden dan min paling tinggi iaitu 3.45.Ini jelas menunjukkan bahawa majoriti
responden sangat bersetuju dengan kurang melibatkan diri dalam aktitivit
kampung.Seterusnya,sikap mementingkan diri pula kedua terbesar min iaitu 3.15
yang menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan sikap mementingkan diri
sendiri merupakan punca.Selain itu,tidak bertegur sapa dengan jiran pula mendapat
min 3.05.Seterusnya,Kesibukan berkerja juga mendapat min 2.9.Di samping
itu,Kemajuan teknologi juga mendapatkan min iaitu 2.4 dan diikuti oleh sikap
perkauman yang tebal iaitu mendapat min 2.3.Manakala punca yang mendapat jumlah
min yang kecil ialah pembangunan yang pesat iaitu 1.6.

6.2 Mengenalpasti cara untuk meningkatkan semangat kejiranan di Kampung


Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.

Dalam objektif ini dapat dilihat bahawa terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan
semangat kejiranan di Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.Cara yang
mendapatkan min paling tinggi iaitu mengadakan rumah terbuka semasa perayaan dan
bertegur sapa dengan jiran.Hal ini kerana penduduk akan berjumpa dengan satu sama
lain semasa perayaan dan menegur jiran apabila bertemu.Seterusnya,mengadakan
gotong-royong atau sukaneka pula mendapat min 3.6.Selain itu, cara berkunjung ke
rumah jiran semasa perayaan dan menghormati hak masing-masing mendapat min

32
040211-13-1331

iaitu 3.55 dan 3.5.Akhir sekali,mewujudkan pusat komuniti dan rukun tetangga pula
yang mendapatkan min iaitu 3.2.

6.3 Kesimpulan

Kesimpulannya,pengkaji berharap semangat kejiranan di Kampung Sileng


Melayu,Lundu Sarawak akan terus meningkat dan terus berkekalan untuk dijadikan
contoh oleh masyarakat lain khususnya golongan belia.Oleh itu,penduduk di
Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak harus bersama-sama menyemarakkan
semangat kejiranan dalam diri mereka dan masyarakat lain.

RUJUKAN

33
040211-13-1331

Azzanisha Binti Saree(2021),Kerja Kursus Pengajian Am,Sekolah Kebangsaan


Lundu,Sarawak.

Datuk Seri Najib Razak.” Kukuhkan muafakat melalui semangat kejiranan” dalam
Astro Awani,22 Januari 2016 dari https://www.astroawani.com

https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Sarawak_districts_map.svg (Diakses pada 17 Julai


2023)

https://lundudc.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/129 (Diakses pada 17


Julai 2023)

https://www.google.com/maps/place/Kampung+Sileng+Melayu+Lundu,
+94500+Lundu,+Sarawak (Diakses pada 17 Julai 2023)

Kamus Dewan Edisi Keempat,2010,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

“Semangat kejiranan perlu dipupuk” dalam HarakahDaily,23 Mei 2017

Temubual secara bersemuka antara pengkaji dengan informan:Encik Awang Sulong


bin Awang Drahman di Rumah informan,Kampung Sileng Melayu,Lundu pada masa
5:00 petang,pada 3 Jun 2023.

Temubual secara bersemuka antara pengkaji dengan informan:Puan Mejemah Binti


Samsudin di rumah informan,Kampung Sileng Melayu,Lundu pada masa 5:00
petang,pada 21 Mei 2023.

Temubual secara bersemuka antara pengkaji dengan informan:Encik Mohamad Nor


Bin Hamdan di Rumah informan,Kampung Sileng Melayu,Lundu pada 5:00
petang,pada 21 Mei 2023.

Temubual secara bersemuka antara pengkaji dengan informan:Encik Musa bin Don di
Rumah informan,Kampung Sileng Melayu,Lundu pada masa 4:00 petang,pada 17 Jun
2023.

Temubual secara bersemuka antara pengkaji dengan informan:Encik Sapian bin


Johari di Rumah informan,Kampung Sileng Melayu,Lundu pada masa 4:00
petang,pada 28 Mei 2023.

34
040211-13-1331

BORANG SOAL SELIDIK


KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
KOD MATA PELAJARAN 900/4

Maklumat kepada responden:

Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus(KK) untuk mata
pelajaran Pengajian Am 900/4.Soal selidik ini bertujuan punca-punca yang
menyebabkan semangat kejiranan berkurang dan cara meningkatkan semangat
kejiranan di Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak.Semua maklumat yang
diberikan dalam borang ini dirahsiakan dan digunakan untuk tujuan kajian sahaja.

BAHAGIAN A:DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

Arahan;Tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.

1) JANTINA Lelaki ( ) Perempuan ( )


2)UMUR

19-29 tahun ( )

31-39 tahun ( )

40-49 tahun ( )

50-59 tahun ( )

61 tahun ke atas ( )
3)KAUM

1)MELAYU ( ) 3)IBAN ( )

35
040211-13-1331

2)CINA ( ) 4)LAIN-LAIN___________

BAHAGIAN B:PUNCA YANG MENYEBABKAN SEMANGAT KEJIRANAN


BERKURANG DI KAMPUNG SILENG MELAYU,LUNDU,SARAWAK.
ÀRAHAN: Sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan.

1 2 3 4

TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU

PUNCA YANG 1 2 3 4
MENYEBABKAN
SEMANGAT
BERKURANG
Kesibukan
berkerja

Kurang melibatkan
diri dalam aktiviti
kampung
Kemajuan
teknologi

Tidak bertegur
sapa dengan jiran

Sikap
mementingkan diri
sendiri
Pembangunan
yang pesat

Sikap perkauman
yang tebal

BAHAGIAN C: CARA UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT KEJIRANAN


DI KAMPUNG SILENG MELAYU,LUNDU,SARAWAK.

36
040211-13-1331

Arahan:Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.


1 2 3 4

TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU

CARA UNTUK 1 2 3 4
MENINGKATKAN
SEMANGAT
KEJIRANAN
Mengadakan aktiviti
gotong-royong atau
sukaneka

Mengadakan rumah
terbuka semasa perayaan

Bertegur sapa semasa


bertemu dengan jiran

Membantu jiran kesusahan

Berkunjung ke rumah jiran


semasa perayaan

Menghormati hak masing-


masing

Mewujudkan pusat
komuniti dan rukun
tetangga

-TAMAT-
‘’Terima Kasih Atas Kerjasama Anda”

BORANG SOAL TEMUBUAL KERJA KURSUS PENGAJIAN AM

37
040211-13-1331

Tajuk:Semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di Kampung Sileng


Melayu,Lundu,Sarawak
Arahan: Maklumat Am dan soalan-soalan temubual ini dikemukakan kepada
informasi secara lisan.

Maklumat Am

Soalan Temubual
Nama penyelidik Mohamad Aizad bin Diddisumadi
Nama informan
Tarikh temubual
Tempat temubual

1. Apakah punca-punca yang menyebabkan semangat kejiranan berkurang di


Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak

MBA :

2.Pada pendapat anda, apakah cara untuk meningkatkan semangat kejiranan di


Kampung Sileng Melayu,Lundu,Sarawak

MBA :

38

You might also like