Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

PROSEDUR PELAKSANAAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN

DALAM TALIAN

UNIT KUALITI & STRATEGI


FAKULTI KEJURUTERAAN
UNIVERSITI TEKNOLGI MALAYSIA

1
OBJEKTIF

§ Memperkenalkan garis panduan pelaksanaan ujian dan peperiksaan secara jarak


jauh dan dalam talian;
§ Memastikan bahawa pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian memenuhi CLO
dan PLO; dan
§ Menjamin integriti di sepanjang pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian.

2
PENGENALAN
§ Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 - 31 Mac 2020 dan
dilanjutkan hingga 14 April dan seterusnya sehingga 28 April 2020;

§ UTM telah memutuskan bahawa aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan secara jarak jauh
dan dalam talian (Online Learning) bermula 1 April 2020 hingga 25 Jun 2020. (Pindaan Kalendar
Akademik Sesi 2019/2020: kelulusan Senat UTM 25 Mac 2020; Edisi 3 Senat lulus 2 April 2020);

§ Selaras dengan keputusan UTM, maka pelaksanaan ujian juga mengambil kira pelaksanaan secara jarak
jauh dan dalam talian.

§ Rujukan:
i. MQA,
ii. Guiding Principles on Teaching-Learning and Assessment Implementation During COVID19
Pandemic by EAC-ETAC,
iii. Garis Panduan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID19 oleh UGS; dan
iv. Garis Panduan Akademik Fakulti Kejuruteraan

3
Prosedur I
(Sebelum Sesi Ujian/Peperiksaan Berlangsung)

1. Sekiranya platform ujian/peperiksaan dalam talian tidak dinyatakan di Course Information (CI), kenalpasti
platform dalam talian yang akan digunakan sebelum pengumuman jadual ujian kepada pelajar. UTMLEAD
mencadangkan, platform ujian/peperiksaan dalam talian ialah UTM eLearning, Quizizz dan Socrative (Rujukan:
olc.utm.my) atau mana-mana aplikasi dalam talian yang bersesuaian;
2. Bagi pelaksanaan ujian/peperiksaan yang tidak dijalankan secara serentak, set soalan berbeza hendaklah
disediakan. Penyelaras dan pensyarah perlu bertanggungjawab memastikan set-set soalan tersebut memenuhi
PLO, tahap kognitif yang sama aras dan juga agihan markah;
3. Penyelaras dikehendaki memastikan soalan-soalan ujian/peperiksaan diselaraskan dan dinilai oleh penilai-penilai
kertas soalan ujian/peperiksaan yang dilantik;
4. Terdapat 2 kaedah yang boleh diguna pakai untuk membuat ujian/peperiksaan secara dalam talian dan jarak jauh
iaitu:
a. Kaedah Timed/Open-book
b. Kaedah Timed/Closed-book

4
Prosedur I
(Sebelum Sesi Ujian/Peperiksaan Berlangsung)
a. Kaedah Timed/Open-book
i. Masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan mestilah kurang dari masa sebenar ketika
ujian/peperiksaan bertulis diadakan bagi soalan multiple choice dan true/false;
ii. Masa yang diperuntukkan sama seperti masa yang diperuntukkan untuk ujian/peperiksaan bertulis bagi
soalan pengiraan, jawapan pendek dan karangan;
iii. Bagi soalan pengiraan yang berkait antara satu soalan dengan yang lain, kaedah muat turun soalan-jawab-
muat naik jawapan boleh digunakan;
iv. Mengambil kira capaian internet, pensyarah boleh memilih untuk membenarkan muat naik jawapan semua
soalan setelah selesai sesi ujian/peperiksaan dalam talian berlangsung atau memilih untuk meminta pelajar
memuat naik jawapan untuk setiap soalan mengikut tempoh tertentu sewaktu sesi ujian/peperiksaan
berlangsung;
v. Kaedah ini hendaklah diguna pakai bagi level kognitif aras sederhana dan tinggi iaitu minimum level ialah C3
bagi kursus peringkat pra-siswazah dan minimum level C4 bagi kursus peringkat pasca-siswazah; dan
vi. Bagi kaedah take home test/exam, tempoh maksimum yang dibenarkan pelajar menjawab soalan
ujian/peperiksaan adalah 3 hari dengan minimum level kognitif ialah C4 bagi kedua-dua peringkat pra-
siswazah dan pasca-siswazah.
5
Prosedur I
(Sebelum Sesi Ujian/Peperiksaan Berlangsung)
b. Kaedah Timed/Closed-book
i. Kaedah shuffle perlu digunakan bagi soalan yang berbentuk pelbagai pilihan (multiple choice), jawapan
pendek (short answer) dan benar/salah (true/false);
ii. Bagi soalan pengiraan yang berkait antara satu soalan dengan yang lain, kaedah muat turun soalan-
jawab-muat naik jawapan boleh digunakan;
iii. Mengambil kira capaian internet, pensyarah boleh memilih untuk membenarkan muat naik jawapan
semua soalan setelah selesai sesi ujian/peperiksaan dalam talian berlangsung atau memilih untuk
meminta pelajar memuat naik jawapan untuk setiap soalan mengikut tempoh tertentu sewaktu sesi
ujian/peperiksaan berlangsung;
iv. Bagi item (iii), pelajar perlu disediakan dengan tempoh rehat yang bersesuaian antara setiap sesi muat
turun soalan-jawab-muat naik jawapan; dan
v. Bagi item (iii) dan (iv), masa muat naik jawapan dan tempoh rehat tidak di ambil kira sebagai masa yang
diperuntukkan sebagai masa ujian dalam talian.

6
Prosedur I
(Sebelum Sesi Ujian/Peperiksaan Berlangsung)
5. Setiap kertas soalan yang akan dimuat turun mestilah dilindungi dengan kata laluan (password protected).
Pelajar dibenarkan untuk memuat turun soalan seawal 2 jam sebelum ujian/peperiksaan dalam talian
dijalankan; dan
6. Kenyataan akujanji plagiarism and academic dishonesty dan arahan berkaitan ujian/peperiksaan serta
pelaksanaannya adalah WAJIB dimaklumkan kepada pelajar secara dalam talian. Pelajar WAJIB memuat turun
dokumen tersebut dan membaca isi kandungannya sebelum bermulanya sesi ujian/peperiksaan dalam talian.

7
Prosedur I
(Sebelum Sesi Ujian/Peperiksaan Berlangsung)
Persediaan 30-40 minit sebelum ujian/peperiksaan dalam talian dijalankan:
i. Bagi kursus yang mempunyai beberapa seksyen dan ujian/peperiksaan dijalankan serentak, penyelarasan peringkat
akhir di antara pensyarah yang terlibat adalah diwajibkan bagi memastikan semua seksyen telah bersedia;
ii. Pensyarah perlu mengumpul maklumat dan capaian internet setiap pelajar iaitu tempoh ping, jitter, kelajuan download
dan upload menggunakan TM Speed Test di speedtest.tm.com.my;
iii. Bagi pelajar yang tidak dapat melayari platform ujian dalam talian, pensyarah boleh menggunakan aplikasi whatsapp,
applikasi telegram atau e-mel;
iv. Kertas soalan yang wajib dimuat turun, pelajar dibenarkan berbuat demikian di dalam tempoh ini atau 2 jam sebelum
ujian/peperiksaan bermula. Kata laluan hanya akan diberikan 10 minit sebelum ujian/peperiksaan bermula;
v. Sekiranya mempunyai lebih dari satu soalan ujian/peperiksaan, soalan-soalan tersebut boleh dipisahkan di fail yang
berbeza dengan kata laluan yang berbeza dan boleh di muat-turun oleh pelajar secara serentak. Kata laluan boleh
diberi secara berasingan mengikut kesesuaian masa di sepanjang sesi ujian/peperiksaan berlangsung;
vi. Pensyarah DIGALAKKAN memberi arahan secara bersemuka dalam talian;
vii. Arahan lisan menggunakan rakaman audio dibolehkan bagi aplikasi WhatsApp dan Telegram serta cara lain yang
difikirkan bersesuaian. Namun, arahan ujian/peperiksaan perlu diberikan secara bertulis terlebih dahulu kepada
pelajar;
viii. Kehadiran pelajar adalah WAJIB direkodkan; 8
Prosedur I
(Sebelum Sesi Ujian/Peperiksaan Berlangsung)
ix. Pensyarah perlu mendapatkan perakuan semua pelajar bagi plagiarism and academic dishonesty. Forum di
UTM eLearning/Blackboard (SPACE) atau Google Form boleh digunakan untuk tujuan ini atau platform lain yang
bersesuaian;
x. Pelajar wajib membaca dokumen plagiarism and academic dishonesty dan memberi perakuan “Faham dan
Patuh” (Understand and Adhere) di dalam dokumen tersebut; dan
xi. Pelajar yang tidak mendapat akses ke UTM eLearning/Blackboard (SPACE)/Google Form boleh menggunakan
aplikasi WhatsApp dan Telegram atau yang bersesuaian untuk memberi perakuan “Faham dan Patuh”.

9
Prosedur II
(semasa sesi ujian/peperiksaan berlangsung)
1. Pensyarah perlu memastikan terdapat komunikasi dua-hala antara pensyarah dan pelajar sewaktu sesi
ujian/peperiksaan berlangsung menggunakan aplikasi yang bersesuaian secara masa nyata (real-time);
2. Bagi pelajar yang terputus capaian internet ketika sesi ujian berlangsung dan tidak dapat meneruskan ujian,
maklumkan kepada pensyarah bersama bahan bukti samada melalui aplikasi whatsapp, telegram atau e-mel
atau cara lain yang bersesuaian. Bahan bukti yang perlu dimaklumkan adalah tempoh ping, jitter, kelajuan
download dan upload.;
3. Hanya pelajar yang mempunyai masalah teknikal/capaian internet sahaja dibenarkan menduduki ujian
gantian (dengan bukti);
4. Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan juga dibenarkan menduduki ujian gantian dengan mengemuka
surat akuan doktor perubatan/sijil sakit; dan
5. Pelajar perlu mematuhi akuan plagiarism and academic dishonesty di sepanjang sesi ujian/peperiksaan
berlangsung dan sebarang bentuk perlanggaran boleh diambil tindakan mengikut Peraturan Akademik UTM.

10
Prosedur III
(selepas sesi ujian berlangsung)
1. Pensyarah perlu memaklumkan kepada pelajar sesi ujian/peperiksaan telah tamat. Pelajar dikehendaki memuat naik
jawapan di UTM eLearning/Blackboard (SPACE) atau platform lain yang bersesuaian, dalam tempoh 10 minit selepas
tamat sesi menjawab soalan ujian/peperiksaan;
2. Bagi kaedah enhanced timed/open book pula, pelajar perlu memuat naik jawapan mereka mengikut bilangan hari
(maksimum 3 hari) yang diperuntukan kepada pelajar;
3. Pensyarah perlu memastikan semua pelajar telah menghantar jawapan beserta bukti penghantaran sebelum sesi ujian
ditamatkan secara rasmi;
4. Pensyarah perlu memastikan jawapan ujian semua pelajar dapat disimpan di UTM eLearning/Blackboard (SPACE) atau
platform lain yang bersesuaian;
5. Bagi jawapan yang telah dibuat auto-marking oleh sistem komputer, pensyarah perlu menyemak semula kesahihan
jawapan pelajar dan memberi penilaian markah yang bersesuaian sekiranya terdapat kesilapan yang dibuat oleh sistem
auto-marking. Perkara ini perlu direkodkan di dalam UTM eLearning/Blackboard (SPACE) atau platform lain yang
bersesuaian;
6. Pensyarah hendaklah memberi kepada pelajar salinan jawapan pelajar yang telah dibuat semakan dan pemarkahan; dan
7. Pelajar boleh memohon kepada pensyarah untuk semakan semula sekiranya terdapat kesilapan dari segi penandaan dan
pemarkahan dan pensyarah perlu membuat semakan semula dan memaklumkan kepada pelajar berkaitan hasil semakan.
11
Contoh

Statement on Plagiarism and


Academic Dishonesty

12
Statement on Plagiarism and Academic Dishonesty

I have heard either the teacher's discussion of plagiarism and academic dishonesty or read the assigned materials
covering these topics. I understand that plagiarism is an act of intellectual dishonesty as is cheating.
I understand it is academically unethical and unacceptable to do any of the following acts during EXAMINATION:
1. To ask a family member, another student, or any other writer to take EXAMINATION on my behalf;
2. To cheat on tests through the use of crib sheets, hidden notes or signals, viewing another student's paper,
revealing the answers on my own paper to another student, through verbal or textual communication, sign
language, or other means of storing and communicating information, including electronic devices, recording
devices, cellular telephones, headsets, and portable computers;
3. To photograph an examination and pass it on to a student who will be taking that examination later;
4. To copy another student's test answers and submit the work as if it were the product of my own labor; dan
5. To allow another student to "borrow" my test answers and reproduce it as his or her own.

I understand that the consequences for committing any of the previous acts of academic dishonesty can include a
failing grade for the test, failure in the class as a whole, and even expulsion from the university as listed in the
“UTM Academic Regulations".

I will not plagiarize or cheat.

Name: _______________________________ Date:_________________________


13
TATACARA PELAKSANAAN UJIAN DALAM TALIAN*
SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (SESI 20192020-II)
KAEDAH UJIAN DALAM TALIAN SEBELUM UJIAN 30-40 MINIT SEBELUM UJIAN
Pastikan CI di kemaskini dengan tambahan elemen pembelajaran Pastikan semua seksyen telah bersedia melaksanakaan ujian secara
Kaedah Timed/Open-book dalam talian. Platform ujian dalam talian: UTM eLearning, Quizizz Penyelaras serentak (kes yang banyak sekyen dan ujian diadakan serentak).
dan Socrative.
i. Masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan mestilah kurang dari
masa sebenar ketika ujian bertulis diadakan bagi soalan multiple choice Tentukan berapa set soalan ujian diperlukan dan dibuat pelarasan Pastikan semua pelajar bersedia menduduki ujian dalam talian dan
Penyelaras/ (minimum 1 set sekiranya dijalankan secara serentak utk semua
dan true/false. diambil kedatangan.
Pensyarah seksyen). Pelajar
ii. Masa yang diperuntukkan sama seperti masa yang diperuntukkan untuk
Pastikan pelajar menghantar maklumat capaian internet (ping, jitter,
ujian bertulis bagi soalan pengiraan, jawapan pendek dan karangan. Pastikan set soalan ujian yang berbeza (sekiranya ada) memenuhi kelajuan download dan upload). Boleh layari speedtest.tm.com.my.
PLO dan tahap kognitif yang sama aras dan agihan markah.
iii. Kaedah ini hendaklah diguna pakai bagi level kognitif aras sederhana dan
tinggi iaitu minimum level ialah C3 bagi kursus peringkat pra-siswazah Pastikan pelajar yang tidak dapat melayari platform ujian dalam talian

Pensyarah
Pastikan set-set soalan ujian telah dibuat penilaian (UG shj) - rujuk diberi semua dokumen berkaitan termasuk soalan ujian melalui
dan minimum level C4 bagi kursus peringkat pasca-siswazah.
prosedur penilaian soalan ujian dalam talian SKE. aplikasi whatsapp/telegram/e-mel.
iv. Bagi kaedah enhanced timed/open-book, iaitu take home test, tempoh
maximum yang dibenarkan pelajar menjawab soalan ujian adalah 3 hari Pastikan kertas soalan yang dimuat naik untuk pelajar muat turun Pastikan pelajar menghantar perakuan plagiarism and Academic
dengan minimum level kognitif ialah C4 bagi kedua-dua peringkat pra- mempunyai kata laluan yang dilindungi (password protected) Dishonesty.
siswazah dan pasca-siswazah.
Pastikan pelajar dibenar memuat turun soalan ujian dengan kata Pastikan pelajar diberi kata laluan kepada kertas soalan seawal 10
laluan yang dilindungi seawal 2 jam dari masa ujian sebenar. minit sebelum ujian dalam talian diadakan.

Kaedah Timed/Closed-book Pastikan dokumen-dokumen berikut dimuat naik dan pelajar Pastikan setiap soalan mempunyai kata laluan berbeza dan diberi
membacanya sebelum ujian berlangsung. secara berasingan mengikut kesesuaian masa semasa sesi ujian
i. Kenyataan Plagiarism and Academic Dishonesty berlangsung (sekiranya setiap soalan di fail berbeza).
i. Ujian hendaklah menggunakan kaedah shuffle bagi soalan-soalan yang ii. Arahan kepada Pelajar (berkaitan soalan ujian dan arahan
terdiri daripada multiple choice (boleh juga shuffle jawapan jika platform menjawab, masa, tindakan pelajar dll)
membenarkan), short answer dan true/false.

ii. Bagi soalan-soalan yang tidak boleh menggunakan kaedah shuffle kerana SELEPAS UJIAN
sebab tertentu seperti soalan pengiraan yang berkait antara satu soalan
dengan yang lain, maka kaedah muat turun soalan-jawab-muat naik
SEMASA UJIAN Maklumkan kepada pelajar sesi menjawab soalan ujian telah tamat. Tempoh masa yang
jawapan hendaklah diguna pakai. dibenarkan adalah selama 10 minit selepas tamat sesi untuk muat naik jawapan. Bagi
Pastikan terdapat komunikasi dua-hala sewaktu sesi ujian berlangsung. Peringatan kaedah enhanced timed/open book pula, pelajar boleh memuat naik jawapan mereka
iii. Mengambil kira capaian internet, pensyarah boleh memilih untuk perlu diberi kepada pelajar sebelum sesi ujian berlangsung berkaitan perkara ini. mengikut bilangan hari (maksimum 3 hari) yang diperuntukan kepada pelajar.
membenarkan muat naik jawapan semua soalan setelah selesai sesi ujian
dalam talian berlangsung atau memilih untuk meminta pelajar memuat Pastikan semua pelajar telah menghantar jawapan beserta bukti penghantaran sebelum
naik jawapan untuk setiap soalan mengikut tempoh tertentu sewaktu sesi Pastikan pelajar yang mempunyai masalah teknikal semasa sesi ujian dalam talian sesi ujian ditamatkan secara rasmi.
ujian berlangsung. diadakan menghantar maklumat masalah teknikal dan capaian internet tersebut.
Bagi jawapan yang telah dibuat auto-marking oleh sistem komputer, pensyarah perlu
iv. Bagi item (iii), pelajar perlu disediakan dengan tempoh rehat antara satu Pelajar dibenarkan untuk menduduki ujian gantian untuk 2 perkara berikut menyemak semula kesahihan jawapan pelajar dan memberi penilaian markah yang
sesi muat turun soalan-jawab-muat naik jawapan. Tempoh rehat ini (dengan bukti): bersesuaian.
mestilah selaras untuk kursus yang banyak seksyen dan menjalankan i. Masalah kesihatan Pensyarah hendaklah memberi kepada pelajar salinan jawapan pelajar yang telah dibuat
ujian secara serentak di platform masing-masing. ii. Masalah teknikal/capaian internet semasa sesi ujian berlangsung semakan dan pemarkahan. Pelajar boleh memohon kepada pensyarah untuk semakan
v. Bagi item (iii) dan (iv), masa muat naik jawapan dan tempoh rehat tidak semula sekiranya terdapat kesilapan dari segi penandaan dan pemarkahan dan pensyarah
di ambil kira sebagai masa yang diperuntukkan sebagai masa ujian dalam Pelajar perlu mematuhi akuan plagiarism and academic dishonesty pelajar perlu membuat semakan semula dan memaklumkan kepada pelajar berkaitan hasil
talian. sepanjang sesi ujian berlangsung agar tidak melanggar peraturan Akademik UTM. semakan.

*Sila rujuk Prosedur Pelaksananan Ujian Dalam Talian untuk lebih perincian (diluluskan JKP SKE pada 5 April 2020 di mesyuarat JKPS Bil. 3/2020)
THANK YOU
UNIT KUALITI DAN STRATEGI
FA KU LT I K E J U R U T E R A A N

Penghargaan kepada:
Sekolah Kejuruteraan Elektrik

You might also like