Format Skrip Forum

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TAJUK FORUM : INTERNET – KEBAIKAN & KEBURUKAN INTERNET

DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Pengerusi :

Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam


sejahtera, salam satu Malaysia, salam Perak aman jaya saya ucapkan kepada warga dewan
sekalian. Tidak dilupakan juga kepada ahli-ahli panel undangan kita pada pagi yang mulia
ini. Topik forum kita pada hari ini ialah Kebaikan dan Keburukan Internet dalam kehidupan
seharian”. Sebelum saya memulakan perbincangan pada hari ini, saya ingin memperkenalkan
ahli-ahli panel kita kepada anda. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing
lagi.

Baiklah di sebelah kiri saya, ahli panel kita yang pertama

saudara Bernadic Rony. Saudara Rony merupakan seorang pakar IT di sebuah


syarikat telekomunikasi swasta dan telah berkhidmat lebih kurang 8 tahun dalam
bidang ini. Selamat datang saya ucapkan kepada saudara Rony.

Seterusnya ahli panel kita yang kedua lagi bergaya, saudari Rabbani.

Saudara Rabbani merupakan seorang mahasiswa yang sedang menuntut di Universiti


Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pengurusan Teknologi Maklumat. Selamat
datang saya ucapkan.

Dan di hujung sana, nampak pemalu tetapi petah berkata, saudara Faruq Ariffin.

Saudara Faruq merupakan salah seorang usahawan yang menggunakan internet


sebagai medium untuk memasarkan produk kecantikan untuk para wanita di luar sana
yang saya kira sudah berjaya menarik ramai pengguna. Selamat datang juga saya
ucapkan.
Sebelum saya memulakan perbincangan ini, izinkan saya mengupas sedikit tentang tajuk
forum ini. Internet merupakan satu sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat di
seluruh dunia. Sistem ini boleh diperolehi melalui komputer yang disambungkan ke peranti
seperti talian telefon, sistem wifi, dan juga melalui modem. Dalam dunia yang serba moden
kala ini, seluruh masyarakat dunia berlumba-lumba untuk belajar dan memiliki talian internet
sendiri di rumah. Melalui internet, kita boleh menerima maklumat dengan cepat. Dalam erti
kata lain, segala-galanya berada di hujung jari dalam dunia berteknologi tinggi dewasa ini.
Dengan hanya satu klik, kita boleh mengetahui perkembangan luar negeri, mahupun
perkembangan isu semasa di negara kita.

Baiklah. Soalan saya kepada panel pertama, seperti mana yang kita ketahui, internet ini
banyak memberi manfaat serta kebaikan kepada kita sebagai masyarakat. Pada pendapat
saudara Bernadic Rony, apakah manfaat atau pun kebaikan yang amat ketara sekali dapat kita
lihat dari sudut positifnya? Dipersilakan.

Pengerusi :

Terima kasih kepada saudara Rony atas perkongsian beliau sebentar tadi berkenaan kebaikan
internet. Saya tertarik dengan pandangan beliau bahawa internet memudahkan segala urusan
kita. Internet banyak membantu kita dari pelbagai sudut dan aspek. Seterusnya saya ingin
beralih kepada panel yang kedua.

Memang kita tidak dapat menafikan bahawa setiap kebaikan itu pastinya tersirat keburukan.
Internet ini bukan sahaja membawa kebaikan malahan membawa keburukan tanpa kita sedari.
Bolehkah saudara Muhammad Rabbani mengemukakan pandangan saudara mengenai
keburukan dalam penggunaan internet ini? Dipersilakan.

Pengerusi : Terima kasih atas pendapat panel kita yang kedua mengenai keburukan internet.
Kita sendiri dapat lihat banyak penipuan yang berlaku dan disebarkan melalui internet. Selain
itu penyebaran web pornografi yang akan membawa kesan buruk kepada otak.

Baiklah. Sekarang kita beralih pula kepada ahli panel kita yang ketiga. Sebentar tadi panel
pertama ada menyatakan tentang penjanaan pendapatan melalui jualan langsung
menggunakan internet. Bolehkah saudara Faruq menceritakan serba sedikit tentang
pendekatan yang saudara lakukan dalam meningkatkan hasil jualan sesuatu produk saudara
dalam internet dengan selamat? Dipersilakan.

Pengerusi :

Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa internet
adalah penghubung yang sangat mudah untuk digunakan pada masa kini. Tidak semua
penggunaan internet ini ada baiknya , tetapi sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai
keburukan menggunakan internet , apa kata panel kita yang ketiga mengemukakan
pandangan beliau mengenai penggunaan internet juga boleh digunakan untuk menimba ilmu
ataupun mencari pekerjaan? Silakan saudara.

Pengerusi:

Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi
menyuakan pendapat masing-masing pada hari ini. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak
sekadar ” masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui
kita, sebelum berakhir saya berharap warga dewan berhati-hati semasa menggunakan internet
agar keburukan internet ini dapat dielakkan.Kesimpulannya penggunaan internet bukan
sahaja disediakan untuk kebaikan , malah keburukan juga terdapat dalam kandungan isi
internet . ”pengayuh sudah ditangan , perahu sudah di air ” fikir-fikirkan dan jangan sekali
berhenti berfikir!

Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh dan sekian terima kasih.

You might also like