Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Cuti Sekolah adalah masa yang ditunggu-tunggu semua murid.

Cuti sekolah sangat


menyeronokkan tetapi cuti sekolah bukanlah tiket bagi seseorang murid untuk mengabaikan
akademik dan menggunakan sepenuhnya masa untuk berseronok. Oleh itu, murid boleh
memanfaatkan masa cuti sekolah dengan perkara yang bermanfaat.

Antaranya, murid boleh menyertai pelbagai kem motivasi. Banyak agensi yang menganjurkan
kem motivasi pada setiap kali cuti sekolah .Oleh itu, murid boleh mendapatkan ilmu yang berguna
walaupun semasa cuti sekolah.Kem motivasi ini dianjurkan untuk membantu murid membuat
persediaan sebelum masuk sekolah. Hal ini demikian, supaya murid lebih bersedia dan bersemangat
untuk datang ke sekolah. Murid juga akan mendapat kesedaran tentang pentingnya belajar untuk
masa hadapan.Ini akan membuat murid lebih fokus apabila guru mengajar dan memahami apa yang
diajarkan.

Selain itu, murid boleh pergi ke pelbagai perpustakaan untuk mencari ilmu yang berguna dan
bermanfaat. Oleh itu, murid boleh meminjam buku yang ingin dibaca di mana mana perpustakaan
dan di luar perpustakaan seperti di rumah dan taman rekreasi. Hal ini supaya murid bersedia untuk
menjawab soalan yang akan ditanya oleh guru apabila masuk sekolah. Murid juga dapat menambah
pelbagai ilmu yang dibacanya. Ini juga akan menambah keyakinan diri murid untuk menjawab segala
pertanyaan tanpa sebarang keraguan.Murid juga boleh mengajak ibu bapa dan rakan rakan supaya
boleh menambah ilmu bersama.

Seterusnya,murid perlu mengulangkaji mata pelajaran yang telah diajarkan oleh guru semasa
waktu persekolahan.Oleh itu,ia boleh meningkatkan lagi kefahaman yang diajarkan guru semasa di
sekolah.Murid juga dapat mengetahui kelemahan dan ketidakfahaman pada mata pelajaran
tertentu.Ini membolehkan murid mengkaji dan mencari jawapan yang betul.Hal ini demikian supaya
membolehkan murid belajar semula mata pelajaran yang lemah.Murid juga boleh bertanyakan
kepada guru mata pelajaran jika tidak difahami.

Akhir sekali, Murid boleh pergi ke pusat tuisyen untuk mengisi masa cuti. Berkemungkinan
murid berasa bosan kerana tidak pergi kemana mana semasa cuti.Di pusat tuisyen,murid akan belajar
cara yang berbeza dengan guru di sekolah.Jika ada mata pelajaran yang tidak difahami semasa
sekolah,murid boleh mengambil kesempatan untuk pergi ke pusat tuisyen.Murid mungkin boleh
memahami cara belajar di pusat tuisyen.

Kesimpulannya, kita hendaklah mengisi waktu cuti sekolah dengan baik dan berfaedah supaya
dapat ilmu yang berguna sebelum masuk sekolah. Kita haruslah berusaha bersungguh sungguh supaya
mendapat kejayaan yang cemerlang seperti kata pepatah “usaha tangga kejayaan”.

364 patah perkataan

You might also like