Sumbangan Al Khawarizmi

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEJARAH PENGGAL 2

BIOGRAFI

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali
sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.

Al-Khawarizmi telah dikenali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-


Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-
Khawarizmi. Beliau berketurunan Parsi. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal
pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun
194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

Tarikh kelahiran dan kematian beliau yang tepat tidak dapat diketahui. Al-Khwarizmi merupakan
seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri,
muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Semasa pemerintahan Khalifah al-Makmun (813-833 M) di Baghdad, al-Khwarizmi telah


memberikan sumbangan-nya yang cukup besar sehingga beliau dinobatkan sebagai Ahli Falak
Diraja.

Beliau lebih dikenali sebagai seorang ahli sains Islam terulung dalam bidang matematik, astronomi
dan geografi. Antara karya yang disumbangkan oleh al-Khwarizmi sepanjang hidupnya ialah

1. Mafatih al-Ulum’
2. Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabar wa al-Muqabalah
3. Al-Jabr wa al-Muqabalah
4. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind
5. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah
SUMBANGAN AL-KHWARIZMI

BIDANG MATEMATIK

Mempunyai kepakaran dalam ilmu matematik dan diiktiraf oleh pemerintahan Abbasiyah seperti
Khalifah al-Ma’mum dan Khalifah Harun al-Rashid.

Beliau telah dilantik sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah oleh
Khalifah Harun al-Rashid.

Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al-
Ma’mum. Bertindak mengemaskinikan sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku
di perpustakaan, mengetuai serta mengawasi kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam
bahasa Yunani.

Beliau turut dilantik sebagai astronomi dan bertugas di balai cerap di Baghdad oleh Khalifah al-
Ma’mum.

Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini
iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan 9. Angka-angka ini menggunakan simbol-simbol tertentu dan mewakili
nilai-nilai tertentu seperti yang digunakan oleh penduduk timur Arab.

Al-Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar dan perpuluhan dalam ilmu
matematik. Penggunaan angka inilah akan terbitnya nombor yang mencapai infiniti.

Hasilnya, ilmu matematik semakin berkembang meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan
sebagainya. Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar setelah memperkenalkan jurusan
aritmetik dengan penggunaan simbol yang mewakili nombor dan nilai (pembolehubah).

Hasilnya banyak masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi. Buku
kaedah aritmetik al-Jabar ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan telah menjadi rujukan di
universiti-universiti di Eropah pada abad ke-12 M - ke-13 M.

Beliau berjaya mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar-pakar matematik
sebelumnya seperti istilah-istilah baharu dalam ilmu aritmetik.

Antaranya ialah istilah pemboleh ubah kuasa dua (x²), pemboleh ubah (x) dan pemalar (c) yang
digunakan sehingga kini.

BIDANG ASTRONOMI

Merupakan seorang Ahli Falak Diraja dan sangat berjasa dalam bidang falak (astronomi) pada
zaman Khalifah al-Ma’mun di Baghdad.

Tokoh pertama yang menyediakan takwim Islam yang bertajuk Zij al-Sindhind yang berdasarkan
astronomi India dan terdapat jadual kedudukan matahari, bulan, bintang dan planet-planet. Beliau
juga telah mengkaji pelbagai aspek dari sudut gerhana sehingga ke fasa-fasa bulan.

Antara hasil (sumbangan) ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu
astronomi dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.
Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang diterokai pada masa itu.

Selain itu, beliau juga telah menghitung isi padu dan ukur lilit bumi, mencipta alat penentu
kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.

Beliau juga telah menulis sekurang-kurang dua Zij (buku/makalah) berkaitan dengan astronomi
ketika bertugas di perpustakaan istana. Makalah pertama mengenai alat yang dapat menunjukkan
waktu dengan bayangan matahari (jam matahari). Alat ini diperbuat drp batu marmar (ruhkamat)
yang digunakan utk mengenal pasti waktu solat.

Makalah kedua mengenai sejenis alat ukuran astronomi yang dipanggil sebagai astrolab. Bidang
astronomi sangat berkaitan dgn pengiraan, oleh itu ilmu al-Jabar yang diperkenalkan oleh al-
Khwarizmi sangat berguna.

Sebagai contoh alat pelayaran iaitu kuadran dan astrolab. Kuadran digunakan utk menyukat sudut
dan altitud ketika belayar. Manakala astrolab pula digunakan utk mengukur waktu, ketinggian
gunung dan kedalaman perigi.

GEOGRAFI

Al-Khawarizmi merupakan Saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 M iaitu 10
tahun sebelum beliau meninggal dunia.

Menghasilkan beberapa kertas kerja tentang ilmu geografi dan menghasilkan tulisan yang bertajuk
Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) iaitu buku tentang rupa muka bumi.

Kitab ini adalah rujukan dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy tentang Geografi. Kitab ini
dihasilkan semasa menjalankan tugas utk mengetahui kedudukan bumi dan keluasannya, mengukur
garis latitud dan longitud secara lebih tepat semasa bertugas di balai cerap di Baghdad.

Beliau telah mengemukakan beberapa koordinat tempat di Laut Mediterranean, Asia dan Afrika
berdasarkan buku yang ditulis oleh Ptolemy.

Kitab ini lengkap dgn carta-carta astronomi yang melakarkan pergerakan bintang di langit. Kita ini
juga menerangkan dan membuktikan pandangan sarjana Yunani (Ptolemy) tentang jarak antara
negara-negara.
JAWAP SOALAN BERIKUT

1.Sejauhmanakah sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang matematik sebagai tokoh seorang ilmuan
Islam.

Nama sebenar al-Khwarizmi ialah Abdullah Muhammad bin Musa al-Khwarizmi. Dikenali
sebagai al-khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Goritmi, al-Gorismi dan al-Karismi.
Merupakan ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik. Tokoh Islam yang
berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah
Islam dan kimia. Dinobatkan sebagai ‘Ahli Falak Diraja, atas sumbangan dan kajian beliau. Beliau
telah diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah, iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid yang telah melantik
beliau sebagai pakar matematik dan ahli akademi matematik di Baitul Hikmah. Turut mengemaskini
sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan tersebut. Contohnya, di
Baitul Hikmah, beliau turut mengetuai dan mengawasi kerja-kerja penterjemahan buku-buku
matematik dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine. Dilantik sebagai
pengarah arkib buku di perpustakaan istana khalifah pada zaman pemerintahan Khalifah al-
Ma’mun.

Memperkenalkan sistem nombor. Al- Khwarizmi telah memperkenalkan sistem nombor


yang digunakan sehingga kini, iaitu 0,1,2,3,4,5,6.7,8 dan 9. Angka-angka tersebut menggunakan
simbol-simbol tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu. Beliau merupakan individu pertama yang
memperkenalkan angka’sifar’ (kosong) dan perpuluhan dalam matematik. Melalui angka sifar
muncul nombor yang mempunyai ‘infiniti’. Malah ‘sifar’ yang diperkenalkan oleh beliau dipinjam
oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan cifre,chiffre dan zero. Pengenalan system angka yang
sistematik oleh al-Kwarizmi bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan
meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya, malah membolehkan ilmu sains dan teknologi
berkembang dengan lebih pesat

Mempelopori ilmu algebra Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar (algebra)
berikutan sumbangan beliau dalam jurusan aritmetik iaitu al-Jabar (satu bidang matematik yang
dipanggil persamaan). Contoh, karya teragungnya, al-Jabr wa-al-Muqabilah juga telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan menjadi rujukan di universiti di Eropah.
Kesannya, melalui kaedah penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah,
banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan. Secara praktiknya, masalah-masalah pengiraan yang
dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi.

Penyelesaian permasalahan harta pusaka Al-Khwarizmi dapat menyelesaikan masalah


praktikal yang dihadapi oleh umat Islam khususnya pengiraan. Contohnya, pembahagiaan harta
pusaka dan perniagaan. Penggunaan konsep pemboleh ubah juga membantu dalam pembahagian
zakat yang dapat dikeluarkan dengan mudah. Kesannya, ilmu yang diperkenalkan telah dapat
membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks.

Geometri dan trigonometri Al-Khwarizmi juga memberi sumbangan dalam bidang geometri
dan trigonometri. Hal ini kerana kedua-dua bidang tersebut merupakan pecahan kepada bidang
matematik yang melibatkan pengiraan. Kedua-dua cabang ilmu matematik ini juga disentuh dalam
karyanya Hisab al-Jabr wa-al-Muqabalah. Contohnya, ilmu geometri berkaitan dengan ciri dan
hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal dalam ruang. Manakala trigonometri
berkaitan dengan pengiraan segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya. Kesannya, ilmu yang
diperkenalkan oleh beliau dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit.
Mencipta ilmu-ilmu baharu Beliau mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh
pakar matematik sebelum ini. Dalam kitab yang dihasilkan, pelbagai istilah baharu tentang ilmu
diperkenalkan dan digunakan sehingga kini iaitu pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua dan
pemalar (c). Contohnya, Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah juga mengandungi bab-
bab yang meliputi pelbagai topik iaitu pengiraan darab, campur, tolak dan bahagi, persamaan,
timbangan dan ukuran, keluasan bulatan dan segi tiga serta isipadu bentuk piramid dan kon.
Kesannya, umat Islam dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu matematik.

Kesimpulannya, Sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang matematik telah mencerminkan


kehebatan dan keunggulan tamadun Islam yang berkekalan sehingga ke hari ini dan sebagai
pemangkin kepada kemajuan orang Barat yang mendalami teori-teori yang dikemukakan oleh
beliau. Selain daripada bidang matematik, al-Khwarizmi juga berjasa dalam bidang astronomi dan
geografi.

You might also like