Sebab Kerajaan Johor Lama Tidak Dapat Dikuasai Oleh British Sedangkan Pada Ketika Itu Negeri Melayu Yang Lain Dipengaruhi Oleh British

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sebab Kerajaan Johor Lama tidak dapat dikuasai oleh British sedangkan pada ketika itu

negeri Melayu yang lain dipengaruhi oleh British.

I. Kerjasama dengan Belanda

Johor telah berupaya mengekalkan kemerdekaannya dan berhasil mengusir


Portugis dari Melaka menerusi kerjasama ketenteraan kerajaan ini bersama Belanda
pada tahun 1641. Setelah Belanda menguasai Melaka, Belanda hanya kekal di
koloni ini dan menghormati Johor sebagai penguasa Semenanjung Melayu dan
Kepulauan Riau.

Kedatangan British yang mula menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786 dan
Singapura pada tahun 1819 telah menyebabkan wujudnya kehendak untuk
menguasai Melaka daripada tangan Belanda.

Pada tahun 1824, dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824,


Kesultanan Johor telah terbahagi dua dengan Johor di bawah pengaruh British
manakala Kesultanan Riau di bawah ruang lingkup penguasaan Belanda.

Kesultanan Riau akhirnya dihapuskan oleh Belanda pada tahun 1911 manakala
Johor kekal sebagai sebuah kesultanan di dalam Malaysia sehingga ke hari ini.

II. Kebijaksanaan pemimpin


Apabila kesultanan-kesultanan Melayu yang lain di Semenanjung satu
persatu dikuasai British, Johor di bawah pentadbiran Sultan Abu Bakar telah
mampu mengekalkan kemerdekaannya, malah diiktiraf kedaulatannya.
Walaubagaimana Johor telah dipisah kepada dua wilayah akibat Perjanjian
Inggeris-Belanda, namun Johor tidak kehilangan kedaulatan.
Pemerintahan moden Johor telah bermula apabila teraju pentadbiran telah
diambil alih oleh Sultan Abu Bakar (sebagai Temenggong) pada tahun 1862
daripada Temenggong Daeng Ibrahim.
Pada tahun 1868, baginda telah menggunakan gelaran ‘Maharaja’ dan
telah memerintah Johor dengan saksama serta menjadi pemerintah Melayu
pertama yang berkelana ke Eropah dan seluruh dunia bagi menjalin hubungan
diplomatik dengan negara-negara berdaulat lain, antaranya United Kingdom,
Empayar Uthmaniyah, Liechtenstein, Prussia, Austria, Itali dan Hawaii.
Menyedari kedudukan Johor yang boleh jatuh ke kuasa penjajah, baginda telah
menggunakan kebijaksanaan dan kebitaraan dalam berhubungan dengan pihak
British.
Akibat daripada tindakan British yang ingin meletakkan Penasihat British
di Johor sewaktu pemerintahannya, baginda sendiri telah ke England pada tahun
1884 untuk membuat perbincangan dengan Pejabat Tanah Jajahan British di
London yang menyaksikan permintaan baginda agar Residen British tidak
dilantik, diterima oleh pejabat ini.
Pada tahun 1885, Ratu Victoria telah mengiktiraf kedaulatan Johor apabila
kedua-dua kerajaan ini menandatangani Perjanjian British-Johor, pengiktirafan
yang sangat besar untuk sebuah kuasa besar dunia ke atas Kesultanan Melayu
yang telah wujud ratusan tahun ini.
Baginda kemudiannya menggunakan gelaran ‘Sultan’ bermula tahun
1886.
Bagi memastikan kemerdekaan Johor terus terjamin di sebalik kemaraan
Johor untuk menguasai pentadbiran, Sultan Abu Bakar telah mengumumkan
penguatkuasaan Perlembagaan Johor pada tahun 1895, iaitu Undang-undang
Tubuh Negeri Johor.

You might also like