Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PITAS

PETI SURAT BIL 446


89108 KOTA MARUDU, SABAH

PERKONGISAN
AMALAN TERBAIK
Sederap Selangkah SK.Pekan Hebat
Memacu Kecemerlangan: Sekolahku Ceria.

Disediakan oleh:
ROHANA BINTI ALING
Guru Besar Sk Pekan Pitas
Sederap Selangkah SK.Pekan Hebat Memacu Kecemerlangan: Sekolahku Ceria.

Rohana Binti Aling

Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas


Peti Surat 446,89100 Pitas.

Bidang Fokus
Hal Ehwal Murid (Unit 3K). Persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan kondusif dapat
membantu mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan
berkesan. Suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah boleh
meningkatkan keyakinan dan kekuatan jati diri murid daripada sebarang pengaruh dan
ancaman luar. Bagi mencapai hasrat ini, Unit 3K iaitu Kebersihan, Kesihatan dan
Keselamatan perlu memainkan peranan dalam merancang aktiviti yang melibatkan
kerjasama semua warga sekolah.

Pengenalan Projek
Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas telah melaksanakan Projek Keceriaan Sekolah.
Projek ini dilaksanakan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, bersih,
selamat dan kondusif serta memberi keselesaan bukan sahaja kepada warga sekolah
tetapi juga kepada pemegang taruh, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Hasrat untuk mencapai seruan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, dapat
terlaksana sekiranya semua elemen dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berada dalam keadaan baik. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah merupakan
antara faktor yang penting dalam meningkatkan mutu pendidikan seterusnya
menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Sepertimana program gotong-royong yang diadakan sebelum ini, Projek
Keceriaan Sekolah ini juga melibatkan kolaberasi antara semua pihak yang terdiri
daripada semua guru, staf-staf sokongan, ibu bapa, murid dan agensi luar.
Memandangkan projek menceriakan sekolah ini melibatkan banyak pihak, maka pihak
pentadbir menyeru kepada semua pihak agar sederap selangkah memacu
kecemerlangan demi SK.Pekan Pitas demi kebaikan anak-anak yang menuntut ilmu di
sekolah ini.
Fokus utama bagi projek ini adalah keceriaan kawasan hadapan pejabat
sekolah, di lorong pejalan kaki menuju ke Pejabat Am, di mana sebuah taman
diwujudkan iaitu “Taman Kokum”. Turut terlibat dalam projek ini adalah adalah kawasan
seperti berikut:
a) Kawasan dalam pejabat Am
Pejabat Am merupakan sebuah ruangan yang digunakan untuk urusan-
urusan rasmi melibatkan pentadbiran, pengurusan dan hal-hal lain yang
berkaitan dengan sekolah. Oleh itu, keceriaan dan kebersihan kawasan ini
perlu dititik-beratkan kerana ia umpama jantung bagi sesebuah sekolah.
Sekiranya ruangan ini ceria, pihak pentadbir, guru-guru dan staf-staf
sokongan yang berperanan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai
peneraju dan pelaksana visi, misi Kementerian Pendidikan Malaysia, akan
lebih bersemangat dalam melaksanakan tugas.

a Kantin Sekolah
Kawasan kantin sekolah yang bersih dan ceria penting dalam menaikkan
motivasi murid untuk ke sekolah. Selain penyediaan makanan berkhasiat,
bersih dan sihat kepada murid, kawasan itu juga perlu dicantikkan agar murid
lebih bersemangat.

b) Pintu masuk sekolah/depan pintu pagar sekolah


Pintu masuk sekolah perlu diceriakan untuk memberi tanggapan awal
yang positif kepada sesiapa sahaja yang datang ke sekolah, terutamanya
para pelajar.

c) Musollah
Musollah ataupun surau sekolah seringkali digunakan untuk kelas
Pendidikan Agama Islam serta aktiviti-aktiviti kerohanian di sekolah. Oleh itu,
ruangan ini perlulah bersih, selamat dan ceria agar mewujudkan suasana
yang kondusif sewaktu digunakan.

d) Pusat sumber.
Ruangan ini merupakan sumber utama bahan-bahan bacaan bukan
fiksyen dan juga fiksyen buat murid-murid juga guru-guru. Sekiranya ruangan
ini dihias dengan cantik, mempunyai susun atur yang kemas dan strategik,
maka minat murid-murid untuk membaca dan berkunjung ke sini dapat
ditingkatkan.

Latar Belakang Sekolah


Sekolah Kebangsaan Pitas ditubuhkan pada tahun 1965, dikenali dengan nama
Government Primary School Pitas (G.P.S, Pitas): dengan keluasan 8.5 ekar. la terletak
0.5 KM dari Sungai Bengkoka dan mendapat nama Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas
kerana sekolah terletak berdekatan dengan deritan kedai di mana tempat ini dianggap
pekan pada ketika itu.

Sekolah ini terletak di luar bandar dan jarak dari Pejabat Pendidikan Daerah sejauh
lebih kurang 5 kilometer.Fizikal sekolah terdiri dari 5 blok bangunan kayu,3 blok
bangunan kabin,2 blok bangunan konkrit iaitu bangunan kelas Prasekolah dan Makmal
komputer.

Enrolmen murid terdiri dari 261 murid lelaki dan 266 murid perempuan dengan
bilangan kelas 19 kelas termasuk prasekolah.Manakala gurunya 12 orang guru lelaki
dan 28 orang guru perempuan. Anggota kumpulan pelaksana (AKP) terdiri dari 1 orang
lelaki dan 3 orang perempuan.

Isu
Isu dapat dikenalpasti melalui tinjauan dan kaedah pemerhatian terhadap persekitaran
kawasan sekolah. Melalui tinjauan menggunakan soal selidik, didapati bahawa
persekitaran di SK. Pekan Pitas kurang ceria, tidak kondusif, kurang selamat apabila
membuat aktiviti di luar bilik darjah. Perkara ini jika tidak diselesaikan akan memberi
impak kepada kemenjadian murid, sekaligus memberi ancaman terhadap keselamatan
murid-murid di sekolah ini. Kawasan sekolah yang kurang menarik membuatkan murid
kurang motivasi untuk datang ke sekolah. Antara kawasan yang menjadi sasaran dalam
Projek Keceriaan Sekolah adalah:

a) Kawasan dalam dan luar pejabat Am.


b) Kantin Sekolah.
c) Pintu masuk sekolah /depan pintu pagar sekolah
d) Musollah.

(GRAF TINJAUAN)

Berdasarkan dapatan tinjauan itu, maka pihak pentadbir dengan sokongan Yang
DIpertua PIBG dan AJK tertinggi PIBG telah merancang untuk mengubah landskap
kawasan itu untuk mewujudkan iklim persekitaran sekolah yang selesa, selamat dan
harmoni.

Definisi iklim sekolah adalah suasana sekolah yang baik di mana keadaan
persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang
lancar’.( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1981)

Menurut Rotter (1975) dalam pembentangan teori motivasi pembelajaran sosial,


iklim sekolah mempengaruhi tindakan dan tinngkahlaku pelajar. Daripada kenyataan di
atas maka projek menceriakan kawasan sekolah perlu dilakukan bukan sahaja untuk
mengubah lanskap sekolah tetapi juga untuk mencapai kemenjadian murid yang
meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah yang diharapkan.

Matlamat
Program Keceriaan Sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah
yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, selamat dan mempunyai kemudahan
yang mencukupi untuk murid bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan
sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal. Objektif Projek Keceriaan
Sekolah ini ialah:

a) mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis.


Suasana sekolah yang bersih dan cantik ini akan dapat menyenangkan mata
yang memandang. Seterusnya, perasaan pelajar dan guru akan menjadi lebih
tenteram. Perasaan ibu bapa dan pelawat juga turut akan tenang dan gembira
apabila datang ke sekolah.

b) memupuk sikap bertanggungjawab murid dan seluruh warga sekolah terhadap


kewujudan institusi pendidikan mereka.
Projek Keceriaan Sekolah melibatkan kerjasama semua warga sekolah. Dengan
adanya kolaberasi antara pelbagai pihak ini, maka sikap bertanggungjawab
dapat dipupuk dalam kalangan murid dan seluruh warga sekolah dalam
menceriakan kawasan sekolah.

c) mewujudkan kerjasama antara warga sekolah.


Aktiviti menceriakan kawasan yang dilakukan secara bersama-sama dapat
mewujudkan kerjasama dalam kalangan murid, guru, ibu bapa dan staf-staf
sokongan sekolah. Secara tidak langsung, kesedaran tentang kepentingan
menjaga kawasan sekolah dapat dipertingkatkan demi kebaikan bersama.

d) menjadikan kawasan sekolah selesa dan kondusif hingga mendorong sikap dan
motivasi positif pembelajaran dalam kalangan pelajar.
Kawasan sekolah yang ceria, cantik, selamat dan bersih akan mewujudkan
suasana yang selesa dan kondusif. Perkara ini amat penting dalam
meningkatkan motivasi murid-murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Pelaksanaan projek
Pelaksanaan Projek Keceriaan Sekolah dilakukan melalui pendekatan PDCA (Plan-Do-
Check-Action)

1. Perancangan projek (Plan)

Mesyuarat pengurusan sekolah bersama Senior Leader Team (SLT) ,Midle Leader
Team (MLT) dan AJK tertinggi PIBG.Di dalam mesyuarat ini telah diputuskan,pihak
sekolah perlu memberi perhatian kepada fizikal sekolah dan persekitarannya.Kawasan
yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :
 Kawasan dari pintu pagar sekolah, di mana kawasan ini becak ketika musim hujan
dan berhabuk ketika kemarau. Keadaan ini sangat tidak selesa dan tidak baik untuk
kesihatan pelajar.
 Kantin sekolah- Atap kantin bocor dan lantai licin kerana ditakungi air. Keadaan ini
sangat tidak selamat bukan sahaja kepada murid malah seluruh warga sekolah.
 Pejabat Am, luar dan dalam tidak menunjuk situasi yang selesa apatah lagi
kondusif, suasana ini tidak memberi motivasi semasa menjalankan kerja.
 Musolla yang digunakan untuk aktiviti keagamaan dan aktiviti pendidikan
islam.Ruangan ini tidak selesa untuk menjalaankan aktiviti Pengajaran dan
pembelajaran.

2. Kerja buat projek (Do)

Setiap tempat yang telah dikenalpasti ada pasukan atau team yang akan
menjalankan kerja -kerja pennyelenggaraan dan menceriakan.Kerja penyelenggaraan
dibuat pada masa pendemik dimana murid hanya terlibat dalam PDPR.

3. Impak (Check)
Impak dari pelaksanaan projek keceriaan dapat dilihat dari aspek :

1. Akademik -Pencapaian TP bagi tahun 4

Terdapat peningkatan yang ketara dalam mata pelajaran:


 Bahasa Melayu: TP 3 - TP 6 meningkat sebanyak 4%
 Matematik: TP3 -TP6 meningkat sebanyak 19%
 Sejarah: TP3-TP6 meningkat sebanyak 2%
 Bahasa Arab: 21 %

2. Sahsiah murid, menunjukkan peningkatan peratus kehadiran secara puratanya lebih


kurang 1% setiap bulan.

3. Meningkatkan penyertaan murid terhadap aktiviti kokurikulum sehingga keperingkat


negeri. Selain itu keceriaan itu bukan saja memberi impak kepada murid malah guru
berkualiti dapat ditonjolkan melalui penglibatan guru dalam inovasi.

4. Action (Tindakan dan penambahbaikan)

Tindakan penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:


I) Jaringan dan jalinan
Memperluaskan skop jaringan dan jalinan ke daerah lain terutama yang melibatkan
syarikat swasta, agensi kerajaan dan pemegang taruh yang berkaitan.

II) Mengukuhkan SLT dan MLT dan semua warga.


Melibatkan Senior Leader Team (SLT) dan Midle Leader Team (MLT) dan seluruh
warga sekolah agar mereka sentiasa merasa diperlukan dalam membangun sekolah
dan ini akan melahirkan guru yang berkualiti dan untuk memberikan pembelajaran yang
berkesan dan bermakna kepada anak didik.

III) Meningkatkan pemantauan


Guru Besar dan penolong kanan perlu sentiasa memantau persekitaran sekolah melalui
leaning walk agar keceriaan yang telah diwujudkan sentiasa terpelihara dan dapat
ditambahbaik dari masa ke masa dan menjaga kebersihan, keselamatan dan
keceriaan(3K) dapat dibudayakan.

Kekuatan Projek
a) Sumbangan kewangan dari PIBG, sumbanngan dari alumni dan sumbangan syarikat
swasta telah banyak membantu pihak sekolah untuk mengurus dan membeli segala
peralatan terutama bahan mentah untuk menjayakan projek ini.

b) Begitu juga dengan sumbagan pokok bunga oleh pihak ibu bapa telah membantu
pihak sekolah mengurangkan kos projek.

b) kerjasama yang mantap dari pekerja swasta sekolah iaitu pembersihan dan
keselamatan telah membantu mengurangkan kos membayar upah membinaan.

Cabaran Pelaksanaan Projek


Antara cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan projek adalah seperti berikut:
1. Masalah kewangan untuk membeli bahan mentah.
2. Kekangan guru tidak dapat menjalankan aktiviti projek kerana ancaman pandemik.

Kesimpulan
Projek Sekolahku ceria dengan kerjasama pihak Guru, PIBG dan ibubapa ini dilihat
sangat membantu dan berkesan serta mampu memberikan impak yang baik kepada
persekitaran sekolah khususnya dengan mewujudkan iklim persekitaran sekolah yang
positif. Ianya juga dapat memperkasakan Program 3K di bawah pengurusan unit HEM.
Suasana yang ceria, cantik, selesa, selamat dan kondusif memberikan impak baru
kepada warga sekolah agar lebih bersemangat dan ceria untuk datang belajar dan
mengajar di sekolah. Ia juga diharapkan dapat menyumbang kepada peratus kehadiran
murid yang lebih tinggi ke sekolah. Kerjasama dari semua pihak adalah sangat
baikditeruskan dengan pengisian program–program lain yang bersesuaian untuk
kebaikan sekolah dan terus menyumbang kepada kemenjadian murid secara
menyeluruh dalam memperkasakan sekolah selaras dengan perkara yang dihasratkan
oleh kementerian pendidikan Malaysia.

Gambar

You might also like