10 Topik Sains Wajib Ulang Kaji Menjelang UPSR

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

1. Magnet
Topik ini sangat popular dan kebanyakan set soalan percubaan peringkat negeri seluruh Malaysia
mengandungi soalan daripada topik ini.

Sebagai cadangan, mungkin murid boleh memberi penekanan kepada memberi definisi bahan
magnet dan bahan bukan magnet. Melakar bentuk-bentuk magnet dan bahagian kutub magnet.
Menyatakan tindakan magnet pada objek melalui penyiasatan. Mengelas dan memberi contoh
bahan magnet dan bahan bukan magnet. Menyatakan kegunaan bahan magnet dalam kehidupan
seharian. Murid juga mesti boleh membuat kesimpulan bahawa daya tarikan magnet lebih kuat
pada bahagian kutub berbanding pada bahagian yang lain.

2. Proses Hidup Haiwan – Organ Pernafasan Haiwan


Saya berpendapat, topik ini mewakili keseluruhan konstruk yang boleh menguji tahap
penguasaan murid secara minimum. Murid seharusnya dapat mengenal pasti organ pernafasan
bagi haiwan-haiwan yang ditunjukkan melalui rajah ataupun petikan. Memadankan contoh
haiwan dengan organ pernafasan dengan betul. Murid juga perlu menguasai kemahiran mengelas
haiwan mengikut organ pernafasan yang diberikan. Mungkin boleh juga disoal tentang
kemahiran murid menaakul mengenai haiwan yang mempunyai lebih daripada satu organ
pernafasan serta contoh haiwan tersebut.

3. Sifat Bahan – Tahun Empat


Topik ini memerlukan murid menguasai pengetahuan tentang sumber asas bahan ialah
tumbuhan, haiwan, batuan dan petroleum. Murid juga perlu mengelaskan objek dengan
menyatakan ciri yang digunakan dalam pengelasan tersebut berdasarkan rajah yang diberi atau
penyiasatan yang dijalankan.

Boleh diuji kemahiran berfikir atas tinggi (KBAT) murid dengan soalan merekacipta objek atau
model berdasar jenis bahan yang diberikan. Maka, lakaran murid mesti jelas seiring dengan label
bahan yang digunakan.

4. Tumbuhan Melindungi Diri


Jika soalan daripada topik ini, murid di bandar akan mempunyai sedikit kelemahan untuk
mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan. Ciri-ciri tumbuhan melindungi diri seperti berduri (semalu
dan kaktus), mempunyai getah (nangka dan keladi), bulu halus (buluh, tebu dan lalang), beracun
(cendawan dan pong pong) dan berbau (raflesia dan tembakau).

5. Tenaga
Menyatakan sumber tenaga seperti matahari, angin, air, ombak, makanan, bateri, biojisim,
nuklear dan bahan api fosil. Murid perlu mahir menyatakan sumber tenaga dan bentuk tenaga
yang dihasilkan. Murid sepatutnya mengetahui tentang bentuk-bentuk tenaga yang dihasilkan
seperti tenaga suria, tenaga haba, tenaga kimia, tenaga elektrik, tenaga kinetik, tenaga bunyi,
tenaga keupayaan, tenaga cahaya dan tenaga nuklear. Dapat menjelaskan perubahan bentuk
tenaga dan menyatakan tenaga boleh berubah bentuk daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.

Adalah penting murid dapat memberikan maksud sumber tenaga boleh baharu dan sumber
tenaga tidak boleh baharu dengan tepat mengikut istilah daripada buku teks. Memberikan contoh
sumber tenaga boleh baharu dan sumber tenaga tidak boleh baharu. Menyatakan sebab mengapa
manusia perlu menggunakan sumber tenaga secara berhemah dan lestari.

6. Elektrik
Menyatakan contoh sumber yang menghasilkan tenaga elektrik. Melakar litar elektrik lengkap
menggunakan sel kering, mentol, suis dan wayar penyambung dalam bentuk simbol. Membuat
kesimpulan tentang nyalaan mentol bergantung kepada jenis litar. Menaakul penggunaan litar
selari ke arah penjimatan tenaga elektrik. Mendefinisi secara operasi tentang kecerahan mentol.

7. Mikroorganisma
Menyatakan mikroorganisma boleh dikelaskan kepada fungi, protozoa, alga, bakteria dan virus.
Memerihalkan mikroorganisma menjalankan proses hidup iaitu bergerak, bernafas dan
bertumbuh. Menyatakan maksud mikroorganisma dan menyatakan contoh-contoh
mikroorganisma mengikut jenis. Memberi inferens faktor (air, udara, suhu yang sesuai, nutrien
dan keasidan yang sesuai) yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma. Memberi contoh
kegunaan mikroorganisma dalam pelbagai bidang dan mikroorganisma yang berbahaya.
Menyatakan langkah-langkah mencegah penyakit berjangkit.

8. Buruj
Memberikan definisi buruj. Mengenal pasti empat buruj utama dengan ciri-ciri buruj tersebut.
Melakar bentuk buruj yang mudah dilihat. Menyatakan dua kegunaan buruj iaitu menunjuk arah
dan menentukan musim menanam dan menuai. Menyatakan buruj lain yang boleh dilihat di
angkasa selain Belantik, Biduk, Pari dan Skorpio.

9. Teknologi – Kepentingan Teknologi dalam Kehidupan


Menyatakan manusia mempunyai had keupayaan. Menyatakan teknologi ialah alat untuk
mengatasi had keupayaan manusia. Mengetahui urutan perkembangan teknologi dalam bidang
pertanian, pengangkutan, pembinaan, komunikasi dan perubatan. Menerangkan sebab
kepentingan penciptaan teknologi serta kebaikan dan keburukan teknologi.

10. Proses Hidup Tumbuhan – Proses Fotosintesis


Memberikan definisi proses fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanan sendiri.
Menyatakan keperluan tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis iaitu karbon dioksida,
air, cahaya matahari dan klorofil manakala hasil bagi proses tersebut ialah kanji dan oksigen.
Memberi inferens tentang kepentingan fotosintesis terhadap hidupan lain.

Topik-topik di atas adalah ramalan Cikgu Zazolnizam


berdasarkan analisis soalan-soalan lepas dengan topik-topik
yang kemungkinan boleh diuji dalam Kertas 2.
Semoga dengan bimbingan ini dapat membantu murid membuat persediaan dan juga mengetahui
huraian topik wajib ulang kaji 2019.

SELAMAT MAJU JAYA.

Di sini saya kongsikan sembilan tip yang mungkin boleh membantu murid-murid
mencapai tahap penguasaan minimum seperti berikut:

Tip 1: Lima Minit Pemanas Memori (LMPM)


Secara konsisten amalkan program Lima Minit Pemanas Memori (LMPM). Mulakan membaca
nota atau mengulang kaji setiap hari selama lima minit mengikut konstruk mengingat fakta,
prinsip, istilah, pengelasan, urutan, kaedah dan konsep Sains.

Guru atau ibu bapa boleh bantu murid dengan menyediakan soalan pantas pemanas memori ini
mengikut konstruk yang saya terangkan tadi. Tujuan aktiviti ini ialah untuk mengimbas kembali
apakah bentuk-bentuk item yang boleh disoal pada Kertas 1.

Tip 2: Fahami format item


Murid mesti mengetahui format soalan Kertas 1 dan Kertas 2 dengan baik. Tahu bentuk-bentuk
soalan (konstruks) dan mengenal pasti aras soalan mudah, sederhana dan sukar.

Murid MULUS akan memberi fokus kepada soalan aras pengetahuan iaitu soalan mengingat
semula (recall) daripada DSKP dan buku teks Sains yang dibekalkan.

Tip 3: Intervensi MULUS


Guru dan ibu bapa boleh menyediakan soalan-soalan mengikut topik atau konstruk yang mereka
belum kuasai sebagai intervensi atau latihan ansur maju.
Kenal pasti topik yang benar-benar mereka belum kuasai dan carilah bahan atau soalan yang
sesuai secara berfokus.

Ansur maju bermaksud latihan dan bimbingan secara berperingkat mengikut tahap pemikiran
dan kebolehan murid menguasai topik. Contoh, mungkin boleh dimulakan dengan latihan dengan
bimbingan, kemudian latihan dengan menyebut kata kunci soalan dan peringkat berikutnya
memberi latihan tanpa bimbingan.

Tip 4: Faham arahan soalan


Arahan soalan sangat penting dalam menjawab soalan Sains.

Contoh arahan soalan ialah

i. Pilih jawapan yang betul.

ii. Apakah keperluan asas tumbuhan? Tandakan (√) pada jawapan yang betul.

iii. Lakarkan litar bersiri dengan simbol.

Perkataan yang dihitamkan ialah arahan soalan. Jika murid cakna dengan arahan soalan, risiko
murid untuk memberikan jawapan yang salah adalah sedikit.

Tip 5: Faham kata kunci soalan


Kata kunci atau ‘keyword’ ialah perkara yang disoal. Kata kunci soalan perlu digariskan untuk
menjawab Kertas 1 ataupun Kertas 2. Selalunya daripada kata kunci soalan kita akan mengenal
pasti soalan tersebut menyentuh topik mana dalam sukatan pelajaran.

Secara ringkasnya, pemilihan jawapan untuk Kertas 1 sudah boleh dijangka berdasarkan topik
atau subtopik yang dikenal pasti.

Tip 6: Konsep dan prinsip Sains


DSKP Sains sekolah rendah sangat luas. Sepatutnya murid-murid telah menguasai dan
mengingat keseluruhan konsep dan prinsip Sains mudah sehingga yang sukar.

Disebabkan kekangan waktu dan juga keupayaan guru menyediakan hands-on maka banyak
konsep dan prinsip yang tidak mampu dikuasai dengan konkrit oleh murid-murid. Ini
menyebabkan ingatan murid tidak tekal dan kadang kala berlaku miskonsepsi dalam kalangan
mereka.

Tip 7: Peruntukkan masa membaca dan membuat nota


ringkas
Gaya pembelajaran murid-murid sering diganggu dengan lupaan, sikap malas membaca atau
tidak mempunyai tabiat membaca secara konsisten dan cuai semasa memahami kehendak soalan.

Masalah ini saya namakan ‘tiga penyakit kanak-kanak’ yang menghadapi peperiksaan. Jika
murid dapat mengatasi masalah ini, kemungkinan besar untuk murid menjawab soalan aras
pengetahuan dengan tepat sangat tinggi.

Tip 8: Cuba jawab soalan-soalan sebenar


Jangan lupa menjawab soalan-soalan sebenar kertas Sains yang lepas sebagai pengujian kepada
kebolehan anak-anak. Laras pembina item bagi peperiksaan sebenar sangat berbeza dengan
soalan-soalan buku yang berada di pasaran. Ini sangat penting menjadikan murid betul-betul
menguasai bentuk-bentuk soalan semasa.

Tip 9: Bahan grafik dan video


Sangat banyak bahan bantu belajar yang boleh digunakan untuk menerangkan murid tentang
konsep daya geseran contohnya atau prinsip cahaya melalui video ataupun grafik yang dikongsi
oleh guru-guru di internet.

Teliti dan fahami setiap fakta daripada konsep dan prinsip tersebut dengan jelas. Ibu bapa dan
guru boleh menggunakan bahan tersebut untuk memberikan ingatan yang konkrit kepada murid-
murid.

You might also like