Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUDA

AMPANG 56100 KUALA LUMPUR


SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
PROGRAM
PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN
SUKAN RAGBI RIMAU
SK TAMAN MUDA

( No.Ruj: )600-3/5/28 ( )
KERTAS CADANGAN
PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN
SUKAN RAGBI RIMAU SK TAMAN MUDA

Yang Berusaha

Guru Besar

SK Taman Muda

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan seperti ragbi
rimau, hoki, bola sepak dan lain-lain, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan,
malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri. Pengalaman bersukan juga
penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang. Namun, untuk meneruskan
kecemerlangan ini memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi dan juga komitmen daripada semua pihak tidak kira
murid, guru atau ibu bapa. Ia memerlukan sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak luar agar program
dapat direalisasikan dengan jayanya.

2. MATLAMAT

Sukan Ragbi Rimau ini telah diperkenalkan kepada semua murid dan ia adalah sebagai satu entiti kepada warga
Sekolah Kebangsaan Taman Muda dan diharap ia lebih terus cemerlang, dikenali dan disegani di negeri Selangor
amnya dan di daerah Hulu Langat khususnya.

3. OBJEKTIF

I. Menengahkan bakat murid-murid ke arah yang lebih tinggi.


II. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan murid.
III. Memupuk semangat setiakawan di kalangan murid, guru dan ibu bapa serta komuniti setempat.
IV. Mendekatkan masyarakat dengan sekolah melalui sukan.

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT KEJOHANAN

Berikut adalah acara Kejohanan Sukan Ragbi Rimau yang telah disertai dan akan disertai bagi tahun 2023:
I. Jemputan Perlawanan Persahabatan Ragbi U12 di SK Lembah Subang pada 27 Jun 2023. Mendapat temapat
ketiga daripada lima pasukan yang sertai.
II. Kejohanan Sukan Ragbi Sentuh peringkat MSSDHL di SK Cheras Indah pada 4 dan 5 Julai 2023.
Mendapat kedudukan Naib Johan Bowl.
III. Kejohanan Pertandingan Ragbi Sentuh peringkat kebangsaan di Shah Alam pada 19 dan 20 Ogos 2023
IV. Kejohanan Pertandingan Hawk Langkawi peringkat kebangsaan di Pulau Langkawai pada 23 dan 24
September 2023

5. PENYERTAAN

Pemain ragbi rimau sekolah yang terpilih yang terdiri daripada murid Tahun 5 dan 6

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

I. Kejohanan Sukan Ragbi Rimau peringkat MSSDHL dan Perlawanan Persahabatan di SK Subang,
menggunakan wang peruntukkan Bantuan Sukan Sekolah

II. Kejohanan Ragbi Rimau di Shah Alam, peringkat kebangsaan pada 19 dan 20 Ogos 2023 memerlukan
bantuan wang sumbangan luar. Anggaran RM1500 untuk makan, penginapan dan pengangkutan.
III. Kejohanan Pertandingan Hawk Langkawi, peringkat kebangsaan

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


PASUKAN RAGBI
PERTANDINGAN HAWK LANGKAWI
PERINGKAT KEBANGSAAN
TARIKH: 22 - 24 SEPTEMBER 2023
HARI : JUMAAT - AHAD

PENYERTAAAN : 12 MURID DAN 4 GURU


GURU-GURU YANG TERLIBAT :
1. Encik Muhammad Fahmi bin Yusri
2. Encik Muhammad Ilham bin Jantan
3. Encik Mohd Sayuti bin Che Hat
4. Encik Muhammad Aizuddin bin Mohd Razib

BI BI
L PENDAPATAN RM L PERBELANJAAN RM
Bayaran daripada murid : Sekarang
1 di tangan 1550 1 Tiket Bas/ETS (2 hala) 1500
Setelah selesai kutipan
(bayaran dikenakan ke atas pemain
2 yang sertai) 2050 2 Tiket Feri (2 hala) 600
Kenderaan Sewa (1
3 van, 1 sedan) 1000
Homestay (2 buah, 3
4 hari 2 malam) 1000
Makan (3 hari, 2 malam
5 untuk 5 kali makan) 1500

6 Kecemasan 300
3600 JUMLAH 5900

Jumlah Perbelanjaan 5900


Tolak 3600
Yang diperlukan 2300
7. STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM

Pengerusi : Pn Marisanam binti Jantan - Guru Besar SKTM

Timbalan Pengerusi : Puan Nor Rahimah binti Mahidin - Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 1 : En Huseen Shabeer B. Abdul Basir - Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 2 : En. Jacob Paul A/L LPP Raja - Guru Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi 3 : En Zulkifle bin Sabudi@Sabudin - Guru Penolong Kanan Petang

Ketua Jurulatih : En Muhammad Fahmi bin Yusri

Jurulatih : En Muhammad Ilham bin Amri

8. JADUAL DAN TEMPAT LATIHAN

Pada setiap hari persekolahan bermula jam 7.20 pagi hingga jam 8.20 pagi bertempat di padang sekolah Sekolah
Kebangsaan Taman Muda.

9. PENUTUP

Diharap dengan adanya Program Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan Ragbi Rimau ini dapat menjulang
nama pasukan ragbi SK Taman Muda dan potensi murid-murid khususnya dapat diketengahkan ke arah yang
lebih cemerlang. Penglibatan dan kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan program ini amat dialukan
dan diharapkan.

Disediakan oleh : Disokong oleh :

(MUHAMMAD FAHMI BIN YUSRI) (NOR RAHIMAH BINTI MAHIDIN)


Ketua Jurulatih Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Program Pembangunan dan Kecemerlangan SK Taman Muda
Sukan Ragbi Sentuh
SK Taman Muda

Disahkan oleh :
(MARISANAM BINTI JANTAN)
Guru Besar
SK Taman Muda

You might also like