Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

(PEMBANTU PERUBATAN) ALOR SETAR

PROGRAM : DIPLOMA SAINS PERUBATAN DAN KESIHATAN

KURSUS : APPLIED PHYSIOLOGY I

KOD KURSUS : MHAP 2022

SEMESTER : TAHUN I SEMESTER II

SESI : JANUARI 2023

JENIS PENTAKSIRAN : TUGASAN INDIVIDU

WAJARAN : 20%

TARIKH PENGHANTARAN : 10 SEPTEMBER 2023

Tajuk tugasan

ACUTE GLOMERULONEPHRITIS (2022)

NAMA MIRZA BATRISYA BINTI MISLE

NO MATRIK DPMH 1/2023(18)-0005

NO KP 040406-10-0068

NAMA
PENGAJAR PUAN NOR SHILA BINTI MOHAMED NOOR

JUMLAH PERKATAAN : 711 PATAH PERKATAAN


PENGENALAN

Penyakit glomerulonephritis merupakan sejenis gangguan buah pinggang.


Penyakit ini berlaku apabila glomeruli iaitu penapis kecil di dalam buah pinggang
terluka atau mengalami inflamasi. Glomeruli mempunyai fungsi yang amat penting. Ia
bertindak mengkumuhkan lebihan cecair, elektrolit dan juga bahan buangan dari
darah ke dalam urin. Selain itu, penyakit gangguan buah pinggang ini turut dikenali
dengan nama nephritis atau nephrotic syndrome. Inflamasi yang pesakit alami boleh
berlaku disebabkan jangkitan atau masalah pada sistem imun seseorang.
Kadangkala, glomerulonephritis boleh sembuh tanpa sebarang rawatan. Walau
bagaimanapun, penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi dan gangguan lain pada
buah pinggang jika ia dibiarkan berlarutan tanpa sebarang perhatian daripada doktor.

LATAR BELAKANG KAJIAN

A. MASALAH FISIOLOGI YANG TIDAK NORMAL

Glomerulonephritis merupakan keadaan dimana keradangan pada glomeruli


dalam buah pinggang yang boleh membawa kepada pelbagai masalah fisiologi yang
tidak normal dan komplikasi. Beberapa keabnormalan fisiologi utama yang dikaitkan
dengan glomerulonephritis adalah proteinuria di mana protein yang sepatutnya
disaring dan disimpan oleh buah pinggang dibuang ke dalam air kencing. Ini boleh
mengakibatkan kehilangan protein yang penting untuk fungsi tubuh. Seterusnya,
hematuria atau kehadiran darah dalam air kencing adalah masalah biasa dalam
glomerulonefritis. Hal ini disebabkan oleh kerosakan glomerulus yang boleh
menyebabkan pendarahan dalam sistem pengoksigenan darah buah pinggang.
Kemudian, glomerulonephritis boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah atau
hipertensi yang berterusan. Ini kerana gangguan dalam mekanisme pengawal
tekanan darah oleh buah pinggang. Oleh itu, adalah penting untuk diingatkan bahawa
glomerulonephritis adalah penyakit yang serius dan memerlukan penjagaan
perubatan yang berterusan.
B. PERKEMBANGAN SEMASA PENEMUAN FISIOLOGI

Penemuan dalam bidang fisiologi berkaitan dengan penyakit glomerulonefritis


telah memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana penyakit ini
mempengaruhi fungsi buah pinggang. Antara perkembangan semasa penemuan
fisiologi berkaitan dengan glomerulonefritis adalah pemahaman tentang glomerulus
yang berfungsi untuk menapis darah. Seterusnya, pemahaman tentang kesan jangka
panjang penyakit glomerulonefritis terhadap buah pinggang dan sistem badan.
Kemudian, penemuan dalam fisiologi glomerulonephritis telah mendorong
pembangunan ubat-ubatan yang bertujuan untuk mengawal keradangan,
mengekalkan tekanan darah dan mengurangkan komplikasi. Kesimpulannya,
penemuan dalam fisiologi berkaitan dengan glomerulonefritis adalah penting kerana
mereka membantu para penyelidik, doktor dan pakar kesihatan memahami penyakit
ini dengan lebih baik dan memberikan penjagaan yang lebih efektif kepada pesakit.

PERBINCANGAN

A. ANALISIS DAN HUJAH MENGGUNAKAN PENEMUAN BERASAKAN BUKTI

Rajah 1: Klasifikasi glomerulonephritis berdasarkan punca

Berdasarkan Rajah 1, glomerulonephritis adalah penyakit yang boleh


diklasifikasikan berdasarkan punca utama yang menyebabkannya. Klasifikasi
glomerulonephritis berdasarkan punca terbahagi kepada beberapa bahagian seperti
Glomerulonefritis Autoimun yang merujuk kepada glomerulonephritis yang
disebabkan oleh respons autoimun badan terhadap komponen glomerulus sendiri.
Contohnya termasuk Lupus Nefritis, di mana sistem imun menyerang buah pinggang
secara salah. Seterusnya, glomerulonephritis yang berkaitan dengan Anti-Basement
Membrane disebabkan oleh antibodi yang menyerang membran dasar glomerulus
sehingga menyebabkan keradangan dan kerosakan pada bahagian penting dalam
buah pinggang. Selepas itu, glomerulonephritis berkaitan ANCA adalah antibodi yang
sering terdapat dalam penyakit autoimun yang mempengaruhi sistem imun badan
untuk menyerang sel-sel buah pinggang. Kemudian, C3 Glomerulopati dikaitkan
dengan perubahan dalam komponen C3 dalam sistem complement yang merupakan
sebahagian penting dalam sistem imun. Ini boleh menyebabkan keradangan dalam
glomerulus. Akhir sekali, glomerulonephritis berkaitan dengan Ig Monoklonal ialah
peningkatan pengeluaran Ig Monoclonal yang merupakan jenis antibodi tertentu yang
dihasilkan secara tidak normal oleh sel-sel imun dalam badan.

B. HASIL ANALISIS

Berikut merupakan ujian-ujian makmal awal yang penting dalam penilaian


pesakit yang disyaki mengalami glomerulonephritis. Antaranya ialah pemeriksaan
darah lengkap yang melibatkan pengiraan jumlah sel darah merah, sel darah putih,
dan platlet dalam darah. Ia membantu mengenal pasti sebarang tanda-tanda
perubahan darah yang mungkin berlaku dalam glomerulonephritis. Seterusnya, ujian
air kencing untuk mencari kehadiran darah, protein dan "red blood cell casts"
merupakan tanda khusus glomerulonephritis. Selepas itu, pengukuran tahap
komplemen C3 dan C4 dalam darah untuk menunjukkan aktiviti sistem imun dan
memberikan petunjuk tentang jenis glomerulonephritis. Kemudian, pemeriksaan C-
reactive protein bagi mengukur tahap protein C-reactive dalam darah yang boleh
meningkat dalam keadaan keradangan. Kesimpulannya, berikut merupakan antara
langkah permulaan penting dalam menilai dan mendiagnosis glomerulonephritis.
Pesakit yang disyaki mengalami glomerulonephritis akan menjalani ujian-ujian ini
untuk membantu doktor menentukan penyebab dan jenis glomerulonephritis yang
dihadapi.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, glomerulonephritis adalah penyakit buah pinggang yang


melibatkan keradangan dan kerosakan glomerulus merupakan struktur penting yang
menapis darah dan mengeluarkan sisa dari badan. Hal ini disebabkan oleh pelbagai
faktor termasuk jangkitan, penyakit autoimun atau faktor genetik. Gejala utama
termasuk hematuria, proteinuria, hipertensi dan lain-lain. Sehubungan dengan itu,
rawatan bagi glomerulonephritis bergantung kepada tahap keparahannya dengan
ubat-ubatan anti-radang, pengawalan tekanan darah, dan penjagaan pesakit yang
berterusan. Oleh itu, pemantauan dan pengurusan jangka panjang adalah penting
untuk meminimakan komplikasi dan memastikan kesihatan buah pinggang yang baik.
RUJUKAN

Berti, A., Cornec-Le Gall, E., Cornec, D., Casal Moura, M., Matteson, E.
L., Crowson, C. S., ... & Specks, U. (2019). Incidence, prevalence, mortality and
chronic renal damage of anti-neutrophil cytoplasmic antibody-associated
glomerulonephritis in a 20-year population-based cohort. Nephrology Dialysis
Transplantation, 34(9), 1508-1517.

Bobart, S. A., Alexander, M. P., Shawwa, K., Vaughan, L. E., Ghamrawi, R.,
Sethi, S., ... & Zand, L. (2021). The association of microhematuria with mesangial
hypercellularity, endocapillary hypercellularity, crescent score and renal outcomes in
immunoglobulin A nephropathy. Nephrology Dialysis Transplantation, 36(5), 840-847.

Chauvet, S., Berthaud, R., Devriese, M., Mignotet, M., Martins, P. V., Robe-
Rybkine, T., ... & Frémeaux-Bacchi, V. (2020). Anti-factor B antibodies and acute
postinfectious GN in children. Journal of the American Society of Nephrology: JASN,
31(4), 829.

Joly, F., Cohen, C., Javaugue, V., Bender, S., Belmouaz, M., Arnulf, B., ... &
Bridoux, F. (2019). Randall-type monoclonal immunoglobulin deposition disease:
novel insights from a nationwide cohort study. Blood, The Journal of the American
Society of Hematology, 133(6), 576-587.

Rodriguez-Iturbe, B. (2021). Autoimmunity in acute poststreptococcal GN: a


neglected aspect of the disease. Journal of the American Society of Nephrology:
JASN, 32(3), 534.

Rovin, B. H., Adler, S. G., Barratt, J., Bridoux, F., Burdge, K. A., Chan, T. M., ...
& Floege, J. (2021). Executive summary of the KDIGO 2021 guideline for the
management of glomerular diseases. Kidney international, 100(4), 753-779.

Satoskar, A. A., Parikh, S. V., & Nadasdy, T. (2020). Epidemiology,


pathogenesis, treatment and outcomes of infection-associated glomerulonephritis.
Nature Reviews Nephrology, 16(1), 32-50.

Walsh, M., Merkel, P. A., Peh, C. A., Szpirt, W. M., Puéchal, X., Fujimoto, S., ...
& Jayne, D. R. (2020). Plasma exchange and glucocorticoids in severe ANCA-
associated vasculitis. New England Journal of Medicine, 382(7), 622-631.

You might also like