Berdasarkan Sebuah Novel Yang Anda Pelajari

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggambarkan

cabaran yang dialami oleh watak dalam karya tersebut.


Novel yang saya kaji ialah Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
Talib.

Terdapat peristiwa yang menggambarkan cabaran yang dialami oleh watak utama
dalam karya tersebut. Peristiwa pertama ialah peristiwa watak utama iaitu Adnan dan
pasukannya kehabisan peluru semasa bertempur dengan tentera Jepun di Bukit Candu.
Cabarannya ialah Adnan terpaksa berhadapan dengan musuh dan hanya menggunakan
kekuatan tanpa senjata sehingga titisan darah yang terakhir.

Peristiwa lain ialah peristiwa watak utama iaitu Adnan menyertai pertandingan Pidato
Bahasa Inggeris walaupun tidak mahir berbahasa Inggeris. Cabarannya ialah Adnan terpaksa
berlatih bersungguh-sungguh kerana baru pertama kali menyertai pertandingan tersebut.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang mampu
memberikan teladan kepada para pembanca.

Novel yang saya kaji ialah Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
Talib.

Terdapat peristiwa yang mampu memberikan teladan kepada para pembaca ialah
peristiwa Leftenan Adnan bersungguh-sungguh mempertahankan Bukit Candu daripada
ditawan oleh tentera Jepun. Walaupun kakinya telah tercedera akibat ditembak oleh tentera
Jepun, Leftenan Adnan tidak menyerah kalah sehingga titisan darah yang terakhir. Peristiwa
ini boleh dijadikan teladan kerana daripada peristiwa itu telah menimbulkan semangat
patriotik dalam diri saya untuk terus menjaga kedaulatan dan keamanan negara daripada
diceroboh oleh musah negara.

Selain itu, Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun mendapat
tentangan daripada penduduk kampung. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita
hendaklah menuntut ilmu demi masa depan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang mampu
memberikan teladan kepada para pembanca.
Novel yang saya kaji ialah Novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat peristiwa yang mampu memberikan teladan kepada para pembaca ialah
Waheeda yang mengalami masalah kemurungan akibat kegagalan rumah tangga dan telah
mula bangkit serta berusaha melupakan kenangan lalu dengan memajukan Chalet Aya
Sajinah. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana walaupun kita gagal namun kita tidak
boleh terlalu mengikut perasaan sedih itu sebaliknya berusaha untuk kehidupan yang
mempunyai masa depan.

Selain itu, Waheeda gigih mendapatkan pinjaman tabung usahawan siswazah daripada
Bank Pembangunan untuk menubuhkan Syarikat Tajau Emas. Setiap usaha yang dilakukan
oleh Waheeda dapat dijadikan contoh teladan kepada kita agar gigih berusaha untuk
mendapatkan sesuatu yang kita inginkan dan akhirnya kita pasti akan berjaya.

You might also like