Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

WENDYS MALAYSIA

Wendys merupakan rangkaian restoran makanan segera berasal dari Indonesia yang 1
ditubuhkan pada tahun 1995 dan mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2000. Wendys 2
menyediakan hampir 30 jenis produk makanan segera yang dapat memenuhi citarasa 3
penduduk pelbagai kaum di Malaysia. Antara produk yang paling popular ialah CalorieCount 4
burger yaNG mendapat sambutan hangat di kalangan wanita bekerja mencatat nilai jualan 5
sebanyak RM100 juta pada tahun 2022. Wendys memberikan latihan dan kemajuan kerjaya 6
kepada pekerja-pekerjanya. Pekerja yang terlatih menjadi aset utama kepada kemajuan 7
syarikat. Wendys sentiasa menitikberatkan amalan baik dari segi standard kualiti, servis, dan 8
kebersihan yang menjadi tarikan pelanggan. Strenghs 9
Oppourtunities
Tambahan pula, Wendys Malaysia diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 10
(JAKIM). Wendys Malaysia juga telah dianugerahkan Anugerah CSR 2018 bagi kategori 11
restoran khidmat segera. Wendys menawarkan perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta 12
pelanggan setiap bulan. Perubahan gaya hidup rakyat Malaysia telah meningkatkan 13
permintaan terhadap makanan segera. Peningkatan golongan wanita bekerjaya menyumbang 14
kepada permintaan terhadap gaya hidup yang pantas. Wendys menawarkan perkhidmatan 15
dan produk-produk yang memenuhi cita rasa pelanggan. Kebanyakan restoran Wendys 16
menyediakan perkhidmatan pandu lalu yang menawarkan khidmat yang lebih cepat. 17
Perkembangan teknologi terkini memudahkan penawaran produk-produk Wendys. Kini, 18
pelanggan boleh membuat pesanan melalui telefon atau melalui khidmat dalam talian. 19
Peningkatan jumlah pengguna yang mempunyai capaian terhadap internet juga merupakan 20
satu kelebihan kepada Wendys. Hal ini membolehkan Wendys menyediakan khidmat 24 jam 21
kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan ini. Pelanggan juga boleh mendapatkan 22
maklumat terkini tentang produk serta tawaran promosi terkini Wendys di laman web 23
syarikatnya iaitu www.wendys.com.my. Threats Weaknesses 24

Wendys juga sentiasa membangunkan produk yang disesuaikan dengan kehendak 25


pasaran tempatan. Faktor gaya hidup moden telah mengundang banyak syarikat QSR untuk 26
beroperasi di Malaysia seperti Marry Brown,Burger King, Kentucky Fried Chicken (KFC), 27
Subway, dan Texas Chicken. Kemasukan banyak syarikat antarabangsa ini telah menambah 28
lagi persaingan sengit yang sedia ada dalam kalangan syarikat tempatan yang menawarkan 29
perkhidmatan dan produk yang sama. Populariti gaya terkini terhadap perkhidmatan food-truck 30
juga menjadi ancaman kepada perniagaannya. Persaingan yang wujud memaksa Wendys 31
untuk bekerja dengan lebih keras bagi mempertahankan perniagaannya. Usaha-usaha 32
pemasaran dan promosi yang lebih agresif perlu dilakukan. Ini menyebabkan Wendys terpaksa 33
meningkatkan peruntukan dana bagi tujuan pemasaran dan promosi yang lebih berkesan. 34

Walaupun jenama Wendys merupakan jenama yang kukuh, Wendys perlu memastikan 35
reputasi syarikatnya terpelihara. Reputasi Wendys pernah tergugat akibat isu-isu 36
antarabangsa yang dikaitkan dengan syarikatnya. Ia telah dikaitkan dengan penyaluran dana 37
bagi menyokong konflik politik atau keagamaan. Akibatnya kempen memboikot produk-produk 38
Wendys telah dilancarkan. Selain itu, terdapat isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 39
pemakanan sihat. Makanan segera sering dikaitkan dengan masalah obesiti dalam kalangan 40
generasi muda. Ini menyebabkan Wendys perlu berkempen untuk memulihkan reputasinya 41
dan ini mengakibatkan perbelanjaan bertambah. Pihak pengurusan Wendys sentiasa peka 42
terhadap perubahan isu-isu semasa dan bertindak pantas dalam menangani isu yang boleh 43
menjejaskan perniagaannya. Walaupun Wendys sering diperlihatkan sebagai lambang 44
dominasi sumber ekonomi oleh Amerika Syarikat, perubahan ekonomi dunia dengan pasaran 45
global yang luas telah menjadikan permintaan terhadap khidmat makanan segera terus 46
meningkat. 47
Berdasarkan kajian kes Wendys Malaysia, buat analisis SWOT terhadap syarikat
Wendys. [30]
Visi Misi J&T EXPRESS S&T KTR
J&T Express merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan logistik global yang menawarkan perkhidmatan
penghantaran ekspres khususnya di Asia tenggara dan China. Ditubuhkan di Indonesia pada tahun 2018, kini J&T
mempunyai anak syarikat di Vietnam, Malaysia, Filipina,Thailand, Kemboja, China, Arab saudi, UAE ,Mexico dan
Brazil. Wawasan J&T ialah menjadi sebuah syarikat yang sihat dan mampan dan ini dapat dicapai dengan
memfokuskan kepada perkhidmatan yang cekap dan berorientasikan pelanggan. J&T mempunyai 350 drop-points,
15 operating getaways serta 7000 orang pekerja. Untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang dalam industri
perkhidmatan logistik serta mencapai visi dan misinya, perancangan J&T tertertumpu kepada empat usaha utama iaitu
penyediaan perkhidmatan pick-up yang efisien, penggunaan teknologi canggih,kaedah tuntutan segera, penetapan
harga yang kompetitif serta mekanisme pengurusan yang fleksibel. J&T telah membeli 30 ekar tanah bernilai RM600
juta untuk membina pusat logistic bersepadu di Malaysia. J&T juga memutuskan untuk membuka pusat logistik pintar
terbesar di Arab Saudi untuk memenuhi permintaan perkhidmatan penghantaran di negara timur tengah.
Jualan e-dagang di Asia tenggara pada tahun 2021 bernilai USD$89.67 bilion dan mencatat kadar pertumbuhan
sebanyak 20.6 % yang tertinggi di dunia. Kajian Pew Research Center menunjukkan Malaysia merupakan antara
negara tertinggi pemilikan gajet dengan mencatatkan kadar penembusan mencapai 65 peratus.Ini menyumbang
kepada kadar pertumbuhan e-dagang sebanyak 24% pada tahun 2021. Misalnya jualan 12.12 di shopee pada tahun
2021 mencatat jualan sebanyak 600 000 item dalam jam pertama. Produk pengeluar tempatan juga mencatat
peningkatan sebanyak 70% dalam platform shopee Malaysia. Jenama global seperti IKEA, Nestlé, Tesco, Zalora dan
Lazada telah melabur di Malaysia untuk membuka hub pengedaran sebagai langkah untuk mengukuhkan penyertaan
mereka dalam e-dagang.Kadar penembusan internet di Malaysia ialah 80.1 % dan kerajaan berusaha untuk
meningkatkan kadar ini kepada 90%. KR
J&T menghadapi masalah untuk penghantaran bungkusan ke kawasan luar bandar disebabkan kemudahan
infrastruktur yang kurang baik. Sebaliknya, sistem jalan raya yang cekap di lembah klang, Johor Bahru dan Pulau
Pinang membolehkan J&T berjaya menghantar 92.7% bungkusan dalam masa 1 hingga 3 hari. J&T telah membeli
70 lori Hino untuk memenuhi permintaan perkhidmatan penghantaran ekspres di Malaysia. Perintah kawalan
pergerakan yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2021 berikutan penularan Covid19 menyebabkan
peningkatan pesat dalam jumlah bungkusan yang dikirim. Dalam tempoh ini, syarikat telah mengambil lebih ramai
pekerja sementara dan hanya memberikan latihan yang asas kepada pekerja menyebabkan berlaku isu pengendalian
bungkusan yang tidak efisien. Keadaan bertambah rumit apabila pekerja J&T mengadu kelewatan penerimaan gaji
serta menyatakan rasa ketidakpuasan tentang sistem pengagihan bonus. Dalam satu surat terbuka di Facebook,
syarikat itu menjelaskan pengagihan bungkusan secara ganas disebabkan terdapat segelintir kakitangannya tidak
memahami dengan jelas sistem pengagihan bonus dalam kalangan pegawai jabatan.
Kenaikan harga minyak serta pelaksanaan dasar gaji minimum menyebabkan peningkatan kos untuk syarikat
penyedia perkhidmatan ekspres. Menurut laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
sehingga 2021, terdapat 109 penyedia perkhidmatan logistik dan eksres di Malaysia.Syarikat berskala kecil sering
menawarkan bayaran kiriman yang murah yang boleh menjejaskan margin syarikat penyedia perkhidmatan ekspres
berskala besar. Menurut persatuan Syarikat Penghantaran Ekspres Malaysia (AMEC), persaingan harga yang sengit
dalam pasaran antara pemain industri dalam dan luar negara tanpa kawal selia yang sistematik menyukarkan semua
syarikat di dalam industri ini dapat bertahan lama.Kenaikan gaji minimum pula turut menambahkan lagi keparahan
syarikat kurier tempatan yang pada masa sekarang yang terpaksa menanggung kenaikan kos operasi hampir 20%.
(Disesuaikan daripada https://www.hmetro.com.my/, https://www.jtexpress.my/, https://www.theedgemarkets.com/
dan https://www.jtexpress.sg/, https://amec.my/ yang dicapai pada 17 Jun 2022)
Berdasarkan kajian kes J&T Express.
(a) Jelaskan jenis keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan J&T express [6]
(b) Jelaskan unsur perancangan strategik yang terdapat dalam J&T Express [9]
(c) Terangkan analisis kekuatan , kelemahan, ancaman dan peluang (SWOT) bagi J&T express [15]

You might also like