Sop Fertigasi Cili - Compress

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SOP PENANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

1. Pengenalan
i. Teknologi fertigasi merujuk kepada sistem tanaman tanpa tanah
ii. Fertigasi bermaksud tanaman sentiasa diairi larutan baja yang lengkap secara titis
beberapa kali sehari ikut keperluan pokok

2. Tujuan
i. Mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit bawaan tanah

3. Media
i. Paling banyak digunakan ialah coco peat dan sekam padi bakar
ii. Media campuran boleh digunakan telah pengusaha perlu mengeluarkan kos tambahan.

4. Kelebihan
i. Lebih produktif
ii. Produk kualiti tinggi
iii. Tiada penyakit bawaan tanah
iv. Kurang kos operasi
v. Jimat air dan baja
vi. Bersih tanpa bau dan mesra alam
vii. Boleh tanam bila-bila masa

5. Kelemahan
i. Perlu ilmu dan kemahiran
ii. Kos mula yang tinggi
iii. Perlu air bersih
iv. Perlu tenaga eletrik
v. Tiada jaminan dari serangan serangga perosak

6. Penyediaan media tanaman


§ Bahan-bahan
i. Coco peat (habuk sabut kelapa yang diproses)
ii. Polibeg bersaiz 16’’ x 16’’ (Polibeg tegak) atau 13” X 21” (jenis baring/bantal) berwarna
hitam serta tanpa lubang. Lubang dibuat sendiri dua inci daripada dasar polibeg.

§ Cara-cara
i. Masukkan coco peat ke dalam polibeg sehingga penuh. Anggran berat setiap satu 800g
(semasa kering), atau 2.5 – 3.0 kg dengan coco peat lembap – setelah dibilas dan
ditoskan.
ii. Atur polibeg tadi dalam bangsal fertigasi mengikut ukuran atau jarak tanaman 1.5’ x 5’
(1.5 kaki antara pokok dan 5 kaki antara baris)

7. Penanaman
i. Menyemai benih cili.
• Menggunakan peat moss yang diisikan ke dalam plug dulang semaian 104 lubang.
• Pastikan peat moss yang gembur tidak berketul-ketul sahaja yang digunakan.
• Biji disemai tidak terlalu dalam.
• Sembur halus pada peat moss dalam dulang semaian dengan air bersih.
• Simpan dulang semaian ini dalam beg plastik hitam (beg plastik sampah sesuai intuk
tujuan ini).
• Semburan air kosong dilakukan pada hari kedua.
• Biji benih akan mula pecah pada hari ke empat atau kelima.
• Buka plastik dan susun dulang-dulang semaian di dalam rumah semaian.
• Pastikan anak-anak benih ini dilindungi dari boleh diserang musuh tanaman seperti
siput, belalang dan serangga perosak.
• Basahkan media percambahan (peat moss) dengan air baja fertigasi dengan bacaan
EC 1.8. dua kali hingga 3 kali sehari mengikut keperluan. Sebaiknya dengan
mencelupkan dulang semaian kedalam larutan baja sedalam 1 inci.

ii. Menanam pokok cili.


• Anak benih yang mencapai umur 18 – 21 hari boleh ditanam dalam polibeg
• Polibeg hendaklah disiram sehingga cukup basah.
• Kerja-kerja menanam hendaklah dilakukan segera-siap dalam 1 hari
• Anak benih hendaklah ditanam ditengah-tengah polibeg bantal (tidak terlalu dalam)
• Pacak tiub mikro atau arrow dripper di pangkal pokok
• Selepas selesai menanam-siram anak benih dengan air kosong 3 kali sehari selama
2 hari.
• Pilih anak benih yang cukup sihat semasa menanam
• Anak benih yang lebih disimpan dengan baik (untuk kerja menyulam bila perlu)
• Sebaik-baiknya 2 anak pokok ditanam pada polibeg tegak dan satu anak pokok
pada polibeg bantal.
8. Formula baja untuk stok 100 LITER air

Stok Jenis Berat (g)


Kalsium nitrat 11500
A
Iron chelate 190
Kalium hidgorren fosfat (MKP) 2220
Magnesium sulfat 4030
Potassium nitrat 6600
Mangan sulfat 17
B
Zink sulfat 14.5
Cuprum sulfat 1.9
Natrium molibdate 1.2
Hibor 33
24, 608

STOK A i. Bancuh baja hingga larut satu persatu (guna


baldi plastik 18 liter)
ii. Masukkan ke dalam Tong A (100 liter)
iii. Kacau larutan sehingga sebati
iv. Tutup tong stok ini.
STOK B i. Bancuh kesemua baja hingga larut satu
persatu (guna baldi plastik 18 liter)
ii. Kesemua larutan disimpan dalam Tong B
(100 liter)
iii. Kacau larutan baja hingga sebati
UNTUK i. Isi air dalam tangki 600 gelen (2600 liter) Bacaan EC = 1.8 –
PENITISAN ii. Masukkan sebanyak 20 liter stok baja A. 2.0
Kacau sehingga sebati. Diikuti dengan 20 liter
stok baja B ke dalam tangki berisi 600 gelen air
(bukan serentak – lakukan satu persatu)
9. GERAK KERJA PENANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hari
Selepas Aktiviti Catatan
Sebelum tanam
tanam
- mengisi coco peat ke Jarak 1.5’ x 5’
dalam polibeg
5
- menyusun polibeg

- Siram polibeg sehingga cukup Gaul hingga ke bawah


3 basah polibeg

- Periksa mikrotiub dan penitis Pastikan tidak tersumbat


2
- Polibeg dan mikrotiub dalam
keadaan baik dan anak
benih sedia untuk ditanam
1 - buat tingkap tanaman di
tengah-tengah polibeg
(bantal)

- Mula menanam Siapkan dalam masa


1hari juga
0
- Siram dengan air kosong - 3 x sehari
untuk 2 hari

- mula titiskan larutan baja 3 x sehari


- 150 ml setiap titisan
1–3
- pukul 8pg, 11pg, 5ptg EC 1.8

- buat pencegahan jangkitan Guna Previcur N (13 cc/


penyakit Pythium 10 liter air – 100cc per
pokok). Tangguhkan
penitisan sehingga 2 jam
selepas penyiraman
4 & 14
racun kulat dilakukan.
Gunakan kepekatan baja
antara 1.8 - 2.0 pada
bacaan E.C hingga akhir
hayat pokok.
Tunas air pokok mula tumbuh Buang tunas air /tunas
ketiak menggunakan
tangan sahaja tanpa alat
lain dengan menarik ke
7 sisi pokok.

BAGI CILI BESAR


BUANG KESEMUA
TUNAS AIR MANAKALA
CILI PADI TINGGALKAN
4 – 5 TUNAS AIR SAJA

Pacak kayu pancang (berbentuk Ikat di pokok guna tali


X) boleh menggunakan kayu, (jangan ketat sangat)
14 - 20
buluh atau besi GI.

Buat kawalan perosak Kutu afids (AGRIMEC)/


Kutu trip (CONFIDOR,
MESUROL)/
Hamama (MITAC)/
Ulat Ratus (NURELLE)/
Lalat putih (MOSPILAN)

Ikat tali rafia pokok kepada Buat 2 tingkat


tali/dawai penghubung antara Sokongan pokok.
pancang.
20 - 27
Kerja-kerja kawalan perosak Formula 147 perlu
hendaklah sentiasa dibuat ikut diamalkan (147 = hari
keadaan pertama, hari keempat
dan hari ketujuh)

Semburan dilakukan
sebelum jam 10 pagi
atau selepas jam 5
petang.

Kerja pengawasan mesti dibuat Setiap kerosakan mesti


20 -150 sepanjang masa dirawat segera

Buah pertama mula masak Petik buah bersesuaian


75
dengan pasaran
Buah pertama mula masak dan
terus ada yang masak hingga
75 - 150
melebihi 160 hari.

Pokok sudah tidak ekonomik Matikan dan tanam anak


180
untuk disimpan baru
(6 bulan)

You might also like