Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA

KOD KURSUS : SC A04301


FOLIO BAB 3 : KELESTARIAN ALAM SEKITAR

NAMA : MUHAMMAD HAKIMI MUSTAQIM BIN KHALID (061120-03-0917)

MUHAMMAD ZARIF MUSTAQIM BIN MOHD HAIRUL (060820-03-0315)

MUHAMMAD AIDILFITRI BIN AMIZAN (061024-03-0247)

TENGKU MOHAMAD NIZAMUDDIN BIN TENGKU MOHAMED


(060925-03-0151)

NAMA PENSYARAH : NORIZAH BT MOHD NOR

KELAS : 2 SVM MTK


PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya


dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Walaupun terdapat beberapa
kesukaran, namun tidak menjadi pengalang yang besar untuk saya menyiapkan
tugasan ini.
Saya tetap berusaha mencari maklumat daripada pelbagai sumber dan hasilnya
tugasan ini dapat disiapkan atas usaha keras dan juga bantuan daripada rakan-
rakan sekelas terutamanya rakan sekumpulan saya. Di sini, saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek sains kelas saya, Pn
Norizah binti Mohd Nor kerana telah banyak membantu dan memberi bimbingan
serta tunjuk ajar sepanjang pelaksanaan tugasan ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih


PENDAHULUAN

Biochemical Oxygen Demand (BOD) merupakan parameter pencemaran air yang


diukur untuk menentukan tahap pencemaran air. BOD adalah jumlah oksigen terlarut
yang diperlukan oleh mikroorganisma seperti bakteria untuk mengurai bahan organik
di dalam sesuatu sumber air. Semakin tinggi BOD bagi sesuatu sampel air, semakin
banyak mikroorganisma yang berada dalam sampel air itu. Tahap pencemaran air
bagi sesuatu sampel air bagi sesuatu sampel air boleh ditentukan dengan mengukur
masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur setelah dicampurkan
dengan sampel air tersebut.

Pencemaran air didapati daripada sisa-sisa domestic seperti detergen dan


kumbahan- sisa pepejal seperti sampah sarap bahan buangan industry seperti gris.
Bahan kimia yang digunakan seperti baja kimia dan racun perosak serta tumpahan
minyak. Eutrofikasi ialah respons ekosistem terhadap penambahan ion fosfat dan
ion nitrat (daripada dtergen, baja dan sampah) ke dalam suatu ekosistem akuatik.
Pertumbuhan alga yang pesat dalam air yang mengandungi bekalan ion nitrat yang
berlebihan adalah satu contoh eutrofikasi. Kesan negative eutrofikasi termasuklah
pengurangan kandungan oksigen dalam air yang boleh menyebabkan kematian
haiwan dan tumbuhan akuatik.
OBJEKTIF
- Untuk menentukan tahap pencemaran air dalam sampel air yang berlainan.

KAWASAN KAJIAN
- Jenis sampel air yang digunakan adalah daripada sawah padi, longkang dan
lopak air.

Sampel air daripada sawah padi

-
Sampel air daripada longkang
-
Sampel air daripada lopak air

HASIL KAJIAN

1. Larutan metilena biru digunakan untuk mengukur masa yang diambil untuk
warna larutan metilena biru luntur setelah dicampurkan dengan sampel air
tersebut.

2. Penjadualan data :
Botol Jenis Sampel Air Masa yang diambil untuk
Reagen warna larutan metilena biru
luntur (minit)
1 Lopak air 20 minit

2 Sawah padi 32 minit

3 Longkang 27 minit

3. Semakin singkat masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru
luntur, semakin rendah jumlah oksigen terlarut di dalam sampel air.
4. Sampel air yang paling tercemar adalah sampel air daripada lopak air
kerana masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur adalah
paling singkat.
5. Antara faktor yang menyumbang kepada pencemaran air adalah
pembuangan sampah sarap, pembuangan sisa-sisa kimia daripada kilang,
aktiviti pertanian yang menggunakan bahan kimia yang berlebihan dan
pengurusan air kumbahan yang gagal diurus.
6. Kesan pencemaran air boleh menyebabkan kemusnahan ekosistem
akuatik. Selain itu, bahan toksik yang disalirkan terus dari kilang akan
memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan meracuni hidupan
hidupan di sungai dan tasik. Ia juga memberi kesan negatif terhadap
kesihatan seperti nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan
menyebabkan keracunan kepada manusia.
7. Kepentingan sumber air bersih adalah supaya proses penyingkiran bahan
toksik dalam badan dapat berfungsi dengan tahap optimum atau ianya
akan memburukkan keadaan kesihatan.

RUMUSAN

Antara langkah untuk mengatasi masalah air adalah dengan melaksanakan tindakan
penguatkuasaan yang lebih tegas, kilang-kilang terutamanya kilang haram
berhampiran tebing sungai dirobohkan kerana berpotensi mencemarkan anak-anak
sungai. Selain itu, memperkemaskan lagi pemantauan lembangan sungai melalui
tindakan pengawasan termasuk menggunakan dron, pengurusan data dan analisis
kecerdasan buatan. Di samping itu, meneliti dan mengkaji semula prosedur dan
tatacara penguatkuasaan berdasarkan bidang kuasa perundangan bagi memastikan
tindakan undang-undang yang bersepadu dan lebih tegas dapat dikenakan kepada
pihak yang tidak bertanggungjawab.

RUJUKAN

1. https://www.amirudinshari.com/posts/penyelesaian-isu-pencemaran-air
2. https://anyflip.com/gsuhi/nffc/basic
3. https://www.ipendidikan.my/punca-pencemaran-sungai.html

You might also like