Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

PENGAPLIKASIAN TEORI JEAN PIAGET DALAM BILIK DARJAH

Teori kognitif Jean Piaget dilihat banyak diaplikasikan di dalam bilik darjah kerana ianya memberi
kesan yang baik terhadap guru bagi memahami pemikiran pelajar, memadankan pengajaran
dengan peringkat perkembangan kognitif seperti strategi penyampaian dan tugasan dan
membolehkan para pelajar membina pengetahuan mereka.

Di dalam kajian Al Bidayah (2009), beliau menyatakan bahawa walaupun Jean Piaget tidak
banyak menulis tentang pendidikan, namun Piaget memberikan cadangan bagi para guru
menyesuaikan cara pengajaran dengan sistem pengetahuan atau perkembangan kognitif pelajar.
Dalam hal ini, teori ini boleh digunakan ketika seorang guru mempertimbangkan kaedah
mengajarnya bagi mendidik murid seperti mengambil tahu setiap aspek di dalam teori
perkembangan kognitif misalnya dari aspek proses perkembangan kognitif dan peringkat
perkembangan kognitif hal ini kerana proses pemikiran berubah daripada lahir hingga kematangan
kerana kita sentiasa berusaha memahami dunia menurut Piaget.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan juga perlu dilihat oleh seorang guru
dalam mengaplikasikan teori ini di dalam bilik darjah misalnya dari segi kematangan, aktiviti iaitu
semasa kita sebagai seorang guru ingin bertindak di dalam bilik darjah atau persekitaran dengan
guru perlu meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat supaya proses pemikiran
bertambah maju. Seterusnya transmisi sosial juga mempengaruhi perkembangan kognitif apabila
murid belajar daripada orang lain dan setiap guru perlu mempertimbangkan faktor-faktor ini
(Anon,2022).

Teori konstruktivisme oleh Piaget juga boleh digunakan oleh para guru di dalam bilik
darjah, di mana teori ini bermaksud murid secara aktif membangun sistem pengertian dan
pemahaman tentang realiti melalui pengalaman dan interaksi mereka. Selain itu teori
konstruktivisme menjelaskan bahawa bahawa pengetahuan seseorang adalah bentukan
(konstruksi) orang itu sendiri. Tanpa keaktifan seseorang mencerna dan membentuknya, seseorang
tidak akan mempunyai pengetahuan. Proses pembentukan pengetahuan terjadi apabila seseorang
mengubah atau mengembangkan skema (situasi) yang telah dimiliki dalam berhadapan dengan
tentangan, ransangan atau persoalan sehingga pengetahuan dapat dikembangkan dan dimajukan
(Canggih, 2012).
Sebagai contoh, bagi mengaplikasi teori ini di dalam bilik darjah, Bahadaruddin dan
Wahyuni (2012), mengatakan bahawa pendekatan belajar konstruktivisme memiliki beberapa
strategi dan strategi yang boleh dilakakukan adalah seperti:

a) Topdown processing
Maksudnya, pelajar belajar bermula daripada masalah yang kompleks untuk diselesaikan,
kemudian menghasilkan atau mencari kemahiran yang diperlukan. Contohnya pelajar
diminta menulis ayat dan seterusnya pelajar akan belajar membaca, mempelajari tatabahasa
ayat dan seterusnya menulis noktah dan koma.
b) Cooperative Learning
Iaitu strategi yang digunakan untuk proses pembelajaran dimana pelajar akan mudah
mencari konsep yang sukar secara menyeluruh sekiranya pelajar berbincang dengan pelajar
lain tentang masalah yang dihadapi. Dalam strategi ini, palajar belajar secara berpasangan
atau berkumpulan untuk membantu antara satu sama lain menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
c) Generative Learning
Strategi ini menekankan penyepaduan aktif bahan atau pengetahuan yang baru diperoleh
dengan skema. Melalui pembelajaran generatif, pelajar diharapkan lebih mudah
menyesuaikan diri apabila menghadapi ransangan baru.

Penerapan teori konstruktivisme di dalam bilik darjah adalah dengan menggalakkan


kebebasan dan inisiatif pelajar dalam pembelajaran dengan menghormati idea atau pemikiran
pelajar dan menggalakkan pelajar berfikir secara bebas, bermakna guru membantu pelajar mencari
identity intelek mereka. Pelajar yang merumuskan soalan kemudian menganalisis dan
menjawabnya bermakna mereka telah mengembangkan tanggungjawab terhadap proses
pembelajaran mereka sendiri dan menjadi penyelesai masalah. Selain itu, guru juga perlu
mengemukakan soalan terbuka dan memberi sedikit masa kepada pelajar untuk menjawab
Kenyataan ini disokong oleh kajian Rangkuti (2014), yang menyarankan guru agar sentiasa
membuat persediaan bagi membuka peluang kepada murid-murid untuk melakukan
penerokaan dalam aktiviti pembelajaran (Miswarul,2022)
Pemikiran reflektif kebiasaannya memerlukan masa yang lama dan selalunya berdasarkan idea dan
komen orang lain. Cara guru menyoal dan cara murid menjawabnya akan mendorong murid untuk
dapat membina kejayaan dalam menjalankan penyiasatan (Miswarul,2022).

Murid juga digalakkan berfikir pada tahap yang lebih tinggi. Guru yang mengaplikasikan
proses pembelajaran konstruktivisme akan mencabar murid untuk mencabar murid untuk
mencapai perkara-perkara yang berada di sebalik respons. Guru menggalakkan pelajar
menghubungkan dan merumuskan konsep melalui analisis, ramalan, justifikasi, dan
mempertahankan idea atau pemikiran mereka. Bukan itu sahaja, pelajar juga boleh didorong untuk
terlibat secara aktif dalam dialog atau perbincangan dengan guru dan pelajar lain. Dialog dan
perbincangan ialah interaksi sosial dalam kelas yang sangat membantu pelajar supaya dapat
mengubah atau mengukuhkan idea mereka. Sekiranya mereka berpeluang meluahkan apa yang
mereka fikirkan dan mendengarkan idea orang lain maka mereka akan dapat membina
pengetahuan mereka sendiri berdasarkan pemahaman mereka sendiri. Jika mereka berasa selamat
dan selesa meluahkan idea, maka dialog yang sangat bermakna akan berlaku di dalam bilik darjah
(Miswarul,2022).

Pelajar juga boleh didedahkan dengan pengalaman yang mencabar dan menggalakkan
perbincangan serta guru perlu memberi peluang untuk pelajar membuat pelbagai jenis ramalan,
kebiasaannya pelajar sering menghasilkan pelbagai jenis hipotesis tentang fenomena alam ini.
Guru yang mengaplikasikan konstruktivisme dalam pembelajaran perlu memberi ruang seluas-
luasnya kepada pelajar untuk menguji hipotesis yang mereka buat terutamanya melalui
perbincangan kumpulan dan pengalaman sebenar (Miswarul,2022).

Aplikasi teori ini juga boleh dilakukan dengan guru menyediakan data mentah, sumber
primer, dan bahan interaktif. Proses pembelajaran mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme
melibatkan pelajar dalam pelajar memerhati dan menganalisis fenomena alam di dunia sebenar.
Kemudian guru membantu pelajar menghasilkan abstraksi atau pemikiran tentang fenomena ala
mini bersama-sama (Miswarul,2022).

Sebagai contoh pengimplementasian konstruktivisme dalam pembelajaran subjek geografi


melalui strategi dengan menggunakan model bahan ajar berasaskan konstruktivisme, guru boleh
menggunakan kaedah dan strategi yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran
semasa di bilik darjah. Pada pengajaran topik geografi fizikal bagi tahap pemikiran mengaplikasi,
guru boleh menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran secara
koperatif. Pembelajaran secara koperatif merupakan kaedah pengajaran berpusatkan murid
daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat yang
sama. Dalam mata pelajaran geografi, guru boleh menggalakkan murid bekerjasama melalui
perbincangan, pencarian maklumat, mengolah dapatan dan mempersembahkan idea secara
berkumpulan berdasarkan tugasan yang diberi mengikut tahap berfikir murid berpandukan
standard kandungan, standard, standard pembelajaran dan standard prestasi di dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2022).

Pada pengajaran topik taburan penduduk dunia tingkatan empat di dalam standard
kandungan misalnya, standard pembelajaran ini menyatakan bahawa murid perlu mengenalpasti
taburan penduduk padat,sederhana dan jarang di dunia, yang membolehkan murid dapat
menyatakan dan menerangkan taburan penduduk duni, dengan menggunakan model bahan ajar
berasaskan konstruktivisme guru boleh merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran misalnya
dengan melakukan aktiviti perbahasan tentang taburan penduduk di dunia ataupun melakukan
teknik cooperative learning bagi isu membahaskan topik tersebut bagi mencapai standard
pembelajaran merujuk kepada standard prestasi di dalam DSKP. Menurut Khadijah (2011), Selain
itu, pendekatan Konstruktivisme turut memberi peluang kepada guru untuk menyesuaikan proses
pengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan individu murid. Pada dasarnya, murid akan
mencapai objektif kurikulum dengan baik melalui pendekatan Konstruktivisme apabila
pembelajaran yang seronok dan bermakna dapat dikecapi (Voon, 2021).
RUJUKAN

Anon. 2022. Teori perkembangan kognitif. https://nurulatiqahmansor.wordpress.com/pengenalan-


3/ [1 Disember 2022].

Albidayah. 2009. Mempertimbangkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget dalam


pembelajaran.
https://www.academia.edu/39788893/Mempertimbangkan_Teori_Perkemba
ngan_Kognitif_Jean_Piaget_dalam_Pembelajaran_PAI [1 Disember 2022].
Canggih. 2012. Teori perkembangan kognitif Jean Piaget sebagai dasar aplikasi dalam filsafat
Pendidikan konstruktivisme. https://www.academia.edu/39081518/teori_perkembangan
kognitif_jean_piaget_sebagai dasar_aplikasi_dalam_filsafat_pendidikan_konstruktivisme
[1 Disember 2022].
Dewi Latifah. 2016. Teori belajar dan penerapannya dalam pembelajaran bahasa arab.
Jurnal prosiding konferensi bahasa arab. 1 (2).
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2022. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.
https://www.moe.gov.my/warga-kpm/pegawai-perkhidmatan-pendidikan/dskp
[1 November 2022].
Miswarul & Teuku. 2022. Teori belajar konstruktivisme dan aplikasinya dalam pembelajaran
bahasa arab. Jurnal Pendidikan dan pengajaran. Vol 1: 76-83.
Voon et Al. 2021. Pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam pembelajaran
matematik. Jurnal Sains Insani. eISSN: 0127-7871.

You might also like