1.0 Pengenalan Tadika

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN TADIKA

Tadika merupakan institusi yang memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak. Tadika
atau singkatan bagi Taman Didikan Kanak-Kanak didefinisikan sebagai premis yang menerima
masuk lebih dari empat orang kanak-kanak berumur 4-6 tahun untuk tujuan pendidikan dan
menerima upah. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan pra-sekolah
didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat
sekolah rendah. Tadika memberikan peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai
kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal
di sekolah rendah kelak. Di samping itu, tadika juga bertujuan bagi meningkatkan
kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu
seperti kemahiran sosial, intelek, fizikal, rohani dan nilai estetik kanak-kanak. Tadika turut
membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak dengan pemupukan dan
pengukuhan melalui program yang terancang dan berstruktur.

Di Malaysia, perkhidmatan tadika boleh terbahagi kepada dua iaitu perkhidmatan tadika
kerajaan yang dikenali sebagai PRASEKOLAH yang mana ditempatkan hampir di semua
sekolah rendah kerajaan manakala tadika swasta atau persendirian yang beroperasi di taman
perumahan atau rumah kedai. Bagi penubuhan tadika swasta perlulah didaftarkan di bawah
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) iaitu di bawah Unit Pendidikan Swasta. Sebelum terlibat ke
dalam organisasi tadika, guru biasanya dilatih dan disahkan dengan pengiktirafan sekurang-
kurangnya sijil diploma dalam bidang perguruan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-
masing.atau ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

1.1 LATAR BELAKANG TADIKA

Tadika Little Kinderland merupakan sebuah tadika persendirian yang ditubuhkan pada 13
Januari 2024 secara perkongsian oleh 4 rakan kongsi iaitu Puan Anis Ayuni Binti Saimin
(pemilik premis), Puan Nur Fatonah Binti Suhaimi (pembantu guru), Puan Nurul Najwa Aiyah
Bini Zaini (pembantu guru) dan Puan Nur Alieya Suhailey Binti Jali (tukang masak).

Tadika Little Kinderland ditubuhkan di sebuah kawasan perumahan beralamat 19, Jalan
Bukit Mewah, 43000, Kajang, Selangor yang menempatkan lebih 100 orang kanak-kanak.
Sebelum penubuhan Little Kinderland, kawasan perumahan Bukit Mewah tidak mempunyai
perkhidmatan Taman Dididkan Kanak-Kanak yang menyebabkan penduduk sekitar perlu
bergerak ke luar kawasan perumahan selama 30 minit dari rumah masing-masing untuk
menempatkan anak-anak mereka sebelum ke tempat kerja. Oleh itu, Puan Anis Ayuni
mengambil peluang ini untuk membuka sebuah premis perniagaan Taman Didikan Kanak-
Kanak di dalam kawasan perumahan tersebut.

Tadika Little Kinderland menyediakan 2 pakej perkhidmatan iaitu Pakej A dan Pakej B.
Pakej A merupakan Perkhidmatan Pembelajaran Akademik yang menyediakan pembelajaran
dan pengajaran berasaskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu meliputi
matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Awal Matematik dan Awal
Sains. Manakala Pakej B pula ialah Perkhidmatan Fardhu Ain yang menyediakan perkhidmatan
Fardhu Ain, Bahasa Jawi dan Arab. Bagi pemilihan pakej, ibu bapa bebas untuk memilih pakej
yang dikehendaki mengikut kehendak masing-masing.

Selain itu, pihak Tadika Little Kinderland telah menetapkan tempoh pembelajaran
selama 4 jam bermula pada jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Pelbagai aktiviti menarik
telah disusun didalam jadual pembelajaran agar kanak-kanak teruja dan gembira untuk datang
ke tadika dan belajar. Aktiviti bermain telah diselitkan didalam slot mengajar pada setiap subjek
supaya minat dan fokus murid-murid menjadi seimbang untuk semua subjek. Aktviti bebas juga
akan disediakan kepada kanak-kanak sepanjang waktu pembelajaran kerana aktiviti bebas
dapat membuatkan kanak-kanak rasa bebas dan terlepas dari suasana yang formal. Oleh itu,
tempoh pembelajaran selama 4 jam yang ditetapkan akan menjadi lebih produktif malah akan
terasa seperti sekejap oleh kanak-kanak. Ini sekaligus dapat menangani masalah kanak-kanak
malas dan tidak mahu ke tadika kerana kanak-kanak berasa tadika dan belajar itu merupakan
suatu perkara yang bosan.
1.1.1 CADANGAN ALAMAT, PETA DAN LOKASI TADIKA

ALAMAT 19, Jalan Bukit Mewah 4, Taman Bukit Mewah, 43000 Kajang, Selangor.
PETA

LOKASI TADIKA
1.1.2 KONSEP DAN TEMA TADIKA

Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Hal ini kerana kanak-kanak banyak menghabiskan masa di dalam bilik
darjah untuk menimba ilmu secara formal bersama seorang guru. Secara rasmi, bilik darjah
boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Bilik
darjah juga merupakan tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang
khusus, yang boleh mempengaruhi murid-murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986).
Persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah tempat pelajar dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pelajaran (Haliza & Joy Nesamalar,
2009). Oleh itu, jelaslah bahawa biiik darjah merangkumi pelbagai aspek dalam memastikan
keberkesanan pembelajaran.

Tadika Kinderland menggunakan konsep bilik darjah yang menempatkan kanak-kanak


dalam kumpulan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Konsep ini terdiri daripada 5 orang
kanak-kanak didalam setiap kumpulan dimana mereka disusun mengikut tahap pemahaman
dan kemahiran individu. Didalam setiap kumpulan murid-murid akan dicampur adukkan diantara
murid yang berpencapaian tinggi dengan murid yang berpencapaian rendah supaya setiap
kumpulan akan seimbang. Ini bertujuan agar murid yang pintar akan dapat membantu dan
mendorong murid yang lemah dalam pelajaran sepanjang tempoh pembelajaran. Konsep ini
diterapkan kerana mempunyai pelbagai kepentingan terhadap murid-murid semasa berada di
dalam kelas. Kepentingan pertama yang dapat dikenalpasti ialah murid-murid dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka bersama rakan-rakan mahupun dengan guru.
Ini dapat dilihat apabila kanak-kanak aktif berborak antara satu sama lain dalam berkongsi
cerita mengenai diri mereka misalnya berkenaan rutin harian mereka atau tentang hobi mereka.
Selain itu, peningkatan kemahiran komunikasi bersama guru juga dapat dikenalpasti apabila
murid-murid menjadi lebih yakin bertanya atau bergurau dengan guru. Hal ini terjadi kerana
mereka rasa selamat dan selesa apabila berada dalam kumpulan yang ramai dan dikelilingi
oleh rakan-rakan. Jelaslah bahawa penerapan konsep meletakkan 5 orang murid-murid dalam
satu kumpulan dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid-murid.

Kepentingan yang seterusnya bagi kanak-kanak adalah mereka akan menunjukkan


sikap yang kooperatif dan kolaboratif sesama mereka. Ini disebabkan oleh perasaan kekitaan
dan ukhwah yang terjalin dengan erat diantara ahli kumpulan itu tidak mengira jantina,agama
mahupun bangsa. Perilaku kooperatif dan kolaboratif ini terjadi apabila murid-murid cuba
bersaing secara sihat dalam melaksanakan tugas kumpulan yang diberikan oleh guru.
Contohnya, guru boleh melakukan aktiviti seperti mengadakan kuiz, pertandingan meja
kumpulan yang paling cantik atau pun aktiviti teka-teki antara kumpulan. Ini secara tidak
langsung akan memastikan penglibatan semua murid-murid secara berkumpulan kerana sudah
menjadi lumrah kanak-kanak suka bersaing dan suka menonjolkan kemampuan diri mereka.
Dengan itu, dapat dipastikan konsep yang di implikasikan ini dapat menjamin kepentingan
murid-murid dalam urusan pembelajaran didalam kelas.

Seterusnya, peningkatan kemahiran sosioemosi murid-murid juga dapat diperolehi


dengan menerapkan konsep ini. Kemahiran sosioemosi yang dapat dididik kepada murid-murid
ialah skiap berkongsi dengan orang sekeliling. Hal ini penting kerana apabila murid-murid
belajar dalam satu kumpulan sudah pastinya akan ada segelintir murid yang ingin meminjam
barang. Situasi ini dapat dilihat bagi murid-murid yang kurang berkemampuan dalam
penyediaan alat tulis ketika ingin melakukan aktiviti. Adakalanya murid-murid yang yang prihatin
akan segera menawarkan barangan untuk berkongsi kepada kawan yang kurang
berkemampuan. Ini jelas menunjukkan apabila mereka tinggal dalam kumpulan, mereka akan
dapat mengenal pasti rakan yang susah dan mereka juga turut akan belajar sifat berkongsi.
Dalam tidak sedar, murid-murid telah membina sahsiah yang terpuji dimana sikap tersebut akan
mempengaruhi Masyarakat sekeliling. Umpama melentur buluh biarlah dari rebungnya dapat
kita guna dalam menggambarkan peningkatan kemahiran sosioemosi murid-murid tersebut.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan menggunakan konsep belajar secara berkumpulan
ia dapat menjamin kepentingan bagi proses mendidik murid-murid didalam kelas.
Tuntasnya, pelbagai kepentingan bagi murid-murid dapat diperolehi hasil daripada
penggunaan konsep belajar secara berkumpulan. Ini demi memastikan murid-murid terdidik
secara berkualiti bukan sahaja dari segi akademik akan tetapi membina insan yang mempunyai
sahsiah dan sikap yang terpuji. Oleh itu, kepentingan murid-murid akan terjamin dan terpelihara
dengan menggunakan konsep belajar didalam kumpulan.

Dalam pada itu, konsep kedua yang boleh diterapkan ialah konsep belajar sambil
bermain dimana ia merupakan sifat semulajadi dalam diri kanak-kanak. Menurut Cristie dan
Roskos (2009), mereka berpendapat kebanyakan kanak kanak mampu mengenal pasti
perkataan yang digunakan oleh mereka ketika bermain. Sebagai contoh, kanak kanak lebih
gemar mengunakan perkataan yang santai ketika bermain, mereka lebih peka sekiranya
pembelajaran diadakan secara santai tanpa memberikan tekanan kepada mereka. Selain itu,
menurut, Mariana & Siti Hawa (2009), dalam kehidupan sosial kanak kanak, bermain
merupakan salah satu pencetus kepada pertumbuhan perkembangan kanak kanak
terutamanya kemahiran sosial dan emosi. Hal ini terbukti bahawa apabila kanak kanak bermain
dengan rakan mereka, ini dapat membantu kanak kanak untuk menyesuaikan diri dengan orang
lain. Dengan cara bermain juga ianya dapat memberikan pengalaman yang berguna kepada
kanak kanak bagi meningkatkan kemahiran sosial dan mereka juga boleh belajar mengawal diri
apabila bergaul dengan rakan mereka. Tambahan pula, Mariana & Siti Hawa (2009)
menjelaskan, aktiviti bermain juga dapat menyumbang kepada peningkatan perkembangan
bahasa kanak kanak dengan cara pengunaan isyarat bahasa ketika bermain.

Terdapat beberapa kepentingan yang dapat diperolehi daripada konsep ini. Kepentingan
yang pertama ialah konsep ini dapat mengasah peningkatan skil fizikal kanak-kanak. Terdapat
dua aspek di dalam skil fizikal iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Kedua-
dua ini tentu sekali dapat dimantapkan dengan bermain. Contohnya kemahiran motor kasar
dapat diperolehi daripada aktiviti-aktiviti seperti melompat, berbasikal, naik turun tangga,
memanjat, menari, bergayut dan lain-lain lagi. Melalui aktiviti ini, perubahan fizikal kanak-kanak
juga dapat dilihat dengan jelas kerana mereka secara tidak langsung telah melatih dan
membina otot badan mereka untuk kegunaan harian. Manakala kemahiran motor halus pula
adalah koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Contoh aktiviti yang dapat dilakukan ialah
seperti menguntai manik, bermain pasir, menggunting, menguntai tali kasut, dan menampal.
Perkara ini sekaligus menjadikan kanak-kanak lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara
dengan teliti. Jelaslah bahawa skill fizikal kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan
mengimplikasikan konsep belajar sambal bermain.
Kepentingan yang seterusnya ialah meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar.Hal
ini kerana kanak-kanak cenderung untuk merasa bosan setelah beberapa tempoh ketika waktu
belajar. Kanak-kanak akan mula hilang fokus dan mula membuat hal sendiri seperti berborak
dengan rakan atau meragam. Dengan cara bermain ia dapat menarik minat dan fokus kanak-
kanak untuk terus belajar. Setiap waktu belajar hendaklah diselitkan dengan permainan yang
sesuai dengan subjek yang diajar agar kanak-kanak akan tetap fokus dan bersemangat untuk
belajar. Contohnya, setiap satu jam belajar guru hendaklah menyediakan permainan yang
menarik dan sesuai seperti hafal nombor dalam bentuk nyanyian atau padankan nombor
dengan bilangan yang betul bagi subjek matematik. Oleh itu, kanak-kanak akan lebih tertarik
dan seronok untuk terus kekal fokus belajar didalam kelas.

Disamping itu, peningkatan kemahiran kognitiff juga merupakan salah satu kepentingan
konsep belajar sambil bermain bagi kanak-kanak yang perlu dibina sejak di awal usia. Dari
aspek psikoanalisis, bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi
perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk
berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990). Tambahan pula, Almy (1984, Fagen)
menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira
tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan,
kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Hal ini jelas menunjukkan kemahiran kognitif
kanak-kanak dapat dibina dan dibentuk dengan baik ketika bermain. Kanak-kanak akan lebih
cekap mentafsir keadaan dan memahami sesuatu perkara yang baru malah kanak-kanak juga
akan lebih cenderung untuk menunjukkan perasaan mereka Ketika bermain. Contohnya,
kanak-kanak akan berasa gembira apabila mereka menyiapkan tugasan yang diberikan ketika
bermain malahan kanak-kanak juga boleh mengekspresikan perasaan sedih apabila diganggu
oleh orang lain. Situasi ini dapat melatih dan mengajar kanak-kanak untuk menilai dan fahami
sesuatu perkara. Oleh itu dengan jelasnya bahawa konsep belajar sambil bermain dapat
meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan bagi kanak-kanak dalam melaksanakan


konsep belajar sambal bermain terhadap kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak bukan
sahaja memerlukan didikan tentang akademik semata-mata akan tetapi kanak-kanak perlu
dibina dari pelbagai aspek. Misalnya aspek sahsiah diri, rohani, mental dan juga fizikal kanak-
kanak. Oleh itu, konsep ini dilihat sebagai konsep yang mesra dan dekat dengan sifat
semulajadi kanak-kanak. Jelaslah bahawa pembelajaran dan tumbesaran kanak-kanak akan
terjamin dan berkualiti dengan menggunakan konsep belajar sambil bermain dan konsep
belajar secara berkumpulan

You might also like