Bidang Tugas Jawatankuasa Kerja Kejohanan Balapan Dan Padang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

PENGELOLAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

Pengurus Kejohanan

i) Bertangungjawab dalam pengendalian dan menentukan kejohanan berjalan dengan


lancar
ii) Memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertugas

Penolong Pengurus Kejohanan


i) Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan
ii) Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat jawatankuasa kerja atau induk dan
penyediaan laporan Kejohanan

Setiausaha
i) Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran
ii) Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua fail-fail sebagai rujukan
iii) Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program
iv) Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat
v) Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak yang berkenaan
vi) Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang
berkenaan
vii) Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat
viii) Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program
ix) Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat

Publisiti dan Buku Program


i) Menyediakan buku program/cenderamata
ii) Mengedarkan buku program kepada setiap guru dan tetamu.
iii) Menyediakan kain rentang kejohanan
iv) Menyediakan senarai nama peserta
v) Menyediakan senarai nama peserta

Perasmian dan Penutupan


i) Mengatur aturcara perasmian penutupan kejohanan.
ii) Menguruskan latihan/raptai perasmian penutupan (termasuk bacaan ikrar)
iii) Menguruskan pertandingan perbarisan.
iv) Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan yang mengambil bahagian.
v) Membuat surat jemputan dif kehormat

Kepegawaian
i) Mengatur dan melatih pembantu padang.
ii) Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan dengan lancar

Teknikal
i) Menguruskan dan menyediakan semua alatan pertandingan untuk acara
padang dan balapan.
ii) Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan dengan lancar
iii) Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut spesifikasi rasmi
iv) Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan dalam pertandingan.
v) Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan akhir kejohanan.

Hadiah dan Cenderamata


i) Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata
ii) Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata.
iii) Menghias meja hadiah
iv) Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah.
v) Menyediakan senarai pemenang hadiah.
Juruacara
i) Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program
ii) Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara dan maklumat berkaitan
iii) Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera
iv) Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian hadiah

Jurugambar dan Dokumentasi


i) Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti yang berlangsung
sepanjang program
ii) Membuat laporan atau dokumentasi setelah program berakhir

Rekod dan Statistik


i) Menyelia papan markah (Score board)
ii) Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada pengacara atau pencatat
iii) Menyelia markah dari sukantara
iv)
Penjaga Masa
i) Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi semua peserta yang
bertanding
ii) Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa

Penyelia Peserta
i) Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang bertanding.
ii) Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaian hadiah

Pengadil Lorong
i) Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan.
ii) Memutuskan sebarang bantahan peserta
iii) Memastikan peserta berlari mengikut lorong
iv) Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran peraturan
v) Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah bersedia

Pelepas
i) Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-peserta yang sedang dalam
keadaan sedia
ii) Sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga masa dan Pengadil lorong
sudah bersedia
iii) Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh peserta sebelum
memulakan pelepasan

Pelepas panggil balik


i) Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas Pelepas
ii) Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya supaya dapat memerhati
setiap peserta dengan jelas

Penolong pelepas
i) Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang betul dan memakai
nombor
ii) Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat permulaan masing-
masing
iii) Mengumpul semua peserta lebih kurang 3m di belakang garisan permulaan
iv) Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua peserta sudah bersedia
Hakim Penamat
i) Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan
ii) Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk direkod

Pencatat
i) Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan
rasmi
ii) Memaklumkan kepada juruacara untuk tindakan selanjutnya

Refri
i) Refri yang berasingan dilantik bagi setiap acara
ii) Menentukan segala Peraturan dan membuat keputusan terhadap sebarang
perkara ketika kejohanan
iii) Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendaklah dilengkapkan segera,
ditandatangani oleh Refri yang berkaitan dan diserahkan kepada Setiausaha
Pertandingan

You might also like