Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 80

TAHAP KESIHATAN MENTAL PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH KAWASAN LUAR BANDAR DAN


BANDAR DI SARAWAK SEMASA PANDEMIK
COVID-19

NICORSONS ANAK FABIAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


2022
TAHAP KESIHATAN MENTAL PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

KAWASAN LUAR BANDAR DAN BANDAR DI SARAWAK SEMASA

PANDEMIK COVID-19.

NICORSONS ANAK FABIAN

TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN SYARAT UNTUK

MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN)

DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2022
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Perakuan ini telah dibuat pada .

i. Perakuan pelajar:

Saya, NICORSONS ANAK FABIAN, D20181082388, FAKULTI SAINS SUKAN


DAN KEJURULATIHAN dengan ini mengaku bahawa laporan projek tahun akhir
yang bertajuk TAHAP KESIHATAN MENTAL PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH KAWASAN LUAR BANDAR DAN BANDAR DI SARAWAK
SEMASA PANDEMIK COVID-19. adalah hasil kerja saya sendiri. Saya tidak
memplagiat dan apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak
cipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan
apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada
manamana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dinyatakan dengan sejelasnya
dan secukupnya.

_________________________
Tandangan pelajar

ii. Perakuan Penyelia:

Saya, PROFESOR MADYA DR NELFIANTY BINTI MOHD RASYID dengan ini


mengesahkan bahawa hasil kerja pelajar yang bertajuk TAHAP KESIHATAN
MENTAL PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN LUAR BANDAR
DAN BANDAR DI SARAWAK SEMASA PANDEMIK COVID-19. dihasilkan
oleh pelajar seperti nama di atas, dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Sukan dan
Kejurulatihan bagi memenuhi sebahagian syarat untuk memperoleh Ijazah. IJAZAH
SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN) DENGAN KEPUJIAN.

_____________________ _________________________
Tarikh: Tandatangan Penyelia

ii
BORANG PENGESAHAN PENYERAHAN [LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR]
DECLARATION OF [FINAL YEAR PROJECT REPORT]

Tajuk / Title: TAHAP KESIHATAN MENTAL PELAJAR SEKOLAH


MENENGAH KAWASAN LUAR BANDAR DAN BANDAR DI SARAWAK
SEMASA PANDEMIK COVID-19.

No. Matrik / Matric’s No: D20181082388


Saya / I: NICORSONS ANAK FABIAN

mengaku membenarkan [Laporan Projek Tahun Akhir] * ini disimpan di Universiti


Pendidikan Sultan Idris (Perpustakaan Tuanku Bainun) dengan syarat-syarat kegunaan seperti
berikut: -
acknowledge that my [Final Year Project Report] is kept at Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Tuanku Bainun Library) and reserves the right as follows: -
1. Laporan Projek Tahun Akhir ini adalah hak milik UPSI.
The final year project is the property of Universiti Pendidikan Sultan Idris.
2. Perpustakaan Tuanku Bainun dibenarkan membuat Salinan untuk tujuan rujukan
sahaja.
Tuanku Bainun Library has the right to make copies for the purpose of research only.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat Salinan Laporan Projek Tahun Akhir ini sebagai
bahan pertukaran antara Institusi Pengajian Tinggi.
The library has the right to make copies of the final year project report for
academic exchange.
4. Perpustakaan tidak dibenarkan membuat penjualan Salinan Tesis/Disertasi ini bagi
kategori TIDAK TERHAD.
The library is not allowed to make any profit for ‘Open Access’ Thesis/Dissertation.
5. Sila tandakan (√ ) bagi pilihan kategori di bawah / Please tick ( √ ) for category
below:-
Mengandungi kepentingan Malaysia maklumat seperti yang
SULIT / CONFIDENTIAL yang berdarjah termaktub keselamatan dalam Akta atau
Rahsia Rasmi 1972. Contains confidential information under
the Official Secret Act 1972.
TERHAD / RESTRICTED
Mengandungi oleh organisasi maklumat / badan terhad di
TIDAK TERHAD / OPEN ACCESS mana yang penyelidikan telah ditentukan ini dijalankan. /
Contains restricted information as specified by the
organization where research was done.

Tandatangan pelajar / Signature) (Tandatangan Penyelia / Signature of


Supervisor) & (Nama & Cop Rasmi / Name &
Tarikh/Date: _________________ Official Stamp)
Catatan: Jika Tesis / Disertasi ini SULIT @ TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh laporan ini perlu dikelaskan sebagai KULIT dan TERHAD.
Notes: If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organization with
period and reasons for confidentiality or restriction.

iii
TAHAP KESIHATAN MENTAL PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
KAWASAN LUAR BANDAR DAN BANDAR DI SARAWAK SEMASA
PANDEMIK COVID-19.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental pelajar sekolah
menengah kawasan bandar dan luar bandar di Sibu, Sarawak dengan merujuk kepada
tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan semasa pandemik Covid-19 terutamanya
berlaku kepada golongan remaja berusia 14 sehingga 17 tahun. Kajian ini memfokuskan
kepada mengenal pasti tahap kesihatan mental pelajar sekolah menengah serta membuat
perbandingan tahap kesihatan mental berdasarkan lokasi sekolah menengah dan
membuat perbandingan tahap kesihatan mental pelajar sekolah menengah berdasarkan
jantina di Sibu, Sarawak semasa pandemik Covid-19. Kajian ini berbentuk kuantitatif
menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan sampel seramai 100 orang pelajar
sekolah menengah di luar bandar dan bandar di Sarawak. Kaedah persampelan rawak
mudah digunakan dan sampel terdiri daripada pelajar sekolah menengah lelaki (50
orang) dan perempuan (50 orang) yang berumur antara 14 sehingga 17 tahun untuk
menjawab soal selidik. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik Depression,
Anxiety Stress Scale (DASS-21) bagi mengukur aspek kemurungan, keresahan dan
tekanan semasa pandemik Covid-19. Data dianalisis secara deskritif bagi mengenal
pasti tahap kesihatan mental remaja dan analisis ujian-T tidak bersandar digunakan
untuk mengenal pasti perbandingan tahap kesihatan mental pelajar sekolah menengah
di luar bandar dan bandar serta perbandingan tahap kesihatan mental berdasarkan
jantina. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa pelajar sekolah menengah mempunyai
tahap kesihatan mental yang rendah berdasarkan analisis keseluruhan skor min. Dapatan
kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap tekanan pelajar
kawasan luar bandar dan bandar semasa Covid-19. Dapatan kajian mendapati tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kawasan luar bandar dan bandar bagi
aspek tahap kebimbangan dan bagi tahap kemurungan pula terdapat perbezaan yang
signifikan antara pelajar kawasan luar bandar dan bandar iaitu pelajar sekolah
menengah luar bandar mempunyai tahap kemurungan yang lebih rendah berbanding
pelajar sekolah menengah bandar. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan bahawa
pandemik Covid-19 telah memberikan kesan kepada tahap kesihatan mental pelajar.
Implikasi kajian menggalakkan terhasilnya pelbagai strategi yang afektif untuk
mengurangkan masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja.

iv
LEVELS OF MENTAL HEALTH OF SECONDARY SCHOOL STUDENTS IN
RURAL AND URBAN AREAS IN SARAWAK DURING THE COVID-19
PANDEMIC.

ABSTRACT

This study aims to identify the level of mental health of urban and rural secondary
school students in Sibu, Sarawak with reference to the level of stress, anxiety and
depression during the Covid-19 pandemic, especially in adolescents aged 14 to 17 years.
This study focuses on identifying the level of mental health of secondary school students
as well as comparing the level of mental health based on the location of secondary
schools and comparing the level of mental health of secondary school students based
on gender in Sibu, Sarawak during the Covid-19 pandemic. This study is quantitative
in nature using the questionnaire instrument involving a sample of 100 secondary school
students in rural and urban areas in Sarawak. The random sampling method was easy
to use and the sample consisted of male (50 people) and female (50 people) high school
students aged between 14 to 17 years to answer the questionnaire. The instrument used
was the Depression questionnaire, Anxiety Stress Scale (DASS-21) to measure aspects
of depression, anxiety and stress during the Covid-19 pandemic. Data were analyzed
descriptively to identify adolescent mental health levels and independent T-test analysis
was used to identify comparisons of mental health levels of rural and urban secondary
school students as well as comparisons of mental health levels based on gender.
Descriptive analysis showed that the secondary school students had low levels of mental
health based on the overall analysis of mean scores. The findings shown that there were
significant differences for the stress levels of rural and urban students during Covid-19.
The findings of the study found that there is no significant difference between rural and
urban students for the level of anxiety while for the level of depression, there is a
significant difference between rural and urban students. Rural secondary school
students have lower levels of depression than the urban secondary school students. In
conclusion, the study indicates that the Covid-19 pandemic has had an impact on
students’ mental health levels. The implications of the study encourage the emergence
of a variety of affective strategies to reduce mental health problems among adolescents.

v
PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia tesis saya, iaitu Profesor Madya Dr Nelfianty binti Mohd Rasyid dari Fakulti

Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, serta Dr Siti Musliha

binti Mat Rashid dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan

Sultan Idris, selaku penyelaras penulisan Projek Tahun Akhir di atas segala bimbingan,

komen dan sokongan yang sangat baik dalam menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar sekolah

menengah dari bahagian Sibu yang sudi dan memberikan kerjasama sebagai responden

kajian yang dijalankan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa

saya, Fabian anak Abong dan Christina anak Liau kerana sentiasa mencurahkan kasih

saying, sokongan dan dorongan, serta memberikan sepenuh sokongan Pendidikan

kepada saya sejak dari kecil lagi. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih saya berikan

kepada rakan seperjuangan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan yang sentiasa memberikan

pertolongan dan tidak jemu berkongsi pendapat dalam saya melaksanakan kajian ini.

Akhir sekali, pengalaman yang diperolehi daripada perlaksanaan kajian ini dapat

memberi dorongan dan terus terinspirasi dalam menimba ilmu pada masa akan datang.

vi
ISI KANDUNGAN

Page

ABSTRAK iv
ABSTRACT v
PENGHARGAAN vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii
BAB 1 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kerangka Konseptual 10
1.7 Definisi Istilah 11
1.7.1 Definisi Tahap Kesihatan Mental 11
1.7.2 Definisi Pelajar Sekolah Menengah 11
1.7.3 Luar Bandar 12
1.7.4 Bandar 12
1.7.5 Pandemik Covid-19 13
1.8 Batasan Kajian 13
1.9 Kepentingan Kajian 14
1.10 Rumusan 16
BAB 2 17
TINJAUAN LITERATUR 17
2.1 Pendahuluan 17
2.2 Teori Berkaitan Tahap Kesihatan Mental 19
2.2.1 Teori Psikoanalitik 19
2.2.2 Teori Kemurungan Kognitif Beck (1967) 20
2.3 Kajian Lepas Berkaitan Kesihatan Mental 20
2.3.1 Kajian Lampau Impak Covid-19 Terhadap Kesihatan
Mental 20
2.3.2 Kajian Lampau Kesihatan Mental Dalam Kalangan
Kanak-Kanak 21
2.3.3 Kajian Lampau Perubahan Negatif dan Kesan Positif
Pandemik Covid-19 22
2.3.4 Kajian Lampau Hubungan Kesihatan Mental Pelajar
Sarjana Muda UUM dengan Prestasi 24
2.3.5 Kajian Lampau Jenis Stres yang Mempengaruhi Prestasi
Akademik serta Perbandingan Kesan Stres Terhadap
Prestasi Akademik Lelaki dan Perempuan 25
2.3.6 Kajian Lampau Hubungan Dan Pengaruh Kecerdasan
Emosi, Kecerdasan Spiritual Dan Persekitaran Keluarga
Terhadap Stress Akademik Murid Sekolah Menengah
Luar Bandar 26

vii
2.3.7 Kajian Lampau Kesihatan Mental Dan Kesejahteraan
Masyarakat Malaysia Sepanjang Tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan Bagi Mencegah Penularan Covid-19 27
2.3.8 Kajian Lampau Hubungan Di Antara Rasa Takut
Terhadap Covid-19 Dengan Kesediaan Pembelajaran
Dalam Talian. 28
2.3.9 Kajian Lampau Tentang Latar Belakang Pelajar Dan
Meninjau Simptom Stres Daripada Empat Aspek Iaitu
Fizikal, Psikologikal, Gangguan Fikiran Dan Tingkah
Laku Yang Dialami Ketika Pembelajaran Secara Dalam
Talian Era Covid-19. 30
2.3.10 Kajian Lampau Rawatan Dan Langkah Untuk Mencegah
Masalah Kesihatan Mental Semasa Pandemik Covid-19. 32
2.4 Rumusan 33
BAB 3 34
METODOLOGI 34
3.1 Pendahuluan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Populasi dan Sampel 35
3.4 Instrumen 36
3.4.1 Borang Soal Selidik DASS-21 37
3.5 Kajian Rintis 38
3.6 Kaedah Analisis Data 39
3.6.1 Analisis Deskriptif 39
3.6.2 Ujian T- Tidak Bersandar 40
3.7 Rumusan 41
BAB 4 42
DAPATAN KAJIAN 42
4.1 Pendahuluan 42
4.2 Latar Belakang Responden 43
4.2.1 Taburan Umur Responden 43
4.2.2 Jantina Responden 44
4.2.3 Taburan Jenis Sekolah 44
4.2.4 Kawasan Kediaman Responden 45
4.3 Keputusan Analisis Data 45
4.3.1 Tahap Kesihatan Mental Pelajar Sekolah Menengah
Kawasan Bandar dan Luar Bandar 46
4.3.2 Perbandingan Tahap Kesihatan Mental Pelajar Sekolah
Menengah Mengikut Lokasi Sekolah (Analisis T-Test
Tidak Bersandar) 49
4.3.3 Perbandingan Tahap Kesihatan Mental Di Antara Pelajar
Lelaki Dan Perempuan Sekolah Menengah Kawasan Luar
Bandar Dan Bandar Di Sibu, Sarawak Semasa Pandemik
Covid-19. 52
4.4 Rumusan 54
BAB 5 55
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 55
5.1 Pendahuluan 55
5.2 Perbincangan 56
5.3 Implikasi Kajian 61

viii
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 62
5.5 Penutup 63
RUJUKAN 64
LAMPIRAN A: BORANG SOAL SELIDIK DASS-21 66
LAMPIRAN B: SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM) 67

ix
SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka Surat

4.2.1 Taburan Umur Responden 43


4.2.2 Jantina responden 44
4.2.3 Taburan Jenis Sekolah 44
4.2.4 Kawasan Kediaman Responden 45
4.3.1 Ringkasan Deskriptif Tahap Kesihatan Mental Pelajar Kawasan
Bandar Dan Luar Bandar 46
4.3.1.1 Skor Min Keseluruhan 48
4.3.2 Skor Min Tekanan Pelajar Sekolah Menengah Kawasan Bandar
dan Luar Bandar 49
4.3.3 Skor Min Kebimbangan Pelajar Sekolah Menengah Kawasan
Bandar dan Luar Bandar 50
4.3.4 Skor Min Kemurungan Pelajar Sekolah Menengah Kawasan
Bandar dan Luar Bandar 51
4.3.5 Skor Min Tekanan Pelajar Lelaki dan Perempuan Sekolah
Menengah Kawasan Bandar dan Luar Bandar 52
4.3.6 Skor Min Kebimbangan Pelajar Lelaki dan Perempuan Sekolah
Menengah Kawasan Bandar dan Luar Bandar 53
4.3.7 Skor Min Kemurungan Pelajar Lelaki dan Perempuan Sekolah
Menengah Kawasan Bandar dan Luar Bandar 54

x
SENARAI RAJAH

No. Rajah Tajuk Muka Surat

1.6 Kerangka Konseptual 10

1.7 Skor Saringan 38

xi
SENARAI SINGKATAN

PKP Perintah Kawalan Pergerakan

PdPr Pembelajaran dari rumah

WHO World Health Organization

KKM Kementrian Kesihatan Malaysia

NHMS National Health Mobility Survey

KPM Kementrian Pendidikan Malaysia

GHQ-12 General Health Questionare

DASS-21 Depression Anxiety Stress Scales

SDT Self Determination Theory

NGO Non-Government Organization

H0 Null hypothesis

N Total sample size

no. Number

SD Standard Deviation

SPSS Statistical Package for the Social Sciences

xii
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perkembangan pembangunan teknologi yang pesat telah menyumbang kepada

pembangunan negara dan keadaan ini menyebabkan pelbagai lapisan masyarakat

terdedah kepada gelombang kemajuan dan bersifat sekularisme. Perkembangan yang

pesat ini telah menyebabkan pelbagai kesan kepada masyarakat terutamanya yang

terkesan ialah masyarakat di kawasan luar bandar yang dilihat tidak mampu berdaya

saing dengan masyarakat bandar untuk memperbaiki kualiti hidup untuk mengikuti arus

pembangunan. Hal ini telah menyebabkan berlakunya kesan yang negatif kepada

masyarakat terutamanya dalam aspek mental dan emosi, misalnya dalam mengatasi kos

sara hidup yang tinggi.

Pelbagai isu yang berlaku di dalam negara dalam mengecapi pembangunan bagi

membolehkan negara sentiasa mampu untuk berdaya saing dengan negara lain, namun

begitu cabaran yang sangat besar melanda negara apabila dikejutkan dengan penularan

wabak pandemik coronavirus (Covid-19) pada bulan Januari 2019 memberikan impak

yang sangat besar kepada negara. Bermula dengan pelbagai langkah pengekangan

penyebaran virus ini, kerajaan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan

menyebabkan penangguhan pengoperasian pelbagai sektor seperti pendidikan,

perkhidmatan dan juga permakanan. Keadaan ini sememangnya mengundang pelbagai

1
reaksi dan mendatangkan pelbagai masalah kepada kehidupan masyarakat terutama

sekali pelajar-pelajar sekolah kerana terpaksa menangguhkan sesi persekolahan

bersemuka dan terpaksa beradaptasi dengan cepat terhadap pembelajaran dari rumah

(PdPr).

Pandemik Covid-19 ini juga telah banyak menggangu mental, emosi serta

mengubah secara langsung gaya kehidupan masyarakat kerana perlu mengubah corak

kehidupan biasa dan pelbagai perasaan menyelubungi masyarakat terutama sekali

dalam kalangan pelajar sekolah. Kerisauan, kebimbangan dan stres merupakan reaksi

yang ditunjukkan oleh golongan pelajar kerana terpaksa berdepan dengan cabaran

pandemik ini dan ini telah menyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan mental

dalam kalangan rakyat Malaysia. Statistik yang dikeluarkan oleh Tinjauan Kesihatan

dan Morbiditi Kebangsaan pada 2017 iaitu mendapati tingkah laku bunuh diri dalam

kalangan remaja berumur lingkungan 13 sehingga 17 tahun menunjukkan peningkatan

iaitu 10% pada 2017 berbanding dengan 7.9% pada 2012. Peningkatan yang

ditunjukkan dalam tempoh 5 tahun ini sememangnya membimbangkan kerana

membuktikan bahawa remaja mempunyai risiko yang tinggi dalam mendapat tahap

kesihatan yang rendah sehingga terniat membunuh diri.

Pandemik Covid-19 yang melanda negara dilihat memberikan kesan juga

kepada peningkatan masalah kesihatan di Malaysia terutamanya golongan remaja

kerana pada peringkat usia ini mereka tidak mempunyai kemahiran pengawalan emosi,

tekanan atau stress yang baik. Oleh itu, golongan ini antara yang sangat berisiko dalam

menghadapi stress, kemurungan dan kebimbangan yang tinggi sehingga menjejaskan

kehidupan sehingga mengambil keputusan untuk membunuh diri.

2
Aspek kesihatan mental ini sememangnya sangat penting seperti kesihatan

fizikal kerana sekiranya kesihatan mental terjejas maka cara berfikir, kawalan emosi

dan perlakuan seseorang itu tidak begitu waras. Individu mengalami kesukaran berfikir

dan membuat keputusan yang mudah, cepat terasa dan beremosi (Abdul dan et al,.

2020). Namun begitu, kesihatan mental seringkali dipandang remeh oleh masyarakat

kerana beranggapan itu bukan lah masalah yang serius dan membiarkan individu

tersebut tanpa memberikan sokongan mahupun rawatan. Kurangnya kesedaran

masyarakat kepada isu kesihatan mental ini telah menyebabkan impak yang besar dan

menjadi lebih teruk lagi ekoran wabak Covid-19 yang melanda negara. Maka dengan

itu, lebih ramai lagi individu terutamanya remaja terjerumus kepada menghidapi tahap

stres, kebimbangan dan kemurungan yang semakin serius disebabkan oleh pelbagai

faktor apatah lagi dalam mengadaptasikan diri dengan norma baru pembelajaran dari

rumah. Pernyataan ini disokong oleh kajian yang pernah dijalankan yang menyatakan

masalah kemurungan, kebimbangan dan tekanan merupakan masalah yang sering

dihadapi oleh pelajar (Shamzaeffa & Hong. K.T.C). Oleh itu, bagi menghasilkan modal

insan yang berilmu dan mampu berproduktiviti tinggi perlulah memastikan aspek

kesihatan mental ini dipandang serius dan memberikan sepenuh komitmen dalam

menangani masalah ini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kesihatan

mental ini sebagai keadaan kesejahteraan dengan individu menyedari potensi sendiri,

dapat mengatasi tekanan hidup yang normal, dapat bekerja dengan produktif dan dapat

memberikan sumbangan kepada diri dan masyarakat. Berdasarkan takrifan ini, dapat

dilihat bahawa kesihatan mental yang baik memberikan banyak impak yang positif dan

3
secara langsung mempengaruhi produktiviti seseorang. Keupayaan mengawal dan

mengekalkan tahap kesihatan mental yang baik, dapat mengelakkan individu tersebut

daripada mengalami stres, kebimbangan dan kemurungan yang tinggi serta secara tidak

langsung terhindar daripada niat ingin membunuh diri. Pelbagai strategi dan langkah

memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kesihatan mental dijalankan agar

lebih peka terhadap pentingnya menjaga kesihatan mental terutamanya pada masa

berdepan pandemik Covid-19. Berdasarkan kenyataan akhbar Ketua Pengarah

Kesihatan Malaysia pada Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019, menyatakan

Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan perkhidmatan kesihatan

mental seperti perkhidmatan promosi, saringan dan intervensi kesihatan mental.

Keseriusan masalah kesihatan mental ini tidak seharusnya dipandang enteng dan perlu

diatasi dengan segera dan berusaha membantu individu yang terkesan. Oleh itu, barulah

dapat memberikan kesan yang positif dalam menurunkan statistik kesihatan mental di

negara Malaysia.

1.2 Latar Belakang Kajian

Statistik peningkatan masalah kesihatan mental yang berlaku di Malaysia

sememangnya membimbangkan dan seharusnya segera diatasi faktor yang

mempengaruhinya. Peningkatan masalah kesihatan mental ini berlaku kerana faktor

seperti stres, kebimbangan dan kemurungan sukar untuk diatasi oleh individu

terutamanya golongan remaja. Keadaan ini sangat membimbangkan dengan keadaan

sekarang ini negara sedang dilanda pandemik Covid-19 serta perubahan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi

4
Kebangsaan mendapati bahawa prevalen untuk kemurungan adalah 18.3% dimana ini

menunjukkan 1 daripada 5 remaja mengalami kemurungan, 2 daripada 5 mengalami

keresahan dan 1 daripada 10 mengalami stress.

Tahap kesihatan mental berkait rapat dengan prestasi akademik dan juga

kesejahteraan individu seperti golongan remaja terutamanya yang masih bergelar

pelajar. Menurut Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM), kesihatan mental merujuk

kepada situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak

terhadap stress kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang

kepada masyarakat. Tahap kesihatan mental yang baik sememangnya memberikan

pelbagai impak yang positif dan dapat memastikan kesejahteraan hidup di samping

menjadikan produktiviti individu itu meningkat. Maka, sudah terbukti bahawa tahap

kesihatan mental yang baik mampu mengubah dan memperbaiki mutu kehidupan.

Namun kini, pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat semenjak negara mula

dilanda pandemik Covid-19 yang jelas telah mengubah corak dan norma kehidupan

masyarakat. Seperti yang dapat dilihat dengan jelas, pendekatan baharu dalam sistem

pendidikan telah dilaksanakan bagi membantu membendung penyebaran Covid-19.

Pelbagai penerimaan daripada masyarakat berkenaan dengan perubahan kaedah dan

strategi pengajaran, yang dulu dijalankan secara bersemuka namun kini terpaksa

melaksanakan pembelajaran dari rumah (PDPR). Begitu juga dengan langkah yang

diambil oleh kerajaan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan telah

mendatangkan pelbagai kesan kepada semua lapisan masyarakat. Hal ini sememangnya

memberikan kesan yang negatif kepada semua sektor di Malaysia seperti sektor

pendidikan, ekonomi dan juga perubatan. Antara yang jelas terkesan dengan pandemik

5
ini ialah sektor ekonomi sehingga ramai orang yang terpaksa diberhentikan kerja dan

banyak permis perniagaan diarahkan tutup. Kenyataan ini disokong oleh dapatan

tinjauan yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Manusia pada Servei Khas Kesan

Covid-19 kepada Ekonomi dan Individu (Pusingan 1) pada Mac 2020 yang disertai oleh

168,182 responden berumur 15 tahun ke atas.

Berdasarkan tinjauan ini, menyatakan kesan penularan Covid-19 mengikut

industri dimana Sektor Pertanian dan Perkhidmatan didapati mencatatkan kehilangan

pekerjaan yang lebih tinggi berbanding sektor lain, masing-masing 21.9 peratus dan

15.0 peratus manakala sektor Pertanian, pekerja di sub sektor perikanan dan pertanian

serta perladangan masing-masing kehilangan pekerjaan sebanyak 33.0 peratus dan 21.1

peratus serta dalam sektor perkhidmatan iaitu sub sektor Perkhidmatan Makanan dan

Minuman kehilangan pekerja sebanyak 35.4 peratus diikuti sub sektor pengangkutan

dan penyimpanan 18.7 peratus.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga jelas terkesan disebabkan oleh

penularan wabak Covid-19 sepertimana yang berlaku kepada institusi pengajian tinggi

awam dan swasta, sekolah menengah, dan sekolah rendah. Keinginan yang tinggi untuk

mengikuti pembelajaran tetapi menghadapi halangan membantutkan proses

pembelajaran (Mohd Fairuz Jafar et al. 2020). Perubahan yang berlaku dalam sistem

pendidikan pada masa kini sedikit sebanyak memberikan pelbagai kesan kepada guru

dan pelajar untuk beradaptasi dengan perubahan yang berlaku. Pendekatan kaedah

pengajaran dan pembelajaran masa kini telah berubah kepada secara atas talian

disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara maka pihak Kementrian

Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil ikhtibar di atas perkara yang berlaku dan

6
menangguhkan pembelajaran secara bersemuka untuk mengelakkan berlakunya

penyebaran virus Covid-19. Hal ini telah menyebabkan guru terpaksa mengubahsuai

kaedah pengajaran untuk memastikan penyampaian ilmu sesuatu matapelajaran dapat

diperolehi oleh semua pelajar walaupun secara atas talian. Keadaan ini telah

menyebabkan berlakunya pelbagai reaksi pelajar berkenaan dengan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang baharu serta dianggap lebih memenatkan, sukar untuk

menguasai sesuatu topik, dan menyebabkan pelajar tertekan.

1.3 Pernyataan Masalah

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah mengalami perubahan mengikut

keperluan semasa bagi memastikan keberkesanannya. Pendekatan yang pelbagai

digunakan dan diterapkan di dalam strategi dan kaedah pengajaran serta pembelajaran

bagi memastikan pembentukan modal insan yang selaras dengan tuntutan Kementrian

Pendidikan Malaysia. Penerapan kemahiran teknologi dan penerapan nilai moral sangat

dititik beratkan dalam sistem pendidikan kini, maka dengan itu proses pengajaran dan

pembelajaran adalah berasaskan abad ke -21. Kesihatan mental merupakan satu

masalah yang sangat serius sekiranya sering dipandang rendah oleh masyarakat kita.

Sikap seperti ini sememangnya sangat merisaukan kerana masalah kesihatan mental

akan semakin meningkat setiap tahun kerana tidak ada langkah pengawalan dan

pencegahan faktor yang menyumbang kepada berlakunya tahap kesihatan mental yang

teruk. Berdasarkan kepada kajian terdahulu dan kini, masalah kesihatan mental ini

semakin meningkat dari semua lapisan umur bermula dengan kanak-kanak, orang

dewasa dan warga tua.

7
Ekoran daripada pandemik Covid-19 yang melanda negara sedikit sebanyak

telah menjejaskan sistem pembelajaran dan pengajaran sehingga terpaksa melakukan

perubahan kaedah dan strategi pengajaran dan pengajaran kerana proses perlaksanaan

dijalankan secara atas talian. Hal ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, penerimaan

dan kritikan daripada ibu bapa, guru serta murid-murid kerana perubahan yang

mengejut telah menyebabkan pelbagai kesan kepada pengadaptasian terhadap

pembelajaran norma baru. Keadaaan ini telah menimbulkan kesan yang ketara dari

aspek mental terutamanya golongan murid kerana perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran atas talian sangat sukar dan mencabar. Hal ini kerana, pembelajaran dan

pengajaran atas talian dianggap kurang berkesan, beban tugasan semakin meningkat,

serta faktor persekitaran yang kurang kondusif sehingga memberikan impak yang

negatif kepada kesihatan mental murid.

Kajian terdahulu menyatakan bahawa kesihatan mental merupakan satu

masalah yang sangat serius dan berdasarkan statistik menunjukkan peningkatan yang

ketara ekoran pandemik Covid-19 terutamanya berlaku kepada golongan remaja

berusia 13 sehingga 17 tahun. Pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya

peningkatan statistik masalah kesihatan mental remaja. Berdasarkan National Health

Morbidity Survey (NHMS) 2015, menyatakan kira-kira 35.8% nilai prevalen masalah

kesihatan mental yang berlaku di Sarawak. Maka, kajian yang berfokus akan

dilaksanakan kerana kajian terdahulu tidak berfokus untuk mengkaji tahap kesihatan

mental remaja di bandar dan luar bandar serta tidak membuat perbandingan tahap

kesihatan mental remaja lelaki dan perempuan di bandar dan luar bandar di Sarawak.

8
1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:

I. Mengenalpasti tahap kesihatan mental pelajar sekolah menengah di Sibu,

Sarawak semasa pandemik Covid-19.

II. Membandingkan tahap kesihatan mental pelajar sekolah menengah di Sibu,

Sarawak berdasarkan lokasi sekolah kawasan luar bandar dan bandar semasa

pandemik Covid-19.

III. Membandingkan tahap kesihatan mental pelajar sekolah menengah di Sibu,

Sarawak berdasarkan jantina semasa pandemik Covid-19.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah:

I. Apakah tahap kesihatan mental pelajar sekolah menengah di Sibu, Sarawak

semasa pandemik Covid-19?

II. Adakah terdapat perbezaan tahap kesihatan mental di antara pelajar sekolah

menengah di luar bandar dan bandar di Sibu, Sarawak semasa pandemik Covid-

19?

III. Adakah terdapat perbezaan tahap kesihatan mental di antara pelajar lelaki dan

perempuan sekolah menengah di Sibu, Sarawak semasa pandemik Covid-19?

9
1.6 Kerangka Konseptual

Kajian ini melibatkan pelajar sekolah menengah kawasan luar bandar dan bandar di

Sibu, Sarawak untuk mengkaji tahap kesihatan mental.

KERANGKA KONSEPTUAL

Tahap Kesihatan Mental Pelajar Sekolah Menengah di Luar Bandar


dan Bandar di Sibu, Sarawak Semasa Pandemik Covid -19.

Jantina Umur Penempatan Sekolah


Lelaki 14 tahun - 17 tahun Bandar Bandar
Perempuan Luar Bandar Luar Bandar

TEKANAN KEMURUNGAN
- Tugasan - Kekangan KEBIMBANGAN
PdPr pergaulan -Peperiksaan
- Internet -Kurang keyakinan
lemah
- Persekitaran

• DASS-21
TAHAP KESIHATAN MENTAL • Analisis
- Tinggi /kritikal Deskriptif
- Rendah • Ujian -T tidak
- Sederhana bersandar

Rajah 1.6: Kerangka Konseptual

10
1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Definisi Tahap Kesihatan Mental

Tahap kesihatan mental adalah sesuatu ukuran keadaan psikologikal seseorang individu

dalam mengawal tekanan, kemurungan serta keresahan yang dialami. Tahap kesihatan

mental dapat membantu individu menyedari potensi diri yang boleh bertindak terhadap

stres, tekanan dan membolehkan diri bekerja dengan produktif dalam pelbagai aspek

seperti berfikir, bertindak, dan sebagainya. Menurut Norliah binti Lasemang (2017)

menyatakan bahawa kesihatan mental ialah sesuatu seseorang individu sedar dan

berdaya tindak terhadap tekanan yang dihadapinya serta dapat bekerja dengan

produktif. Dalam kajian ini, tahap kesihatan mental didefinisikan sebagai tingkat

kesedaran dan keupayaan minda dalam mendepani pandemik.

1.7.2 Definisi Pelajar Sekolah Menengah

Pelajar sekolah menengah merupakan golongan remaja yang berumur dalam

lingkungan 14 tahun sehingga 17 tahun yang masih lagi di alam persekolahan peringkat

menengah. Pelajar sekolah menengah terbahagi kepada dua, iaitu pelajar menengah

rendah dan pelajar menengah atas. Pelajar menengah rendah merujuk kepada murid-

murid yang berumur 14 hingga 15 tahun (Tingkatan 2 sehingga Tingkatan 3) dan

11
diberikan pendedahan pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik dan teknologi.

Pendidikan Menengah Atas pula diberikan kepada murid-murid berumur 16 tahun

sehingga 17 tahun (Tingkatan 4 sehingga Tingkatan 5) yang menjurus kepada

pendedahan pelbagai bidang seperti sastera, sains, agama, teknik, vokasional dan

kemahiran dan sebagai proses awal untuk mendedahkan murid dengan alam pelajaran

peringkat tinggi atau pekerjaan. Dalam kajian ini, pelajar sekolah menengah merujuk

kepada murid-murid berumur lingkungan 14 sehingga 17 tahun.

1.7.3 Luar Bandar

Kawasan luar bandar dapat ditakrifkan sebagai kawasan dengan kepadatan

penduduknya yang rendah dan lebih kaya dengan kawasan sumber semulajadi, dan

pertanian. Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Perancang Bandar

dan Desa mendefinisi kawasan luar bandar ialah kawasan yang mempunyai penduduk

yang kurang 10, 000 orang dan mempunyai ciri-ciri kawasan pertanian dan sumber

alam semulajadi dengan penempatan secara berkelompok, sejajar dan bertaburan.

1.7.4 Bandar

Bandar merujuk kepada sesuatu kawasan yang mengalami pembangunan yang pesat

dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur. Bandar merupakan kawasan yang

mempunyai kepadatan penduduk ekoran daripada berlakunya proses pembangunan

kawasan yang pesat ekoran tertumpunya kawasan industri. Bandar dilihat sebagai

12
kawasan yang kadar pencemaran yang tinggi, kepadatan penduduk yang tinggi dan kos

sara hidup yang lebih tinggi.

1.7.5 Pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 adalah sesuatu fenomena wabak virus yang menyebabkan

jangkitan saluran pernafasan. Permulaan penemuan wabak ini adalah berlaku di China

pada tahun 2019 yang menunjukkan spektrum gejala seperti selesema biasa kepada

radang paru-paru yang teruk.

1.8 Batasan Kajian

Batasan kajian ini termasuklah kajian ini tertumpu kepada pelajar Sekolah Menengah

di sekolah luar bandar dan bandar sekitar bahagian Sibu, Sarawak. Selain itu, kajian ini

hanya melibatkan pelajar sekolah menengah yang berumur dalam lingkungan 14

sehingga 17 tahun. Akhir sekali, kajian ini tidak merangkumi semua pelajar tetapi

hanya seramai 100 orang pelajar sekolah menengah di luar bandar dan bandar yang

terdiri daripada lelaki dan perempuan.

13
1.9 Kepentingan Kajian

Berdasarkan kepada kajian yang akan dilaksanakan ini, ia dapat membantu dalam

mengenal pasti tahap kesihatan mental yang dialami oleh pelajar sekolah menengah di

luar bandar dan bandar berdasarkan aspek kemurungan, keresahan dan tekanan semasa

pandemik Covid-19. Hal ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang kesan

perubahan norma baru akibat daripada pandemik Covid-19 terhadap tahap

kemurungan, keresahan dan tekanan yang dihadapi oleh pelajar sekolah menengah.

Kesedaran akan tahap kesihatan mental kendiri mereka dapat membantu dalam

memastikan peningkatan kualiti hidup dan ini sekaligus dapat membantu dalam

mengawal emosi serta psikologikal dengan baik.

Tahap kesihatan yang baik sememangnya memberikan banyak kesan yang

positif kepada individu dan dalam konteks pelajar sekolah menengah, kesihatan mental

yang baik ini merupakan kunci kepada kejayaan memperolehi prestasi yang cemerlang

dalam peperiksaan. Menurut Shamzaefa Samsudin & K.T.C. Hong (2016), kesihatan

mental menyumbang kepada tingkat produktiviti individu. Hal ini kerana, memiliki

tahap kesihatan yang baik sememangnya dapat mempengaruhi gaya pemikiran serta

tindakan yang akan diambil oleh seseorang individu apabila menghadapi masalah. Oleh

itu, pemantauan ke atas tahap kesihatan perlulah dijalankan secara berkala agar sentiasa

berada pada tahap yang baik.

Selain itu, keputusan kajian ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk

membantu pihak sekolah dalam membuat perancangan yang strategik untuk menangani

14
faktor yang mempengaruhi kesihatan mental pelajar luar bandar dan bandar. Pihak

sekolah mampu mengambil pendekatan yang terbaik dalam memastikan tidak

berlakunya peningkatan statistik masalah kesihatan mental pada masa depan. Hal ini

dapat membantu dalam penyediaan program pencegahan yang strategik pada peringkat

sekolah dan usaha ini sedikit sebanyak membantu dalam menangani faktor yang

mempengaruhi kesihatan mental pelajar.

Secara tidak langsung, dapatan kajian ini bukan sahaja bermakna kepada

pengkaji malah turut memberikan manfaat kepada tunjang utama sistem pendidikan

iaitu Kementrian Pendidikan Malaysia, pihak Kementrian Pendidikan Negeri, dan

pihak sekolah agar bersama-sama dalam mengambil langkah yang strategik dan

berkesan untuk mengurangkan statistik masalah kesihatan remaja. Hal ini kerana,

kajian yang dilaksanakan ini menunjukkan perbandingan tahap kesihatan mental

remaja di luar bandar dan bandar dan inilah yang dapat memberikan panduan kepada

semua pihak untuk memikirkan inisiatif yang paling sesuai dan berkesan untuk

mengurangkan masalah kesihatan remaja iaitu golongan pelajar sekolah menengah.

Segala dapatan kajian ini sangat bermakna dalam memberikan kesedaran kepada

semua lapisan masyarakat serta memberikan gambaran tahap kesihatan mental yang

dialami oleh remaja terutamanya semasa pandemik Covid-19.

15
1.10 Rumusan

Bab ini membincangkan tentang peningkatan masalah kesihatan mental yang berlaku

di negara Malaysia yang melibatkan kebanyakan golongan remaja. Tinjauan Kesihatan

dan Morbiditi Kebangsaan mendapati bahawa prevalen untuk kemurungan adalah

18.3% dimana ini menunjukkan 1 daripada 5 remaja mengalami kemurungan, 2

daripada 5 mengalami keresahan dan 1 daripada 10 mengalami stress. Oleh itu,

permasalahan yang berlaku ini telah menjadi fokus untuk dikaji bagi mengenalpasti

tahap kesihatan mental terutamanya semasa mendepani pandemik Covid-19.

16
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Tinjauan literatur juga dikenali sebagai sorotan kajian terdahulu yang pernah dijalankan

oleh individu tertentu bagi menyelesaikan segala topik kajian. Ia juga dikenali sebagai

kaedah untuk menyediakan rujukan yang tepat, kritikal dan sistematik bagi semua

perkara yang bertulis melibatkan segala sumber yang mengandungi informasi, idea dan

dapatan yang diperlukan untuk menyediakan maklumat kajian berkaitan dengan bidang

yang dikaji. Dalam erti kata lain kajian literatur ini terdiri daripada penelitian pelbagai

sumber rujukan seperti buku, jurnal, tesis disertasi yang berkaitan dengan topik yang

ingin dikaji. Menurut Amri Marzali (2016), kajian literatur merujuk kepada menjelahi

kajian – kajian yang pernah dilakukan orang tentang sesuatu isu atau topik.

Pelbagai sumber rujukan digunakan oleh pengkaji dalam menghasilkan kajian

dengan baik seperti kebiasaannya sumber seperti buku dan jurnal digunakan dengan

meluas. Penggunaan sumber ini sememangnya mudah untuk diperolehi di mana-mana

perpustakaan dan begitu banyak hasil kajian lepas yang disimpan di dalam

perpustakaan. Penggunaan media elektronik juga turut menjadi pilihan pengkaji dan

hanya melayari laman sesawang untuk mendapatkan rujukan. Penghasilan kandungan

17
kajian literatur yang baik sangat penting kerana ini membantu dalam memberikan

penguasaan yang mudah terhadap penulisan.

Menurut Berg dan Lune (2009), penghasilan kajian literatur untuk

memperkayakan wawasan tentang topik yang ingin dikaji dan membantu dalam

menentukan teori-teori, kaedah yang tepat dalam kajian. Hal ini dapat membantu

pengkaji untuk lebih memahami penyelidikan yang akan dijalankan serta dapat

membuat perbandingan perbezaan tentang kajian yang ingin dilakukan agar relevan

dengan tajuk penyelidikan baru. Pemilihan dan penggunaan strategi dalam

menghasilkan kajian bergantung kepada pendirian pengkaji itu sendiri seperti

pemilihan sumber rujukan yang akan digunakan untuk membantu mencari maklumat

dan mendapatkan gambaran yang jelas terhadap permasalahan kajian. Ada juga

pengkaji yang memilih sumber rujukan sekunder sepert ensiklopedia dan buku dan

terdapat juga yang menggunakan sumber primer sebagai rujukan untk membantu dalam

memantapkan lagi idea yang diperolehi. Terdapat dua komponen yang digunakan

dalam membuat tinjauan literatur seperti kerangka teori dan kajian yang berkaitan

dengan tajuk penyelidikan yang tertentu digunakan.

Penggunaan rujukan pelbagai sumber, pembacaan dan penulisan tentang kajian

lampau dijalankan bagi membuat tinjauan terhadap tahap kesihatan mental yang telah

dikaji oleh penyelidik terdahulu di dalam atau luar negara. Begitu juga dengan

penumpuan kajian ini terhadap mengenal pasti perbandingan antara tahap kesihatan

mental remaja luar bandar dan bandar semasa pandemik Covid-19.

18
2.2 Teori Berkaitan Tahap Kesihatan Mental

Secara umumnya, teori boleh dimengertikan sebagai sistem konsep yang menunjukkan

hubungkait diantara konsep – konsep yang membolehkan kita untuk memahami sesuatu

fenomena. Menurut Turner et. al (1978), teori adalah satu proses mengembangkan idea

yang membantu dalam menjelaskan bagaimana dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku.

Teori juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang sistematik dalam membuat

rumusan dan memimpin idea menjadi satu fenomena yang dapat difahami oleh sesiapa

yang melihat dan membaca.

2.2.1 Teori Psikoanalitik

Teori yang diusulkan Sigmund Freud sangat sesuai digunakan dalam kajian kesihatan

mental seseorang individu. Berdasarkan aliran teori psikoanalitik, dapat dipelajari

perkembangan kepribadian dan perilaku yang tidak normal secara psikologi.

Berdasarkan teori ini, aliran psikoanalitik terdiri daripada dua variasi iaitu personal dan

interpersonal dengan merujuk kepada keperibadian mempengaruhi perilaku dengan

berpendapat bahawa individu akan bertindak berdasarkan matlamat yang tidak disedari

atau dalam keadaan sedar. Merujuk kepada pandangan Freud tentang pengalaman

mental manusia yang mendorong kepada mempengaruhi tingkah laku manusia. Teori

ini sesuai digunakan dalam kajian kerana, pengalaman mental seseorang individu

semasa berdepan dengan pandemik ini dipercayai dapat mempengaruhi tingkah laku

individu tersebut.

19
2.2.2 Teori Kemurungan Kognitif Beck (1967)

Selain itu, teori yang diketengahkan oleh Beck (1967), adalah lebih menjurus kepada

mengatasi kemurungan. Kemurungan seringkali dikaitkan berlaku berpunca daripada

sikap dan pemikiran individu yang negatif seperti ketidak tenteraman yang

menyebabkan konflik dan tekanan psikologikal. Teori ini sesuai digunakan dalam

kajian ini kerana dapat menunjukkan hubungan kait persepsi diri seseorang telah

menyebabkan berlakunya kemurungan terutamanya semasa pandemik Covid-19.

Persepsi sebegini telah menyebabkan seseorang itu berasa sangat sedih, ingin

menangis, berdiam diri dan akhirnya menyebabkan kemurungan.

2.3 Kajian Lepas Berkaitan Kesihatan Mental

2.3.1 Kajian Lampau Impak Covid-19 Terhadap Kesihatan Mental

Kajian dijalankan oleh Abdul Aziz et. al. (2020) yang berkaitan dengan impak Covid-

19 terhadap kesihatan mental serta strategi daya tindak bagi menangani isu kesihatan

mental yang merupakan satu kajian kandungan berdasarkan kaedah perpustakaan.

Kajian ini dijalankan mendapati bahawa terdapat beberapa impak wabak Covid-19

yang ditunjukkan oleh seseorang individu melalui pelbagai cara belakang, sokongan

sosial yang wujud, keadaan kewangan, latar belakang kesihatan dan emosi serta

komuniti. Hal ini yang menyebabkan perbezaan impak yang wujud kepada individu dan

tahap impak negatif yang dialami juga akan berbeza.

20
Impak yang jelas wabak Covid-19 ini ditunjukkan melalui isu kesihatan mental yang

dialami oleh individu seperti takut, cemas, tekanan, kebimbangan dan kemurungan.

2.3.2 Kajian Lampau Kesihatan Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Kajian yang dijalankan oleh Wan Nur Ainna Waheeda binti Rozali (2019) untuk

mengenal pasti tahap kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak prasekolah telah

mendapati bahawa kanak-kanak juga berisiko mendapat masalah kesihatan mental.

Kajian yang dijalankan hanya berfokus kepada kanak – kanak seramai 70 orang di dua

buah sekolah di bandar Peramu, Pekan. Hal ini dapat menunjukkan tahap kesihatan

mental kanak-kanak berdasarkan lima aspek yang diambil kira iaitu, emotional,

symptom, conduct problems, hyperactivity/inanttention, peer relationship problem dan

prosocial behaviour.

Dalam mendapatkan data yang diperlukan untuk menilai tahap kesihatan mental

kanak – kanak, pengkaji menggunakan instrumen borang soal selidik kekuatan dan

kesusahan (SDQ-Mal) yang mengandungi lima aspek yang akan diperhatikan.

Kemudian pengkaji menggunakan analisis data secara deskriptif bagi mendapatkan

gambaran tahap kesihatan mental kanak-kanak. Hasil daripada kajian tersebut, tahap

kesihatan kanak-kanak dilihat berada pada tahap pertengahan dengan terdapat beberapa

faktor yang mendorong kepada kesihatan mental seperti faktor persekitaran, ibu bapa,

rakan sebaya dan persekolahan. Hasil daripada skor yang direkodkan mendapati

bahawa kanak-kanak memperoleh skor minima 5 dan skor maksima 34 dengan min

12.34 serta sisihan piawai 8.118. Jika diperhatikan dengan teliti, tahap kesihatan mental

kanak – kanak ini cenderung berlaku peningkatan jika tidak ditangani dengan segera.

21
Kesihatan mental sememangnya satu masalah kesihatan yang sangat berbahaya

sekiranya tidak ditangani dengan baik terutamanya pada lingkungan usia kanak – kanak

sehingga remaja. Hal ini demikian kerana pada usia ini, kanak – kanak belum mampu

menilai sesuatu perkara dengan baik dan tidak mahir mengawal tekanan, kemurungan

yang dialami sehingga boleh mengakibatkan berlakunya kes bunuh diri. Kajian ini amat

sesuai dilakukan kerana dapat menunjukkan tahap kesihatan mental dalam kalangan

kanak – kanak agar langkah pencegahan dan pengawalan dapat dilaksanakan dengan

baik. Namun, kajian yang dilaksanakan adalah tidak secara menyeluruh kerana hanya

berfokuskan kepada beberapa buah sekolah dan dapatan kajian yang diperolehi belum

kukuh untuk merumuskan secara keseluruhannya tahap kesihatan mental kanak – kanak

di kawasan yang lain.

2.3.3 Kajian Lampau Perubahan Negatif dan Kesan Positif Pandemik Covid-19

Menurut S. Hemavathi dan rakan pengkaji yang lain berdasarkan kajian yang mengkaji

perubahan negatif dan kesan positif yang tidak dijangka disebabkan pandemik Covid-

19 terhadap kesihatan mental di Malaysia. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa

berlakunya perubahan negatif dan positif yang tidak dijangka berlaku disebabkan

pandemik Covid-19 yang berlaku dalam kalangan penduduk di Malaysia.

Berdasarkan kajian ini, kesan negatif iaitu dengan pandemik Covid-19

menyarankan penjarakkan sosial untuk mengelakkan penyebaran virus namun telah

mendatangkan kesan yang negatif kepada kesihatan mental seperti ketakutan,

keresahan, dan kemurungan. Ketakutan dan keresahan terhadap Covid-19

22
meningkatkan tekanan kepada individu dan juga masyarakat kerana perubahan norma

baru kehidupan yang perlu mengamalkan penjarakkan sosial. Antara golongan yang

terjejas termasuk golongan wanita, remaja kerana makluman daripada laman sesawang

yang menyatakan kecenderungan golongan itu terkena virus adalah tinggi telah

menyebabkan stres yang tinggi. Selain itu, golongan barisan hadapan juga berisiko

mengalami tekanan psikologikal ketika bertugas menguruskan pesakit Covid-19.

Pandemik juga telah menyebabkan kehidupan masyarakat terjejas sehingga

menyebabkan masalah kesihatan mental yang serius.

Namun begitu, terdapat juga kesan positif yang tidak dijangka dengan

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan kerajaan menjalankan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) dan ini yang memberikan serba sedikit kebaikan kepada hubungan

kekeluargaan. PKP telah membolehkan keluarga duduk di rumah bersama-sama dan ini

mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Keadaan ini memberikan sokongan dan

dorongan yang banyak kepada ahli keluarga untuk mengharungi pandemik Covid-19.

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan positif dan negatif pandemik ini. Maka,

kesan yang negatif disedari dan memudahkan tindakan susulan dilakukan manakal

untuk kesan positifnya pandemik ini telah memberikan kualiti hubungan kekeluargaan

yang lebih baik. Ini menjadi tunjang kepada sokongan kepada individu untuk lebih

tabah dan kuat menghadapi cabaran pandemik terutamanya golongan pesakit Covid-19

ini.

23
2.3.4 Kajian Lampau Hubungan Kesihatan Mental Pelajar Sarjana Muda

UUM dengan Prestasi

Kajian yang dilakukan oleh Shamzaefa Samsudin dan Kevin Tan Chee Hong (2016)

yang mengkaji hubungan antara tahap kesihatan mental pelajar sarjana muda di

Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan prestasi. Kajian ini mendapati bahawa

terdapat perbezaan dalam kesihatan mental pelajar berdasarkan PMK serta juga dikaji

perbezaan antara lelaki dan perempuan untuk mendapatkan taburan kesihatan mental.

Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat beberapa kesan kesihatan mental ke atas

prestasi pelajar berdasarkan probit model.

Berdasarkan dapatan kajian, 51.9% pelajar mempunyai tahap kesihatan mental

yang kurang baik berdasarkan kepada analisis deskriptif skor GHQ-12. Manakala bagi

taburan silang pula 36.08% pelajar (PMK kurang 3.67) mempunyai kesihatan mental

yang baik berbanding 67.21% pelajar (PMK 3.67 keatas) dan taburan kesihatan mental

berdasarkan PMK ini adalah signifikan pada 1% aras keertian.

Berdasarkan gender, 42.42% pelajar lelaki mempunyai kesihatan mental yang

baik berbanding 50.69% perempuan dan ini tidak menunjukkan perbezaan yang

signifikan. Maka, berdasarkan kesan kesihatan mental ke atas prestasi pelajar yang

berdasarkan Porbit Model mendapati Tahap kesihatan mental mempunyai hubungan

signigikan dalam menentukan pencapaian pelajar. Ini dibuktikan dengan

kebarangkalian mendapat kelas pertama semakin berkurangan apabila tahap kesihatan

mental pelajar berkurang.

24
Kajian ini dapat menunjukkan bahawa kesihatan mental yang baik dapat

memberikan kesan yang positif kepada prestasi pelajar. Maka, pihak berwajib untuk

memberikan perkhidmatan untuk memastikan kesihatan mental pelajar lebih baik.

2.3.5 Kajian Lampau Jenis Stres yang Mempengaruhi Prestasi Akademik serta

Perbandingan Kesan Stres Terhadap Prestasi Akademik Lelaki dan

Perempuan

Kajian oleh Muhammad Saqib et. al. (2019) yang dijalankan untuk mengkaji jenis stres

yang mempengaruhi prestasi pelajar, menjelaskan kesan stress terhadap prestasi

akademik pelajar dan membuat perbandingan kesan stress terhadap prestasi akademik

pelajar lelaki dan perempuan. Kajian yang dijalankan ke atas 360 orang pelajar yang

terdiri daripada 180 orang pelajar lelaki dan 180 pelajar perempuan mendapati bahawa

bahawa stress akademik skor adalah tidak signifikan di antara lelaki dan perempuan.

Berdasarkan analisis ujian -T mendapati kesan stress seperti stress guru, tekanan

keluarga dan stress masa depan memberikan kesan yang besar kepada pelajar.

Berdasarkan kesan stress terhadap prestasi akademik mendapati nilai F = 773.75, p =

.000 nilai yang signifikan. Maka berdasarkan kajian yang dijalankan, menunjukkan

bahawa stress yang dikenakan terhadap pelajar telah memberikan kesan yang besar

terhadap prestasi akademik.

25
2.3.6 Kajian Lampau Hubungan Dan Pengaruh Kecerdasan Emosi, Kecerdasan

Spiritual Dan Persekitaran Keluarga Terhadap Stress Akademik Murid

Sekolah Menengah Luar Bandar

Kajian oleh Andang Andaiyani dan Abdul Said Bin Ambotang (2020) adalah untuk

mengenal pasti hubungan dan pengaruh kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan

persekitaran keluarga terhadap stres akademik murid sekolah menengah luar bandar di

Tawau, Sabah.

Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan kecerdasan emosi, kecerdasan

spiritual dan persekitaran keluarga dan stress akademik dengan dapatan kajian

menunjukkan ketiga-tiga variable mempunyai hubungan dengan variable bersandar.

Variable persekitaran keluarga menunjukkan hubungan tinggi dengan diikuti oleh

variable kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual. Korelasi kesemua tiga variabel

peramal iaitu kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan persekitaran keluarga dengan

variabel criterion stres akademik adalah tinggi (Model 1, r = .516, model 2, r = .613,

dan model 3, r = .663). Berdasarkan analisis (model 3) dan kombinasi kesemua tiga

variabel peramal mempunyai korelasi yang paling tinggi dengan variable criterion stres

akademik (r = .663). Analisis ujian regresi juga menunjukkan peratusan pengaruh

kesemua tiga variabel peramal terhadap variabel criterion. Ini ditunjukkan oleh nilai

kombinasi kesemua variabel peramal R2=0.440, p=0.00 (p < 0.05) model 3 yang

menyumbang penyebab kepada perubahan variabel criterion. Maka, berdasarkan

variabel peramal kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan persekitaran keluarga

dapat menerangkan 44.0 peratus daripada varians yang wujud dalam variable criterion

26
stres akademik. Manakala selebihnya 56.0 stres akademik murid ditentukan oleh faktor-

faktor lain yang tidak dikaji dalam kajian ini.

Kajian yang dijalankan berjaya menunjukkan bukti yang jelas berkenaan

dengan kecerdasan emosi, spiritual, persekitaran keluarga terhadap stress akademik

pelajar sekolah menengah di luar bandar Tawau Sabah.Kajian yang dijalankan telah

menghuraikan beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada berlakunya stress yang

dialami oleh pelajar sehingga menjejaskan prestasi akademik.

2.3.7 Kajian Lampau Kesihatan Mental Dan Kesejahteraan Masyarakat

Malaysia Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bagi

Mencegah Penularan Covid-19

Kajian oleh Mohd Khairi Ismail et. al (2020) meneliti kesihatan mental dan

kesejahteraan masyarakat Malaysia sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan

bagi mencegah penularan Covid-19. Kajian yang dijalankan adalah mendapati bahawa

berdasarkan daripada analisis ujian DASS-21 dan berdasarkan analisis taburan silang.

Berdasarkan analisis ujian DASS ini mendapati bahawa majoriti responden

mengalami tahap kesihatan yang normal tetapi terdapat 23.1% mengalami masalah

mental semasa perlaksanaan PKP. Analisis DASS menunjukkan 10.9% responden

mengalami masalah mental pada tahap ringan dan 8.7% pada tahap sederhana, teruk

(2.9%) dan sangat teruk (0.7%). Secara keseluruhan, responden yang mengalami

masalah kesihatan mental sama ada kemurungan, kegelisahan dan tekanan secara

27
relatifnya rendah, namun perlu diberi perhatian kerana memberi kesan kepada

produktiviti dan mempengaruhi kesejahteraan hidup.

Manakala berdasarkan taburan silang hasil kajian ini menunjukkan bahawa

terdapat perbezaan ketara tahap kesihatan mental antara kaum di Malaysia. Komposisi

kemurungan bagi masyarakat Cina adalah 45.54% mengalami tahap kemurungan yang

ringan sehingga sangat teruk. Peratusan ini adalah lebih tinggi daripada peratusan

secara keseluruhan rakyat Malaysia iaitu 28.87% dan peratusan tersebut lebih tinggi

berbanding masyarakat berbangsa melayu (25.19%) dan India (26.6%). Selain itu,

peratusan taburan silang antara bangsa terhadap tahap kegelisahan menunjukkan

sebahagian masyarakat berbangsa Cina di Malaysia mengalami sekurang-kurangnya

kegelisahan ringan sehingga sangat teruk iaitu sebanyak 50%. Dari aspek tahap

tekanan, meskipun hanya 33.04% tapi statistik ini masih tinggi berbanding peratusan

keseluruhan masyarakat Malaysia (24.15%) yang sekurang-kurangnya mengalami

tahap tekanan bermula dari ringan sehingga sangat teruk.

2.3.8 Kajian Lampau Hubungan Di Antara Rasa Takut Terhadap Covid-19

Dengan Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian.

Kajian yang dijalankan oleh Mohd Fairuz Jafar et. al. (2020) untuk meninjau tentang

hubungan di antara rasa takut terhadap Covid-19 dengan kesediaan pembelajaran dalam

talian.

Hasil analisis deskriptif yang diperoleh dalam kajian ini, pelajar-pelajar

mempunyai rasa takut yang tinggi terhadap Covid-19 (M = 2.14). Manakala dalam

28
aspek pembelajaran dalam talian, pelajar mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk

melaluinya ketika PKP (M= 4.00). Analisis statistic inferensi ujian Levene mendapati

varian kedua-dua kumpulan lelaki dan perempuan adalah signifikan (F = 16.90, p =

0.00 <0.05) yang memberi makna bahawa varians kedua-dua kumpulan ini adalah tidak

sama. Hasil ujian t sampel bebas menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan

bagi tahap ketakutan terhadap Covid-19 di antara pelajar lelaki (M = 2.18, S.P = 0.64)

dan pelajar perempuan (M = 2.12, S.P = 0.51), t (256.2) = 0.975, p = 0.33> 0.05). Jadual

2 menunjukkan skor min di antara pelajar lelaki dan perempuan berkenaan ketakutan

terhadap Covid-19. Seterusnya, ujian t sampel bebas dijalankan untuk mengenal pasti

perbezaan tahap kesediaan berdasarkan faktor jantina. Analisis ujian Levene adalah

signifikan yang menunjukkan taburan varian kedua – dua kumpulan adalah tidak sama

(F = 0.12, p = 0.73> 0.05). Pelajar lelaki (M = 3.99, SD = 0.40) dan pelajar perempuan

(M = 4.01, SD = 0.37) tidak berbeza secara signifikan dalam aspek kesediaan

pembelajaran dalam talian t (384) = - .523, p = 0.601> 0.05. Kemudian, ujian Anova

sehala dilaksanakan untuk meninjau sama ada tahap kesediaan pembelajaran dalam

talian berdasarkan faktor pendapatan keluarga.

Hasil analisis statistik yang dijalankan mendapati, terdapat perbezaan yang

signifikan berdasarkan faktor pendapatan keluarga, p <0.05, F (2, 39) = 10.76, p = 0.00.

Perbandingan menggunakan ujian Post Hoc Tukey menunjukkan kesediaan pelajar dari

keluarga berpendapatan rendah iaitu di bawah RM3000 (M = 4.06, SD = 0.36) berbeza

secara signifikan dengan pelajar dari keluarga berpendapatan pertengahan iaitu

RM3001 dan RM6000 (M = 3.86, SD = 0.37). Namun, tahap kesediaan pelajar dan

kumpulan keluarga yang berpendapatan rendah adalah sama dengan tahap kesediaan

pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi yang melebihi RM6001 (M = 4.07, SD =

29
0.41). Analisis korelasi yang dijalankan mendapati, ketakutan terhadap Covid-19

mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan kesediaan pembelajaran dalam

talian. (r = -0.112, p = 0.028 <0.05).

2.3.9 Kajian Lampau Tentang Latar Belakang Pelajar Dan Meninjau Simptom

Stres Daripada Empat Aspek Iaitu Fizikal, Psikologikal, Gangguan

Fikiran Dan Tingkah Laku Yang Dialami Ketika Pembelajaran Secara

Dalam Talian Era Covid-19.

Kajian yang dijalankan oleh Zainora Daud et. al. (2020) untuk mengenal pasti latar

belakang pelajar dan meninjau simptom stres daripada empat aspek iaitu fizikal,

psikologikal, gangguan fikiran dan tingkah laku yang dialami ketika pembelajaran

secara dalam talian era Covid-19.

Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan empat bahagian simptom stres

yang dialami oleh responden dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ketika Covid-19,

menunjukkan bahawa simptom-simptom stres yang dialami berada di tahap sederhana.

Ini menunjukkan bahawa para pelajar masih mampu dan boleh mengawal stres dan

tekanan yang mereka alami, ditambah dengan pegangan dan pergantungan mereka yang

kuat dengan hafazan al-Quran atau sebagai hamalah al-Quran yang berjaya mengekang

mereka daripada sifat-sifat mazmumah dan lagha. Ini disokong dengan maksud fitrah

di sisi al-Raghib bahawa fitrah merupakan isyarat Allah SWT ke atas fitrah yang Dia

ciptakan dan difokuskan kepada diri manusia iaitu pengetahuan mengenai Penciptanya.

30
Jenis-jenis simptom tersebut ialah seperti kerap buang air besar/kecil, sakit

belakang badan, sakit badan, cirit birit, cepat letih, sukar tidur, jantung berdebar-debar,

bernafas laju, mudah lupa, kurang daya tumpuan, lemah semangat, mewujudkan

permusuhan, bimbang, resah, mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang

seperti dadah dan arak, rendah diri, sukar kawal diri, takut gagal, bosan dan kecewa,

kekuatan mental menjadi lemah, kurang minat terhadap aktiviti harian, sering berfikiran

negatif, tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar, hilang keyakinan diri, sukar

membuat keputusan dan kurang memberi perhatian, sering terlibat kemalangan, kurang

produktiviti kerja, boleh bertindak ganas, suka memberi komen dan kritik orang lain,

bercakap dengan cepat dan kuat dan mudah tersinggung.

Islam mengakui emosi sebahagian daripada manusia tetapi menyuruh umatnya

supaya bijak mengawal emosi terutama yang bersifat negatif supaya tidak

mempengaruhi pertimbangan akal yang waras. Simptom stres yang dialami para pelajar

ketika sesi pembelajaran secara dalam talian adalah tidak membimbangkan kerana

berada di tahap sederhana. Ini terbukti bahawa stres di peringkat sederhana adalah yang

paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang

itu. Tahap sederhana ini juga menunjukkan ketinggian nilai sabar yang mesti dimiliki

oleh para haffaz dalam membendung perasaan stres yang dialami.

31
2.3.10 Kajian Lampau Rawatan Dan Langkah Untuk Mencegah Masalah

Kesihatan Mental Semasa Pandemik Covid-19.

Kajian oleh B. Rathakrishnan et. al (2020) untuk mengenalpasti rawatan dan langkah

untuk mencegah masalah kesihatan mental semasa pandemik Covid-19.

Berdasarkan kajian yang dijalankan terdapat beberapa langkah dikemukakan

untuk mencegah masalah kesihatan mental termasuklah tetap berhubung dengan rakan

– rakan dan ahli keluarga. Tindakan ini disarankan agar dapat memastikan hubungan

tidak putus walaupun hanya secara talian agar dapat mengurangkan tekanan dan

kemurungan yang dialami semasa perlu duduk di rumah ekoran pandemik. Selain itu,

saranan juga diberikan untuk memahami erti kehidupan agar dapat menghargai

kehidupan yang dijalani supaya dapat mengatasi semua kekangan semasa pandemik ini

berlaku. Seterusnya, saranan juga diberikan untuk menjangkakan masalah yang akan

dihadapi dengan individu disarankan untuk mengenalpasti sentimen yang mendorong

kepada stres dan keresahan. Hal ini dapat memastikan dapat menyediakan diri dan

merancang strategi bagi mengatasi perasaan sebegini terutama sekali dalam keadaan

pandemik kini. Maka disini, kajian ini memberikan panduan untuk individu dapat

mencegah daripada mengalami masalah kesihatan mental.

32
2.4 Rumusan

Bab ini membincangkan kajian – kajian lepas yang dijalankan oleh penyelidik terdahulu

yang berkaitan dengan tahap kesihatan mental. Kebanyakan kajian yang dijalankan oleh

pengkaji terdahulu membincangkan faktor, kesan dan juga cadangan dalam menilai

tahap kesihatan mental dari pelbagai responden.

33
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Metodologi kajian merupakan antara perkara yang sangat perlu di dalam sesuatu kajian

kerana ianya berkaitan dengan cara, kaedah serta pendekatan yang digunakan untuk

membantu memastikan objektif serta matlamat kajian dapat dicapai. Metodologi kajian

merupakan satu aspek yang penting dalam perjalanan kajian agar dapat menjadi garis

panduan sesuatu kajian itu dijalankan dengan sistematik dan mencapai objektif yang

ditekankan. Bahagian ini juga menerangkan dan menjelaskan tentang kaedah kajian

yang digunakan untuk memastikan perjalanan kajian yang tersusun, berstruktur dan

berfokus kepada pencapaian objektif yang diinginkan.

Dalam bab ini juga membincangkan dengan lebih mendalam serta terperinci segala

perjalanan kajian agar dapat mengumpul data, dan proses penganalisisan data dapat

dijalankan dengan sebaiknya supaya tidak berlakunya kesalahan dalam penulisan serta

proses pengumpulan data.

34
3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kuantitatif yang berbentuk soal

selidik bagi mendapatkan gambaran keseluruhan berkenaan dengan tahap kesihatan

mental yang dialami golongan remaja semasa pandemik Covid-19 terutamanya pelajar

sekolah menengah kawasan luar bandar dan bandar.

Seterusnya, kajian ini juga menggunakan kaedah analisis Ujian -T tidak bersandar

setelah pengumpulan data dijalankan. Data yang dikumpul dianalisis bagi mendapatkan

perbandingan perbezaan tahap kesihatan mental pelajar sekolah menengah kawasan

luar bandar dan bandar serta perbandingan antara pelajar sekolah menengah lelaki dan

perempuan kawasan bandar dan luar bandar. Berdasarkan analisis ini, maka dapat

digambarkan tahap kesihatan pelajar sekolah menengah kawasan bandar dan luar

bandar bagi membolehkan penekanan dan perancangan strategi untuk mengurangkan

faktor yang mempengaruhi peningkatan masalah kesihatan mental.

3.3 Populasi dan Sampel

Sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar sekolah menengah di bandar

dan luar bandar di Sibu, Sarawak dalam lingkungan umur 14 tahun sehingga 17 tahun.

Seramai 100 orang pelajar terdiri daripada 50 lelaki dan 50 perempuan terlibat

berdasarkan penentuan saiz sampel kajian G Power dan ini memadai untuk keperluan

kajian. Kesemua sampel akan dikehendaki menjawab borang soal selidik Depression,

35
Anxiety, Stress, Scale (DASS-21) bagi mengenal pasti tahap kesihatan mental sampel

berdasarkan aspek kemurungan, keresahan dan tekanan. Sampel dipilih secara rawak.

3.4 Instrumen

Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang sememangnya dapat

memberikan gambaran yang jelas tentang tahap kesihatan mental berdasarkan tiga

aspek utama yang menjadi ukuran nilai kepada tahap kesihatan mental. Aspek yang

diuji di dalam soal selidik merangkumi aspek kemurungan, keresahan dan tekanan yang

dapat memberikan satu kesimpulan berkenaan dengan tahap kesihatan mental yang

dialami oleh individu. Kebolehpercayaan instrument dianalisis berdasarkan kepada

nilai Cronbach’s Alpha yang telah jelas menunjukkan semua item yang terlibat

mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Instrumen yang digunakan juga mengandungi soalan sebanyak 21 soalan yang

dijangka dapat memberikan data yang mempunyai hubungkait dengan tahap kesihatan

mental. Soal selidik ini memerlukan sampel yang terlibat untuk menjawab setiap soalan

yang terdapat empat pilihan (0,1,2,3) bagi membuktikan perkara yang dialami

berdasarkan soalan. Kaedah ini akan menggunakan edaran soalan melalui Google Form

kepada setiap sampel yabg terlibat dalam masa yang singkat.

36
3.4.1 Borang Soal Selidik DASS-21

Borang Soal Selidik DASS-21 Bahasa Melayu yang diterjemahkan oleh Ramli Musa

(2017), digunakan untuk mendapatkan data tahap kesihatan mental pelajar sekolah

menengah berdasarkan tiga aspek iaitu tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Ujian

DASS ini telah mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh

digunapakai dalam kajian. Data berkaitan tekanan, kebimbangan dan kemurungan

dinilai dengan menggunakan skor yang diperoleh adalah berdasarkan rajah 1.7 untuk

menentukan tahap keterukkan kesihatan mental. Skor 0 hingga 7 dikira tekanan normal,

skor 8 hingga 9 dikelaskan sebagai tekanan pada tahap ringan, skor 10 hingga 13 dikira

tekanan pada tahap sederhana, skor 14 hingga 17 dikira tekanan tahap teruk dan skor

yang lebih daripada 18 dikira sebagai tekanan pada tahap sangat teruk. Manakala bagi

menentukan status kebimbangan, data dinilai dengan menggunakan skor yang

diperoleh. Skor 0 hingga 4 dikira kebimbangan pada paras normal, skor 5 hingga 6

dikelaskan kepada kebimbangan tahap ringan, skor 7 hingga 8 dikira kebimbangan

tahap sederhana, skor 9 hingga 10 dikira kebimbangan pada tahap teruk dan skor yang

lebih daripada 11 dikira sebagai kebimbangan pada tahap yang sangat teruk. Akhir

sekali, bagi tahap kemurungan, skor 0 hingga 5 dikira sebagai normal, skor 6 hingga 7

kemurungan tahap ringan, skor 8 hingga 10 dikira kemurungan tahap sederhana, skor

11 hingga 14 dikira kemurungan tahap teruk dan skor yang lebih daripada 15 dikira

sebagai kemurungan pada tahap sangat teruk.

37
Skor Saringan

Tahap Tekanan Kebimbangan Kemurungan

Normal 0-7 0-4 0-5

Ringan 8-9 5-6 6-7

Sederhana 10-13 7-8 8-10

Teruk 14-17 9-10 11-14

Sangat 18+ 11+ 15+

teruk

Rajah 1.7 Skor Saringan

3.5 Kajian Rintis

Bagi memastikan instrumen kajian yang digunakan mempunyai nilai kesahan dan

kebolehpercayaan adalah perlu melakukan kajian rintis. Kajian rintis dilihat sesuai

untuk digunakan sekiranya melibatkan penggunaan kaedah soal selidik agar dapat

memastikan bahawa instrumen yang digunakan adalah tepat.

Dalam kajian ini, kajian rintis tidak dijalankan kerana DASS-21 yang

digunakan telah mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi yang

dijalankan pengkaji terdahulu dan boleh digunapakai dalam kajian ini.

Nilai kebolehpercayaan yang tidak melepasi 0.60 dianggap rendah dan tidak

relevan untuk digunakan manakala untuk nilai Alfa pada tahap 0.60 sehingga 0.80

38
sesuai dan boleh digunapakai. (Sekaran, 1992). Pengkaji menggunakan panduan

Cronbach Alpha untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu

borang soal selidik dalam kajian.

3.6 Kaedah Analisis Data

Dalam kajian ini, kaedah analisis data yang digunakan terbahagi kepada dua iaitu

analisis deskriptif dan ujian – t tidak bersandar bagi memastikan obejktif kajian dapat

dicapai.

3.6.1 Analisis Deskriptif

Kaedah analisis deskriptif yang digunakan melibatkan beberapa proses seperti

pengumpulan, pengelasan, penyusunan dan analisis data dijalankan secara kuantitatif.

Pemilihan kaedah analisis data yang sesuai sangat penting untuk memudahkan pengkaji

mendapatkan nilai min, frekuensi, taburan data keseluruhan, median, sisihan piawai dan

varian. Dalam kajian ini analisis frekuensi atau kekerapan dan peratusan digunakan

untuk menjelaskan demografi responden. Penentuan tahap kesihatan mental pelajar,

skor min diperlukan untuk dibahagikan kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan

tinggi berdasarkan saranan Nik Mohd Rahimi (2004).

39
Jadual dibawah menunjukkan interpretasi min tersebut:

Skor Min Interpretasi

5.01 – 7.00 Tinggi

3.01 – 5.00 Sederhana

1.00 – 3.00 Rendah

Jadual 4.4: Jadual Interpretasi Skor Min

Berdasarkan jadual, julat skor min 1.00 – 3.00 di interpretasikan sebagai tahap

kesihatan mental yang rendah manakala bagi julat skor min 3.01 – 5.00 adalah tahap

kesihatan mental sederhana dan akhir sekali bagi julat skor min 5.01 – 7.00 adalah tahap

kesihatan mental yang tinggi. Jika skor min keseluruhan pelajar sekolah menengah di

Sibu, Sarawak pada tahap yang rendah, ini menunjukkan bahawa tahap kesihatan

mental berada pada tahap normal.

3.6.2 Ujian T- Tidak Bersandar

Dalam menganalisis data yang diperolehi, ujian ini khusus digunakan untuk membuat

perbandingan berkaitan dua kumpulan yang tidak bersandar. Berdasarkan kajian yang

akan dilaksanakan, pengkaji menggunakan ujian ini untuk melihat perbandingan tahap

kesihatan mental pelajar sekolah menengah berdasarkan lokasi sekolah serta turut

40
membuat perbandingan tahap kesihatan mental pelajar sekolah menengah di Sibu,

Sarawak berdasarkan jantina.

3.7 Rumusan

Dalam bab ini membincangkan tentang metodologi kajian yang merangkumi reka

bentuk kajian, populasi dan sampel, instrumen kajian serta kaedah penganalisisan data.

Kajian ini dijalankan dengan melibatkan 100 orang responden yang terdiri daripada 50

orang pelajar lelaki dan 50 orang pelajar perempuan dari sekolah kawasan luar bandar

dan bandar di bahagian Sibu. Borang soal selidik DASS-21 digunakan untuk

mendapatkan data tentang tahap kesihatan mental pelajar berdasarkan kepada tekanan,

kemurungan dan kebimbangan dialami oleh pelajar. Bagi menganalisis data yang telah

dikumpul, analisis deskriptif dan ujian -t tidak bersandar digunakan untuk mencapai

objektif kajian.

41
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, pengkaji akan menunjukkan dapatan analisis data kajian yang telah

dijalankan. Dapatan kajian yang diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan secara

atas talian akan diproses dan dianalisis bagi tujuan untuk mendapatkan dapatan kajian

yang dijalankan. Data tersebut akan disusun secara sistematik bagi memudahkan proses

analisis dijalankan. Berdasarkan data tersebut pengkaji akan menjelaskan secara

terperinci hasil dapatan kajian yang diperolehi dan pengkaji menggunakan Statistical

Package of Social Sciences (SPSS) bagi melaksanakan penganalisisan data.

42
4.2 Latar Belakang Responden

4.2.1 Taburan Umur Responden

Umur Kekerapan Peratus (%)

14 25 25

15 16 16

16 29 29

17 30 30

Berdasarkan jadual 4.3. 1 di atas, menunjukkan taburan responden berdasarkan umur.

Dapatan kajian menunjukkan daripada 100 orang, seramai 25 orang (25%) adalah

berumur 14 tahun, seramai 16 orang (16%) berumur 15 tahun, seramai 29 orang (29%)

adalah berumur 16 tahun dan seramai 30 orang (30%) adalah berumur 17 tahun.

43
4.2.2 Jantina Responden

Jantina Kekerapan (N) Peratus (%)

Lelaki 50 50

Perempuan 50 50

Jumlah 100 100

Berdasarkan jadual 4.3.2 di atas, seramai 100 orang responden yang menjawab tinjauan

tersebut dan jumlah lelaki dan perempuan yang terlibat adalah masing-masing 50%

yang terdiri daripada umur 14 sehingga 17 tahun dipilih secara rawak.

4.2.3 Taburan Jenis Sekolah

Sekolah Kekerapan (N) Peratus (%)

Bandar 36 36

Luar Bandar 64 64

Jumlah 100 100

Jadual 4.3.3 di atas menunjukkan taburan jenis sekolah responden yang terlibat dengan

kajian ini. Seramai 36 orang (36%) responden terdiri daripada lelaki dan perempuan

yang bersekolah di sekolah kawasan bandar, manakala seramai 64 orang (64%)

responden daripada sekolah luar bandar.

44
4.2.4 Kawasan Kediaman Responden

Kawasan Kediaman Kekerapan (N) Peratus (%)

Bandar 41 41

Luar Bandar 59 59

Jumlah 100 100

Jadual 4.3.4 di atas menunjukkan taburan kawasan kediaman responden yang terlibat

dengan kajian ini. Seramai 41 orang (41%) responden terdiri daripada lelaki dan

perempuan yang tinggal di kawasan bandar, manakala seramai 59 orang (59%)

responden daripada kawasan luar bandar.

4.3 Keputusan Analisis Data

Dalam kajian ini, data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan

ujian – t tidak bersandar dengan menggunakan Statistical Package for The Social

Sciences (SPSS).

45
4.3.1 Tahap Kesihatan Mental Pelajar Sekolah Menengah Kawasan Bandar dan

Luar Bandar

Jadual 4.3.1: Ringkasan deskriptif tahap kesihatan mental pelajar kawasan


bandar dan luar bandar

Aspek Tahap N Minimum Maksimum Min Sisihan

Kesihatan Piawai

Mental

Tekanan 100 0 18.00 0.94 0.93

Kebimbangan 100 0 21.00 0.82 0.95

Kemurungan 100 0 20.00 0.76 0.91

Berdasarkan jadual di atas mendapati bahawa nilai min setiap aspek tahap kesihatan

mental yang rendah. Jadual 4.3.1 menunjukkan menunjukkan taburan skor bagi DASS

– 21. Julat skor diantara 0-21 dengan semakin kecil skor menunjukkan tahap kesihatan

yang lebih baik berdasarkan kepada tahap tekanan (stress), kemurungan (depression)

dan kebimbangan (anxiety). Untuk tujuan ini, skor Dass-21 direkodkan dan digunakan

untuk menentukan tahap kesihatan mental pelajar berdasarkan stres, keresahan dan

kemurungan. Tahap kesihatan mental pelajar ditentukan dengan merujuk kepada jadual

skor untuk stres, keresahan dan kemurungan. Berdasarkan jadual 4.5, untuk tahap

tekanan didapati 46% normal, 27% tekanan tahap ringan, 17% tahap tekanan sederhana

serta 8% dan 2% pelajar masing-masing pada tahap tekanan teruk dan sangat teruk.

Maka, dapat dijelaskan bahawa rata-rata pelajar mengalami tekanan yang tidak

46
melampau dan berada dalam keadaan yang baik. Bagi skor kebimbangan pula, didapati

41% pelajar berada dalam tahap kebimbangan yang normal, 8% mengalami

kebimbangan yang ringan, masing-masing 15% untuk kebimbangan sederhana dan

teruk, serta 21% mengalami kebimbangan yang sangat teruk.

Seterusnya, bagi skor kemurungan pula, rata-rata pelajar tidak mengalami

kemurungan yang serius, dan didapati 51% pelajar normal tahap kemurungan, 11%

kemurungan ringan, 22% kemurungan sederhana, dan 10% kemurungan teruk dan 6%

mengalami kemurungan yang sangat teruk. Skor min digunakan untuk menentukan

tahap kesihatan mental pelajar yang dibahagikan kepada tiga tahap berdasarkan saranan

Nik Mohd Rahimi (2004). Dapatan kajian mendapati bahawa di antara kesemua aspek

tahap kesihatan mental yang berada pada tahap rendah ini, aspek tekanan mempunyai

nilai min yang tertinggi (M = 0.94, SD = 0.93), diikuti aspek kebimbangan (M = 0.82,

SD = 0.95) dan aspek kemurungan (M = 0.76, SD = 0.91).

47
Jadual 4.3.1.1 Skor Min Keseluruhan

Aspek Tahap Min Sisihan Piawai Tahap

Kesihatan Mental

Tekanan 0.94 0.93 Rendah

Kebimbangan 0.82 0.95 Rendah

Kemurungan 0.76 0.91 Rendah

Keseluruhan 0.84 0.02 Rendah

(Kesihatan

Mental)

Jadual 4.3.1.1 menunjukkan dapatan kajian skor min keseluruhan aspek kesihatan

mental pelajar sekolah menengah di Sibu, Sarawak berada pada tahap yang rendah ini

bermakna, pelajar mempunyai tahap kesihatan mental yang pada tahap normal.

48
4.3.2 Perbandingan Tahap Kesihatan Mental Pelajar Sekolah Menengah

Mengikut Lokasi Sekolah (Analisis T-Test Tidak Bersandar)

Jadual 4.3.2 Skor Min Tekanan Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar Dan

Bandar

Jenis N Min tekanan Sisihan Piawai Nilai- t Tahap


Sekolah (Stress) Signifikan

Luar Bandar 64 0.83 0.62 -2.38 0.01

Bandar 36 1.15 0.68

Bagi ujian – t sampel tidak bersandar, ujian- F (Levene test) dijalankan bagi menguji

kehomogenan varians. Keputusan mendapati nilai F (Ujian Levene Test) tidak

signifikan (p>0.05), maka hipotesis nul diterima, data tersebut dikatakan homogen. Dan

varians adalah homogen. Jadual 4.4.1 menunjukkan menunjukkan dapatan analisis ujian

– t tidak bersandar bagi mengenal pasti perbezaan tahap kesihatan mental iaitu tekanan

bagi pelajar sekolah menengah kawasan luar bandar dan bandar. Oleh kerana nilai p =

0.01 adalah lebih kecil daripada aras signifikan alpha = 0.05, maka terdapat perbezaan

yang signifikan antara pelajar kawasan luar bandar dan bandar t (98) = -2.38. Tahap

tekanan pelajar sekolah luar bandar (M = 0.83, SD = 0.62) adalah lebih rendah daripada

tahap tekanan pelajar sekolah menengah kawasan bandar (M = 1.15, SD = 0.68) semasa

Covid-19.

Nilai signifikan p>0.05

49
Jadual 4.3.3 Skor min kebimbangan pelajar sekolah menengah kawasan luar
bandar dan bandar

Jenis N Min Sisihan Nilai- t Tahap


Sekolah Kebimbangan Piawai Signifikan
(Anxiety)
Luar 64 0.72 0.64 -1.86 0.07
Bandar
Bandar 36 0.99 0.77

Nilai signifikan p>0.05

Jadual 4.3.3 menunjukkan dapatan analisis ujian – t tidak bersandar bagi mengenal pasti

perbezaan tahap kesihatan mental iaitu kebimbangan bagi pelajar sekolah menengah

kawasan luar bandar dan bandar. Oleh kerana nilai p = 0.07 adalah lebih besar daripada

aras signifikan alpha = 0.05, maka tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

pelajar kawasan luar bandar dan bandar t (98) = -1.86. Tahap kebimbangan pelajar

sekolah luar bandar (M = 0.72, SD = 0.64) manakala tahap kebimbangan pelajar sekolah

menengah kawasan bandar (M = 0.99, SD = 0.77) semasa Covid-19.

50
Jadual 4.3.4 Skor min kemurungan pelajar sekolah menengah bandar dan luar
bandar

Jenis N Min Sisihan Nilai- t Tahap


Sekolah Kemurungan Piawai Signifikan
(Depression)
Luar 64 0.62 0.61 -2.70 0.01
Bandar
Bandar 36 1.01 0.82

Nilai signifikan p<0.05

Jadual 4.4.3 menunjukkan dapatan analisis ujian – t tidak bersandar bagi mengenal pasti

perbezaan tahap kesihatan mental iaitu kemurungan bagi pelajar sekolah menengah

kawasan luar bandar dan bandar. Oleh kerana nilai p = 0.01 adalah lebih kecil daripada

aras signifikan alpha = 0.05, maka terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar

kawasan luar bandar dan bandar t(98) = -2.70. Tahap kemurungan pelajar sekolah luar

bandar (M = 0.62, SD = 0.61) adalah lebih rendah daripada tahap kemurungan pelajar

sekolah menengah kawasan bandar (M = 1.01, SD = 0.82) semasa Covid-19.

51
4.3.3 Perbandingan Tahap Kesihatan Mental Di Antara Pelajar Lelaki Dan

Perempuan Sekolah Menengah Kawasan Luar Bandar Dan Bandar Di

Sibu, Sarawak Semasa Pandemik Covid-19.

Jadual 4.3.5 Skor min tekanan bagi pelajar lelaki dan perempuan sekolah
menengah kawasan bandar dan luar bandar.

Jantina N Min Sisihan Nilai- t Tahap

Tekanan Piawai Signifikan

Lelaki 50 0.90 0.71

Perempuan 50 0.98 0.61 - 0.62 0.54

Jadual 4.3.5 menunjukkan menunjukkan dapatan analisis ujian – t tidak bersandar bagi

mengenal pasti perbezaan tahap kesihatan mental iaitu tekanan bagi pelajar lelaki dan

perempuan sekolah menengah kawasan luar bandar dan bandar. Oleh kerana nilai p =

0.54 adalah lebih besar daripada aras signifikan alpha = 0.05, maka tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan sekolah menengah

kawasan luar bandar dan bandar t (98) = -0.62. Tahap tekanan pelajar lelaki (M = 0.90,

SD = 0.71) manakala tahap tekanan pelajar perempuan (M = 0.98, SD = 0.61) semasa

Covid-19.

52
Jadual 4.3.6 Skor min kebimbangan bagi pelajar lelaki dan perempuan sekolah

menengah kawasan bandar dan luar bandar.

Jantina N Min Sisihan Nilai- t Tahap

Kebimbangan Piawai Signifikan

Lelaki 50 0.79 0.73

Perempuan 50 0.85 0.68 -0.49 0.63

Jadual 4.3.6 menunjukkan dapatan analisis ujian – t tidak bersandar bagi mengenal pasti

perbezaan tahap kesihatan mental iaitu kebimbangan bagi pelajar lelaki dan perempuan

sekolah menengah kawasan luar bandar dan bandar. Oleh kerana nilai p = 0.63 adalah

lebih besar daripada aras signifikan alpha = 0.05, maka tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan sekolah menengah kawasan luar bandar

dan bandar t (98) = 0.63. Tahap kebimbangan pelajar lelaki (M = 0.79, SD = 0.73)

manakala tahap kebimbangan pelajar perempuan (M = 0.85, SD = 0.68) semasa Covid-

19.

53
Jadual 4.3.7 Skor min kemurungan bagi pelajar lelaki dan perempuan sekolah

menengah kawasan bandar dan luar bandar.

Jantina N Min Sisihan Nilai- t Tahap

Kemurungan Piawai Signifikan

Lelaki 50 0.69 0.72

Perempuan 50 0.83 0.72 -1.01 0.31

Jadual 4.3.7 menunjukkan dapatan analisis ujian – t tidak bersandar bagi mengenal pasti

perbezaan tahap kesihatan mental iaitu kemurungan bagi pelajar lelaki dan perempuan

sekolah menengah kawasan luar bandar dan bandar. Oleh kerana nilai p = 0.31 adalah

lebih besar daripada aras signifikan alpha = 0.05, maka tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan sekolah menengah kawasan luar bandar

dan bandar t(98) = -1.01. Tahap kemurungan pelajar lelaki (M = 0.69, SD = 0.72)

manakala tahap kemurungan pelajar perempuan (M = 0.83, SD = 0.72) semasa Covid-

19.

4.4 Rumusan

Kajian ini dijalankan dengan mengumpul data melalui soal selidik DASS-21 yang

diedarkan kepada responden secara rawak menggunakan Google form. Kemudian, data

yang dikumpulkan dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan juga ujian –

t tidak bersandar bagi mendapatkan gambaran tentang tahap kesihatan mental.

54
BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah mengubah norma pembelajaran, serta

kehidupan harian menjadi lebih mencabar bagi pelajar. Perubahan kaedah pengajaran

telah menjadikan proses menimba ilmu lebih mencabar dan sedikit sebanyak

memberikan kesan yang negatif kerana ia dikaitkan dengan psikologi pelajar. Kajian ini

menggunakan borang soal selidik DASS-21 yang dibahagikan kepada dua bahagian,

iaitu bahagian A bagi demografi responden dan bahagian B pula penilaian tekanan (S),

kebimbangan (A) dan kemurungan (D).

Hasil kajian ini mendapati untuk secara keseluruhannya tahap kesihatan mental

pelajar sekolah menengah tidaklah terlampau teruk namun tidak seharusnya

permasalahan ini dibiarkan dan dipandang enteng oleh semua pihak agar dapat

memastikan tidak berlakunya peningkatan drastik yang merisaukan. Walaupun DASS

– 21 bukan alat diagnostik gejala tekanan, kebimbangan dan kemurungan tetapi ia boleh

dijadikan sebagai petunjuk awal untuk melihat tahap keterukkan gejala SAD. untuk

merancang strategi pencegahan daripada professional penjagaan kesihatan dan pihak

sekolah. Semua hasil kajian akan dibincangkan dan dirumuskan serta semua cadangan

untuk kegunaan kajian masa depan juga akan dibincangkan.

55
5.2 Perbincangan

Kajian ini dijalankan hanya melibatkan pelajar sekolah menengah dalam lingkungan

umur 14 sehingga 17 tahun yang merupakan golongan yang ramai menghadapi masalah

kesihatan mental. Hasil kajian ini disokong oleh NHMS 2017 yang menyatakan remaja

berusia 13 sehingga 17 tahun mengalami masalah kesihatan mental. Oleh itu, dapatan

kajian ini dapat memberikan maklumat yang bermakna kepada pihak sekolah, pihak

badan bukan kerajaan serta KPM untuk menilai keperluan bagi mengadakan program –

program kesedaran tentang kesihatan mental.

Perbincangan Keseluruhan Tahap Kesihatan Mental Pelajar Sekolah Menengah

Berdasarkan dapatan yang dilihat bahawa tahap kesihatan mental berdasarkan semua

aspek merangkumi tekanan, kebimbangan dan kemurungan bagi pelajar sekolah

menengah di Sibu, Sarawak adalah berada pada tahap yang rendah berdasarkan analisis

skor min yang disarankan oleh Nik Mohd Rahimi (2004). Skor min yang berada pada

julat skor tahap rendah ini bermakna tahap kesihatan mental pelajar pada tahap yang

normal. Kajian ini disokong oleh kajian Haizvanie Muhamed Ganasan dan Norzaini

Azman, (2021) menyatakan tahap kesihatan mental yang rendah adalah bukti bahawa

kesihatan mental pelajar berada dalam keadaan yang normal, baik dan terkawal.

56
Perbincangan Keseluruhan Perbandingan Tahap Kesihatan Mental Pelajar Sekolah

Menengah Mengikut Lokasi Sekolah

Tekanan

Seterusnya, berdasarkan dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan

berdasarkan lokasi sekolah bagi tahap tekanan yang dialami oleh pelajar sekolah

menengah kawasan luar bandar dan bandar. Dapatan kajian ini mendapati pelajar

sekolah menengah di bandar mempunyai tahap tekanan yang lebih tinggi berbanding di

luar bandar. Bagaimanapun dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian yang

dijalankan oleh Mohd Rodhi Abdul Rahman (2003) iaitu tiada perbezaan yang

signifikan dalam tahap tekanan yang dialami oleh guru sekolah menengah kawasan

bandar dan luar bandar.

Kebimbangan

Dapatan kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan

berdasarkan lokasi sekolah bagi tahap kebimbangan yang dialami oleh pelajar sekolah

menengah kawasan luar bandar dan bandar. Hal ini menunjukkan pelajar sekolah

menengah di bandar dan luar bandar mengalami kebimbangan yang sama ekoran

pandemik Covid-19. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Liu

Liu, Pei Xue, Shirley Xin Li, Jihui Zhang, Junying Zhou dan Wensheng Zhang (2020)

mendapati penduduk di bandar mempunyai lebih banyak masalah kesihatan mental

berbanding masyarakat di luar bandar di China.

57
Kemurungan

Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan

lokasi sekolah bagi tahap kemurungan yang dialami oleh pelajar sekolah menengah

kawasan luar bandar dan bandar. Dapatan kajian mendapati pelajar sekolah menengah

kawasan bandar mempunyai tahap kemurungan yang lebih tinggi berbanding pelajar

sekolah menengah kawasan luar bandar. Namun begitu, dapatan kajian ini

kebanyakannya bertentangan dengan kebanyakan kajian lepas. Dapatan kajian ini

bertentangan dengan kajian yang dijalankan oleh Jianmei Zhang, BS, et. al (2021) yang

menyatakan masyarakat di bandar lebih rendah kebimbangan dan kemurungan

berbanding masyarakat di luar bandar semasa pandemik Covid-19 kerana masyarakat

di bandar lebih mendapat akses tentang pandemik Covid-19 melalui media massa.

Seterusnya, kajian yang bertentangan dengan dapatan kajian ini iaitu menurut

Khairul Anwar et al., (2021), masyarakat luar bandar mempunyai tahap kebimbangan

dan kemurungan yang tinggi berbanding berdasarkan data epidemologi maka intervensi

yang lebih tepat dan sesuai perlu digunakan untuk mendapatkan data yang lebih teliti

tentang faktor kesihatan mental.

Maka dengan itu, dapatan kajian ini terbukti berhasil menunjukkan bahawa

tahap kesihatan mental pelajar sekolah menengah boleh dipengaruhi oleh faktor lokasi

sekolah iaitu luar bandar dan bandar

58
Perbincangan Perbandingan Tahap Kesihatan Mental Pelajar Sekolah Menengah

Berdasarkan Jantina

Kemudian, dapatan kajian untuk perbandingan tahap kesihatan mental antara jantina

tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi setiap aspek bermakna, tahap

kesihatan mental lelaki dan perempuan tiada perbezaannya. Dapatan kajian ini disokong

oleh kajian daripada Abdul Rashid Abdul Aziz et.al, (2020) mendapati tiada perbezaan

di antara tahap tekanan yang dialami oleh lelaki dan perempuan. Dapatan kajian ini juga

disokong oleh Siti Hajar et al. (2016) yang mendapati tahap kemurungan tidak

dipengaruhi oleh jantina tetapi disebabkan oleh faktor-faktor lain.

Namun masih terdapat perbezaan min antara jantina bagi setiap aspek iaitu

tekanan, kebimbangan dan kemurungan dengan min tahap tekanan, kebimbangan dan

kemurungan perempuan adalah lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Dapatan kajian

ini disokong oleh Jamaluddin et al. (2015), yang telah membuktikan min tahap

kemurungan remaja perempuan yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki.

Pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi psikologikal seseorang terutamanya

semasa mendepani cabaran norma kehidupan yang baharu ini. Pandemik Covid-19 yang

melanda negara sememangnya menyebabkan banyak kesan yang tidak baik kepada

tahap kesihatan mental masyarakat termasuklah golongan remaja. Tekanan,

kebimbangan dan kemurungan banyak dilaporkan berlaku disebabkan ketakutan

melampau, larangan pergerakan serta perubahan kaedah perlaksanaan akademik

menjadi antara punca nya.

59
Menurut Mohd Fairuz Jafar et.al (2020), laporan media yang berkongsi tentang

bahaya Covid-19 turut juga menyebabkan rasa takut masyarakat. Jadi, peranan media

massa ini sangat berkesan dalam memberikan ketenangan kepada masyarakat kerana

semua lapisan masyarakat dapat mengaksesnya. Oleh itu, seharusnya diperbanyakkan

tayangan yang boleh memberikan ketenangan kepada masyarakat disertai semasa

menayangkan bahaya Covid-19 serta laporan kes kematian harian disebabkan pandemik

ini.

Kesimpulannya, pandemik Covid-19 ini sememangnya memberikan pelbagai

kesan yang negatif seperti kepada sistem ekonomi, norma masyarakat serta sistem

pendidikan di negara kita. Hasil kajian yang dijalankan mendapati pelajar yang

bersekolah di kawasan bandar mengalami tekanan, kebimbangan dan kemurungan yang

lebih tinggi berbanding pelajar yang berada di kawasan luar bandar. Hal ini

berkemungkinan disebabkan tindakan kerajaan yang menjalankan PKP telah

menyebabkan golongan yang berada di bandar rasa terkurung dan tidak selesa dengan

norma kehidupan begitu. Ketidaksediaan terhadap pembelajaran secara atas talian juga

menyebabkan berlakunya tekanan, kemurungan dan kebimbangan dialami oleh pelajar.

Menurut Zainora Daud, Noorhafizah Mohd Haridi, Norazman Alias dan Anuar

Hasin, (2021) mendapati pandemik Covid-19 telah mengakibatkan berlakunya

simptom-simptom stres. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh kaedah pembelajaran

atas talian menyukarkan pelajar untuk turut serta dengan baik ekoran suasana

pembelajaran di rumah yang tidak kondusif serta sukar untuk melakukan perbincangan

berkenaan dengan tugasan sekolah. Oleh itu, tekanan, kebimbangan dan kemurungan

60
untuk mendapat keputusan peperiksaan yang kurang baik berlaku dalam kalangan

pelajar kerana tidak mempunyai pengalaman belajar secara atas talian.

5.3 Implikasi Kajian

Kajian yang dijalankan ini dapat memberikan sumbangan yang baharu kepada pengkaji

pada masa depan untuk mengkaji kesihatan mental. Kajian ini dapat memberikan

maklumat kepada pihak sekolah untuk merancang strategi bagi mengatasi dan

mengurangkan tekanan, kebimbangan dan kemurungan kepada pelajar dalam

mendepani pengajaran atas talian yang semasa pandemik Covid-19. Hal ini sangat

penting kerana, starategi yang tepat dapat membantu dalam mengurangi tekanan,

kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan pelajar yang terkesan disebabkan oleh

pandemik ini.

Pelbagai usaha kerajaan dalam mengekang penularan pandemik ini sememangnya

baik, namun kesediaan untuk menjalankan norma kehidupan yang baru tidaklah

semudah itu sehingga terdapat pelbagai tanggapan yang negatif muncul dalam kalangan

masyarakat. Contohnya, pembelajaran atas talian yang mula dilaksanakan sedikit

sebanyak memberikan pandangan yang berbeza kepada masyarakat, misalnya kepada

pelajar juga. Perubahan kaedah pembelajaran kini sangat sukar untuk dikuasai dalam

masa singkat, maka ini telah mengundang masalah psikologi kepada pelajar kerana

kegagalan mengikuti perubahan itu dengan cepat. Keadaan sukar seperti pandemik

meningkatkan rasa takut dan gangguan psikologi kepada orang ramai. Timbulnya

paranoid yang gagal dikesan dan ditangani sememangnya akan menyebabkan seseorang

itu bertindak tidak wajar sehingga membunuh diri.

61
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Walaupun hasil kajian agak memuaskan, terdapat beberapa cadangan yang boleh

diberikan lebih perhatian oleh pihak-pihak yang tertentu antaranya ialah:

• Pihak sekolah boleh memikirkan strategi pengajaran yang tidak memberikan

tekanan kepada pelajar

• Ibu bapa lebih memberikan tumpuan terhadap keadaan mental anak semasa

pandemik Covid-19 agar dapat membantu mencegah berlakunya pekara tidak diingini

• Pihak kerajaan mahupun NGO boleh merancang dan mengadakan lebih banyak

seminar atau program kesedaran tentang kesihatan mental semasa pandemik Covid-19

Penyelidik juga berpendapat bahawa banyak lagi kajian lanjutan yang boleh dilakukan

pada masa akan datang antaranya ialah:

• Membuat kajian tentang faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan mental

pelajar sekolah menengah semasa pandemik Covid-19.

• Membuat kajian untuk mengatasi masalah kesihatan mental dalam mendepani

pandemik Covid-19

62
5.5 Penutup

Kajian ini berjaya menunjukkan tahap kesihatan mental pelajar sekolah menengah

kawasan luar bandar dan bandar dan serta dapat menjelaskan perbezaan tahap kesihatan

pelajar sekolah kawasan luar bandar dan bandar serta turut memberikan gambaran

tentang perbezaan tahap kesihatan mental pelajar lelaki dan perempuan sekolah

menengah kawasan bandar dan luar bandar.

Dalam kajian ini, fokus diberikan kepada pelajar sekolah menengah kawasan

bandar dan luar bandar di sekitar bahagian Sibu, Sarawak. Hasil kajian ini menunjukkan

bahawa tahap kesihatan mental pelajar terganggu disebabkan oleh pandemik Covid -19.

Hal ini berlaku kerana pelbagai faktor misalnya keperluan pembelajaran atas talian dan

begitu juga dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walau bagaimanapun, kajian

ini hanya menggunakan sampel kajian pelajar-pelajar sekolah menengah di Sibu,

Sarawak serta aspek yang diukur untuk menentukan tahap kesihatan mental hanya

berfokus kepada tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Kajian lanjutan berkenaan

aspek psikologi yang lain perlu dilakukan agar dapat membantu dalam memastikan

tahap kesihatan mental di Malaysia dapat dicegah dan diatasi dengan cemerlang.

63
RUJUKAN

Abdul Rashid Abdul Aziz, Amin AlHaadi Shafie, Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee
& Raja Nur Shafiqah Raja Ashaari. (2020). Strategi Pembangunan Aspek
Kesejahteraan Kendiri bagi Mendepani Tekanan Akademik Semasa Wabak
COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities,5(12),16-30.

Abdul Rashid Abdul Aziz, Nurhafizah Mohd Shukor & Nor Hamizah Ab Razak.
(2020). Wabak Covid-19: Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma
Baharu. International Journal of Social Science Research (IJSSR), 2(4), 156-174.

Ching Hui Ting, Cindy Wong Xi Chia, Kong San Chee, Lim Hui Ming, Ng Zheng Lin
& Kamarudin Ahmad (2018). Depression and anxiety among provisionally
registered pharmacists (PRP) : a cross sectional study. Sarawak Journal of
Pharmacy, 1-16. Diakses daripada http://jknsarawak.moh.gov.my/spj .

Ganasan, H. M., & Azman, N. (2021). Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa
Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19. Malaysian Journal
of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 25-40.

Hemavathi Shanmugam, Johan Ariff Juhari, Pritiss Nair, Chow Soon Ken, & Ng Chong
Guan (2020). Impacts of COVID-19 Pandemic On Mental Health In Malaysia: A
Single Thread Of Hope. Malaysian Journal of Psychiatry, 29(1). Diperolehi
daripada https://www.mjpsychiatry.org/index.php/mjp/article/view/536/415

Ibrahim, K. A., & Koh, D. (2021). Impak Perintah Kawalan Pergerakan Terhadap Tahap
Kecergasan Pelajar dari Kawasan Pinggir Bandar Malaysia. Jurnal Dunia
Pendidikan, 3(3), 106-113.

Jafar, M. F., Yaakob, M. F. M., Awang, H., Aziz, M. N. A., & Mustapha, R. (2020).
Fear of Covid-19 and readiness towards online learning among undergraduate
students during Movement Control Order in Malaysia. Solid State Technology,
63(6), 4809-4818.

Md Mizanur Rahman, Ai Ling Ang, Nithiya Lakshmi, Kishwani Hiram Chakraverty,


Dyg Shafiqah & Krithiga Selvarajoo. (2021). Psychological Impact of Covid-19
Pandemic on Mental Health Among Medical Students in Malaysia. Malaysian
Journal of Medicine and Health Sciences. 17(2), 119-128. Diakses daripada
https://medic.upm.edu.my/upload/dokumen/2021040613095817_MJMHS_0736
.pdf

Mohd Kahir Ismail, Syamsulang Sarifuddin & Nor Shuhada Ahmad Saupi. (2020).
Perbezaan Bangsa Signifikan Terhadap Kesihatan Mental Semasa Pandemik
Covid-19 di Malaysia. International Journal of Muamalat,4(1),42.

Mohd. Farooq Shaikh & Faiz Ahmed Shaikh. (2020). COVID-19 And Mental Health:
Our Reactions To Its Actions. Neuroscience Research Notes, 3(2), 1-3. Diperolehi
daripada https://doi.org/10.31117/neuroscirn.v3i2.46

64
Musa, R., Fadzil, M. A., & Zain, Z. A. I. N. I. (2007). Translation, validation and
psychometric properties of Bahasa Malaysia version of the Depression Anxiety
and Stress Scales (DASS). ASEAN Journal of Psychiatry, 8(2), 82-9.

Musa, R., Ramli, R., Abdullah, K., & Sarkarsi, R. (2011). Concurrent Validity Of The
Depression And Anxiety Components In The Bahasa Malaysia Version Of The
Depression Anxiety And Stress Scales (Dass). ASEAN Journal of Psychiatry,
12(1), 1-5.

Mustapha, R., Mahmud, M., Burhan, N. M., Awang, H., Sannagy, P. B., & Jafar, M. F.
(2021). An Exploration on Online Learning Challenges in Malaysian Higher
Education: The Post COVID-19 Pandemic Outbreak. Online learning, 12(7).

Norhazirah Mustaffa. (2020). Mengatasi Kebimbangan Semasa Pandemik COVID-19


dengan Pendekatan Teori Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT).
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 5(11), 10-16.

Ramli Musa & Edre Mohammad Aidid. (2020). Psychometric Properties of the
Depression Anxiety Stress Scale 21-item (DASS-21) Malay Version among a Big
Sample Population of Non-Malays in Malaysia. Malaysian Journal of
PsychiatryEjournal.29(1).

Siti Sarawati Johar & Mohamad Isa Amat. (2020). Krisis Impak Pandemik COVID-19
Dari Dimensi Dan Perspektif Kesihatan mental Sejagat. USIM research
repository system.(n.d.). 339-352.

Sukahri, S., Mohamed Shah, F. Z., Ismail, A. I., Koshy, M., Johari, B., Mohd Razali,
M., ... & Abdul Ghani, R. (2021). Significantly higher atherosclerosis risks in
patients with obstructive sleep apnea and non-alcoholic fatty liver disease. PloS
one, 16(6), e0253298.

Yuma, P., Orsi, R., & Pena, A. A. (2021). Adult mental health and child maltreatment:
An ecological study across rural–urban and economic continua with implications
for post‐pandemic human services. Journal of community psychology.

Zhang, J., Zhu, L., Li, S., Huang, J., Ye, Z., Wei, Q., & Du, C. (2021). Rural–urban
disparities in knowledge, behaviors, and mental health during COVID-19
pandemic: A community-based cross-sectional survey. Medicine, 100(13).

65
LAMPIRAN A: BORANG SOAL SELIDIK DASS-21

66
LAMPIRAN B: SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)

67

You might also like