Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

+

SEK. MEN. KEBANGSAAN KENINGAU II


PETI SURAT 1994, 89008 KENINGAU SABAH
TEL: 087-391280, 087-392091 FAKS: 087-391670

Ruj:SMKKII/1300-4/1(2)
Tarikh: 01 OKTOBER 2021
KBM (EAST MALAYSIA) SDN BHD
Lot 45, Tingkat Bawah, Blok 7, Pegalan Complex
P.O. Box 2345, 89008 Keningau,
SABAH.

Tuan,

TAWARAN NOTA PERSEFAHAMAN BAGI MANFAAT PENDIDIKAN MURID-


MURID SMK KENINGAU II

Sukacita perkara di atas dirujuk.

02. Sebagai makluman pihak tuan, SMK Keningau II berminat untuk menawarkan nota
persefahaman sebagai platform mendapatkan sokongan pihak-pihak swasta dan komuniti untuk
membantu murid-murid sekolah ini mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
SPM 2021 dan pada tahun-tahun seterusnya dalam aspirasi kecemerlangan yang dipanggil
ONIRU. Pelbagai program dilaksanakan seperti kelas tambahan, bengkel kemahiran, penyiapan
projek secara intensif dan motivasi telah dirancang.

03. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menawarkan nota persefahaman berbentuk
pemberian sumbangan daripada pihak tuan untuk digunakan dan dinikmati oleh peserta-peserta
yang menyertai program ONIRU ini. Cadangan pihak kami agar syarikat tuan menawarkan
diskaun harga buku, barangan pendidikan dan ICT manakala kami akan menggalakkan murid-
murid kami membeli segala kelengkapan buku, barangan pendidikan dan alatan ICT di kedai
utama dan mana-mana cawangan kedai tuan.

04. Sekiranya tuan berminat, satu nota persefahaman akan ditandatangani dan kami akan
membantu mempromosikannya kepada kalangan murid yang terlibat bagi manfaat bersama.
Segala perhatian dan sumbangan pihak tuan kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasish.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

HAJI AHMUD BIN HAJI SARIBIN


Pengetua,
SMK Keningau II, Keningau.

You might also like