Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Soalan 1

Merujuk kepada surat khabar yang telah dibaca, 3 kepentingan etika bagi
mewujudkan perpaduan untuk pembangunan negara ini ialah:
1) Meningkatkan Pemahaman dan Penghayatan Sejarah Malaysia
Rakyat Malaysia yang memahami serta menghayati sejarah negara akan
lebih bertanggungjawab dan menghargai perpaduan yang terbina akibat
pengorbanan dan usaha pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul
Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan yang telah berunding dan
bertolak ansur untuk mencapai perpaduan negara Malaysia. Peristiwa
berdarah 13 Mei 1969 & 4 Mac 2001 telah memberi impak positif dimana
wujud semangat bertolak ansur dan bersatu padu untuk memastikan perkara
yang sama tidak berulang lagi. Pada tahun 70-an, 80-an & 90-an, semangat
muhibah dan patriotisme sangat kuat dimana rakyat hidup dalam suasana
kasih sayang, harmoni dan tanpa konflik.Jika suasana ini dapat diteruskan,
pembangunan negara mudah dirancang.
2) Membina nilai-nilai murni dalam masyarakat
Proses sosialisasi dan pembudayaan adalah proses yang dijalankan dalam
kitaran hidup seseorang individu terutamanya dari tahap kecil sehingga
remaja. Proses sosialisasi ialah proses mempelajari perkara-perkara yang
diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi dalam
masyarakat manakala proses pembudayaan ialah proses penerapan unsur-
unsur budaya bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan
peraturan, norma dan nilai budaya dalam masyarakat. Kedua-dua proses ini
bertujuan mengekalkan kesinambungan budaya dan identiti masyarakat dan
kehidupan bertamadun. Generasi muda perlu diterapkan dengan nilai-nilai
kehidupan yang baik bermula dari sekolah bagi melahirkan inovasi-inovasi
yang berupaya membangunkan negara.
3) Untuk mencapai status negara maju
Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian
budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan
memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara. Kesan peristiwa
13 Mei 1969, banyak pengajaran telah diambil. Kerajaan telah berusaha
meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan
kawasan luar bandar. 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke
6 pada tahun 2010 ialah elemen penting bagi keharmonian rakyat negara ini
di mana orang ramai hidup dengan suasana penuh aman dan damai,
menghormati keturunan dan agama orang lain selain menerima kebudayaan
yang berbeza. Usaha memupuk perpaduan kaum dapat merapatkan jurang
ekonomi antara kaum. Negara yang maju bukan sahaja terletak pada
ekonomi tetapi juga jika negara dapat membina sebuah negara yang aman
damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan
negara aman, kestabilan politik, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik
minat pelabur asing.

Soalan 2
Sejarah telah menunjukkan bahawa hubungan antara rumpun masyarakat Melayu dengan
masyarakat Cina dan India serta etnik-etnik telah wujud sebelum kehadiran penjajah Barat
lagi. Ikatan perkahwinan telah membentuk komuniti baru bagi masyarakat Cina yang
dikenali sebagai Baba & Nyonya manakala India pula membentuk komuniti Chitti.
Tamadun Melayu
Amalan rumah terbuka menjadi kemestian bagi setiap perayaan di Malaysia terutamanya
masyarakat melayu. Amalan rumah terbuka juga sangat berperanan dalam memupuk
semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Pada zaman tamadun melayu, budaya
rumah terbuka hanya dilakukan scara kecil-kecilan iaitu dihadiri oleh rakan, jiran dan
saudara mara tetapi pada zaman kini amalan rumah terbuka masih diteruskan dengan lebih
besar dan meriah. Masyarakat Melayu rata-rata akan mengadakan rumah terbuka bagi
meraikan tetamu dan jiran tetangga serta rakan taulan, jauh dan dekat. Pelbagai juadah
disediakan bagi menjamu tetamu yang dinantikan kehadirannya.Pada asasnya, kita melihat
amalan rumah terbuka sekadar untuk meraikan rakan taulan dengan hidangan disediakan,
tetapi ada kebaikan disebalik amalan rumah terbuka. Antaranya ialah ia dapat memupuk
semangat,kejiranan dan paling penting merapatkan silaturahim antara kaum. Warga kota
misalnya, mereka tidak punya banyak masa untuk berkenal kenalan dengan lebih rapat
dengan jiran mereka disebabkan kesibukan mengejar masa dan kerjaya.Justeru, tradisi
rumah terbuka secara tidak langsung merapatkan hubungan antara jiran tetangga.
Kebudayaan tradisional yang telah wujud berabad-abad lama dahulu telah membantuk
identiti rakyat Malaysia sehingga terkenal di mata dunia.

Tamadun China
Kesan pengaruh budaya Cina dalam peradaban Melayu agak ketara dengan kewujudan
masyarakat Baba dan Nyonya. Proses akulturasi menjadi mudah melalui perkahwinan
campur pada zaman awal pembinaan komuniti Peranakan Cina. Bahasa Cina atau secara
tepatnya Bahasa Mandarin baku merupakan bahasa yang paling banyak digunakan di dunia
dan kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu bentuk
bahasa Cina sebagai bahasa ibunda. Hasil perkahwinan campur antara orang Melayu dan
orang Cina berjaya mewujudkan interaksi masyarakat tempatan. Kehidupan mereka dahulu
saling menghormati agama dan budaya masyarakat lain sehingga terdapat persamaan
perkataan Bahasa Melayu dalam Bahasa Cina. Ini menunjukkan mereka hidup dalam
keadaan harmoni. Sehingga kini, ada masyarakat di Malaysia mempelajari bahasa lain
selain bahasa masyarakat sendiri. Contohnya masyarakat Melayu tidak ketinggalan
mempelajari Bahasa Mandarin. Etika ingin mempelajari bahasa kedua ini dapat membina
jambatan antara kaum. Bermula dengan bahasa, kita dapat belajar tentang sejarah dan
budaya.
Mempelajari bahasa Mandarin dan juga Tamil boleh merapatkan silaturahim antara sesama
sendiri. Bahasa merupakan titik persamaan yang menjurus kepada kekuatan perpaduan di
Malaysia. Ini secara tidak langsung akan membantu menggalakkan perpaduan dalam
kepelbagaian dan mendorong generasi baharu untuk saling menghormati demi memupuk
semangat muhibah.

Soalan 3
Perpaduan negara merupakan perkara yang sangat penting terutamanya bagi negara yang
mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik
dan kaya dengan budaya dan adat resam. Malaysia sering dijadikan negara contoh dan
model terbaik kerana perpaduan antara kaum sejak sekian lama. Pada pemerhatian saya,
sejak dahulu kerajaan sering berusaha mencari jalan dan menyusun strategi dengan
mengambil langkah-langkah untuk meyatupadukan semua kaum di Malaysia. Antara
langkah yang diambil adalah dengan menganjurkan program yang melibatkan semua kaum
seperti program sukan. Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam
memupuk perpaduan antara kaum. Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan
bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu
boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua
sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat
dicapai. Selain itu, pada tahun 2019, kerajaan telah melaksanakan Wawasan Kemakmuran
Bersama 2030 iaitu langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus
membangun seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada
semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Iltizam ini akan
diteruskan ke arah mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara
serta memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian
bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa.
Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Oleh
itu, bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Setelah pelbagai usaha yang
dilakukan oleh kerajaan untuk membentuk perpaduan negara, kita sebagai rakyat Malaysia
juga perlu menyahut seruan kerajaan seperti yang terdapat dalam Rukun Negara iaitu
meletakkan unsur Kesetiaan kepada Raja dan Negara kerana ia panduan hidup rakyat untuk
mendukung Perlembagaan negara dan ketaatan kepada pemerintah juga adalah suatu
tuntutan syarak dan tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat.

Rujukan

1. https://www.malaysiakini.com/news/542496
2. https://www.researchgate.net/publication/
265012188_Interaksi_budaya_India_Cina_ke_atas_pengukuhan_bahasa_dal
am_Tamadun_Melayu
3. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/harmonikan-
hubungan-masyarakat-pelbagai-kaum
4. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/03/13/negara-akan-terus-maju-
jika-perpaduan-kaum-dapat-dikekalkan

You might also like