Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teks Program Lestari

Bismillahirrahmanirrahim ,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera

Seiring madah pantun bersambut


Dalam senyum penghidang tamu
Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu sambut dipintu

Buah pauh si bunga rampai


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya
dapat kita bersama-sama dalam Prgoram Lestari SK Tunku Mahmood 2. Pihak majlis
mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan serta hadirin sekalian ke majlis ini.
Yang berbahagia

 Tuan ACP Low Hang Seng, Ketua Polis Daerah Kluang,


Yang dihormati

 Encik Abdul Halim bin Abu Yaziz, Timbalan PPD Pengurusan Sekolah
 Encik Salihin bin Jasmin, Penolong PPD Prasekolah dan Rendah
Yang berusaha

 En Safiee bin Kassim, Guru Besar SK Tunku Mahmood 2,


 Barisan Pentadbir SK Tunku Mahmood 2
Yang dihormati,

 Tuan-tuan dan puan-puan Pegawai Polis Daerah Kluang


Dan barisan guru-guru SK Tunku Mahmood 2.
Hadirin sekalian,
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi berbahagia ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Fauzan bin Yacob. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
***********************
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Fauzan bin Yacob atas bacaan doa itu tadi.

Para tetamu yang dihormati,

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta,
Kata azimat pembuka kalam.

Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan, Yang berusaha, En
Safiee bin Kassim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2 untuk tampil
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.
****************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Encik Safiee bin Kassim atas
kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan, Yang Berbahagia Tuan ACP Low
Hang Seng, Ketua Polis daerah Kluang untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.
*******************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan ACP Low Hang Seng, Ketua Polis
Daerah Kluang atas ucapan yang diberikan. Selamat Hari Polis ke 215. Semoga apa yang
disampaikan beliau akan menjadi panduan kepada kita semua.

Hadirian sekalian, sebelum Majlis Perasmian dilaksanakan, marilah sama- sama ke sesi
fotografi untuk kenangan-kenangan.

You might also like