Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

Bab Perkara Muka surat


1 1.0 pengenalan tadika
1.1 definisi
1.2 latar belakang tadika
1.3 sejarah penubuhan tadika
1.4 logo, misi, visi dan moto tadika
1.5 objektif penubuhan tadika
1.6 alamat, peta dan lokasi tadika
1.7 carta organisasi tadika

2 2.0 aktiviti harian tadika


2.1 pengenalan
2.2 jadual aktiviti harian tadika
2.3 diskripsi aktiviti harian tadika

3 3.0 pengurusan sumber manusia tadika


3.1 pengenalan
3.2 syarat pengambilan kanak-kanak
3.3 syarat pengambilan kakitangan

4 4.0 alat bantu mengajar (ABM)


4.1 pengenalan
4.2 senarai alat bantu mengajar (ABM)
4.3 diskripsi alat bantu mengajar (ABM)

5 5.0 penutup
5.1 kesimpulan
5.2 cadangan penambahbaikan

6 Rujukan
lampiran
1.0 PENGENALAN TADIKA

1.1 Definisi

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan terawal yang diterima oleh kanak-


kanak berumur empat hingga enam tahun. Perkembangan kanak-kanak pada masa
ini berada pada tahap kritikal dan membangun dengan pesat sekali meliputi aspek
perkembangan fizikal, intelek, emosi, rohani dan sosial. Daripada perspektif Islam,
akal kanak-kanak mula bercahaya semasa berumur lima tahun.Pada peringkat ini,
kanak-kanak mempunyai keupayaan menerima sebarang pengetahuan yang diajar
dan dapat menggunakan serba seikit logik akal apabila menyelesaikan masalah.

Pendidikan di prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam


dunia persekolahan kepada kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan
pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat mengekalkan
mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan
untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.
Pendidikan di prasekolah juga juga merupakan pengajaran lanjutan daripada
pengajaran di rumah.
1.2 Latar belakang tadika
Tadiaka ini telah diberi nama tadika kanak-kanak cemerlang. Kanak-kanak
cemerlang terdapat maksud yang tersendiri iaitu kanak-kanak bermaksud kanak-
kanak kecil dibawah jagaan dan perlindungan daripada ibu bapa dan penjaga.
Cemerlang pula kerana maksudnya yang sangat bagus dan positif iaitu kerjaya.
Tadika ini ditubuhkan pada tahun 1999. Tadika kanak-kanak cemerlang mula
beroperasi pada awal tahun 2000. Namun tadika ini merupakan sebuah bangunan
teres dua tingkat dan menpunyai dua bilik darjah, dua bilik air dan bilik rehat. Saiz
tanah keluasan 4,456kps. Belakang dan depan menjadikan keluasan bangunan
seluas 1800kps.

Tadika ini dikelilingi oleh pagar besi dan pintu pagar pula sentiasa ditutup untuk
keselamatan murid-murid. Manakala pintu masuk ke tadika ini pula sentiasa dibuka
supaya kanak-kanak dapat menikmati angin yang bersih disamping suasana belajar
yang tenang. Kesemua kelas di tadika ini dihiasi denan warna-warna yang menarik.
Ini menjadikan kelas-kelas ini lebih ceria serta kanak-kanak juga akn berasa
seronok. Tadika kanak-kanak cemerlang merupakan sebuah tadika yang sederhana
besar. Terdapat sebuah papan gelongsor diletakan di hadapan tadika dan juga buian
serta jongkang-jongkit di sebelah kiri tadika untuk kanak-kanak bermain. Manakala
bahagian di luar dinding tadika pula dihiasi dengan lukisan murai yang berbagai
warna menarik. Bukan itu Sahaja, tadika ini juga dihiasi dengan bendera negeri
Kelantan, bendera Malaysia. Bahagian luar tadika kanak-kanak juga dihiasi dengan
pokok-pokok bunga yang menarik di tepi pagar tadika.

Anggaran lebih kurang lebih 20 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun


yang telah daftar di tadika kanak-kanak ini. Kesemuanya terdiri daripada kanak-
kanak yang beragama islam dan juga berbangsa melayu. Setiap kelas mempunyai
10 orang kanak-kanak mengikut tahap umur. Satu daripada dua kelas yang
disediakan itu ialah untuk kanak berumur 5 dan 6 tahun. Malahan lagi sebuah kelas
adalah untuk kanak-kanak berumur 4 tahun Sahaja. Manakala bagi kanak-kanak
berumur 5 dan 6 tahun di tadika kanak-kanak cemerlang ini menggunakan kaedah
pembelajaran yang berterasakan standard pra-sekolah kebangsaan.
1.3 Sejarah penubuhan tadika

Tadika kanak-kanak cemerlang adalah tadika di bawah kawalan Yayasan Islam


Kelantan yang terletak di kawasan Majlis Yayasan Isalam Kelantan. Tadika kanak-kanak
cemerlang mula beroperasi pada awal tahun januari 2000 dan ketika itu guru yang
bertugas ialah Puan Hazmimie Irairah binti Hazman dan penolong guru ialah Tuan
Hazwan Syafiq bin haznain. Pada masa yang sama komposisi pendaftaran kanak-kanak
seimbang dengan berbilang kaum serta mendapat sokongan dari semua pihak.

Pada tahun 2002 kelas tadika kenak-kanak cemerlang telah beroperasi 2 sesi
persekolahan dan tadika kanak-kanak cemerlang telah peroperasi memandangkan
pendaftaran kanak-kanak yang ramai serta mendapat sokongan dari pihak ibubapa
dalam menjayakan pengurusan keceriaan dan kerohanian kelas. Pada tahun 2002 kelas
tadika kanak-kanak cemerlang telah diberi mandat serta kepercayaan untuk menjadi
tuan rumah bagi pertandingan nasyid, aluan azan dan perujian muqaddam zon B yang
telah diadakan di dewan jupli perak Kelantan.

Tadika ini merupakan tadika 21 menjelang tahun 2005 merupakan tadika perintis
dalam menekankan penggunaan ICT dan pembelajaran menggunakan Bahasa inggeris
pada kanak-kanak. Pada tahun 2006 tadika ini sekali lagi diberi kepercayaan menjadi
tuan rumah sukan zon B yang telah dijlankan di padang sekolah kebangssan zainab
kota bharu kelantan. Pada tahun 2010 tadika kanak-kanak cemerlang diberi kelulusan
untuk menjalankansesi persekolahan serentak dari jam 8:00 pagi hingga 12:00
tengahari berdasarkan keluasan ruang bagunan dan kemudahan asas yang mencukupi
selain mendapat maklumbalas yang baik di kalagan ibubapa.
1.4 Logo, Misi, Visi Dan Moto Tadika

Logo:

Visi:
Pembelajaran di tadika kanak-kanak cemerlang akan memberikan kanak-kanak
pengalaman dalam interaksi dan sosial yang luas disamping penerapan konsep
Islam dalam diri kanak-kanak yang kreatif dan inovatif

Misi:
melahirkan kanak-kanak yang berkualiti dan seimbang dari segi jasmani,emosi,
rohani, intelek dan sosial serta mampu berdikari.

Moto:
“Bersama membina asas kecemerlangan”
1.5 OBJEKTIF PENUBUHAN
Penubuhan tadika kanak-kanak cemerlang dilihat bertepatan dengan suasana dan hala
tuju wawasan yang diharap-harapkan. Ia memberi peluang untuk menyuburkan potensi
tersembunyi (latent potentials) dalam aspek pembangunan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS).

Objektif yang hendak dicapai:


1.5.1 Membentuk perkenbangan mental dan intelektual kanak-kanak.
1.5.2 Membentuk perkembangan sosial dan perhubungan.
1.5.3 Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas dalam membaca,
menulis, dan mengira.
1.5.4 Memberi kemahiran keusahawanan dalam diri kanak-kanak melalui
pengalaman langsung.
1.5.5 Membekalkan pembelajaran berkonsepkan islam yang sebenar.
1.5.6 Melahirkan kanak-kanak yang berdikari dan inovatif.
1.5.7 Mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan penampilan dan
keyakinan diri.

1.6 Alamat, peta dan lokasi tadika

Alamat: seksyen 5, jalan kampung dusun, 15200, kota bharu, Kelantan.

Peta:

Lokasi: tapak tadika ialah di atas sebidang tanah seluas 800-meter persegi di jalan
kampung dusun. Tapak dan bengunan ini adalah milik persendirian.
1.7 CARTA ORGANISASI TADIKA

Tenaga pengajar taska minda kreatif terdiri daripada 9 orang staf yang terlatih. Kriteria
pemilihan adalah mereka yang mempunyai minat mendalam dan berpengalaman serta gru
yang mempunyai keputusan yang agak baik dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris dan Sains di peringkat Diploma Pendidikan atau sekurang-kurangnya Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia.
2.0 AKTIVITI HARIAN TADIKA

2.1 Definisi

Aktiviti harian tadika dilaksanakan berpandukan cadangan-cadangan berikut seperti rutin,


perbualan pagi, aktiviti kelas, aktiviti kumpulan, aktiviti individu, rehat, dan aktiviti penamat.
Rutin bermaksud aktiviti atau aturan biasa yang dilakukan oleh guru atau murid setiap hari
mengikut sesuatu sistem yang ditentukan. Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas
yang penting. Ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang
individu selepas pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit
cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah.

Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai
pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi
pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang
berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Dalam tamadun Barat, pendidikan awal
bermaksud pendidikan peringkat prasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi
kanak-kanak dari umur tiga hingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat
‘kindergarten’.

Selepas beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-
kanak di peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir
hingga ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat ‘nursery’. Dari perspektif
Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada dalam kandungan ibu
sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum, pendidikan awal Islam boleh
dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir dan peringkat sesudah
lahir. Peringkat sesudah lahir dibahagikan juga kepada dua tahap. Iaitu dari mula dilahirkan
hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga hingga meningkat ke enam tahun.
2.2 jadual harian aktiviti tadika

Terdapat dua jadual waktu harian di tadika kanak-kanak cemerlang. Bagi jadual bulan
januari, febuari dan mac, kebanyakan melalukan aktiviti hafazan, seni, komunikasi dalam
Bahasa inggris, pratikal solat dan sebagainya. Bagi jadual bulan April, mei, jun, julai, ogos,
September dan oktober pula ialah aktiviti belajar matapelajaran asas seperti Pendidikan
islam, sains, matematik, bahasa melayu dan bahasa inggris.
2.3 diskripsi aktiviti harian tadika

Aktiviti harian di tadika adalah berstruktur untuk menyediakan pengalaman pembelajaran


yang menyeronokkan dan mendidik kepada kanak-kanak prasekolah. Tadika biasanya
bermula dengan sesi berkumpul pagi, di mana kanak-kanak menyanyi lagu sambutan dan
memberi salam kepada rakan sekelas. Mereka kemudian terlibat dalam pelbagai aktiviti
seperti membuat projek seni dan kraf, bermain di luar, dan berpartisipasi dalam aktiviti
bahasa dan komunikasi. Setelah itu, kanak-kanak berehat, makan snek, dan melibatkan diri
dalam aktiviti muzik, tarian, serta cerita sebelum sesi akhir hari yang melibatkan penyanyian
lagu penutup.

Aktiviti harian di tadika adalah pelbagai dan menyeronokkan. Pagi-pagi, kanak-kanak


berkumpul untuk menyanyi lagu-lagu sambutan dan berdoa bersama. Kemudian, mereka
terlibat dalam sesi membaca cerita dan aktiviti sains serta matematik untuk meningkatkan
kemahiran intelektual. Selanjutnya, kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti seni dan kraf
yang kreatif, menjalankan projek seperti melukis dan membuat projek kraftangan. Selepas
itu, masa rehat tiba di mana kanak-kanak bersantai, makan snek, dan bermain dengan
rakan sebaya mereka. Di luar tadika, mereka bermain di taman permainan dan
berpartisipasi dalam aktiviti sukan sederhana untuk meningkatkan kesihatan fizikal,

Sesi bahasa dan komunikasi membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran


berbicara dan mendengar, sementara aktiviti muzik dan tarian memperkukuhkan ekspresi
diri dan apresiasi terhadap seni. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk menceritakan cerita
mereka sendiri, memupuk kemahiran berbicara. Hari di tadika diakhiri dengan lagu penutup
dan sesi akhir yang ringkas sebelum kanak-kanak pulang ke rumah. Semua aktiviti ini direka
khas untuk merangsang perkembangan holistik kanak-kanak prasekolah.

Semua aktiviti ini dirancang untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang


menyeronokkan dan mendidik kepada kanak-kanak prasekolah. Aktiviti harian di tadika
bertujuan untuk mempromosikan pembelajaran holistik, di mana aspek kognitif, fizikal,
sosial, dan emosi dibangunkan secara seimbang. Aktiviti ini direka khas untuk sesuai
dengan perkembangan kanak-kanak prasekolah dan mempersiapkan mereka untuk
persekitaran pendidikan yang lebih formal di peringkat seterusnya.

You might also like