Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

5 Berdasarkan petikan di bawah, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan

perbandingan pembiayaan kos pengajian pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke
luar negara dalam bidang perubatan dan pergigian mengikut negara-negara terpilih pada
tahun 2011.
Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM 39.5 bilion untuk membiayai
sektor pendidikan dalam Bajet 2011. Pendidikan yang dinikmati oleh rakyat negara ini, bukan
setakat dalam negara sahaja malahan turut diperluas ke luar negara. Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) merupakan agensi utama kerajaan yang membiayai kos pendidikan pelajar-pelajar
yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 2011, JPA telah mengeluarkan kos
pembiayaan sebanyak RM4658.87 ribu dalam bidang perubatan mengikut negara-negara
terpilih.
Kos pembiayaan dalam bidang pergigian yang dibiayai oleh pihak JPA ke negara-
negara terpilih yang sama lebih kecil berbanding bidang perubatan. Jumlah kos untuk bidang ini
berkurang sebanyak RM1020.9 ribu berbanding bidang perubatan ke negara-negara terpilih
yang sama.
Kos pembiayaan pelajar-pelajar tajaan JPA ke Australia dalam bidang perubatan
berjumlah RM1067.35 ribu atau 22.91% daripada jumlah keseluruhan negara-negara terpilih.
Negara India adalah antara negara pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA kerana kos hidup yang
lebih rendah. Keadaan ini mempengaruhi kos pembiayaan pendidikan perubatan yang hanya
mencatat sebanyak RM587.74 ribu sahaja. Manakala, kos yang dibiayai untuk pelajar-pelajar ke
India dalam bidang pergigian pula berkurang sebanyak RM206.05 ribu berbanding bidang
perubatan.
Faktor geografi dan latar belakang budaya turut mempengaruhi pilihan pelajar-pelajar
tajaan JPA untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di negara Indonesia. Jumlah
kos yang dibiayai untuk ke negara ini pada tahun 2011 adalah sebanyak RM267.48 ribu.
Perbezaan kos pendidikan ke negara-negara Eropah berbanding Indonesia amat ketara. Kos
pendidikan ke negara-negara Eropah ini telah mencatat jumlah tertinggi sehingga mencecah
58.73%. Negara-negara Eropah yang menjadi tumpuan pelajar dan diiktiraf oleh kerajaan
khususnya JPA adalah Ireland dan United Kingdom masing-masing mencatat RM1382.20 ribu
dan RM1354.10 ribu.
Negara-negara Eropah turut mencatat kos pendidikan yang tinggi dalam bidang
pergigian pada tahun yang sama. Kos pendidikan yang mengalir ke negara Ireland telah
mencatat lebih kurang 30.17% daripada jumlah keseluruhan pembiayaan bidang pergigian.
Jumlah yang ditanggung oleh JPA untuk pelajar-pelajar tajaannya ke United Kingdom adalah
sebanyak RM1104.99 ribu atau kira-kira 30.37%.
Seterusnya, kos pendidikan pelajar yang mengikuti bidang pergigian di Indonesia hanya
berjumlah sebanyak RM232.09 ribu iaitu lebih rendah berbanding kos pendidikan di Australia
dalam bidang yang sama. Kos yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar ke Australia melebihi
Indonesia sebanyak RM589.71 ribu.
Kerajaan masih menghantar pelajar-pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke
luar negara. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kepakaran pelajar-pelajar negara
ini terutama dalam bidang-bidang kritikal seperti kejuruteraan.
(Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan
Malaysia, Tahun 2012)

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan perbezaan jumlah pinjaman yang diperuntukkan bank perdagangan
mengikut sektor-sektor terpilih di Malaysia pada tempoh yang dinyatakan.
Bagi menyokong transformasi kerajaan ke arah menjadi ekonomi bernilai tambah dan
berpendapatan tinggi, keupayaan sistem kewangan memacu sektor ekonomi dengan
menyediakan pakej pinjaman jangka pendek dan sederhana.
Bagi sektor asas pertanian, pada bulan Julai 2010 mencatatkan peruntukkan pinjaman
sebanyak RM 16230 juta daripada RM 119296 juta berbanding jumlah pinjaman yang
diperuntukkan pada bulan Disember pada tahun yang sama sebanyak RM 16084 juta.
Pada bulan Julai dan Disember 2010, jumlah peruntukkan pinjaman bagi sektor pembinaan
berjumlah RM 62227 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak 51.15% adalah jumlah
peruntukkan pinjaman bank perdangan kepada sektor pembinaan pada bulan Disember 2010.
Jumlah keseluruhan peruntukkan pinjaman pada bulan Disember adalah sebanyak RM 124236
juta.
Jumlah peruntukkan pinjaman kepada sektor hartanah adalah sebanyak RM 30558 juta pada
bulan Julai 2010, manakala pada bulan Disember 2010 pula jumlah pinjaman kepada sektor yang
sama berjumlah RM 33669 juta. Peruntukkan pinjaman kepada sektor ini mencatatkan jumlah
paling tinggi ekoran berlaku sedikit perkembangan dalam urus niaga hartanah terutama di lokasi
strategik.
Sektor pendidikan dan kesihatan juga mencatatkan peruntukkan yang ketiga tertinggi
sepanjang tempoh 2010. Pada bulan Disember, jumlah peruntukkan bank perdagangan sebanyak
RM 24108 juta, telah meningkat sebanyak RM 509 juta berbanding peruntukkan pinjaman pada
bulan Julai tahun 2010.
Pada tahun 2010 dan 2011, iaitu selepas Model Baru Ekonomi dibentangkan dalam
Rancangan Malaysia ke sepuluh, beberapa bank perdagangan di Malaysia telah memberi
keutamaan dalam sektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi. Pada bulan Disember
2010 pula peruntukkan pinjaman kepada sektor ini berjumlah RM 18546 juta. Manakala pada
bulan Julai 2010 pula jumlah peruntukkan pinjaman sebanyak RM 18511 juta.

(Sumber ; dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan


Ekonomi Kerajaan Persekutuan Malaysia, Suku Ketiga 2010)
5 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
aliran jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan mengikut sektor terpilih bagi tempoh
yang dinyatakan.

Pada bulan September 2010, peruntukan perbelanjaan pembangunan berjumlah


sebanyak RM13,360 juta iaitu 41.6% daripada jumlah keseluruhan peruntukan belanjawan negara.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3,341 juta telah diperuntukkan untuk tujuan keselamatan.
Peruntukan belanjawan untuk perkhidmatan sosial pula berjumlah sebanyak RM1,904 juta. Peruntukan
perkhidmatan ekonomi yang merupakan perbelanjaan tertinggi berjumlah sebanyak RM5,871 juta.
Peruntukan perbelanjaan selebihnya adalah bagi pentadbiran am.

Pada bulan Oktober 2010, peruntukan perbelanjaan bagi pembangunan ialah sebanyak
RM15,704 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3,807 juta telah dibelanjakan untuk tujuan
keselamatan. Peruntukan belanjawan dalam bidang perkhidmatan ekonomi pula meningkat sebanyak
RM1,425 juta berbanding dengan peruntukan pada bulan sebelumnya.. Seterusnya peruntukan
perbelanjaan bagi perkhidmatan sosial ialah sebanyak RM2,308 juta.

Sebulan kemudian, sebanyak RM16,939 juta atau 29.6% daripada jumlah keseluruhan
peruntukan belanjawan negara telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk perbelanjaan
pembangunan negara. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3,624 juta telah diperuntukkan bagi
tujuan keselamatan dan sebanyak RM3,261 juta diperuntukkan bagi perkhidmatan sosial. Peruntukan
untuk perkhidmatan ekonomi dan pentadbiran am masing-masing berjumlah sebanyak RM7,148 juta
dan sebanyak RM2,906 juta.

Jumlah peruntukkan perbelanjaan pembangunan kerajaan pada bulan Disember 2010 telah
bertambah sebanyak RM5,088 juta berbanding dengan bulan sebelumnya. Daripada jumlah tersebut
sebanyak RM3,301 juta telah diperuntukkan kepada sektor keselamatan manakala perkhidmatan sosial
sebanyak RM5,964 juta. Bagi sektor perkhidmatan ekonomi dan pentadbiran am, masing-masing telah
diperuntukkan sebanyak RM9,216 juta dan RM3,546 juta.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaiakan daripada Laporan


Belanjawan Negara Malaysia 2010)
6 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai bagi menunjukkan jumlah kes Covid-19 mengikut klasifikasi kes dan negeri-negeri
terpilih pada tahun 2021.

Gelombang penularan wabak Covid-19 telah menjadikan Malaysia antara negara yang
tinggi kes Covid-19 di dunia. Jangkitan wabak Covid-19 yang meluas di Malaysia mengikut
klasifikasi kes seperti kes kuarantin, PKRC, hospital dan ICU. Klasifikasi kes ini penting untuk
memastikan penyakit ini dapat dikawal dan dibendung dengan sebaik mungkin.

Secara keseluruhan, kes penyakit Covid-19 di negeri-negeri terpilih mencatatkan jumlah


kes aktif kira-kira 10694 kes. Dari jumlah tersebut, kes kuarantin mencatat jumlah sebanyak
6570 kes iaitu melebihi sebanyak 6419 kes bagi kategori PKRC. Kira-kira 35.44% daripada
jumlah keseluruhan pula merupakan kategori kes hospital. Kategori kes hospital penting untuk
diberi perhatian bagi memastikan kes ini tidak menjadi lebih teruk. Selebihnya pula merupakan
kategori kes ICU.

Terdapat 5 negeri yang menyumbangkan kes Covid-19 mengikut kategori kes tersebut. Negeri
Selangor mencatatkan kes Covid-19 paling tinggi. Kira-kira 54.41% daripada keseluruhan kes
adalah negeri Selangor. Hal ini kerana penyakit Covid-19 menjadi kes pandemik yang masih
tidak dapat dibendung dengan jayanya.

Selain negeri Selangor, negeri Johor juga mencatatkan kes Covid-19 yang agak tinggi.
Negeri Johor mencatatkan kes sebanyak 2519 kes. Kes yang tinggi ini menyebabkan petugas
barisan hadapan sukar membendung penyakit dari terus meningkat.

Kes Covid-19 di negeri Pahang menduduki tempat ketiga tinggi di Malaysia. Hal ini
berlaku setelah lebih beberapa bulan kerajaan melonggarkan Protokol Prosedur Operasi Standard
(SOP) Covid-19, kes jangkitan terus terkawal dan berada di bawah 2000 kes. Pahang
mencatatkan kes Covid-19 sebanyak 1918 kes. Negeri Kelantan mencatat sebanyak 238 iaitu 38
kes lebih berbanding negeri Perlis.
Pandemik Covid-19 merupakan penyakit yang sangat digeruni oleh penduduk dunia
disebabkan penyebarannya yang cepat dan mengakibatkan kematian yang tinggi. Kadar
jangkitan yang cepat memerlukan semua lapisan masyarakat meningkatkan tahap kebersihan diri
dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

(Disesuaikan daripada CPRC Kebangsaan,


Kementerian Kesihatan Malaysia, 2022)
Soalan 5
MALAYSIA: PERBANDINGAN PEMBIAYAAN KOS PENGAJIAN PELAJAR TAJAAN JABATAN
PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DALAM BIDANGPERUBATAN DAN PERGIGIAN MENGIKUT NEGARA-
NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2011

Perubatan (RM ibu) Pergigian (RM Ribu)

Negara Nilai % Sudut Nilai % Sudut

Australia 1067.35 22.91 82.48 821.80 22.59 81.32

India 587.74 12.62 45.42 381.69 10.49 37.77

Indonesia 267.48 5.74 20.67 232.09 6.38 22.97

Ireland 1382.20 29.67 106.81 1097.40 30.17 108.59

United Kingdom 1354.10 29.06 104.63 1104.99 30.37 109.35

Jumlah 4658.87 100 360 3637.97 100 360

(Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan


Malaysia, Tahun 2012)
MALAYSIA:PERBANDINGAN PEMBIAYAAN KOS PENGAJIAN PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN
AWAM (JPA) DALAM BIDANG PERUBATAN DAN PERGIGIAN MENGIKUT NEGARA- NEGARA TERPILIH PADA
TAHUN 2011

(Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan


Malaysia, Tahun 2012)
Soalan 6
MALAYSIA: JUMLAH PINJAMAN YANG DIPERUNTUKAN BANK PERDAGANGAN
MENGIKUT SEKTOR-SEKTOR TERPILIH PADA BULAN JULAI DAN BULAN
DISEMBER TAHUN 2010

Sektor Terpilih/ Tempoh Bulan Julai 2010 Bulan Disember 2010


Jumlah Peratus Sudut Jumlah Peratus Sudut
(RM (RM
juta) juta)
Asas pertanian 16230 13.60 48.98 16084 12.95 46.61
Pembinaan 30398 25.48 91.73 31829 25.62 92.23
Hartanah 30558 25.62 92.22 33669 27.10 97.56
Pendidikan dan kesihatan 23599 19.78 71.21 24108 19.40 69.86
Pengangkutan, penyimpanan 18511 15.52 55.86 18546 14.93 53.74
dan komunikasi
Jumlah (RM /juta) 119296 100 360 124236 100 360

(sumber ; dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan


Ekonomi Kerajaan Persekutuan Malaysia, Suku Ketiga 2010)
Nisbah jejari 1: 1.02

You might also like