Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAHAGIAN C : RINGKASAN

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]


[15 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut
tulis satu ringkasan tentang manfaat makan coklat. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
petikan asal.

Coklat bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak tetapi juga orang


dewasa. Suatu ketika dahulu coklat hanya boleh dinikmati oleh
golongan kaya-raya. Namun, kini coklat boleh dinikmati oleh semua
lapisan masyarakat.
Menurut kajian sains, pengambilan coklat mampu melegakan otot.
Namun jika dimakan secara berlebihan, coklat boleh menyebabkan
otot menjadi terlalu rehat sehingga asid perut mudah masuk ke
dalam bahagian saluran makanan. Hal ini boleh mengakibatkan
kecederaan dalaman terhadap manusia. Pengambilan coklat juga
dapat menimbulkan perasaan relaks. Hal ini dikatakan demikian
kerana bahan kimia yang terkandung dalam coklat mampu
memberikan rangsangan psikologi yang membuatkan diri seolah-olah
sentiasa bertenaga. Namun begitu, bahan kimia yang terkandung
dalam coklat boleh menjadi racun kepada haiwan peliharaan seperti
kucing, kuda dan anjing.
Kebaikan makan coklat yang seterusnya ialah, coklat dapat
menggembirakan perasaan pemakannya. Aroma coklat dikatakan
mampu merehatkan minda si pemakan coklat tersebut. Kebaikan
coklat yang seterusnya ialah coklat mampu melanjutkan usia
seseorang yang mengambilnya. Hasil penyelidikan mendapati
bahawa sekiranya seseorang mengunyah coklat sebanyak tiga kali
sebulan, mereka dikatakan dapat hidup setahun lebih lama daripada
mereka yang tidak makan coklat langsung.
Coklat juga turut dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan
strok. Selain itu, penghidap asma digalakkan agar makan coklat
untuk melegakan saluran pernafasan dalam paru-paru. Di samping
itu, bahan kimia dalam coklat juga sesuai untuk melegakan batuk.
Walau bagaimanapun, kita mestilah berwaspada kerana pengambilan
coklat yang terlalu banyak boleh menyebabkan obesiti.

You might also like