At Essei

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)


AMBILAN JUN 2023/2028
TUGASAN 1 - PENULISAN ESEI (30%)

NAMA : AHMAD IKHWAN FAHMY BIN AHMAD ZAINUDDIN

ANGKA GILIRAN :

NO. KAD PENGENALAN : 050830-02-0461

KUMPULAN/UNIT : BM4

KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1084

ASAS TATABAHASA BAHASA MELAYU

NAMA PENSYARAH : YM TENGKU

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/ Pensyarah

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh:


Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda Tangan Pelajar : Tarikh:

TARIKH HANTAR :22 SEPTEMBER


ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana


dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat saya sempurnakan tugasan
Penulisan essei ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YM


Tengku Nur Faizul ,selaku pensyarah saya di atas kesudian beliau dalam
memberikan tunjuk ajar, dorongan serta bimbingan kepada saya. Segala tunjuk
ajar yang diberikan oleh beliau akan saya gunakan sebagai panduan dalam
melakukan tugasan-tugasan pada masa akan datang. Tidak molek dan tidak
sempurna tugasan ini sekiranya saya tidak merujuk beliau untuk berbincang
mengenai hasil tugasan yang saya lakukan.

Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak
memberikan suntikan semangat untuk menyiapkan tugasan ini. Meski pun jauh
di mata,doa mereka sentiasa mengiringi perjuangan saya di sini. Merekalah
pembakar semangat saya untuk terus berjihad menimba ilmu bagi menggapai
kecermelangan.

Saya juga meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang


hebat serta tidak lokek dalam berkongsi maklumat yang diperoleh. Jutaan
terima kasih sekali lagi saya ucapkan keatas kesudian mereka dalam
memastikan kerjayaan bersama.

Akhir kata, dengan rendah hati saya ingin berterima kasih kepada semua
yang telah menggemleng tenaga untuk membantu saya dalam
menyempurnakan tugasan ini. Semoga Allah membalas jasa dan budi kalian
dengan setimpalnya.

1.0:PENGENALAN
1.1: Definisi “TATABAHASA”

Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka tatabahasa boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan
dan pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat iaitu
penyusunan kata dalam ayat . Selain itu,menurut wikipedia pula, Tatabahasa merupakan
bidang ilmu yang mengkaji kaedah yang digunakan untuk mengatur atau mengawal
penggunaan bahasa. Ia adalah komponen linguistik, bidang sains yang mengkaji

bahasa.tatabahahasa atau nahu didefinisikan sebagai bidang ilmu yang . Berdasarkan


kajian seorang sarjana yang bernama Siti Hajar Hj.Abdul Aziz dalam salah satu kertas
penyelidikanya,Tatabahasa dapat didefinisikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana
sesuatu perkataan dapat dibentuk dan diolah serta cara-cara perkataan digabungkan
dengan perkataan yang lain bagi menghasilkan struktur ayat yang gramatis.

2.0:PENGERTIAN MORFOLOGI
Asal usul perkataan morfologi berasal daripada bahasa greek iaitu morf yang membawa
tentang bentuk kata dan logos yang bermaksud ilmu. Menurut kamus dewan morfem
ditakrifkan sebagai satuan terkecil dalam bahasa yang mengandungi erti atau fungsi
tertentu.Selain itu morfem juga tidak sama dengan perkataan.Antara perbezaan yang dapat
dikenalpasti ialah morfem dapat berdiri dengan sendiri ataupun tidak manakala perkataan
pula perlu mengikut definisi,sentiasa berdiri sendiri.Setiap perkataan yang terdiri daripada
satu lebih atau perkataan merupakan morfem.

Lyons (1970) memberikan definisi morfologi sebagai kajian tentang struktur bentuk kata.
Menurut Nik Safiah Karim et.al (2013), morfologi ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji
struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Struktur merujuk kepada organisasi unsur bahasa,
seperti gabungan kata dasar dan akhiran dalam perkataan "minuman." Bentuk pula merujuk
kepada rupa luaran atau ungkapan sesuatu unsur bahasa. Sebagai contoh, perkataan boleh
wujud dalam bentuk tunggal, bentuk terbitan, bentuk ganda, bentuk jamak, atau bentuk
akronim. Selain itu, perkataan boleh dikategorikan kepada jenis yang berbeza berdasarkan
kumpulan kata mereka, seperti kata nama, kata kerja, kata sifat dan kata keterangan.

2.1 UNSUR-UNSUR MORFOLOGI


Peraturan bahasa atau tatabahasa berasal daripada dua bahagian penting iaitu morfologi

dan sintaksis. Bahagian terkecil sesuatu bahasa dipanggil morfem, dan bahagian terbesar

ialah ayat. Ayat adalah bahagian yang paling penting dalam tatabahasa kerana ia

merangkumi semua bahagian bahasa yang lain. Unsur-unsur dapat dilihat dengan lebih

jelas apabila terdapatnya rajah yang dapat membahagikan unsur morfologi dan

sintaksis.Contohnya seperti tatatingkat tatabahasa yang jelas memperlihatkan rajah unsur

bahasa mengikut turutan dan aturan.Tuntasnya di sini, bahasa mempunyai strukturnya yang

tersendiri dan sistematik. Bahasa adalah seperti membina dengan blok. Setiap perkataan,

frasa dan ayat terdiri daripada bahagian yang lebih kecil. Dalam kajian tentang bagaimana

perkataan terbentuk, kita melihat kepingan-kepingan berbeza yang bersatu untuk membuat

perkataan.

2.2 KONSEP MORFEM

Morfem ialah unit tatabahasa yang terkecil mempunyai pekerjaan atau makna dalam
sesuatu bahasa. Ia adalah bahagian terkecil perkataan yang masuk akal dengan sendirinya.
Sebagai contoh, perkataan "minum" adalah morfem kerana ia mempunyai makna dan tidak
boleh dikecilkan. Jika kita cuba memecahkan perkataan "minum" kepada "mi" dan "num,"
bahagian itu tidak mempunyai apa-apa makna. Jadi, "minum" ialah morfem yang tidak boleh
dikecilkan.

Selain itu,morfem juga sering diapit dengan tanda { }. Sebagai contoh, ketiga terdiri
daripada morfem {ke-} dan {tiga}; mencabut terdiri daripda morfem {men-} dan
{cabut}.Contoh yang terakhir ialah mencuba. Mencuba mengandungi morfem {men-} dan
{cuba-}.Jadi,perkara yang boleh disimpulkan disini ialah sesuatu perkataan terhasil daripada
satu atau lebih morfem.

2.3 JENIS-JENIS MORFEM


Morfem terpecah kepada dua unit iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Selanjutnya,morfem terikat pula boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu morfem
terikat satuan,morfem terikat terbahagi dan morfem terikat kompleks

2.3.1: MORFEM BEBAS

Morfem bebas merupakan morfem yang dapat berdiri dengan sendirinya sebagai kata yang

penuh dan lengkap tanpa memerlukan gabungan dengan morfem yang lain. Kebanyakkan

morfem bebas mempunyai kepentingan leksikal, yang berasal dari morfem itu sendiri.

Namun begitu, wujud morfem bebas tanpa makna yang wujud, namun mempunyai

kepentingan struktur. Maksud sebenar mereka menjadi jelas semata-mata apabila

digunakan dalam ayat. Sebagai contoh, perkataan seperti dari, yang, ke, wah, si, telah, dan

lain-lain tidak mempunyai makna autonomi, tetapi kepentingannya menjadi nyata melalui

penggunaan kontekstual.

Seterusnya,terdapat banyak jumlah perkataan morfem yang tak terkira dan susah untuk

disenaraikan atas faktor-faktor tertentu. Dapatlah disimpulkan bahawa morfem bebas

merupakan penyokong utama ,makna leksikal sesuatu kata dan perkataan yang terhasil

daripada morfem bebas akan bertambah jumlahnya seiring dengan masa dengan kaedah

meminjam daripada bahasa asing,ataupun melalui penghasilan kata baharu.


2.3.2:MORFEM TERIKAT

Morfem terikat pula merupakan morfem yang tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri

untuk menjadi kata dasar.Hal ini kerana,morfem terikat memerlukan sokongan daripada

morfem yang lain, sama ada morfem bebas ataupun morfem terikat untuk membentuk

sebuah kata. Contohnya, kata berhasil ,morfem terhasil daripada gabungan morfem ber-

dengan hasil.Bentuk hasil boleh berdiri dengan sendirinya tetapi ber memerlukan kewujudan

bentuk lain dalam penggunaanya kerana ber tiada maksud.

Semua imbuhan dianggap sebagai morfem terikat kerana ketidakupayaan imbuhan untuk

berfungsi sebagai unit kendiri. Tambahan pula, morfem terikat ini tidak boleh diklasifikasikan

sebagai perkataan individu, kerana ia memerlukan kehadiran morfem lain dalam ayat. Perlu

diingat bahawa sesetengah morfem terikat mungkin kelihatan bebas, tetapi pada hakikatnya,

ia bergantung pada lampiran imbuhan atau duplikasi morfem lain untuk menjadi bermakna.

Sebagai contoh, morfem "lantar" tidak lengkap tanpa penambahan akhiran "ter-" atau "-an",

mengakibatkan pembentukan "lantar" atau "laksana". Begitu juga dengan morfem "anai" dan

"mayur" hanya boleh dianggap lengkap apabila digabungkan dengan morfem lain seperti

"anai-anai" dan "sayur-mayur".


2.3.3 KONSEP KATA

2.0: TATATINGKAT TATABAHASA

Tatatingkat tatabahasa merupakan pecahan elemen tatabahasa yang dapat dikelaskan


kepada lapan kategori dan mengikut turutan yang bermula dengan wacana diikuti dengan
ayat,klausa,kata,morfem dan yang berada di paling bawah sekali dalam tatatingkat
tatabahasa iaitu fonem.
2.1: WACANA

Wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat. Hal ini bermaksud ,wacana boleh
terhasil daripada ayat,sejumlah ayat,ceraian,bab,buku,cerita,dialog dan sebagainya. Selain
itu wacan juga dapat menggambungkan atau menyatukan sesuatu ayat dengan ayat yang
lain berserta dengan koherensi dan kohensi yang terkait dan berkesinambungan yang
mempunyai permulaan dan pengakhiran yang jelas dan disampaikan secara lisan atau
tulisan.Diantara contoh wacana ialah ‘hal ini kerana,selepas itu,sehubungan dengan itu.
Manakala melalui lisan pula wacana sering digunakan dalalm berpidato dan berita.

2.2: AYAT

Ayat ialah unit tatabahasa yang mengandungi sekurang-kurangnya satu perkataan yang
mempunyai hubungan sintaksis dengan perkataan yang datang sebelum atau selepasnya.
Ayat boleh terdiri daripada perkataan yang mempunyai makna yang lengkap dan digunakan
untuk menyatakan pernyataan, pertanyaan, seruan, permintaan, perintah, atau cadangan. Ia
juga merupakan unit sebutan terbesar dalam struktur tatabahasa dan mempunyai
permulaan dan penghujung yang jelas, bersama dengan intonasi yang betul. Contohnya
ialah,budak itu sedang membaca buku di dalam biliknya. Berdasarkan contoh tersebut, jelas
bahawa kita dapat mengenal pasti bahawa ayat tersebut mempunyai subjek dan predikat.
Subjek bagi ayat contoh tersebut ialah budak itu manakala perdikat pula adalah sedang
membaca buku didalam biliknya.

2.3: KLAUSA

Klausa merupakan satu unit rangkain perkataan yg mempunyai subjek dan predikat.Subjek
dan predikat ini akan menjadi konstituen kepada ayat.Selain itu,klausa juga merupakan ayat
yang membentuk kata majmuk dan frasa juga boleh dianggap sebagai ayat yang lengkap
daripada frasa kerana ia mempunyai subjek dan predikat iaitu unsur utama yang wajib untuk
status ayat .Klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
Klausa bebas dapat berdiri dengan sendiri. Klausa bebas mempunyai sifat ayat yang
lengkap dan boleh berdiri dengan sendiri ketika diucapkan atau ditulis.Contohnya

You might also like