Larangan Penggunaan Telefon TG 6

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MEMO DALAMAN

UNIT PENGURUSAN TINGKATAN ENAM


Tarikh : 19 September 2023
Rujukan : SMKPI/100/27/002 ( )

SURAT PEKELILING IKHISAS BIL.2/2009 PENGUATKUASAAN


LARANGAN MEMBAWA DAN MENGGUNATELEFON BIMBIT
OLEH MURID DI SEKOLAH

Pekeliling Ikhtisas berkenaan jelas menyatakan bahawa pelajar adalah


dilarang membawa dan menggunakan telefon bimbit sewaktu berada di
sekolah. Namun, pengurusan tingkatan telah memberikan kelonggaran khusus
kepada pelajar tingkatan enam berdasarkan ketetapan berikut :-
1. Boleh membawa telefon bimbit ke sekolah sekiranya perlu.
2. Dilarang sama sekali menggunakan telefon bimbit ketika berada di
Perkara dalam kelas, di luar kelas dan dalam kawasan sekolah.
3. Hanya dibenarkan menggunakan telefon bimbit apabila dikehendaki
oleh guru atau ketika pelajar sudah berada di luar kawasan sekolah.

Bagaimanapun, telah didapati bahawa keistimewaan yang diberikan itu tidak


dipatuhi oleh pelajar tingkatan enam. Sehubungan dengan itu, bermula pada
20hb.September 2023 PEKELILING IKHISAS BIL.2/2009
PENGUATKUASAAN LARANGAN MEMBAWA DAN MENGGUNA
TELEFON BIMBIT OLEH MURID DI SEKOLAH adalah terpakai
kepada semua pelajar tingkatan enam SMK Pinawantai, Kudat.

Sekiranya didapati ada pelajar yang gagal mematuhi arahan ini, maka
tindakan sewajarnya akan dilaksanakan mengikut pekeliling berkenaan. Oleh
itu, adalah diharapkan agar semua pelajar tingkatan enam dapat mematuhi
arahan ini.

Daripada Pengetua SMK Pinawantai, Kudat

Kepada 1. SEMUA PELAJAR TINGKATAN ENAM


2. SEMUA GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM

Nota : Pemeriksaan mengejut akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan laporan guru tingkatan
enam.
Sekian, terima kasih.

MONI MALUSIN
Penolong Kanan Tingkatan Enam
b/p Pengetua
SMK Pinawantai, Kudat

You might also like