Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

1

JABATAN PELAJARAN PERAK

GERAK GEMPUR AMANJAYA


EKONOMI ASAS (3757/2)

EKONOMI ASAS
Kertas 2
SET 1
1¼ Jam

[SET : 1]

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B.
3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.
4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan
dalam kurungan.
5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak

3757/2 @ 2017 Modul Amanjaya SULIT


[Lihat halaman sebelah]
2

Bahagian A

(75 markah)

Jawab tiga soalan sahaja.

1. (a) (i) Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi.

Kekurangan menyebabkan unit-unit ekonomi perlu membuat pilihan yang tepat.

Jelaskan cara unit-unit ekonomi membuat pilihan. [3 markah]

(ii) Gambar di bawah menunjukkan dua jenis barang dalam ekonomi.

Kedua-dua jenis barang di atas merupakan barang awam. Adakah anda bersetuju?
Berikan lima alasan. [6 markah]

(b) Sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem ekonomi kapitalis. Adakah anda bersetuju
dengan pernyataan di atas? Beri tiga alasan. [4 markah]

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan faktor pemilihan pekerjaan Hakimin.

Shahrul berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah anak seorang kakitangan hospital
kerajaan. Dia bekerja sebagai Penyelia Pengeluaran di sebuah kilang papan di Kluang, Johor.
Dia menerima gaji RM1 600 sebulan. Pada bulan Mac lalu, dia telah berhenti kerja dan
membuat keputusan untuk bekerja sebagai kerani di klinik 1 Malaysia di Taiping, Perak,
tempat tinggal keluarganya. Gaji yang ditawarkan kepadanya ialah RM1 200 sebulan.

Anda berpendapat Shahrul telah membuat keputusan yang bijak.


Kemukakan alasan anda. [8 markah]

3757/2 @ 2017 Modul Amanjaya SULIT


[Lihat halaman sebelah]
3

(d) Maklumat berikut berkaitan dengan Cik Intan.

Cik Intan membuat pinjaman bank sebanyak RM40 000 untuk membeli sebuah kereta baharu.
Bank mengenakan kadar faedah sebanyak 4% setahun dan tempoh pinjaman ialah 6 tahun.

Hitung bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh Cik Intan. [4 markah]

2. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Zafri.

Encik Zafri merupakan seorang pengurus hotel di Pulau Pinang. Dengan upah RM4 580
sebulan, Encik Zafri berasa keberatan untuk menyara lima orang anaknya. Memandangkan
isterinya tidak bekerja, Encik Zafri terpaksa bekerja secara atas talian untuk melariskan
produk yang dibelinya dari negara China. Setiap bulan, dia berjaya mendapat untung dalam
lingkungan RM500–RM800. Encik Zafri bercadang memperluaskan perniagaan atas taliannya
pada tahun depan sebelum dia bersara.

(i) Jelaskan tiga jenis pendapatan lain yang boleh diperoleh Encik Zafri untuk meningkatkan
pendapatannya. [6 markah]

(ii) Setujukah anda bahawa Encik Zafri akan menerima pencen apabila dia bersara?
[2 markah]

(b) Rajah menunjukkan hubungan antara harga Barang X dengan kuantiti permintaan Barang Y.
Harga Barang X (RM)

D
Kuantiti Permintaan
5 10 Barang Y (unit)

(i) Apakah kaitan antara Barang X dengan Barang Y? [1 markah]


(ii) Jelaskan hubungan antara harga Barang X dengan kuantiti permintaan Barang Y. [2 markah]
(iii) Berikan contoh Barang X dan Barang Y. [2 markah]

3757/2 @ 2017 Modul Amanjaya SULIT


[Lihat halaman sebelah]
4

Pulangan tabungan dengan pulangan pelaburan adalah sama.

(c) Setujukah anda dengan pernyataan di atas? Beri dua alasan. [5 markah]

(d) Jadual menunjukkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran suatu barang di pasaran.

Kuantiti Barang (unit)


Harga (RM)
Permintaan Pasaran Penawaran Pasaran
30 160 40
40 130 70
50 70 130

(i) Lukis keluk keseimbangan pasaran di atas kertas graf dengan menggunakan skala 2 cm = 20
unit pada paksi kuantiti dan skala 2 cm = RM 10 pada paksi harga. [5 markah]

(ii) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut. [2 markah]

3. (a) Jadual menunjukkan keluaran, jumlah kos dan kos berubah bagi sebuah firma.

Keluaran (unit) Jumlah Kos (RM) Kos Berubah (RM)


0 500 0
1 800 300
2 1160 660
3 1420 920
4 1580 1080

(i) Setujukah anda firma ini beroperasi dalam jangka masa pendek? Jelaskan dengan
menunjukkan bukti pengiraan. [3 markah]
(ii) Hitung kos purata firma pada tingkat keluaran 4 unit . [2 markah]
(iii) Hitung kos sut firma pada tingkat keluaran ke-3. [2 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan situasi di sebuah pasar malam.

Cik Shara suka berbelanja di pasar malam Taman Mewah yang diadakan pada setiap hari
Isnin. Terdapat ramai peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan. Sebahagian besar
pengunjung pasar malam suka membeli martabak ayam yang dijual oleh Mamu Shafiq
berharga RM3 sekeping.

(i) Jelaskan ciri-ciri pasaran yang terdapat dalam situasi di atas. [4 markah]
(ii) Jelaskan matlamat ekonomi Cik Shara dan Mamu Shafiq. [2 markah]

3757/2 @ 2017 Modul Amanjaya SULIT


[Lihat halaman sebelah]
5

(c) Rajah di bawah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran.

Harga (RM)

D S

15
E
10

S D

0 45 50 60 72 84 Kuantiti (unit)

Huraikan keadaan pasaran pada tingkat harga berikut:


(i) RM 5 [2 markah]
(ii) RM 10 [2 markah]
(iii) RM 15 [2 markah]

(d) Terangkan prinsip kewangan Islam yang berikut:


(i) Wadiah [2 markah]
(ii) Bai bithamin Ajil [2 markah]
(iii) Mudharabah [2 markah]

4. (a) Terangkan dua fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan. [4 markah]

(b) Dialog berikut adalah perbualan antara Norlia dan rakannya, Shah.

Shah : Seronoklah kamu Norlia, syarikat kamu beri bonus tiga bulan gaji.
Norlia : Memanglah seronok Shah, tapi harga barang terus naik…

(i) Apakah keadaan ekonomi yang dialami pada masa tersebut? [1 markah]
(ii) Terangkan dua cara bank pusat mengawal keadaan ekonomi seperti yang dibincangkan dalam
dialog di atas. [6 markah]

(c) Jelaskan empat cara institusi kewangan bukan bank menerima deposit daripada orang ramai.
[8 markah]

(d) Bezakan antara perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan pembangunan kerajaan.


[6 markah]

3757/2 @ 2017 Modul Amanjaya SULIT


[Lihat halaman sebelah]
6

5. (a) Perbualan berikut berkaitan dengan sejenis cukai.

Syahirah : Hafizah, sudahkah kamu bayar cukai pintu?


Hafizah : Sudah. Kalau bayar sebelum bulan April, Majlis Daerah Taiping akan beri
potongan sebanyak 5%.
Syahirah : Yakah, kalau begitu esok juga saya akan bayar.

(i) Setujukah anda bahawa cukai pintu ini merupakan cukai tidak langsung? [1 markah]
(ii) Bezakan cukai ini dengan cukai eksais. [4 markah]

(b) Sebahagian besar pinjaman kerajaan diperoleh dari sumber dalam negeri. Adakah tindakan
kerajaan itu wajar? Berikan alasan anda. [5 markah]

(c) Jelaskan empat perbezaan antara perdagangan antarabangsa dengan perdagangan dalam negeri.
[8 markah]

(d) Jadual di bawah menunjukkan akaun semasa imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2010.

Akaun Semasa Imbangan Pembayaran (RM Juta)


Butiran Eksport Import
Barangan 646 053 500 156

Pengangkutan 17 731 39 494


Perjalanan 59 879 27 125
Perkhidmatan lain 31 000 41 075
Urusniaga kerajaan 310 775

Pendapatan pelaburan 41 993 67 114


Pindahan semasa 4 499 21 915

Berdasarkan jadual di atas, hitungkan akaun yang berikut:


(i) Akaun dagangan [2 markah]
(ii) Akaun perkhidmatan [2 markah]
(iii) Akaun semasa [3 markah]

3757/2 @ 2017 Modul Amanjaya SULIT


[Lihat halaman sebelah]
7

Bahagian B

(25 markah)

Soalan ini wajib dijawab.

6. Encik Hariz yang baru bersara pada awal tahun 2015 telah menerima wang ganjaran sebanyak RM
150 000. Dengan wang ganjaran itu beliau bercadang untuk menjalankan perniagaan perabot jati dan
kedai runcit. Walau bagaimanapun disebabkan masalah ekonomi yang dihadapinya beliau hanya
boleh menumpukan kepada satu jenis perniagaan sahaja.

Setelah membuat pertimbangan dengan keadaan pasaran semasa, beliau telah memilih untuk
menjalankan perniagaan perabot jati. Dengan berbekalkan modal yang sedia ada Encik Hariz telah
menjalankan perniagaannya dengan jayanya. Di dalam negaranya beliau bebas mengeluar dan
memasarkan perabotnya tanpa campur tangan daripada pihak kerajaan.

Perniagaan Encik Hariz telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna.
Beliau bercadang untuk membesarkan lagi skala perniagaan dengan membuka cawangan baru. Walau
bagaimanapun beliau menghadapi masalah dalam mendapatkan tambahan modal. Bagi menambahkan
modal perniagaannya, beliau telah mendapatkan pinjaman daripada saudara mara.

Perkembangan ekonomi masa kini yang semakin baik telah menyebabkan taraf hidup dan
pendapatan penduduk semakin meningkat dan seterusnya menggalakkan pengguna meningkatkan
perbelanjaan mereka. Ini menyebabkan permintaan ke atas perabot jati meningkat secara mendadak.
Secara tidak langsung telah membantu perniagaan Encik Hariz meningkatkan keuntungannya.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Encik Hariz. [6 markah]

(b) (i) Nyatakan sistem ekonomi negara Encik Hariz. [1 markah]


(ii) Terangkan tiga ciri sistem ekonomi di (b) (i) [6 markah]

(c) (i) Adakah anda setuju dengan sumber pinjaman yang dibuat oleh Encik Hariz?
Berikan dua alasan. [3 markah]
(ii) Terangkan dua sumber lain pinjaman yang boleh diperoleh oleh Encik Hariz. [4 markah]

(d) Terangkan tiga faktor lain yang meningkatkan permintaan perabot jati. [5 markah]

**** KERTAS SOALAN TAMAT ****

3757/2 @ 2017 Modul Amanjaya SULIT


[Lihat halaman sebelah]

You might also like