Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SOALAN HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA PADA ABAD

KE-16 HINGGA 17 MASIHI.


PENGENALAN  Masyarakat agraria ialah masyarakat yang berasaskan pertanian,
penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai.
 Masyarakat agraria tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang
subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian.
PENEGASAN  Terdapat beberapa ciri masyarakat agraria di China pada abad ke 16-
SOALAN 17 Masihi.
CIRI 1 SISTEM EKONOMI FEUDAL
HURAIAN  Sistem ekonomi yang diamalkan di China pada abad ke-16 dan 17
bersifat saradiri.
 Sebahagian besar penduduk China terlibat dengan aktiviti bercucuk
tanam.
 Kebanyakan petani menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah yang
kaya.
 Tanaman utama masyarakat agraria di China ialah penanaman padi
sawah.
 Kawasan penanaman padi sawah utama ialah di lembah Sungai
Yangtze dan Sungai Kuning.
PENEGASAN ISI  Jelaslah bahawa sistem ekonomi feudal merupakan ciri utama
masyarakat agraria di China.
CIRI 2 PEMILIKAN TANAH PERTANIAN
HURAIAN  Tanah adalah milik kerabat diraja atau golongan bangsawan.
 Pada zaman kerajaan Ming, tanah yang dimiliki oleh kerabat diraja
seluas 1.28 juta mu.
 Keluasan tanah milik keluarga diraja telah meningkat kepada 20 juta
mu pada tahun 1522
 Menjelang zaman Ching, tanah pertanian diletakkan di bawah
pentadabiran Jabatan Hal Ehwal Kerabat Diraja.
 Pada masa pemerintahan Maharaja Jiaqing jabatan ini menguruskan
tanah seluas 4 juta mu
PENEGASAN ISI  Tuntasnya, pemilikan tanah pertanian oleh kerabat diraja dan
golongan bangsawan merupakan ciri masyarakat agraria di China.
CIRI 3 PENGKHUSUSAN PENGELUARAN PERTANIAN.
HURAIAN  Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran
barangan mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di
daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan;
 teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan
selatan Kingsu;
 kapas di Kiangsu dan daerah utara; perlombongan di Yunnan;
 perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh
petani di Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.
PENEGASAN ISI  Jelaslah bahawa, pengkhususan dalam pengeluaran pertanian
merupakan ciri masyarakat agraria di China.
CIRI 4 SISTEM CUKAI.
HURAIAN  Petani yang tidak memiliki tanah menyewa tanah dengan tuan-tuan
tanah (bangsawan) dengan kadar yang ditetapkan oleh tuan-tuan
tanah.
 Menjelang zaman Ming-Qing petani-petani membayar sewa tanah
dalam bentuk hasil pertanian
 Petani dikehendaki menyerahkan antara 50 – 60% daripada hasil
pertanian yang diperoleh sebagai cukai.
 Petani juga dikehendaki berkhidmat sebagai buruh paksa kepada tuan
tanah.
 Pada tahun 1581 sistem cukai baru diperkenalkan dan dikenali sebagai
‘cukai tunggal’ melalui cukai baru ini petani hanya dikehendaki
membayar satu jenis cukai sahaja iaitu dalam bentuk wang perak.
PENEGASAN ISI  Jelaslah bahawa, sistem cukai tunggal merupakan ciri masyarakat
agraria di China.
CIRI 5 SISTEM PENGAIRAN
HURAIAN  Petani di China berkemahiran dalam pembinaan terusan dan
mengawal aliran air sungai.
 Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan
mengelakkan banjir.
 Terusan juga digunakan untuk mengangkut hasil pertanian ke bandar-
bandar.
 Petani di China juga mahir membina teres di lereng-lereng bukit bagi
penanaman padi.
PENEGASAN ISI  Jelaslah bahawa, kemahiran dalam sistem pengairan merupakan ciri
masyarakat agraria di China.
PENUTUP  Kesimpulan calon…
SUMBER Modul PdP STPM Sejarah Kementerian Pendidikan Malaysia
RUJUKAN:

You might also like