Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KATA ALU-ALUAN

PEGAWAI SEKOLAH TAMIL PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Salam Sejahtera dan Salam Madani,


Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya mencoretkan sepatah dua kata
dalam majalah sekolah pada tahun 2023 ini. Tiada kata secantik bahasa untuk menyusun
kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk saya gambarkan perasaan penghargaan
saya. Sekalung ucapan tahniah saya rakamkan buat warga sekolah, khususnya Sidang
Redaksi yang telah berjaya menerbitkan Majalah Sekolah bagi tahun 2023, tahun yang
sangat istimewa bagi kita semua warga pendidik kerana kita berjaya mendidik dan
membina anak-anak bangsa.
Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha yang penting kerana menjadi rujukan
masyarakat luaran untuk mengenai watak dan kebitaraan seebuah sekolah. Selain
memaparkan aktiviti dan pencapaian pada tahun semasa. Majalah sekolah juga
mampu rnenyerlahkan aura ikllm serta budaya sekolah hasil garapan pemimpin
sekolah dan warganya. Saya percaya komitmen yang tinggi dan kerjasama padu daripada
warga sekolah dan sidang redaksi bagi merealisasikan penerbitan majalah. Bagi pihak
Jabatan Pendidikan Negeri Johor, segala komitmen dan sumbangan warga sekolah yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan majalah pada tahun-tahun
yang mencabar ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Pendidikan adalah asas dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang maju
berteraskan semangat bersatu padu, progresif, berbudaya dan berwatak. Bagi menyahut
cabaran ini, kita harus meningkatkan kualiti serta memberi fokus kepada kemenjadian murid
dan sekolah yang berkualiti. Aspek akademik, sahsiah dan nilai perlu diterapkan dalam
pendidikan. Justeru itu, guru-guru diharapkan perlu memberi fokus kepada
pembelajaran berorientasikan perkembangan bagi menyokong usaha melahirkan murid
yang berjaya secara holistik. Penerbitan majalah sekolah merupakan aktiviti yang
diusahakan oleh murid hasil bimbingan daripada guru-guru dengan tujuan
mendokumentasikan seluruh kegiatan sekolah sepanjang tahun. Majalah sekolah
merupakan satu dokumen yang berharga pada masa akan datang untuk melihat dan
mengungkap kembali kejayaan serta perkembangan yang telah dicapai oleh sekolah.
Pastinya murid-murid dengan bantuan dan bimbingan guru mestilah bekerjasama bagi
mencari idea baharu dengan menggabungkan aspek kreativiti dan inovasi bagi
menghasilkan sebuah majalah yang bermutu.
Dalam mencapai aspirasi yang unggul, proses membina ilmu perlulah seiring dengan usaha
menyempurnakan akhlak setiap modal insan. Bersesuaian dengan gerak kerja Jabatan
Pendidikan Negeri Johor iaitu Pendidikan Holistik Mengoptimumkan Potensi,
Memaksimumkan Keberhasilan. Nilai-nilai ini perlu diberi fokus utama agar generasi
yang dididik pada hari ini akan menjadi insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan
mempunyai sahsiah terpuji. Integrasi ilmu yang bertunjangkan keagamaan dan
keperluan hakiki perlu diperkasa dan diperkukuhkan bagi menjamin jati diri murid tefus
unggul bagi menghadapi arus globalisasi perdana yang kian mencabar.
Akhir kata, saya menyeru semua pihak termasuk pemimpin sekolah, guru-guru, pihak
berkepentingan dan pihak swasta untuk sama-sama menjayakan agenda negara demi
melahirkan generasi yang cemerlang dan terbilang pada masa akan datang.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Pegawai Sekolah Tamil


Jabatan Pendidikan Negeri
Johor

You might also like