01a Keselamatan Dibengkel

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL

TUJUAN :

Kertas penerangan ini dibuat untuk pelatih-pelatih mengetahui dan mematuhi peraturan dan juga aspek-
aspek keselamatan di dalam bengkel.

PENERANGAN :

Keselamatan di dalam bengkel adalah satu perkara yang amat penting bagi mengelakkan sesuatu
kemalangan daripada berlaku ketika kerja-kerja di dalam bengkel dijalankan. Kemalangan yang berlaku
boleh melibatkan kecacatan anggota, kehilangan nyawa, kerosakan peralatan, mesin, kemusnahan harta
benda dan mengurangkan produktiviti.

PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN (DI DALAM BENGKEL)

a) Akibat benda tajam.


b) Tindakbalas kimia terkena pada kulit.
c) Kecacatan ketika bekerja seperti patah atau kehilangan fizikal kerana kecuaian penggunaan peralatan
dan mesin.
d) Kejutan elektrik.
e) Kebakaran .
f) Letupan akibat kecuaian kerana tidak mematuhi akta keselamatan yang telah ditetapkan.

TIGA FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN

a) FAKTOR KEMANUSIAAN
Sikap seseorang sewaktu menjalankan kerja yang boleh menyebabkan kemalangan seperti bergurau
senda, tidak memberi perhatian terhadap kerja, tidak sihat semasa bekerja dan lain-lain.
b) FAKTOR TEMPAT KERJA
Kawasan atau persekitaran yang penuh dengan sampah sarap dan berminyak. Ruangan sempit bagi
menjalankan kerja-kerja yang berat, kurangnya peredaran udara dan pancaran cahaya di tempat kerja.
c) FAKTOR-FAKTOR ALAT DAN MESIN
Alat yang tidak sesuai dengan kerja-kerja yang sedang dijalankan. Menggunakan alat-alat / mesin
yang telah rosak.

1
KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL

KESELAMATAN ELEKTRIK

Kebanyakan kelengkapan peralatan di dalam bengkel beroperasi dengan menggunakan kuasa elektrik.
Oleh itu apabila hendak menggunakan kelengkapan tersebut hendaklah mengikut peraturan yang telah
dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad atau IEE(Institiute of Electrical Engineers).

a) Pastikan semua dawai yang digunakan hendaklah mempunyai penebat.


b) Punca-punca bekalan elektrik mestilah disambung dengan rapi dan mesti mengikut
peraturan yang telah ditetapkan.
c) Gunakan alat yang sesuai untuk menguji litar dengan menggunakan multimeter.
d) Menggunakan kasut yang berlapik getah.
e) Pastikan tangan, perkakas yang digunakan dan pakaian dalam keadaan kering.
f) Jangan bergurau dengan kuasa elektrik.
g) Setiap beban mestilah dipasang dengan wayar bumi.
h) Pastikan jumlah arus letrik yang digunakan oleh sesuatu beban tidak melebihi dari kadar fius yang
digunakan.
Contoh : Jika punca bekalan ialah 15 AMP jangan digunakan beban 20 AMP.

KESELAMATAN SEMASA KERJA

Kemalangan boleh dikurangkan atau dielakkan jika pelatih-pelatih mengutamakan keselamatan :

a) Keselamatan diri.
b) Sikap sewaktu bekerja.
c) Menggunakan cermin perlindung mata untuk kerja-kerja brazing, welding, grinding dan drilling.
d) Pakai baju overall atau pelapik dada semasa menjalankan latihan.
e) Gunakan sarung tangan apabila membuat kerja-kerja yang merbahaya dan tajam.
f) Gunakan sabun untuk mencuci tangan sebelum pergi makan.
g) Persediaan sewaktu bekerja seperti pengetahuan tentang kerja, penumpuan kepada kerja dan
kesihatan.
h) Kerja-kerja yang dijalankan hendaklah mengikut langkah atau peraturan yang telah ditetapkan.

2
KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL

KESELAMATAN PADA PERALATAN DAN MESIN

a) Mesin dan alat-alat hendaklah disusun pada tempat yang telah disediakan dan hendaklah dipasang
di tempat teguh.
b) Penyelenggaraan mesin hendaklah mengikut jadual.
c) Pemeriksaan mingguan dan harian hendaklah dibuat pada mesin yang telah digunakan.
d) Segala kerosakan mesin hendaklah diberitahu kepada ketua.
e) Mesin-mesin yang sedang dibaiki hendaklah diletakan tanda notis.
f) Padamkan suis mesin setelah digunakan.

3
KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL

SOALAN :

1. Mengapakah perlunya seseorang pelatih mesti mengetahui tentang aspek-aspek keselamatan


semasa bekerja.

……………………………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………………………...

2. Senaraikan tiga faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

……………………………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………………………...

You might also like