Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

1 PENGENALAN

Abad ke-15 telah memperlihatkan berlakunya Revolusi Perindustrian yang pesat di


Eropah. Hal ini telah mendorong negara-negara Eropah seperti Sepanyol, Belanda,
Portugis, Amerika Syarikat dan Britain untuk melancarkan dasar imperialisme di
negara-negara yang berpotensi untuk dieksploitasi. Ekspedisi selama beberapa tahun
untuk memenuhi keperluan mereka dalam perindustrian telah berjaya apabila
beberapa negara telah dikenalpasti mempunyai hasil bumi yang banyak iaitu di
Benua Asia. Antaranya di negara India, China, Indonesia dan Tanah Melayu. Di
Tanah Melayu, dasar imperialisme barat telah berlaku dengan pantas yang
bermatlamatkan Gospel, Glory, Gold. Kedudukan geografi dan kekayaan hasil bumi di
Tanah Melayu merupakan pendorong utama kedatangan kuasa barat di kawasan
tersebut.
Senario ini juga dapat dilihat di Sabah dan Sarawak di mana kedatangan
kuasa barat adalah bersifat mengeksploitasi hasil bumi namun ianya bukan bersifat
imperialisme pada mulanya. Contohnya di Sabah yang dikuasai oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) dan Sarawak yang dikuasai oleh keluarga
Brooke. Namun, dasar imperialisme mula tersebar di Sabah dan Sarawak apabila
penyerahan tampuk pemerintahan SBBUB (Sabah) pada 15 Julai 1946 dan Keluarga
Brooke (Sarawak) pada 8 Februari 1946 kepada British dan diistiyarkan sebagai
Jajahan Mahkota British. Dalam konteks ini, di Sabah perkembangan pentadbiran
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) telah bermula pada tahun 1881-
1941 di mana ianya bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi perusahaan mereka
dengan mengeksploitasi hasil bumi di Sabah atau lebih dikenali sebagai North Borneo
pada masa itu.
Sebelum kedatangan SBBUB di sabah, ekonomi masyarakatnya adalah
bersifat Sara diri, berskala kecil dan tanaman komersial tidak di usahakan. Malahan,
perkembangan teknologi yang terhad juga telah menghalang perluasan ekonomi
walaupun dilihat ketika itu berlakunya perhubungan dengan cina dan orang Melayu
walaupun dalam skala kecil. Namun selepas kedatangan SBBUB, perkembagan
ekonomi di Sabah dilihat semakin meluas di mana SBBUB telah memberi tumpuan
dari aspek Pembalakan dan Pertanian Ladang. Dalam hal ini, SBBUB telah
memberikan tumpuan kepada Pertanian Ladang dimana ianya dilihat memberikan
pulangan yang lumayan. Mereka telah membawa masuk tanaman komersial seperti
tebu, ubi kayu, ganja, sutera, kopi, Lada hitam dan kelapa. Tanaman yang dilihat
menjadi bahan eksport yang penting di ambil penekanan oleh SBBUB di Sabah.
Contohnya, sagu dan kelapa yang telah diperluaskan kepada skala yang besar
kerana dilihat berpotensi untuk dimajukan dan dianggap akan memberikan
keuntungan yang lumayan.
Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dengan penanaman getah di mana
ianya pada peringkat awal tidak diberi perhatian oleh SBBUB kerana tidak yakin
ianya dapat dikomersialkan. Kemasukan benih getah dilihat telah bermula pada
tahun tahun 1882 di mana ianya dihantar dari Botanical Garden Singapura sebanyak
sembilan biji jenis Hevea Brasiliensis. Manakala, pada tahun 1885 sehingga 1888,
benih getah jenis India Rubber pula telah di bawa masuk ke Sabah. Pada peringkat
awal, benih getah ini telah ditanam di residensi Sandakan sebanyak 75 ekar. Dalam
tempoh tersebut juga, 10 000 pokok telah ditanam oleh British Borneo Trading &
Planting Company, Taurid, S.B.J Skertchly, Preyer dan Brahim.
Penanaman Getah semakin popular dikalangan masyarakat apatah lagi
setelah eksport getah bertambah maju disebabkan industri motobil di Eropah yang
memerlukan getah. Hal ini di tambah lagi dengan kejatuhan harga tembakau dan
penglibatan kerajaan dengan pemberian insentif kepada pelabur dengan tidak
mengenakan cukai selama 50 tahun. Maka, dalam kajian ilmiah ini pengkaji telah
memilih tajuk Sejarah perkembangan penanaman Getah di sabah pada tahun 1881
sehingga 1963. Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan berkaitan dengan
pengenalan, sorotan literatur, permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan
kajian, metodologi kajian, skop kajian, pembahagian bab dan kesimpulan.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo British (SBBUB) di Borneo Utara dilihat


adalah untuk mengeksploitasi hasil bumi semata-mata. Oleh hal yang demikian,
mereka sedaya upaya memastikan ekonomi di Borneo Utara berkembang yang dapat
memberikan keuntungan kepada mereka kerana sebelum kedatangan SBBUB
ekonomi sara diri yang diamalkan tidak memberikan keuntungan yang lumayan
kepada mereka. Dalam hal ini, mereka telah membawa masuk tanaman-tanaman
komersial yang dianggap menguntungkan. Hal ini telah membawa kepada
kemasukan getah yang lama kelamaan telah menjadi tanaman yang popular di
kalangan masyarakat di Borneo Utara malahan kepada pelabur luar.
Keadaan ini telah mengubah corak pertanian ladang yang mana pada
mulanya tanaman tembakau merupakan tanaman popular tetapi telah mengalami
kejatuhan harga pada 1891. Hal ini telah menyebabkan perubahan Corak tanaman
telah berubah daripada tembakau dan kopi kepada penanaman getah. Kepesatan
akan keperluan terhadap getah memerlukan pembangunan sosio-ekonomi terutama
kepada penduduk peribumi dan buruh-buruh asing yang dibawa masuk ke Borneo
Utara. Hal ini demikian kerana sebelum kedatangan SBBUB, Borneo utara berada
dalam keadaan daif dan mempunyai jurang yang besar dari aspek pembangunan
berbanding dengan Tanah Melayu. Permasalahan tersebut telah menjadi tumpuan
kepada pengkaji untuk menjalankan kajian ini.

Dalam penulisan ini, terdapat beberapa persoalan yang menentukan arah


penulisan dan pembacaan. Pertama sekali persoalan berkaitan bagaimanakah Media
Komunikasi bermula di Sabah dan dikembangkan. Hal ini demikian kerana
kebanyakan masyarakat telah menerima baik perubahan dalam aktiviti sosial mereka
dengan penggunaan media komunikasi seperti radio dan televisyen pada era 90-an
dan penggunaan media sosial seperti Facebook, twitter, Instagram yang dilihat lebih
meluas penggunaan pada era modenasasi. Persoalan juga timbul berkenaan dengan
sejauhmanakah media komunikasi tersebut memberi pengaruh kepada masyarakat
islam di Sabah dari aspek tingkah laku termasuklah cara berkomunikasi, berfikir,
adab dan sebagainya kerana perubahan media komunikasi daripada tradisional dan
moden bergerak dengan cepat dan diterima baik oleh masyarakat. Akhir sekali,
persoalaan berkenaan dengan apakah isu-isu media komunikasi yang

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk bagi membincangkan dan meneliti perkara-perkara
yang ditimbulkan dalam permasalahan kajian. Dalam konteks ini, beberapa objektif
kajian telah digariskan untuk memastikan penyelidikan yang dilakukan sistematik dan
teratur. Terdapat tiga objektif kajian yang telah diketengahkan oleh pengkaji dalam
memastikan kajian yang dilakukan tidak melangkaui tajuk penulisan. Objektif
pertama ialah mengkaji dan memahami perkembangan penanaman getah di Borneo
Utara.j Di Samping itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui terhadap kesan
perkembangan getah itu kepada sosioekonomi masyarakat di Borneo Utara pada
masa itu. Akhir sekali kajian ini juga turut dilakukan bagi mengetahui akan isu dan
cabaran getah di Borneo Utara.

1.4 SOROTAN LITERATUR

Sorotan literatur merujuk kepada sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku,
jurnal, artikel dan laporan kajian yang dijalankan. Dalam konteks ini, sorotan juga
dilakukan ke atas bahan-bahan yang mengandungi hasil pengkajian terdahulu
tentang sesuatu kajian yang ingin dikaji. Maka, dalam bahagian sorotan literatur
adalah penting untuk melakukan sorotan kepada kajian sebelumnya kerana ianya
penting sebagai asas kepada pernyataan masalah kajian seterusnya menjadi salah
satu rujukan asas. Melalui kajian sorotan literatur ini, pengkaji telah membaca
beberapa buku dan jurnal yang dilihat berkaitan dengan tajuk kajian yang
menyentuh aspek pendidikan. Dalam konteks ini juga, sorotan literatur adalah
elemen penting dalam menjalankan kajian untuk mengisi kelemahan atau kesilapan
yang terdapat dalam kajian terdahulu.
Sorotan Literatur atau Literature Riview amat penting dan perlu diambil berat
dalam sesebuah penyelidikan. Hal ini demikian, kajian yang akan dijalankan ini
bukanlah penulisan terawal. Terdapat beberapa kajian telah dijalankan oleh para
penyelidik, namun ianya membincangkan industri getah secara umum. Pertama
sekali pengkaji telah merujuk Jurnal yang bertajuk Perkembangan Penanaman Getah
Di Sabah,1892-1941 karya Jinel Noin. Jurnal ini merupakan rujukan utama saya di
mana ianya memberikan gambaran awal dan panduan kepada pengkaji untuk
melakukan penyelidikan secara analisis yang kritikal. Kajian ini mempunyai skop
kajian yang luas yang melibatkan semua wilayah Borneo Utara sehingga tahun 1973.
Jurnal ini menjelaskan dengan terperinci berkaitan dengan keuntungan yang perolehi
oleh SBBUB daripada hasil eksport getah dan bayaran semula dividen. Apa yang
menariknya jurnal ini juga menyentuh tentang skim kawalan semasa kejatuhan
harga getah secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak menyentuh
secara terperinci berkenaan dengan impak daripada perkembangan getah. Malahan,
penulis hanya menyatakan secara umum berkenaan dengan impak perkembangan
getah seperti berlakunya kebanjiran buruh di Borneo Utara dan pembangunan jalan
raya dan kereta api untuk mengerakkan eksport getah.

Penulisan K.G Tregonning dalam karyanya A History of Modern Sabah 1881-


1963 turut menyentuh berkenaan dengan penanaman getah di Borneo Utara. Karya
ini membincangkan berkenaan Borneo Utara semasa dalam era penjajah iaitu SBBUB
dan Kolonial British. Aspek yang disentuh merangkumi latar belakang politik,
ekonomi dan sosial di Borneo Utara, perkembangan kegiatan ekonomi dan
pembangunan sosioekonomi di Borneo Utara. Kajian ini menjadi rujukan yang
penting kepada pengkaji bagi memberi gambaran berkenaan dengan keadaan Politik,
ekonomi dan sosial di Borneo Utara. Malahan, kajian ini memberi idea baru kepada
pengkaji untuk mengkaji berkenaan dengan penanaman getah disebabkan getah
dilihat diberikan tumpuan utama oleh SBBUB setelah kemerosotan eksport getah di
Borneo Utara. Hal ini disebabkan, K.G Tregoning tidak menyentuh secara terperinci
berkenaan dengan penanaman getah kerana kajian beliau lebih memfokuskan
berkenaan dengan latar belakang borneo utara dan kegiatan ekonomi di Borneo
Utara secara umum.

Di Samping itu, pengkaji juga turut membaca buku yang dikarang oleh Ranjit
Singh bertajuk The Making of Sabah yang banyak membincangkan berkenaan
dengan Sejarah Borneo Utara sebelum kedatangnan SBBUB, Pertapakan SBBUB di
Borneo Utara, dasar-dasar yang diperkenalkan oleh SBBUB, Walau bagaimanapun,
buku ini memfokuskan perluasan kuasa SBBUB di Borneo Utara dan penglibatan
mereka dalam perladangan getah namun tidak membincangkan perkembangan
getah semasa era pentadbiran dan pemerintahan Jepun dan Kolonial British. Oleh hal
yang demikian, penulisan ini telah mencetuskan idea pengkaji untuk mengkaji secara
mendalam berkenaan dengan perkembangan penanaman getah semasa era Jepun
dan Kolonial British dan cara menangani isu dan cabaran getah terutama secara
berlakunya Perang Dunia kedua yang dilihat telah membawa kerosakan dari aspek
insfrastruktur di Borneo Utara.

Buku yang ditulis oleh Voon Phin Keong yang bertajuk Western Rubber
Planting Enterprise in Southest Asia 1876-1921 juga turut menjadi rujukan pengkaji
di mana buku ini membincangkan berkenaan dengan sejarah penanaman getah di
rantau Asia Tenggara. Walaupun, kajian ini mempunyai batasan tempat yang luas
iaitu keseluruhan Asia tenggara yang menjadikan tanaman getah sebagai salah satu
kegiatan ekonomi namun Voon Phin Keong juga turut memberikan pendedahan
secara ringkas berkenaan dengan penanaman getah di Borneo Utara walaupun
tanaman ini merupakan tanaman yang lambat diperkenalkan di Borneo Utara. Dalam
buku ini juga, penulis turut menerangkan berkenaan dengan tarikan pelabur dan
pemodal asing di Borneo Utara oleh SBBUB bagi menjalankan ekonomi kapitalisme.
Malahan, tanah-tanah peribumi turut diberikan kepada pelabur untuk membuka
estet-estet getah di Borneo utara. Namun, buku ini tidak memberikan pendedahan
berkenaan dengan reaksi masyarakat berkenaan dengan perladangan getah
sehingga menghapuskan pemilikan tanah mereka. Berbeza dengan kajian ini yang
menyentuh berkenaan dengan isu dan cabaran getah dengan melihat berkenaan
dengan reaksi masyarakat terhadap pembangunan di Borneo Utara.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Pertama sekali, melalui kajian
yang dilakukan ini masyarakat dapat mengetahui bahawa penanaman getah ini
merupakan tanaman komersial yang telah memberikan keuntungan yang lumayan
yang mana ianya juga telah membuka jalan kepada pelabur luar tertarik untuk
melabur di Sabah walaupun pada ketika itu Sabah tidak mendapat perhatian
daripada kuasa luar kerana ekonominya perlahan. Hanya selepas kedatangan SBBUB
sahaja berlakunya perubahan yang ketara dalam sektor ekonomi di Tanah Melayu.
Selain itu, kajian ini juga penting untuk mendedahkan masyarakat mengenai
perkembangan getah semasa zaman sebelum kemerdekaan. Hal ini demikian kerana,
pada ketika itu harga pasaran getah turun naik yang mana ianya disebabkan faktor-
faktor seperti lambakan pengeluaran getah. Senario ini dapat dilihat Malaysia kini, di
mana perusahaan getah sudah tidak dapat tempat malahan penanaman getah juga
semakin menyusut. Hal ini didorong oleh harga pasaran getah yang merundum
jatuh. Keadaan ini adalah sama seperti zaman SBBUB. Oleh hal yang demikian,
melalui kajian ini pembaca akan mengetahui akan faktor harga pasaran jatuh dan
langkah yang telah diambil oleh SBBUB untuk memastikan harga getah meningkat.
Situasi ini dapat dijadikan sebagai ilham untuk Malaysia kini untuk meningkatkan
semula harga pasaran getah.
Seterusnya, penulis juga melakukan kajian ini adalah untuk memperkayakan
lagi bahan bacaan berkaitan Sejarah Perkembangan penanaman Getah di Sabah.
Hal ini demikian, kajian mengenai penanaman getah ini kurang mempunyai bahan
bacaan. Malahan, kajian terdahulu juga terdapat lompang iaitu kelonggaran fakta
yang perlu diisi dan dikupas sepenuhnya terutama dari sudut sosioekonomi yang
mana ianya penting untuk masyarakat di Sabah kerana melaluinya Sabah telah
berjaya menandingi kemajuan ekonomi di Semenanjung Malaysia kini.

1.6 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah langkah atau prosedur yang perlu diambil untuk mencapai
objektif kajian dalam menjalankan penyelidikan. Dalam konteks ini, sebelum penulis
memulakan penyelidikan terdapat beberapa kaedah yang telah digunakan untuk
memudahkan proses penulisan kajian ini. Kajian yang dilakukan ini memerlukan
kaedah kualitiatif dengan mendapatkan sumber-sumber seperti sumber primer dan
sumber sekunder. Pertama sekali, pengkaii akan mendapatkan sumber primer
melalui kaedah kajian arkib di mana pengkaji akan mengunjungi beberapa arkib
berdekatan seperti Arkib Negeri Sabah dan Arkib Negara Malaysia cawangan Sabah.
Rekod-rekod kerajaan, hasi tulisan seperti diari, catatan-catatan, surat khabar dan
sebagainya akan dapat diperolehi daripada akrib. Melalui kajian arkib, beberapa
sumber primer akan diperolehi oleh pengkaji untuk memantapkan penulisan kajian
berkaitan pendidikan di Sabah. Sumber primer juga dapat diperolehi di organisasi
yang berkaitan dengan getah seperti Lembaga Tabung Getah Sabah yang
mempunyai simpanan berkenaan kajian.

Selain itu, sumber sekunder pula diperolehi melalui kajian perpustakaan di


beberapa cawangan yang berdekataan Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu
Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dan Perpustakaan bandaraya Kota Kinabalu.
Dalam konteks ini, kajian perpustaan digunakan oleh pengkaji untuk memperolehi
sumber bertulis dan kajian-kajian lepas mengenai bidang sosioekonomi terutama
sekali sektor pertanian iaitu penanaman getah di Sabah.

1.7 SKOP KAJIAN

Skop kajian merujuk kepada ruang lingkup yang akan diberi perhatian dan tumpuan
oleh pengkaji untuk menyiapkan kajian ini. Dalam kajian ini, pengkaji memilih skop
bidang sejarah sosioekonomi dengan memberikan tumpuan kepada sejarah
perkembangan penanaman getah di Sabah, peranan kerjaan dan masayarakat dalam
mengembangkan penanaman getah dan kesan penanaman getah kepada
sosioekonomi di Sabah.
Tiga aspek skop kajian yang menentukan Batasan kajian ini agar tidak
tersasar daripada kajian. Skop Batasan masa kajian ini adalah selama 82 tahun iaitu
1881 sehingga 1963. Tahun 1881 dipilih kerana tahun tersebut merupakan era
pemerintahan dan pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB)
yang telah mengubah corak sosioekonomi di Sabah. Manakala 1963 adalah tahun
Sabah bebas dari penjajah dengan diistiyarkan merdeka setelah bersama-sama
membentuk Malaysia dengan Sarawak dan Tanah Melayu pada 16 september 1963.
Dalam tempoh masa tersebut juga berlakunya peristiwa penting iaitu Perang Dunia
Kedua.
Seterusnya, skop Batasan tempat pula menumpukan kepada keseluruhan
Sabah tetapi mengkhususkan di Kudat di mana ianya merupakan salah satu daripada
lima residensi Borneo Utara pada masa itu iaitu yang mana pada masa ini meliputi
daerah Kudat, Kota marudu dan Pitas.
1.8 PEMBAHAGIAN BAB

Penulisan ini akan dibahagikan kepada lima bab uyama berdasarkan topik tertentu.
Pembahagian bab dilakukan adalah untuk memberi kefahaman kepada para
pembaca sekaligus memberi penelitian secara terperinci berdasarkan pembahgian
yang telah dilakukan. Setiap bab adalah berkesinambungan antara antara satu sama
lain.

Bahagian pertama adalah pendahuluan. Bab ini akan menerangkan akan


cadangan penyelidikan atau proposal secara terperincil. Proposal ini penting sebagai
perancangan yang menentukan hala tuju kajian. Ianya merangkumi pengenalan,
sorotan literatur, permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian,
metodologi kajian, skop kajian, pembahagian bab dan kesimpulan.

Seterusnya, Bab dua pula akan memerihalkan berkaitan latar belakang Sabah
dengan lebih lanjut. Dalam bab ini dibincangkan juga tentang kedudukan geografi
dan serba ringkas mengenai populasi di Sabah. Selain itu turut dibincangkan dalam
bab ini ialah sejarah pendudukan Borneo Utara oleh SBBUB, aktiviti ekonomi dan
tanaman komersil di Borneo Utara dan dasar-dasar yang dijalankan oleh SBBUB
terhadap sektor pertanian perladangan getah dan tanaman komersil lain di Borneo
Utara.

Selanjutnya iaitu Bab ketiga yang akan menyentuh tentang perkembangan


tanaman getah di Sabah. Dalam aspek perkembangan ini, pengkaji akan
memasukkan berkaitan faktor-faktor perkembangan, bagaimana ianya berkembang,
dan kadar turun dan naik harga pasaran. Selain itu penulis juga akan menyentuh
tentang peranan pemodal, kerajaan, masyarakat dalam mengembangkan
penanaman getah ini di sabah. Bab tiga ini hanya akan menyentuh skop masa
semasa zaman SBBUB sehingga pendudukan Jepun pada 1941.
Bab keempat pula akan membincangkan mengenai masalah dan kesan
perkembangan tanaman getah di Borneo Utara. Kajian ini akan menghuraikan
masalah yang dihadapi dan sejauhmana perkembangan tanaman getah
mempengaruhi sosio-ekonomi Borneo Utara sebelum Perang Dunia Kedua dan
selepas Perang Dunia Kedua. Hai ini dapat dilihat melalui pembinaan kemudahan
infrastruktur seperti jalan raya, jalan kereta api, sekolah dan sebagainya dalam
meningkatkan kebajikan masyarakat peribumi.
Akhir sekali bab lima yang merupakan penutup kepada penulisan ilmiah ini.
Dalam bab ini, kesimpulan menyeluruh akan dibuat tentang sejarah perkembangan
tanaman getah. Disini juga akan dibuat analisis mengikut pandangan beberapa
sarjana dan penulis sendiri mengenai perkembangan tanaman getah di Borneo
Utara.

1.9 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, penulisan yang bakal dijalankan ini berorientasikan sejarah


Borneo Utara dan cuba memberi pengkhususan kepada beberapa daerah. Selepas
kejatuhan harga tembakau, hal ini memulakan petani-petani pada masa itu untuk
memilih menanam getah atas galakan daripada pemodal asing dan syarikat-syarikat
luar ketika itu. Tidak dinafikan penanaman getah agak mudah dari segi
penjagaannya dan pengeluaran hasil dalam masa yang tidak lama. Selain itu
peranan kerajaan British pada masa itu dan pelabur juga banyak mendorong
perkembangan perusahaan getah. Pada masa ini getah menjadi salah satu tanaman
komersil yang berjaya dieksport. Namun begitu perusahaan getah ini juga pernah
menghadapi masalah contohnya pada zaman perang, persaingan dan pemulihan
semula.

You might also like