Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

TAJUK: MENINGKATKAN PENGUASAAN OPERASI BAHAGI DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH SIDAT

Zarifah binti Abd Karim

Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 3


zarifahabdkarim@gmail.com

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini, dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kaedah
sidat mampu meningkatkan penguasaaan konsep membahagi dalam bentuk lazim yang tepat
tanpa melakukan kesilapan. Murid-murid perlu diberikan perhatian yang khusus apabila gagal
menguasai kemahiran asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Tidak semua
murid dapat menguasai kemahiran asas dalam tempoh masa yang sama. Tujuan kajian ini
adalah untuk mengesan dan membimbing murid-murid yang belum menguasai kemahiran
membahagi. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk mencari kaedah yang sesuai untuk
membantu murid-murid yang lambat menguasai kemahiran tersebut. Sampel dalam kajian ini
terdiri daripada 5 orang murid yang mempunyai jantina yang berbeza. Murid yang terlibat
dikenalpasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di bilik darjah.
Kajian ini memberi penumpuan kepada operasi bahagi dengan menggunakan kaedah ‘sidat’.
Tinjauan awal yang dilakuakan ialah mengenalpasti masalah murid melalui menyemak latihan
murid, pemerhatian dan temubual. Pengesanan awal terhadap masalah kemahiran
membahagi yang dihadapi dapat menentukan kaedah yang sesuai dan mereka dapat
mempelajari teknik baharu yang boleh dipraktikkan untuk masa akan datang.

1.0 PENGENALAN

Konsep bahagi merupakan antara konsep asas yang penting dalam matematik. Setiap
murid harus berupaya menguasai kemahiran membahagi ini dengan baik. Antara
faktor yang menyebabkan kebanyakan murid tidak dapat menguasai kemahiran
membahagi nombor dalam lingkungan 10 000 dengan nombor satu digit ialah tidak
memahami konsep dan tidak menggunakan teknik yang betul dalam pengiraan.

Menurut Wong Khoon Yoong (1987), kebolehan matematik yang lebih tinggi
adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hierarki.
Ramai murid tidak dapat menyelesaikan masalah atas sebab tiada penguasaan
konsep yang sebenar atau berlakunya kesalahfahaman konsep. Kita harus sedar
bahawa pemikiran murid-murid di peringkat awal lebih mudah untuk dibentuk
berbanding pemikiran murid dewasa. Jadi, apabila kita dapat menanam konsep
kepada murid dari peringkat awal, maka murid tersebut tidak akan mempunyai
masalah untuk konsep matematik seterusnya. Gagne (1970), dalam bukunya The
Condition of Learning mengatakan bahawa adalah amat sukar untuk membentuk
konsep pada minda pelajar dan jika ia telah berlaku, maka mudahlah pembelajaran itu
dilakukan.
Kaedah ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan penguasaan
kemahiran membahagi malah ianya mengelakkan murid daripada membuat kesilapan
dalam pengiraan. Pengkaji melihat bahawa kaedah membahagi menggunakan
kaedah sidat ini adalah satu cara alternatif yang baik untuk meningkatkan penguasaan
murid dalam topik bahagi bagi murid di tahap 1.

1.2 Kontek Kajian

Pengkaji mendapat pendidikan ikhtisas di Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala


Terengganu dan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang matematik.
Dari aspek pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, pengkaji
telah memulakan profesion sebagai guru dengan mengajar matematik selama 30
tahun. Pengalaman menjadi guru matematik sememangnya mencabar dan
memerlukan kesabaran serta kecenderungan untuk mempelbagaikan kaedah bagi
meningkatkan pemahaman yang bersesuaian dengan aras kognitif murid.

Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan dalam pelakuan


pelajar hasil daripada penglibatannya dalam sesuatu pengalaman pendidikan
(Nicholls, 2002) Hasil daripada pemerhatian pengkaji ketika mencerap pengajaran dan
pembelajaran matematik di kelas tersebut, didapati murid kurang berminat dengan
tajuk operasi bahagi dan menimbulkan persoalan, adakah pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan membosankan? atau adakah murid tidak berminat
dengan matapelajaran matematik?

1.3 Refleksi Kajian

Penguasaan asas dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi amat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah sebelum seseorang murid itu
berupaya menguasai kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran ukuran panjang,
timbangan berat, pecahan dan sebagainya. Kajian ini memfokuskan kepada masalah
operasi bahagi yang selalu dianggap susah dan sukar difahami. Pelaksanaan kajian
ini untuk melihat sejauhmana kaedah sidat ini dapat membantu dalam meningkatkan
penguasaaan murid dalam operasi bahagi. Berdasarkan pengalaman pengkaji
mengajar matematik di sekolah, murid didapati lebih mudah menguasai kemahiran
darab berbanding operasi bahagi. Murid sering keliru dengan operasi bahagi dan
darab serta sering melakukan kesalahan. Kesalahan yang biasa dilakukan oleh
mereka ialah membahagi dalam bentuk lazim, sering tidak menulis jawapan dalam
hanya menunjukkan jalan kiraan berdasarkan sifir yang biasa digunakan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini memfokuskan kepada kegagalan murid menyelesaikan masalah


operasi bahagi yang dilaksanakan dalam bentuk lazim. Ini bermaksud murid tidak
dapat menjawab dengan tepat pengiraan operasi bahagi dan pemasalahan ini
menyebabkan murid gagal untuk memahami konsep dan menguasai kemahiran
membahagi. Kegagalan ini juga menyumbangkan kepada kegagalan murid menjawab
soalan pada topik pecahan, perpuluhan, masa dan waktu, wang, timbangan berat,
isipadu cecair yang mana melibatkan banyak proses membahagi dalam topik-topik
lain.

Memetik kata-kata Donna Saye, professor di Georgia South University


mengatakan bahawa kaedah tradisional bukan sahaja memberi kesan negatif kepada
pelajar, malah menyumbang kepada kecenderungan murid untuk berprestasi lemah
dalam matematik. Kaedah ini membosankan murid kerana mereka hanya bergerak
pasif dan hanya melihat guru menulis contoh matematik dan kemudiannya mendengar
dan menyalin.

2.1 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membahagi dalam lingkungan


10 000 dengan menggunakan kaedah sidat.

2.2 Soalan Kajian

i. Adakah kaedah Sidat dapat meningkatkan penguasaan kemahiran operasi


bahagi dalam lingkungan 10 000?
ii. Sejauh manakah kaedah Sidat dapat meningkatkan penguasaan operasi
bahagi dalam lingkungan 10 000?

2.3 Pemilihan Fokus Kajian


Untuk kajian ini, pengkaji telah memilih Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 3 yang
berada dalam daerah Maran, Pahang Darul Makmur. Murid tahun 4 Bijak telah dipilih
sebagai sampel kajian memandangkan kemahiran membahagi dalam bentuk lazim
dalam sukatan Pelajaran bermula pada tahun 4.

Kelas tahun 4 Bijak merupakan kelas kedua dimana murid-muridnya


berpencapaian rendah. Hasil daripada pencerapan di bilik darjah yang berkenaan,
didapati 10 orang daripada 23 orang murid kelas 4 Bijak iaitu 43.5 % tidak menguasai
kemahiran membahagi ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Menurut Wong Khoon Yoong (1987), kebolehan matematik yang lebih tinggi
adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hierarki.
Ramai murid tidak dapat menyelesaikan masalah atas sebab tiada penguasaan
konsep yang sebenar atau berlakunya kesalahfahaman konsep. Kita harus sedar
bahawa pemikiran murid-murid di peringkat awal lebih mudah untuk dibentuk
berbanding pemikiran murid dewasa. Jadi, apabila kita dapat menanam konsep
kepada murid dari peringkat awal, maka murid tersebut tidak akan mempunyai
masalah untuk konsep matematik seterusnya. Gagne (1970), dalam bukunya The
Condition of Learning mengatakan bahawa adalah amat sukar untuk membentuk
konsep pada minda pelajar dan jika ia telah berlaku, maka mudahlah pembelajaran itu
dilakukan.
Kaedah ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan penguasaan
kemahiran membahagi malah ianya mengelakkan murid dari membuat kesilapan
dalam pengiraan. Pengkaji melihat bahawa kaedah membahagi menggunakan
kaedah sidat ini adalah satu cara alternatif yang baik untuk meningkatkan penguasaan
murid dalam topik bahagi bagi murid di tahun 4.

2.4 Pengumpulan Data Awal

Pengkaji membuat pengumpulan data berdasarkan kaedah kualitatif dan


kuantitatif. Kedua-dua kaedah ini sangat penting dalam membuat analisis terhadap
kajian ini. Kaedah Kualitatif dalam pengumpulan data dibuat dengan mengadakan
ujian pra, ujian pasca dan latihtubi. Bagi data kuantitatif pula, pengkaji menggunakan
data melalui pemerhatian, temubual dan soal selidik. Data kuantitatif melibatkan murid
dan guru. Namun dalam laporan ini, saya hanya memfokuskan kepada analisis ujian
pra, ujian pasca, pemerhatian dan temubual.
2.5 Tindakan

Kajian tindakan yang akan dilaksanakan dengan menggunakan Model Penyelidikan


Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model Penyelidikan Kemmis dan Mc Taggart ini
mengandungi empat fasa iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat
refleksi. Dalam fasa merancang, pengkaji telah merancang tindakan-tindakan yang
akan pengkaji lakukan terhadap sampel dalam penyelidikan ini. Kesemua masalah
yang dihadapi oleh sampel mempengaruhi perancangan dalam penyelidikan ini.

Fasa bertindak pula, pengkaji mula melaksanakan setiap perancangan


termasuklah ujian pra, ujian pasca, soal selidik, temubual dan sebagainya. Dalam
masa yang sama, pengkaji membuat pemerhatian sepanjang penyelidikan berlaku.

REFLEKSI

PEMERHATIAN
Satu
PERANCANGAN
kitaran
kajian

PELAKSANAAN

Rajah 1 : Gelung Kajian Tindakan Kemmis & MacTaggart (1988)

Semua data yang dikumpul melalui pemerhatian direkodkan. Berdasarkan data-data


yang telah dikumpul, pengkaji membuat refleksi terhadap keberkesanan kaedah Sidat
yang laksanakan terhadap penguasaan kemahiran membahagi. Hasil refleksi ini
menunjukkkan keberkesanan kaedah ini.

2.5.1 Ujian Pra

Pengkaji telah melaksanakan ujian pra untuk menganalisis kelemahan murid


dalam membahagi. Ujian pra telah ditadbirkan oleh pengkaji kepada sebahagian murid
kelas 3 Bijak iaitu 10 murid. Ini bertujuan untuk memilih 5 orang murid sasaran yang
lemah dalam menguasai kemahiran membahagi. Jadual 1 merupakan analisis
pencapaian dalam kelas 3 Bijak.
Jadual1 Analisis pencapaian Murid 3 Bijak dalam Ujian Pra

Bil Nama Murid Bil. Soalan yang betul


1. Murid A 8/10
2. Murid B 8/10
3. Murid C 7/10
4. Murid D 7/10
5. Murid E 7/10
6. Murid F 1/10*
7. Murid G 0/10*
8. Murid H 0/10*
9. Murid I 0/10*
10. Murid J 0/10*
Petunjuk: *5 orang murid dipilih untuk kajian ini.

Setelah memilih 5 murid yang lemah dalam menjawab soalan bahagi dalam bentuk
lazim. Terdapat kesilapan yang ditemui antaranya ialah:
a. Kurang cekap dalam membahagi
b. Tidak tahu menggunakan sifir
c. Tidak menulis jawapan dalam bentuk lazim ketika mengira.
Contoh:

3 8 6 1
6
2 6
2 4
2 1
2 1
. .

2.5.2 Semakan buku tulis


Semakan buku latihan juga digunakan bagi mengesan kelemahan murid bagi topik
bahagi. Kelemahan murid juga boleh dikesan berdasarkan latihan yang diberi di dalam
kelas dan kerja rumah.
2.5.3 Sesi temubual
Pengkaji mendapati sesi temu bual yang dilaksanakan dengan murid-murid secara
lisan untuk mendapat maklumat. Pengkaji mendapati murid-murid kurang didedahkan
dengan pelbagai teknik dalam proses pembelajaran matematik. Guru hanya
menggunakan kaedah yang terdapat di dalam buku teks untuk pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.

2.5.4 Soal selidik


Dalam soal selidik yang telah ditadbir oleh pengkaji sebelum dan selepas kaedah
sidat dijalankan untuk melihat minat murid terhadap topik bahagi dan juga
matapelajaran matematik. Jadual 2 menunjukkan hasil soal selidik sebelum kaedah
sidat dijalankan.

Jadual 2 Soal selidik minat murid-murid terhadap subjek matematik


Bilang murid Bilangan murid
Bil Nama Murid yang menjawab yang menjawab
(Ya) (Tidak)
1. Adakah anda meminat subjek
4/10 (40%) 6/10 (60%)
matematik?

2. Adakah mempelajari subjek


1/10 (10%) 9/10 (90%)
matematik mudah?

3. Adakah anda menghafal sifir 2


3/10 (30%) 7/10 (70%)
hingga 5?

4. Adakah anda suka belajar topik


1/10 (10%) 9/10 (90%)
bahagi?
Adakah anda tahu
5. menggunakan sifir ketika 5/10 (50%) 5/10 (50%)
membahagi?

3.0 PELAKSANAAN KAEDAH SIDAT

Pengkaji menamakan kaedah ini sebagai Kaedah Sidat kerana kaedah membahagi ini
memerlukan murid membina sifir secara mendatar untuk memudahkan murid
menjawab soalan bahagi dalam bentuk lazim dengan betul. Contoh sifir datar atau
sidat seperti dibawah:
Sifir 2

A 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

B 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18

Sifir 3

A 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
B 0 3 6 9 12 15 18 21 24 27

Sifir 4

A 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
B 0 4 8 12 16 20 24 28 32 36

Sifir 5

A 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
B 0 5 10 15 20 25 30 35 40 45

Petunjuk: A mewakili Atas manakala B mewakili Bawah

Cara menggunakan sifir datar dalam kaedah sidat ini adalah seperti langkah-langkah
berikut:
a. Tukarkan soalan dalam bentuk lazim.
b. Bina sifir datar berdasarkan soalan yang diberikan.
c. Pastikan menuliskan jawapan di atas (yang bertanda A) terlebih dahulu
sebelum menulis nombor di bawah (yang bertanda B).
d. Menyelesaikan soalan adalah seperti membahagi biasa berdasarkan
urutan nombor (merah).
e. Sekira nombor soalan lebih kecil daripada nombor yang membahagi, angka
sifar digunakan di atas dan di bawah.
f. Kotakkan nombor pada sifir datar yang digunakan seperti contoh di bawah.
Contoh:

2 0 5 3 3 1 7 5
A 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
4 8 2 1 2
8 B 0 4 8 12 16 20 24 28 32 36
. 2
0
2 1 4 2 8 6
2 0
. 1 2
1 2
. .

Pelaksanaan kaedah sidat kepada murid yang disasarkan adalah dalam tempoh 3 jam
iaitu 3 hari pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di bilik pemulihan.
Setelah murid telah menguasai, mereka diberikan soalan ujian pasca dalam tempoh
masa yang ditetapkan (30 minit).

4.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan daripada kajian yang dilaksanakan terhadap sampel dapat membantu


mereka untuk menguasai kemahiran membahagi dan mengelakan daripada
melakukan kecuaian ketika menjawab soalan bahagi. Pengunaan Kaedah Sidat telah
memberi implikasi yang positif terhadap pencapaian murid. Ini dapat dilihat dari
pencapaian markah ujian pra dan ujian pasca dijalankan. Peningkatan yang
membanggakan itu membuktikan bahawa kaedah ini dapat menarik minat dan murid
lebih bersemangat untuk belajar matematik. Selain daripada itu, Kaedah Sidat ini
merupakan satu kaedah baru dan murid-murid berasa teruja untuk mempelajarinya.

Perubahan minat dan persepsi murid-murid juga amat ketara dilihat selepas Kaedah
ini diperkenalkan. Mereka melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang
dijalankan dan koperatif antara rakan mereka. Apabila semangat berkolaborasi wujud
dalam kalangan mereka, tidak akan timbul daripada mereka yang pasif di dalam kelas.
Pembelajaran secara koperatif membolehkan murid-murid mencapai tahap
penguasaan yang maksimum berbanding dengan pembelajaran secara individu
(Effandi, 2005). Di samping itu juga, dengan tercetusnya satu kaedah baru seperti
Kaedah Sidat ini, secara tidak langsungnya mewujudkan satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Sebagai guru, adalah menjadi satu
tanggungjawab untuk menjadi seorang yang kreatif dalam pengajaran dan
pembelajaran agar murid-murid merasa seronok belajar dan boleh memahami sesuatu
konsep dengan cepat dan berkesan. Menurut (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010),
sebelum seseorang itu disahkan menjadi guru, mereka haruslah mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang mantap dalam bidang yang diceburi.

4.1 Analisis kuantitatif

Berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti daripada ujian pra dan ujian pasca
telah dijalankan. Responden telah diberikan 10 soalan dalam ujian pra iaitu berkaitan
dengan operasi bahagi. Masa selama 30 minit telah diberikan kepada responden bagi
ujian pra. Ujian pra diberikan bagi melihat sejauhmana pencapaian responden dalam
operasi bahagi sebelum Kaedah Sidat diperkenalkan. Ujian pasca pula diberikan
setelah Kaedah Sidat dilaksanakan iaitu sebanyak 10 soalan diberikan kepada
responden selama 30 minit.

Jadual 3 Analisis pencapaian Responden dalam Ujian Pra dan Pasca


Bil. Soalan betul Bil. Soalan betul
Bil Nama Murid
(Ujian Pra) (Ujian Pasca)
1. Murid F 1/10 (10%) 10/10 (100%)
2. Murid G 0/10 (0%) 10/10 (100%)
3. Murid H 0/10 (0%) 9/10 (90%)
4. Murid I 0/10 (0%) 9/10 (90%)
5. Murid J 0/10 (0%) 8/10 (80%)

Jadual 3, menunjukkan perbandingan pencapaian berdasarkan ujian pra dan ujian


pasca sebelum dan selepas kaedah Sidat dijalankan. Ini jelas dapat dilihat semua
responden menunjukkan peningkatan jumlah soalan yang dijawab dengan betul
selepas Kaedah Sidat diperkenalkan. Peningkatan pencapaian setiap responden
menunjukkan nilai yang positif.

4.2 Analisis deskriptif

Pengkaji telah menggunakan analisis deskriptif bagi menganalisis data


daripada soal selidik minat murid dalam matapelajaran matematik. Bilangan
responden yang menjawab ‘ya’ berbeza berbanding di antara bilangan yang
menjawab ‘ya’ sebelum dan selepas menggunakan kaedah sidat.

Jadual 4 Perbandingan penerimaan responden terhadap subjek matematik sebelum


dan selepas kaedah Sidat dilaksanakan
Bilang murid Bilangan murid
yang menjawab yang menjawab
Bil Nama Murid
(Ya) (Ya)
sebelum selepas
1. Adakah anda meminat subjek
40% 100%
matematik?

2. Adakah mempelajari subjek


10% 100%
matematik mudah?

3. Adakah anda menghafal sifir 2


30% 60%
hingga 5?

4. Adakah anda suka belajar topik


10% 100%
bahagi?
Adakah anda tahu
5. menggunakan sifir ketika 50% 100%
membahagi?

Melalui soal selidik yang dijalankan selepas kaedah Sidat dilaksanakan, terdapat
peningkatan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik. Analisis
menunjukkan semua responden mencapai 100% bagi soalan 1,2,4 dan 5. Dengan
adanya Kaedah Sidat ini, membantu mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan operasi bahagi dengan cepat dan tepat. Mereka tidak perlu menghafal sifir
dan hanya membina sifir secara mendatar sebelum menyelesaikan soalan operasi
bahagi. Mengingati Sifir atau menghafal sifir bukan lagi menjadi masalah untuk
menyelesaikan soalan berkaitan dengan bahagi.

Berdasarkan perbandingan soal selidik antara sebelum dan selepas kaedah Sidat
diperkenalkan ternyata minat terhadap matapelajaran matematik meningkat 100% dan
100% responden minat dengan topik bahagi memahami konsep darab dan tidak
menghafal sifir tapi mampu menyelesaikan soalan operasi bahagi
5.0 REFLEKSI

Berdasarkan keputusan ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, boleh dirumuskan
bahawa Kaedah Sidat yang diperkenalkan kepada murid Tahun 4 Bijak merupakan
teknik yang bersesuaian dan tepat dengan kebolehan dan kemahiran mereka. Selepas
kajian tindakan ini dijalankan, murid-murid melahirkan perasaan seronok kerana
berjaya menyelesaikan operasi bahagi berbanding dengan respons mereka dahulu
iaitu fobia terhadap operasi bahagi. Dari segi minat terhadap operasi bahagi, didapati
mereka lebih berminat untuk menyelesaikan operasi bahagi berbanding dengan
dahulu.

Pengkaji belajar menjadi lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid
dan mencuba teknik baharu dalam pengajaran saya. Seorang guru seharusnya
mempunyai kreativiti untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
mampu meningkatkan prestasi sehingga ke tahap yang optimum. Seorang guru
matematik, harus memastikan murid memahami konsep, di samping menguasai
kemahiran-kemahiran asas yang berkaitan. Dengan demikian, murid dapat
mempelajari matematik dengan lebih mudah, seronok dan mengembirakan.

6.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini memberikan hasil yang sangat memberangsangkan


apabila kesemua responden menunjukkan peningkatan skor dalam ujian pasca
mereka. Cadangan untuk kajian seterusnya ialah pengkaji ingin mengubah kumpulan
sasaran kepada kumpulan yang lebih besar. Dalam penyelidikan ini, saya hanya
mengambil 10 orang sampel sahaja. Jadi, untuk cadangan kajian seterusnya, saya
ingin meningkatkan bilangan respoden lebih banyak. Peningkatan bilangan responden
ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran sebenar berkenaan tahap
pencapaian murid sekurang-kurangnya dalam lingkungan yang lebih besar daripada
penyelidikan ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan Kaedah Sidat dapat membantu
murid-murid menyelesaikan operasi bahagi dengan lebih berjaya. Oleh itu, untuk
tindakan seterusnya.

Pengkaji bercadang untuk memperkenalkan kaedah ini kepada murid-murid Tahun 4


dan 5 yang yang tidak mahir dalam operasi bahagi. Selain itu, saya juga berharap agar
guru matematik lain di sekolah saya dapat memperkenalkan kaedah ini kepada murid-
murid mereka. • Kesimpulan Alaf 21 kini membawa kita ke arah kepelbagaian kaedah
dan teknik pembelajaran baru yang semakin berkembang bagi memudahkan murid
memahami pembelajaran agar lebih berkesan. Murid akan lebih yakin untuk
melaksanakan sebarang masalah matematik yang diberikan sekiranya mereka
menguasai konsep asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Justeru, kemampuan dan kebolehan murid ini akan menambah keyakinan mereka
sebagai generasi muda yang lebih rasional dan mampu berdaya saing untuk
membentuk negara yang lebih maju dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.
Rujukan

Bahagian Pendidikan Guru. (1999). Rekreasi Matematik: Edisi Percubaan .Kuala


Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Penyelidikan


Tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lai Kim Leong. (2007). Penyelesaian masalah Matematik sekolah rendah dengan
menggunakan strategi melukis gambar. Koleksi Bahan Bengkel Inovasi Pedagogi
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007, 23-33.

Mohd. Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Tay Siew Hui (2004). Meningkatkan Penguasaan Fakta Asas Darab 2 hingga 9 Di kalangan
Pelajar 3 Merah.

You might also like