Kajian Lapangan Hampir Siap 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

KAJIAN LAPANGAN

KEGIATAN EKONOMI
UTAMA DI BUKIT KATIL
DAMAI 75450,MELAKA

Ditulis oleh: FARIESYAH MAHIERAH BINTI FAIZA RIZAL


No IC : 070705-04-0138
Tingkatan: 3 KHADIJAH
Nama Guru: PUAN RAILAH BINTI ABU

SENARAI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN HALAMAN

Penghargaan
Pendahuluan

Jadual kerja

Pengagihan kerja

Objektif kajian

Kaedah kajian

Kawasan kajian
Dapatan Kajian
Rumusan

Lampiran

Rumusan
PENGHARGAAN

Sejujurnya saya berasa sangat berbesar hati untuk menghasilkan tugasan Kerja
Lapangan tentang Kegiatan Ekonomi Utama di Bukit Katil. Saya amat bersyukur
kerana dapat melaksanakan Stugasan ini dengan sempurna atas bantuan dan
kerjasama daripada pelbagai pihak. Dengan itu, saya mahu mengambil peluang ini
untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang membantu. Sebelum
menyambung ucapan ,saya terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan penghargaan
kepada guru saya iaitu Puan Railah kerana telah sudi memberikan bimbingan dan
tunjuk ajar dalam menjalankan tugasan ini. Selain itu, saya mahu mengucapkan
terima kasih kepada orang ramai yang telah sudi menjadi responden saya dalam
kajian ini dan telah mengambil masa untuk menyiapkan boring soal selidik yang
disediakan.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya yang
telah memberi penerangn tentang tugasan yang diberi. Akhir sekali, ucapan terima
kasih ini saya tujukan kepada ibu dan ayah saya yang telah memberi dorongan dan
bantuan untuk saya menjalankan kajian ini. Saya amat menghargai jasa mereka
semua,Terima Kasih atas bantuan semua.
PENDAHULUAN

Saya FARIESYAH MAHIERAH BINTI FAIZA RIZAL dari kelas 3


KHADIJAH telah menghasilkan Kerja Lapangan Geografi ini. Kawasan kajian
saya ialah Bukit Katil,Melaka. Kawasan ini merupakan tempat tinggal saya. Hal ini
dapat memudahkan saya membuat kajian tentang kawasan tempat tinggal saya.
Tempoh masa kajian akan disiapkan ialah selama empat minggu. Dalam masa
ini , saya mesti menyiapkan projek ini dan menghantarnya tepat pada masa yang
ditetapkan supaya memudahkan guru saya membuat penilaian.
Ciri pandang darat fizikal di Bukit Katil Damai ialah, bukit bukau,paya dan
hutan.
Ciri pandang darat budaya di Bukit Katil Damai pula ialah petempatan, sekolah,
surau, klinik dan bangunan perniagaan.
JADUAL KERJA

HARI TARIKH AKTIVITI CATATAN


HARI 1 5/12/2022 -Mendapat arahan dan mendengar taklimat daripada Waktu pdpr di sekolah
ISNIN guru mata pelajaran geografi berkaitan kerja lapangan
bertajuk KEGIATAN EKONOMI UTAMA DI KAWASAN
TEMPAT TINGGAL
HARI 2 7/12/2022 -Diberi taklimat lanjut tentang kaedah kerja lapangan Waktu pdpr di sekolah
RABU dan perbincangan bersama rakan sekelas
-Membuat catatan hasil penerangan guru
HARI 3 10/12/2022 -Membuat pencarian awal CONTOH KERJA LAPANGAN Carian dibuat pada waktu
SABTU TINGKATAN 3 TAHUN 2015 tengahari
-Melihat contoh kerja lapangan sebagai rujukan untuk
kajian seterusnya
HARI 4 14/12/2022 -Mengumpul maklumat berkaitan tajuk melalui lawan Waktu malam
RABU web tertentu

Hari 5 21/12/2022 -Membuat borang soal selidik berkaitan kegiatan Waktu petang
RABU ekonomi di Kawasan kajian
-Mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk
kawasan kajian.

Hari 6 22/12/2022 -Mendapat respon borang soal selidik dan mula Waktu petang dan malam
KHAMIS menganalisis berdasarkan repon yang diberi.
-Membuat penulisan laporan berdasarkan maklumat
yang didapati
-Menulis laporan mengikut objektif kajian yang telah
ditetapkan.

Hari 7 26/12/2022 -Menyambung penulisan laporan Waktu pagi dan petang


ISNIN
Hari 8 28/12/2022 -Membuat penambahbaikan Waktu pagi
RABU -Menyemak laporan kajian dan bahan grafik

-Menghantar laporan
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut :
1.Mengenal pasti kegiatan ekonomi utama di Bukit Katil Damai
2.Menghuraikan berkaitan kegiatan ekonomi utama di Bukit Katil Damai
3.Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Bukit Katil
4.Menjelaskan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar
5.Mencadangkan kegiatan ekonomi lain di Bukit Katil Damai
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Bukit Katil Damai ,Melaka.Saya memilih kawasan ini kerana Bukit Katil Damai
merupakan kawasan tempat tinggal saya.Hal ini memudahkan saya mencari maklumat.Kawasan ini merupakan
kawasan perumahan juga mempunyai deretan premis perniagaan .Selain itu terdapat beberapa buah sekolah dan
taman tema air di kawasan ini.
Antara kegiatan ekonomi yang dilakukan di kawasan ini ialah perniagaan peruncitan.Kegiatan ekonomi ini
merupakan kegiatan utama di Bukit Katil Damai. Sebagai contoh, di sini terdapat 99 Speedmart, 388 Tiga Lapan
Lapan Mini Market, LK Fresh & Bake Mart,AS Puncak Damai, 88 KSC Mart dan Pasar Mini
Madinah.Perniagaan peruncitan di sini semuanya menjual keperluan harian dan barangan basah .Dengan
kemudahan ini penduduk Bukit Katil Damai dapat membeli barangan keperluan berdekatan tempat tinggal masing
masing tanpa perlu berjalan jauh.Dalam masa yang sama dapat menjimatkan masa dan minyak kenderaan
Selain itu, terdapat juga perniagaan makan dan minum seperti Restoran Irfan Tomyam, Amira Tomyam
Seafood,Restoran Nasi Ayam Ct,Restoran Lagenda Tomyam,Wan Burger,Nasi Goreng Udang Banjir, Bob
Nasi Kukus Ayam Berempah,KYNK Kak Yah Nasi Kukus, Medan Selera Taman Saujana Indah,Bubur
Ayam dan Ayam Goreng D3nish, Roti Canai Street,Kafe Teratak Damai dan Cakoi Kaya Pandan. Premis
perniagaan makanan dan minuman di kawasan ini kebiasaannya beroperasi bermula tengahari hingga petang
seperti… dan ada juga yang mula beroperasi bermula petang hingga waktu malam. Tambhan lagi, kawasan ini juga
mempunyai gerai kecil kecilan yang akan beroperasi pada waktu pagi sahaja, ada yang beroperasi pada waktu pagi
hingga petang dan ada yang beroperasi pada waktu malam sahaja.Kebanyakan premis perniagaan makanan di
kawasan ini mempunyai perkhidmatan bungkus makanan juga perkhidmatan penghantaran makanan untuk beberapa
premis tertentu.
Di samping itu, perniagaan kedai cuci kereta juga berada di Bukit Katil Damai. Kedai cuci kereta ini bernama
“The Red Bison” dan merupakan satu-satunya kedai cuci kereta di kawasan Bukit Katil Damai.Kedai ini bukan
sahaja mencuci kereta dan motosikal, ia juga membaiki motosikal dan menjual minuman.Kedai ini menyediakan
perkhidmatan, mencuci luar dan dalam kereta, mencuci motosikal dan membaiki motosikal.Kedai ini juga
mempunyai pelbagai minuman yang menarik untuk pelanggan yang datang ke kedai tersebut.Pelanggan yang datang
untuk mencuci kereta ,motosikal atau membaiki motosikal boleh berehat sebentar sambil menikmati minuman
sementara menunggu kereta dan motosikal dicuci atau dibaiki. Perkhidmatan yang diberi sangat baik, mereka juga
mempunyai pekerja yang ramah dan baik hati.Dengan adanya kedai ini penduduk Bukit Katil Damai boleh
menghantar kereta atau motosikal untuk dicuci dengan harga yang berpatutan dan servis yang memuaskan juga tidak
jauh dari kediaman para penduduk.
Seterusnya,kegiatan ekonomi di Bukit Katil Damai,Melaka ialah sekolah dari peringkat tadika dan sekolah rendah
seperti, Tadika Raudhatul Sakinah, Tadika Astana Bonda,Tadika Hifzul Iman, Tadika ABS Bukit Katil,
Tadika Al-Baghdadi Qalam Genius, SRA Jaim Tun Razak dan SK Kampung Tun Razak. Perkhidmatan yang
disediakan ialah perkhidmatan akademik, agama dan pengajian Al-Quran.Ibu bapa iaitu penduduk Bukit Katil
Damai menghantar anak-anak mereka dengan membayar yuran. Sekolah-sekolah ini juga berdekatan dengan tempat
tinggal mereka.
Kemudian, terdapat juga perkhidmatan klinik kesihatan seperti “KLINIK FADHILAH”yang beroperasi 24 jam.
Buat masa kini, mereka hanya beroperasi bermula 8 pagi hingga 11 malam. Antara perkhidmatan yang disediakan
ialah pemeriksaan kesihatan, ujian kehamilan, ujian urine, saringan kanser, ultrabunyi dan nasihat kesihatan
Kawasan ini juga mempunyai dobi layan diri seperti“ADAN LAUNDRY”dan “LAUNDRYBAR”yang
beroperasi 24 jam setiap hari.Dobi ini mempunyai perkhidmatan membasuh dan mengeringkan pakaian.Selain itu,
dobi ini juga mempunyai mesin tukaran token untuk membasuh pakaian.Pelanggan perlu memasukkan duit ke dalam
mesin untuk ditukarkan kepada token. Kemudian token tersebut perlu dimasukkan ke dalam mesin basuh atau mesin
pengering untuk proses seterusnya. Mereka meyediakan beberapa buah sofa sebagai ruang menunggu pelanggan
semasa membasuh atau mengeringkan pakaian dan yang paling menarik, mereka menyediakan wifi percuma kepada
semua pelanggan untuk digunakan semasa menuggu pakaian habis dicuci atau dikeringkan.
Akhir sekali,kawasan ini juga mempunyai taman tema air seperti “BAYOU LAGOON PARK RESORT”.Taman
tema ini beroperasi 24 jam dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Mereka mempunyai taman air eksklusif
yang bersambung dengan hotel, Bayou Lagoon Park Resort menyediakan acara dan aktiviti menarik di sekitar resort
termasuk aktiviti “indoor” dan “outdoor”yang direka dengan sempurna untuk seisi keluarga. Sekolah berdekatan
juga boleh membuat lawatan di taman tema air ini. Mereka juga menawarkan harga yang berpatutan untuk percutian
seisi keluarga dan lawatan pelajar sekolah. Selain daripada itu, Bayou Lagoon juga mempunyai dewan tertutup yang
sesuai untuk majlis graduasi atau majlis-majlis terbuka.
PETA LAKAR
1. PETA MAKRO

KAWASAN BUKIT KATIL DAMAI,75450 ,MELAKA

TAFSIRAN PETA
KAEDAH KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah kajian untuk menghasilkan kerja lapangan.Setelah mendengar taklimat penerangan
daripada guru Geografi, saya telah mengenal pasti kaedah yang akan membantu saya mencatat maklumat secara
terperinci.Oleh itu, saya telah menggunakan 3 kaedah untuk menjalankan kajian ini. Berikut adalah:-

1.Kaedah pemerhatian
Melalui kaedah ini, saya telah membuat pemerhatian di Kawasan Bukit Katil Damai, Melaka untuk mendapatkan
maklumat lanjut berkaitan kegiatan ekonomi di kawasan tersebut. Setelah membuat pemerhatian, saya dapati
terdapat beberapa kegiatan ekonomi seperti perniagaan,perlancongan dan perkhidmatan.

2.Kaedah soal selidik


Saya telah menyoal selidik penduduk Bukit Katil Damai,Melaka berkaitan kegiatan ekonomi di kawasan tersebut
untuk membantu saya mengkaji kawasan kajian ini.Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada 10
orang responden dengan menghantar pautan dari “Google Form” untuk memudahkan mereka menulis
jawapan.Setelah mendapat respon dari responden saya menganalisa jawapan diberi seperti di bahagian lampiran.

3.Kaedah rujukan

SOAL SELIDIK
1.Menghantar borang soal selidik kepada 10 orang responden berkaitan kegiatan ekonomi di Bukit Katil Damai
2.Membuat analisis daripada jawapan para responden yang diperolehi dan mula menghasilkan bahan grafik yang
sesuai
3.Jenis kegiatan ekonomi di Bukit Katil Damai, Melaka
4.Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Bukit Katil Damai,Melaka
5.Kesan kegiatan ekonomi di Bukit Katil Damai,Melaka
6.Cadangan kegiatan ekonomi lain di Bukit Katil Damai,Melaka

Saya telah menggunakan beberapa bahan rujukan untuk mencari maklumat berkaitan kegiatan ekonomi di kawasan
kajian.
HASIL KAJIAN

Selepas melakukan kajian saya telah dapati terdapat beberapa kegiatan ekonomi di Bukit Katil Damai.
Antaranya,perniagaan peruncitan,perniagaan makanan dan minuman, kedai mencuci kereta, sekolah,klinik,dobi
layan diri dan taman tema air. Perniagaan kedai makan merupakan perniagaan paling banyak di Bukit Katil
Damai.Hal ini kerana, penduduk Bukit Katil Damai yang ramai akan membeli makanan bungkus atau makan di
kedai yang berdekatan rumah mereka. Kedai makan yang banyak memberi banyak plihan kepada penduduk Bukit
Katil Damai untuk menjamu selera mengikut keinginan mereka sendiri.Pelajar sekolah yang ramai juga menjadikan
kegiatan ini sebagai kegiatan utama kerana kebanyakan ibu bapa akan membawa anak yang pulang dari sekolah
untuk makan tengah hari di kedai makan berdekatan sekolah .Hal ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan
mereka.Pekerja-pekerja kedai runcit dan pekerja kedai cuci kereta juga akan berehat dan menjamu selera di kedai
makan berdekatan.
Selain itu, berdasarkan kajian yang telah dilakukan saya mendapati perniagaan peruncitan juga merupakan salah
satu kegiatan utama di Bukit Katil Damai, Melaka.Kuantiti penduduk yang ramai membolehkan pembukaan kedai
runcit yang pelbagai dibuka berdekatan kawasan ini. Kedai runcit di kawsan ini ada yang mempunyai barangan
keperluan yang mencukupi, ada juga yang kekurangan barang. Hal ini memudahkan penduduk mencari barangan
keperluan di kedai yang berlainan dengan jarak yang dekat.
Kemudian, perkhidmatan juga merupakan salah satu kegiatan utama di kawasan ini. Kegiatan dalam pendidikan
yang terdapat dalam sektor perkhidmatan telah memudahkan penduduk Bukit Katil Damai untuk memilih sekolah
buat anak-anak mereka. Hal ini kerana, terdapat kawasan perumahan baru yang menjadikan penduduk kawasan ini
bertambah dan pertambahan murid di setiap sekolah menjadikan kegiatan ini penting di kawasan Bukit Katil Damai .

Seterusnya, perindustrian. Kewujudan kilang yang berdekatan dengan kawasan ini menjadikan perindustrian
sebagai salah satu kegiatan di Bukit Katil.Dengan adanya kilang di kawasan ini, secara tidak langsung, ia mampu
untuk memajukan kegiatan ekonomi di kawasan ini, bahkan mampu untuk memajukan pasaran negara.
Akhir sekali perlancongan. Kegiatan ini dilakukan di kawasan yang strategik dan dapat menarik minat penduduk
mahupun pelancong luar untuk datang ke sini. Sebagai contoh “Bayou Lagoon Park Resort”yang menyediakan
pelbagai aktiviti menarik dan tawaran harga yang berpatutan. Kegiatan ini juga merupakan satu kegiatan yang
membawa kemajuan kawasan ini.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEGIATAN EKONOMI DI BUKIT KATIL
DAMAI,MELAKA

Berdasarkan kajian saya,terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Bukit Katil
Damai,Melaka. Faktor fizikal di Bukit Katil Damai ialah bentuk muka bumi.Tanah pamah memudahkan pembinaan
petempatan,jalan raya,bangunan deretan kedai,taman tema dan sekolah.
Faktor manusia di Bukit Katil Damai pula ialah buruh.Hal ini kerana pekerja di kawasan Bukit Katil Damai terdiri
daripada buruh tempatan dan buruh asing. Sekolah di kawasan ini mempunyai buruh tempatan yang mahir dalam
pendidikan. Selain itu, buruh di Klinik Fadhilah juga merupakan buruh mahir.
KESAN KEGIATAN EKONOMI DI
BUKIT KATIL DAMAI,MELAKA
TERHADAP ALAM SEKITAR

Kegiatan ekonomi mempunyai kebaikan dan keburukan.Kegiatan ekonomi yang berlebihan akan memberi kesan
kepada alam sekitar.Berdasarkan borang soal selidik yang telah saya edarkan kepada penduduk Bukit Katil Damai,
antara kesannya ialah pencemaran.Pencemaran berlaku akibat pembuangan plastik makanan.Penduduk yang tidak
bertanggungjawab membuang plastik makanan tanpa memikirkan keburukannya.Disebabkan kecuaian dan kelalaian
para penduduk, hal ini meningkatkan risiko longkang tersumbat dan kenaikan paras air yang menyebabkan banjir
berlaku di kawasan tersebut.Selain itu, pencemaran sisa makanan. Sesetengah kedai akan menyiapkan makanan
mengikut kuantiti pelanggan yang selalu hadir. Apabila makanan yang disediakan tidak habis atau basi, pemilik
kedai akan terus saki baki makanan tersebut dan menyebabkan pembaziran dan pencemaran.
Seterusnya, kegiatan ekonomi di Bukit Katil juga menyebabkan penipisan lapisan ozon, pelepasan asap daripada
kereta atau motosikal yang diuji dari kedai membaiki kenderan mengakibatkan kotoran asap mencemarkan udara
bersih di kawasan ini. Asap yang tebal boleh mengakibatkan batuk dan sesak nafas. Selain dari asap kereta, kawasan
ini juga dicemari asap dari makanan yang dibakar seperti satay.Keadaan ini telah menyebabkan lapisan ozon di
kawasan ini semakin nipis dan kenaikan suhu berlaku.
Kemudian, perubahan pandang darat juga merupakan salah satu kesan kepada alam sekitar di kawasan ini, kegiatan
manusia yang menebang pokok dan menjadikan kawasan perumahan telah memberi kesan buruk kepada alam
sekitar. Petempatan baharu yang dibina benar sekali mampu membawa kepada kemajuan juga merupakan
kepentingan bagi sesuatu kawasan. Tetapi tindakan manusia yang tidak terkawal banyak memberi kesan negatif
kepada hidupan flora dan fauna. Antara kesan yang berisiko untuk diterima ialah pencemaran udara, peningkatan
suhu sekitar, runtuhan tanah dan banjir kilat.
CADANGAN KEGIATAN EKONOMI
LAIN DI BUKIT KATIL
DAMAI,MELAKA
Antara cadangan kegiatan lain yang diberikan oleh penduduk Bukit Katil Damai ialah pertanian.Disebabkan
kawasan ini mempunyai kedai membaiki kereta yang mengeluarkan asap kotor , maka pertanian merupakan kegiatan
yang sesuai bagi membendung masalah penipisan lapisan ozon .Selain dari membaik pulih udara yang dihirup.
kegiatan ini juga membantu membekalkan sayuran atau buah-buahan kepada perniagaan peruncitan mahupun
perniagaan makanan dan minuman. Kehijauan tumbuhan yang ditaman hasil dari pertanian juga mampu menjadi
terapi minda penduduk kawasan ini yang mungkin mengalami stress. Pemandangan hijau juga baik untuk mata
manusia.
Penduduk Bukit Katil juga mencadangkan untuk membuka bank di kawasan ini. Bank diperlukan di kawasan ini
untuk memudahkan penduduk mengeluarkan duit simpanan mereka. Dengan adanya bank, penduduk di kawasan ini
akan lebih mudah berbelanja tanpa perlu risau akan kehabisan wang yang diperlukan.Penduduk boleh sahaja
mengeluarkan wang dengan kadar segera jika wang tersebut perlu digunakan untuk hal kecemasan.Mereka tidak
pergi tempat yang jauh untuk mengeluarkan wang.Di samping menjimatkan minyak kenderaan,ini juga boleh
menjimatkan masa para penduduk.
Selain itu, ada juga yang mencadangkan untuk membuka pasar raya besar di Bukit Katil Damai. Cadangan ini juga
merupakan cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak berkuasa.Jika pasar raya besar diwujudkan di kawasan
ini, penduduk akan lebih mudah membuat pilihan barang dengan tepat dan pelbagai.Pasar raya bukan sahaja
mempunyai barangan dapur, mereka juga mempunyai pelbagai jenis barangan di satu tempat.Penduduk tidak perlu
membeli belah di kedai yang berlainan untuk mencari barangan keperluan jika Pasar raya ditubuhkan di kawasan ini.
Seterusnya, menambah farmasi di Bukit Katil Damai. Saya sebagai penduduk kawasan ini, amat bersetuju dengan
cadangan ini. Penduduk yang memerlukan barangan kesihatan ,barangan kosmetik dan ubat ubatan boleh datang ke
farmasi yang berdekatan rumah. Mereka tidak perlu keluar ke tempat yang jauh untuk mencari ubat ubatan atau
barangan kosmetik jika farmasi seperti Guardian, Watsons dan lain lain dapat diwujudkan di kawasan ini. Produk
kesihatan yang lengkap dalam satu kedai juga memudahkan para penduduk untuk memilih produk yang sesuai.
Kemudian, penduduk juga mencadangkan untuk membuka “Cybercafe” di kawasan ini. Pelajar yang tiada gadjet
sepeti komputer atau tiada internet untuk membuat tugasan sekolah boleh datang ke “Cybercafe” berdekatan dan
mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan harga berpatutan. Mereka juga boleh menambah mesin pencetak untuk
memudahkan pelajar mencetak hasil tugasan mereka. Selain melayari internet, menggunakan komputer dan
mencetak tugasan, penduduk juga boleh datang untuk bermain permainan video yang telah disediakan.
Mereka juga ingin menambah kedai menjual pakaian berdekatan kawasan ini.Kedai pakian besar-besaran wajar
ditubuhkan di kawasan ini .Selain menjual pakaian yang mengikut “trend” semasa, mereka juga boleh mengambil
inisiatif untuk menjual pakaian lengkap sekolah di satu kedai yang sama.Dengan cadangan ini, kemajuan ekonomi di
sini semakin meningkat.Bukan sahaja penduduk taman, malahan penduduk negeri ini boleh datang untuk membeli
pakaian.
Akhir sekali,penambahan pusat tuisyen juga merupakan salah satu cadangan dari penduduk taman ini.Ibu bapa
yang mementingkan pendidikan mungkin memerlukan pusat tuisyen untuk anak anak mereka. Pelajar sekolah
berdekatan boleh menambah ilmu dengan menyertai kelas tuisyen yang berdekatan rumah mereka. Ibu bapa juga
tidak perlu risau untuk menghantar anak mereka ke tuisyen.
RUMUSAN

Melalui kajian yang telah saya jalankan, saya mendapati kegiatan utama di Bukit Katil Damai ialah sektor
perkhidmatan.Jenis perkhidmatan di kawasan ini pula ialah perniagaan ,pendidikan dan perlancongan. Kegiatan
ekonomi yang ada di kawasan ini telah banyak memberi kesan positif dan ada juga kesan negatif kepada penduduk
kawasan ini .Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap Bukit Katil Damai , Melaka telah memudahkan para penduduk
dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan.Hal ini juga meningkatkan taraf hidup penduduk dan perkembangan
infrastruktur.Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik berkaitan kegiatan ekonomi di Bukit Katil Damai dan
cadangan kegiatan ekonomi lain di kawasan ini.
Selain itu, semasa menjalankan kejian ini saya telah mengamalkan beberapa nilai iaitu bekerjasama, berusaha
keras, menepati masa, kejujuran dan sebagainya. Saya dapat bekerjasama dengan responden berkaitan maklumat
kegiatan ekonomi di Bukit Katil. Tanpa bantuan mereka kajian saya tidak akan berjaya. Saya juga dapat menyedari
bahawa kerjasama amatlah penting di kawasan Bukit Katil Damai bagi memajukan kegiatan ekonomi di kawasan
ini. Mereka saling bekerjasama untuk memastikan tiada permasalahan berlaku di sekitar kawasan ini. Hubungan erat
penduduk dengan pihak berkuasa juga dapat memastikan kesan negatif dapat dibendung.
Rumusan yang dapat dibina ialah, kita mestilah mengambil berat tentang jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan
tempat tinggal kita sendiri.Hal ini dapat memupuk sifat sayang akan kawasan tempat tinggal dan menghayati
kepentingan kegiatan ekonomi yang dijalankan. Kita juga dapat menghargai segala kemudahan kegiatan ekonomk
yang kita ada dan mengetahui sumbangan kegiatan ekonomi kepada negara. Secara tidak langsung, semangat
patriotisme dapat diwujudkan tidak kiralah di kalangan remaja mahupun dewasa.
Akhir sekali, kita dapat mengenalpasti cadangan yang berguna daripada penduduk untuk memajukan kawasan
tempat tinggal mereka. Apabila penduduk saling berkongsi idea penambahbaikan, kita dapat lihat bahawa semangat
cinta akan tempat tinggal mereka timbul dan mahukan yang terbaik untuk keselesaan dan kemudahan mereka.
Semakin banyak cadangan yang diberi, semakin ramai penduduk dapat mewujudkan semangat cinta akan tempat
tinggal.
Saya berasa amat bersyukur kerana menetap di kawasan yang mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi.Saya juga
berasa bangga akan kemajuan kegiatan ekonomi di kawasan ini. Hal ini memberi saya keyakinan dan semangat
dalam melaksanakan tugasan ini. Saya berharap agar kegiatan ekonomi di kawasan ini bertambah dan berkembang
pesat.
RUJUKAN
Antara sumber kajian saya ialah:

1.Buku teks Geografi tingkatan 3


2. Laman sesawang internet
- https://online.anyflip.com/zkxpf/unrv/mobile/
- https://www.slideshare.net/batrisyiaasyiaa/kesan-kegiatan-ekonomi-terhadap-alam-sekitar
- https://www.ipendidikan.my/faktor-yang-mempengaruhi-kegiatan-ekonomi.html
----.https://dewanekonomi.jendeladbp.my/2021/05/25/532/#:~:text=Pertanian%20bandar%20sedikit%20sebanyak
%20mampu,suhu%20pada%20persekitaran%20kawasan%20bandar
-https://www.coursehero.com/file/34153274/TUGAS-APK-2docx/
.https://www.google.com/maps/place/Taman+Bukit+Katil+Damai+2,+75450+Malacca/
@2.243164,102.3141049,15z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x31d1ef64ee12360f:0xfbcd80ae771c7e6c!8m2!
3d2.243164!4d102.3141049

3.Responder
-Fatin Afiqah, 21,Pembantu Kedai
-Nor Azizah Yaakop, 36, Pegawai Teknik
-Habibah Yaakop, 45, Cikgu
-Nayli Darwisyah,19, Pelajar
-Farah Syazana, 20, Petugas PDK
-Noraini Yaakop, 40, Pembantu Tadbir
-Faiza Rizal, 46, Pengusaha kedai
-Faris Al-Amin,13, Pelajar
-Ainaa Nabila, 15, Pelajar
-Ahmad bin Jefri, 34, Pensyarah

LAMPIRAN

You might also like