Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 87

KESEDARAN DAN KEFAHAMAN PEKERJA MUSLIM DI

KAUNTER PENJUALAN ARAK DI NILAI NEGERI SEMBILAN

AIQAA BINTI JOHARI

SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG


JABATAN UNDANG-UNDANG
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
2021
KESEDARAN DAN KEFAHAMAN PEKERJA MUSLIM DI KAUNTER
PENJUALAN ARAK DI NILAI NEGERI SEMBILAN

AIQAA BINTI JOHARI


(18BI01131)

IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG


JABATAN UNDANG-UNDANG
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
2021
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
JABATAN UNDANG-UNDANG
IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG

AIQAA BINTI JOHARI

KERTAS PROJEK INI ADALAH UNTUK MEMENUHI SYARAT


PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN
UNDANG-UNDANG
2021

_________________________ ________________
PENYELIA TARIKH
PUAN NORUL HUDA BINTI BAKAR

_________________________ ________________
KETUA JABATAN TARIKH
PUAN AZIZAH BINTI MOHD RAPINI
PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala ungkapan puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t
tuhan semesta Alam. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad
s.a.w, para sahabat dan para tabi’in. Jua doa yang tulus buat seluruh mujahidin,
pejuang agama Allah serta seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat
walau di mana jua ia berada. Juga dipanjatkan jutaan kesyukuran kepada Allah s.w.t
kerana dengan taufiq dan ‘inayahNya dapatlah saya menyiapkan kajian ini sebagai
memenuhi keperluan Sarjana Muda.

Jutaan terima kasih saya rakamkan buat Ustazah Norul Huda binti Bakar selaku
penyelia kepada kajian ini di atas segala teguran, bimbingan dan panduan yang telah
diberikan sepanjang usaha saya menyiapkannya. Semoga segala perhatian dan
kerjasama tersebut bakal diberi ganjaran yang sewajarnya di sisi Allah s.w.t. Sekalung
penghargaan juga dirakamkan buat seluruh kakitangan Fakulti Syariah dan Undang-
undang yang telah banyak memberi bantuan dan sokongan kepada penulis dalam
menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ustaz Mohd Hakim
Arshad yang banyak membantu saya dalam menjayakan kajian ini. Jasa kalian tidak
akan dilupakan dan semoga Allah melimpahi rahmatNya buat semua.

Buat kedua bonda dan ayahanda yang tercinta serta seluruh ahli keluarga saya di atas
jerih kepayahan membesarkan dan mendidik anakanda sehingga berjaya menamatkan
pengajian ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala luahan keringat dan
pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini. Ucapan terima kasih juga saya
ucapkan kepada semua pihak yang telah banyak membantu terutamanya buat tunang
saya, Shahril Amrillah bin Shaharuddin yang banyak menyumbangkan idea serta tidak
jemu memberi semangat. Sokongan dan jasa baik kalian akan sentiasa dikenang.
Semoga kalian sentiasa dirahmati dan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.

AIQAA BINTI JOHARI

No.80, Jalan Nilai Perdana 1,

Nilai, Negeri Sembilan.

i
ABSTRAK

Pengharaman arak dan semua minuman yang memabukkan telah jelas dinyatakan
dalam Islam. Terdapat nas al-Quran dan hadis yang jelas menyebut tentang
pengharaman segala perkara yang berkait dengan arak dan minuman yang
memabukkan. Namun realiti yang berlaku, terdapat segelintir masyarakat yang masih
belum memahami dan menyedari tentang perkara ini. Hal ini dapat dilihat dengan
penglibatan orang Islam dalam penjualan arak di kedai atau pusat membeli belah.
Justeru kajian ini dijalankan untuk mengupas kesedaran dan kefahaman pekerja-
pekerja Muslim di kaunter di Nilai, Negeri Sembilan dalam konsep arak pekerjaan
sekali gus mengkaji tahap kefahaman pekerja-pekerja ini berkenaan penglibatan
dalam penjualan arak serta mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan
bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan. Bagi mencapai objektif ini, kajian soal
selidik dan kajian perpustakaan telah dijalankan. Kajian tinjauan telah dijalankan
terhadap 30 orang responden untuk mengenalpasti sejauh mana kesedaran dan
kefahaman mereka mengenai konsep penglibatan dalam penjualan dari sudut
pekerjaan di kaunter. Selain tu, data juga diperoleh daripada buku, disertasi, laman
sesawang dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa
85.4 peratus pekerja Muslim yang bekerja di kaunter penjualan arak memahami dan
90.4 peratus menyedari konsep dan hukum dalam penjualan arak di kaunter. Hal ini
bertepatan dengan fatwa yang mengarahkan agar sebaik-baiknya pekerjaan seperti ini
perlulah dielakkan bagi menjamin hasil pendapatan yang lebih diberkati. Kajian ini
diharap dapat dijadikan sebagai panduan untuk penambahbaikan dalam menjamin
pekerja-pekerja Muslim untuk tidak terlibat dengan pekerjaan yang melibatkan
penjualan arak.

ii
SENARAI KEPENDEKAN

Singkatan Keterangan

Bhd. : Berhad

bil. : Bilangan

Cet. : Cetakan

Dll : Dan Lain-Lain

Dr : Doktor

Et al. : dan pengarang lain-lain

hlm. : Halaman

Ibid : Ibidem (pada tempat yang sama)

JAKIM : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

jil. : jilid

JKDM : Jabatan Kastam Diraja Malaysia

juz : Juzuk

KUIS : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

MPK : Majlis Perbandaran Kedah

MPSJ : Majlis Bandaraya Subang Jaya

no. : Nombor

Op.cit : Opere Citato (dalam karya tersebut)

PBT : Pihak Berkuasa Tempatan

PhD : Doktor Falsafah

Prof. : Profesor

iii
r.a : Radiya’llahu ‘anh

s.a.w : sallallahu ‘alaihi wa sallam

s.w.t : subhanahu wa ta’ala

Sdn. : Sendirian

UKM : Universiti Kebangsaan Malaysia

UM : Universiti Malaya

iv
SENARAI LAMPIRAN

HALAMAN
Lampiran A Borang Soal Selidik 61

v
SENARAI JADUAL

NO. SENARAI HALAMAN


JADUAL
3.1 Min Skala Lima Likert Mengikut Tiga Tahap 38
3.2 Jantina 39
3.3 Umur 39
3.4 Status 40
3.5 Tahap Kefahaman Pekerja Muslim di Kaunter 42
dalam Penjualan Arak
3.6 Tahap Kesedaran Pekerja Muslim di Kaunter 46
dalam Penjualan Arak
3.7 Penambahbaikan Yang Boleh Dilakukan 48

vi
SENARAI STATUT

SENARAI HALAMAN
Akta Kastam 1967 (Akta 235) 31
Peraturan-Peraturan Eksais (Membotolkan dan Memindahkan 32
Liquor yang Memabukkan) 1977
Akta Eksais 1976 (Akta 176) 32
Peraturan-Peraturan Eksais (Kawalan-Kawalan Todi dan 32
Kadar Todi) 1977
Peraturan-Peraturan Eksais (Lembaga Pelesenan) 1977 32
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 32

vii
SENARAI TRANSLITERASI

HURUF JAWI HURUF RUMI HURUF JAWI HURUF


‫ء‬,‫ا‬ a , ‘(hamzah) ‫ط‬ T
‫ب‬ B ‫ظ‬ Z
‫ت‬ T ‫ع‬ ‘
‫ث‬ Th ‫غ‬ Gh
‫ج‬ J ‫ف‬ F
‫ح‬ H ‫ق‬ Q
‫خ‬ Kh ‫ك‬ K
‫د‬ D ‫ل‬ L
‫ذ‬ Dh ‫م‬ M
‫ر‬ R ‫ن‬ N
‫ز‬ Z ‫و‬ H
‫س‬ S ‫ه‬ W
‫ش‬ Sy ‫ي‬ Y
‫ص‬ S ‫ة‬ H
‫ض‬ D

Vokal Pendek Vokal Panjang Diftong


a َ_‫َ_ا‬ a ‘abid ‫عابد‬ ‫ َ و‬aw nawm ‫نوم‬
i َ_‫_ي‬i imãn ‫إيمان‬ ‫ َ ي‬ay wayl ‫ويل‬
u َ_‫ َ_و‬u sũrah ‫سورة‬

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Pedoman Transliterasi Huruf


Arab ke Huruf Rumi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

viii
DAFTAR ISI

PENGHARGAAN ........................................................................................................ i

ABSTRAK ...................................................................................................................ii

SENARAI KEPENDEKAN....................................................................................... iii

SENARAI LAMPIRAN .............................................................................................. v

SENARAI JADUAL ................................................................................................... vi

SENARAI STATUT ..................................................................................................vii

SENARAI TRANSLITERASI ................................................................................ viii

BAB 1: PENGENALAN ............................................................................................. 1

1.1 Pendahuluan ....................................................................................................... 1

1.2 Permasalahan Kajian .......................................................................................... 2

1.3 Objektif Kajian ................................................................................................... 3

1.4 Persoalan Kajian................................................................................................. 3

1.5 Skop Kajian ........................................................................................................ 4

1.6 Metodologi Kajian ............................................................................................. 4

1.6.1 Metode Penyelidikan ................................................................................... 4

1.6.2 Metode Pengumpulan Data ......................................................................... 4

1.6.3 Metode Penganalisisan Data ....................................................................... 5

1.7 Tinjauan Literatur............................................................................................... 6

1.8 Kesimpulan ...................................................................................................... 11

BAB DUA: KONSEP PENJUALAN ARAK ............................................................ 12

2.1 Pengenalan ....................................................................................................... 12

2.2 Definisi Arak .................................................................................................... 12

2.2.1 Definisi arak dari sudut Bahasa ................................................................ 12

2.2.2 Definisi arak dari sudut istilah .................................................................. 13

2.3 Dalil Pengharaman Arak .................................................................................. 20

ix
2.3.1 Dalil Al-Qur’an: ........................................................................................ 20

2.3.2 Dalil Al-Sunnah: ....................................................................................... 23

2.3.3 Dalil Ijma’: ................................................................................................ 24

2.3.4 Dalil Saddu Zara’i: .................................................................................... 24

2.4 Kategori Pengharaman Arak ............................................................................ 24

1. Yang memerahnya: ........................................................................................ 25

2. Yang minta diperahkan: ................................................................................. 25

3. Yang meminumnya: ....................................................................................... 25

4. Yang membawanya: ....................................................................................... 25

5. Yang makan harganya:................................................................................... 26

6. Yang menjualnya: .......................................................................................... 26

7. Yang menuangkannya: ................................................................................... 26

8. Yang minta dibawa kepadanya: ..................................................................... 26

9. Yang membelinya: ......................................................................................... 26

10. Yang minta dibelikan: .................................................................................. 26

2.5 Hukum dan fatwa berkaitan penjualan arak di kaunter .................................... 26

2.5.1 Hukum dan Fatwa berkaitan pengurusan arak di kaunter oleh juruwang
Muslim ................................................................................................................... 28

2.6 Kawalan penjualan arak ................................................................................... 31

2.6.1 Kawalan penjualan arak oleh pekerja beragama Islam ............................. 32

2.7 Kesimpulan ...................................................................................................... 35

BAB TIGA: TAHAP KEFAHAMAN DAN KESEDARAN PEKERJA MUSLIM DI


KAUNTER PENJUALAN ARAK DI NILAI NEGERI SEMBILAN ...................... 36

3.1 Pengenalan ....................................................................................................... 36

3.2 Metode Penyelidikan ........................................................................................ 36

3.3 Metode Pengumpulan Data .............................................................................. 36

3.4 Metode Penganalisisan Data ............................................................................ 37

3.4.1 Analisis Deskriptif .................................................................................... 37


x
3.5 Analisis Data Tahap Kefahaman dan Kesedaran Pekerja Muslim di Kaunter
Penjualan Arak ....................................................................................................... 38

3.5.1 Latarbelakang responden .......................................................................... 38

3.5.2 Analisis Tahap Kefahaman Pekerja Muslim di Kaunter Penjualan Arak . 40

3.5.3 Analisis Tahap Kesedaran Pekerja Muslim di Kaunter Penjualan Arak... 44

3.5.4 Analisis Penambahbaikan Yang Boleh Dilakukan ................................... 47

3.6 Kesimpulan ...................................................................................................... 49

BAB EMPAT: PENUTUP ......................................................................................... 51

4.1 Pengenalan ....................................................................................................... 51

4.2 Kesimpulan ...................................................................................................... 51

4.3 Saranan ............................................................................................................. 52

4.4 Penutup............................................................................................................. 54

BIBLIOGRAFI .......................................................................................................... 55

LAMPIRAN ...................................................................................................................

xi
BAB SATU
BAB 1: PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan tentang kajian yang akan dilakukan berkaitan kesedaran
pekerja Muslim dalam penjualan arak di kaunter di Nilai Negeri Sembilan. Secara
umumnya, arak ialah minuman yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan
akal peminumnya. Bukan agama Islam sahaja yang mengharamkan arak, agama lain
turut melarang penganutnya minum arak kerana ia memudaratkan kesihatan serta
perlakuan mereka. Pengambilan minuman beralkohol memberi kesan serta-merta
kerana ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak sebelum
mengganggu fungsinya hingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, ingatan
dan lain-lain peranan.1 Perbuatan meminum arak merupakan satu kesalahan jenayah
di bawah kategori jenayah hudud berdasarkan peruntukan undang-undang jenayah
Islam.2

Pengharaman arak kepada orang Islam bukan setakat perbuatan meminumnya malah
turut merangkumi semua aktiviti yang menggalakkan perbuatan meminum arak,
seperti membuat, mengedar, menjual, menyimpan atau membeli arak. Hukuman yang
diperuntukkan di bawah jenayah hudud bagi peminum arak dalam kalangan orang
Islam ialah sebatan.3 Allah s.w.t berfirman dalam sũrah Al-Mai’dah (5):90

ِ ‫ان فا‬
ِ ‫اْلامر والخمي ِسر و خاْلانصاب و خاْل خازاَلم ِرجس ِمن عم ِل الشَّيطا‬ ِ ِ َّ
ُ‫اجتانبُوه‬
‫خ‬ ‫خ‬ ‫ين اآمنُوا إََّّناا خ خ ُ ا ا خ ُ ا ا ُ ا ُ خ ٌ خ ا ا‬ ‫اَي أايُّ اها الذ ا‬
‫لا اعلَّ ُك خم تُ خفلِ ُحو ان‬
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah

1
Johari YAP, 2019. Arak Jahanamkan Manusia. Sinar Harian, 1 Disember.
2
‘Abdul Qadir ‘Audah. 1998. Al-Tasyri’ Al-Jina’i Al-Islami Muqaranan Bi Al-Qanun Al-Wadi’i. Juzuk
2. Muassah al-Risalah, Beirut. Hlm. 492-498.
3
Paizah Haji Ismail. 1996. Undang-Undang Jenayah Islam. Dewan Pustaka Islam, Kuala Lumpur.
Hlm. 204-206.

1
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu berjaya.4

1.2 Permasalahan Kajian

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, pengkaji dapat mengenal pasti beberapa


masalah yang melibatkan penjualan arak oleh pekerja Muslim di kaunter-kaunter
pasaraya. Dalam konteks ini, seharusnya tidak timbul isu pekerja Muslim terlibat
dalam penjualan arak sebagai orang ketiga walaupun tidak terlibat secara terus
disebabkan terdapat hadith Nabi di mana 10 golongan yang dilaknat Allah mengenai
perkara yang bersangkutan dengan arak.

Selain itu juga, kebajikan pekerja terutamanya pekerja Muslim terabai. Hal ini
disebabkan kerana majikan terutamanya majikan yang bukan beragama Islam tidak
cakna berkenaan isu pekerja Muslim terlibat dengan penjual arak di kaunter sebagai
juruwang. Majikan seharusnya lebih menjaga kebajikan pekerja masing-masing
dengan mengambilkira aspek sensitiviti dan larangan dalam agama setiap pekerja
dengan mewujudkan kaunter yang berasingan sebagai contoh demi memastikan
pekerja-pekerja Muslim di kaunter tidak terlibat dalam penjualan arak sebagai orang
ketiga. Menurut keratan akhbar malaysiakini, penulis menyatakan insiden pekerja
wanita muslim kedai sarbeneka yang enggan memegang botol arak perlu diambil
bekerja di tempat perniagaan yang halal. Datuk Dr Asri juga mengatakan bahawa
penjualan arak sepatutnya hanya di kedai atau bahagian yang khusus yang tidak
melibatkan pekerja beragama Islam dan pekerja Muslim tidak sepatutnya dibenarkan
bekerja di kaunter yang melibatkan penjualan arak (Naimmullah Jaya, 2018).5

Seterusnya, penulis melihat majoriti masyarakat Muslim terutamanya di Nilai Negeri


Sembilan mengambil ringan isu ini dengan melibatkan diri sebagai pekerja di kaunter-
kaunter kedai sarbeneka atau pasaraya yang juga terlibat dalam unsur penjualan arak
tanpa mengambil kira hukum hakam yang telah ditetapkan dalam Islam. Adakah sama

4
Tafsir Pimpinan al- Rahman kepada pengertian al-Qur’an, Cet. 15 (Kuala Lumpur: Bahagian Hal
Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1998)
5
Naimmullah Jaya (2018 Oktober). Mufti Perlis Saran Wanita Enggan Pegang Arak Kerja Di Tempat
Halal. https://www.malaysiakini.com/news/446477

2
ada pekerja-pekerja ini kurang memahami hukum yang ditetapkan jika terlibat dengan
penjualan arak sebagai orang ketiga? Atau adakah pekerja-pekerja ini tidak
mementingkan hukum yang ditetapkan?

Oleh itu, dalam kajian ini penulis ingin mengkaji tahap kesedaran dan kefahaman
pekerja-pekerja Muslim di kaunter dalam penjualan arak di Nilai, Negeri Sembilan
untuk mengetahui sama ada mereka memahami atau tidak dengan lebih mendalam
tentang konsep penglibatan penjualan arak di kaunter iaitu sebagai orang ketiga
memandangkan kawasan yang dipilih pengkaji ini lebih tertumpu kepada masyarakat
yang beragama Islam berbanding masyarakat bukan beragama Islam.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Menjelaskan konsep penjualan arak oleh pekerja Muslim

1.3.2 Mengkaji tahap kefahaman dan kesedaran pekerja Muslim di Nilai dalam
penjualan arak.

1.3.3 Mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mengelakkan


pekerja Muslim terlibat dengan penjualan arak.

1.4 Persoalan Kajian

1.4.1 Bagaimanakah tahap kefahaman pekerja Muslim di kaunter dalam penjualan


arak di Nilai, Negeri Sembilan.

1.4.2 Bagaimanakah tahap kesedaran pekerja Muslim di kaunter dalam penjualan


arak di Nilai, Negeri Sembilan.

1.4.3 Apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mengelakkan pekerja


Muslim terlibat dengan penjualan arak.

3
1.5 Skop Kajian

Batasan kajian merupakan batasan-batasan yang digariskan oleh penulis di dalam


kajiannya. Dalam kajian ini, batasan atau skop kajian hanyalah tertumpu kepada
batasan tempat di mana penulis membataskan kajiannya di Pusat membeli-belah Aeon
Nilai, Pasaraya Besar Giant Nilai, Pasaraya Tesco Nilai dan juga di sekitar Pusat
membeli-belah Mesamall, Nilai.

1.6 Metodologi Kajian

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kajian ini dijangka dapat menghasilkan tahap
indikator pengukuran tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat terutamanya
pekerja-pekerja di kaunter tentang penjualan arak berdasarkan Al-Qur’an dan Al-
Sunnah. Oleh itu, pendekatan yang digunakan oleh penulis adalah seperti berikut:

1.6.1 Metode Penyelidikan

Metode penyelidikan merupakan kaedah-kaedah dalam menentukan


penyelidikan bagi kajian yang akan dijalankan. Dalam rangka kajian ini,
penyelidikan yang dikaji ialah tahap kesedaran dan kefahaman pekerja Muslim
di kaunter di Nilai Negeri Sembilan mengenai penglibatan dalam penjualan
arak.

1.6.2 Metode Pengumpulan Data

Metode pengumpulan data merupakan kaedah yang digunakan dalam


mengumpulkan data-data yang penting bagi melengkapkan satu kajian.
Sehubungan itu, penulis telah menggunakan beberapa metode dalam usaha
mengumpulkan kesemua data tersebut. Antara metode pengumpulan data yang
digunakan oleh penulis ialah:

4
1.6.2.1 Metode Persampelan

Bagi mendapatkan maklumat berkenan kesedaran dan kefahaman


pekerja Muslim di kaunter di Nilai Negeri Sembilan, penulis akan
menggunakan kaedah borang soal selidik. Metode ini akan dibuat secara
bukan rawak dengan menggunakan teknik kuota. Soal selidik ini akan
diedarkan kepada 30 orang pekerja Muslim di Pusat membeli-belah
Aeon Nilai, Pasaraya Besar Giant Nilai, Pasaraya Tesco Nilai dan juga
di sekitar Pusat membeli-belah Mesamall, Nilai.

1.6.3 Metode Penganalisisan Data

Tujuan metode penganalisian data ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti


mengesan bentuk dipakai seperti penelitian dan penilaian. Data yang
digunapakai didalam proposal ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan
terhadap sesuatu persoalan kajian yang timbul oleh penulis. Metode
penganalisian data ini adalah satu langkah yang efisien bagi memudahkan
kajian dilakukan untuk menganalisis data yang mentah yang melibatkan
ketepatan dan ketulenan maklumat. Metode ini yang digunakan oleh penulis
iaitu:

1.6.3.1 Metode Deskriptif


Analisis deskriptif ini adalah merupakan teknik penghuraian data secara
menyeluruh yang mana bertujuan untuk memberi gambaran awal
mengenai responden berdasarkan kepada kekerapan, peratusan dan juga
min. Dalam kajian ini, analisis deskriptif digunakan bagi tujuan untuk
menganalisis soal selidik.

5
Bagi menentukan tahap kefahaman dan kesedaran pekerja Muslim dalam
penjualan arak, penulis menggunakan julat skor min dengan merujuk
kepada Rudzi Manap6 dalam menganalisis data.

1.7 Tinjauan Literatur

Penulis juga telah membuat kajian melalui keratan akhbar berita harian di mana
menrutut Johari Baharom menyatakan bahawa arak merupakan ibu kepada segala
maksiat dan maksiat yang paling mengaibkan di mana Islam mengharamkan arak
sejak abad ke-14 dengan Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan firman Allah s.w.t
mengenai bahaya dan musibah meminum arak kepada orang kafir Quraisy yang hidup
dalam keadaan tidak bertamadun.7 Berdasarkan sũrah Al-Mai’dah, Allah s.w.t
berfirman dalam ayat 90 – 91 iaitu:

‫وه‬ ‫ب‬ِ‫ٱجتان‬‫ٓأَياي ها ٱلَّ ِذين ءامن وا إََِّّنا خٱْل خمر و خٱلم خي ِسر و خٱْلانصاب و خٱْل خازٓاَل ِر خجس ِم خن عم ِل ٱلش خَّي ٓط ِن ف خ‬
ُُ ‫ا ا‬ ‫خ اا‬ ُ ‫ا ا ا ُأخ ا ا ُ ا ا ُ ا ا ُ ا‬ ‫ا ُّ ا‬
‫خ‬ ‫خ‬ ‫خ‬ ‫خ‬ ‫خ خ‬
‫ضاأءا ِِف ٱْلا خم ِر اوٱل ام خي ِس ِر‬ ‫ِ خ‬ ‫خ‬
‫يد ٱلشَّي ٓطا ُن أان يُوق اع باي نا ُك ُم ٱل اع ٓاد اوةا اوٱلبا غ ا‬ُ ‫( إََِّّناا يُِر‬90) ‫لا اعلَّ ُكم تُفلِ ُحو ان‬
ِۖ ‫ِخ‬
(91) ‫ٱلصلا ٓوةِ فا اه خل أانتُم ُّمنتا ُهو ان‬ َّ ‫ا ا‬ ِ
‫ن‬ ‫ع‬ ‫و‬ ِ
‫ٱَّلل‬
َّ ِ
‫ر‬ ‫ك‬‫ص َّد ُك خم اعن ذ‬
ُ ‫اويا‬
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu Berjaya (90) Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi,
dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan
sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara
yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?(91)

6
Rudzi Munap. 2003. Penilaian Program Diploma Kesetiausahaan Eksekutif di Universiti Teknologi
‘MARA’. Tesis Ph.D. UKM. Bangi.
7
Johari Baharom (2016 Februari). Didik Masyarakat Benci Arak.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/02/126251/didik-masyarakat-benci-arak

6
Menurut berita harian yang ditulis oleh Mohd Aizat Shamsuddin, pengharaman arak
jelas dinyatakan dalam Al- Qur’an dan tidak boleh diubah dengan mengambilkira
konteks penjualan arak yang berleluasa ketika ini di Malaysia. Islam mengharamkan
penjualan arak sama ada dijual secara tertutup atau terbuka. Bahkan, umat Islam juga
dilarang daripada mengunjungi tempat yang menyediakan arak walaupun tidak
mengambilnya kerana dibimbangi boleh menimbulkan fitnah. Seterusnya
pengharaman arak bukan setakat perbuatan meminumnya dan ini diperkukuhkan
dengan hadith Rasulullah s.a.w mengingatkan 10 golongan yang akan dilaknat Allah
s.w.t, iaitu orang yang memerah, meminta diperahkan arak, minum, membawa dan
menghantar, menuangkannya, menjual, membeli, makan hasil jualannya serta
meminta dibelikan minuman itu. Ini berdasarkan hadith:

‫ اع خن أِاِب اع خل اق امةا‬،‫ اع خن اعخب ِد الخ اع ِزي ِز بخ ِن عُ امار‬،‫اْلاَّر ِاح‬ ِ


ُ ‫ احدَّثاناا اوك‬،‫احدَّثاناا عُثخ اما ُن بخ ُن أِاِب اشخي باةا‬
‫يع بخ ُن خ‬
‫صلَّى‬‫اَّلل ا‬
َِّ ‫ول‬ ُ ‫ال ار ُس‬ ُ ‫ يا ُق‬،‫ أا ََّّنُ اما اَِس اعا ابخ ان عُ امار‬،‫الر خْحا ِن بخ ِن اعخب ِد ا ََّّللِ الخغاافِ ِق ِي‬
‫ قا ا‬:‫ول‬ َّ ‫ او اعخب ِد‬،‫ام خواَل ُه خم‬
ِ ‫ ومعتا‬،‫اصرها‬ ِ ِ ِ َّ ‫ لا اع ان‬:‫اَّللُ اعلاخي ِه او اسلَّ ام‬
،‫صاراها‬ ‫ او اع ا ا ا ُ خ‬،‫اع اها‬ ‫ اوُمخب تا ا‬،‫ اواَبئ اع اها‬،‫ او اساقيا اها‬،‫ او اشا ِراَباا‬،‫اْلا خمار‬ ‫اَّللُ خ‬ َّ
8 ِ ِ
.‫ اوالخ ام خح ُمولاةا إلاخيه‬،‫او اح ِاملا اها‬
Maksudnya:
Arak dilaknat atas 10 keadaan iaitu; pada zatnya, orang yang memerah arak (pekerja),
orang yang memerah arak untuk diminum sendiri, penjual arak, pembeli arak,
pembawa arak, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memakan
hasil dari penjualan arak, peminum arak dan orang yang menuangkan arak kepada
orang lain.

Menurutnya juga pekerja yang beragama Islam sepatutnya menolak pekerjaan yang
memerlukan penyediaan minuman keras, malah pekerja Islam mempunyai hak untuk
tidak menyediakan arak kepada pelanggan. Polisi atau kesefahaman dengan majikan
berkaitan perkara penjualan arak dikalangan pekerja Muslim perlulah diwujudkan
bagi memastikan kebajikan pekerja Muslim dijaga rapi.9

8
Imam Al- Hafiz Abi Daud Sulaiman bin Al-‘Asy ‘As Al-Sajastani Al-Azdi, Sunan Abi Daud, Kitab
al-Asyribah, Bab Ma Jaa’fi al-Sakr, No. Hadith 3674.
9
Aizat Shamsuddin (2018 Oktober). Haram Jual Beli, Promosi Arak.
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/10/487100/haram-jual-beli-promosi-arak

7
Selain itu, menurut sinar harian, isu pekerja Muslim bekerja di kedai serbaneka 24 jam
yang menjual arak perlu diharamkan di mana isu ini mempertaruhkan soal maruah,
bangsa dan agama di mana hukumnya jelas berdosa mengikut Islam. Bukan sahaja
perbuatan minum arak yang diharamkan, bahkan mereka yang menjual arak,
membungkus arak dan mengangkut kotak arak ke 7-Eleven juga adalah haram. Agensi
berkaitan perlulah memandang serius isu ini memandangkan ia menjejaskan maruah
bangsa terutamanya di kalangan remaja.10

Berdasarkan keratan akhbar Utusan Borneo, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris
Haron menyarankan kepada pihak pengurusan kedai serbaneka itu agar
mempelbagaikan bangsa yang diambil bekerja di kedai berkenaan jika majoriti pekerja
kedai itu adalah berbangsa Melayu yang mempunyai sensitiviti terhadap penjualan
arak kepada orang ramai. Selain itu, Melaka juga sedang membuat kajian menyeluruh
melarang penjualan arak di rangkaian kedai serbaneka 24 jam itu dalam kawasan
majoriti penduduk Islam di negeri tersebut.11

Dalam kajian Khairul Azhar Meerangani telah memberikan cadangan agar pihak
kerajaan Selangor memperkenalkan peraturan yang membataskan penjualan arak di
kawasan majoriti penduduknya beragama Islam. Akan tetapi, pelaksanaan cadangan
ini masih ditangguhkan untuk mendapatkan maklumbalas daripada peniaga-peniaga.12

Seterusnya menurut kajian Jasri Jamal dan Noryati Anuar, mantan Exco Agama iaitu
Dr. Hasan Mohamed Ali yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Selangor pada ketika itu menjelaskan bahawa cadangan memperketat penjualan
minuman beralkohol tersebut hanya melibatkan minuman yang mengandungi paras

10
Khairul Amri Yasin (2015 Mei). Kaji Larangan Orang Islam Kerja Di Kedai Jual Arak.
https://www.sinarharian.com.my/politik/kaji-larangan-orang-islam-kerja-di-kedai-jual-arak-1.389448
11
Kamarul Irwan Alias (2015 Mei). Agensi Disaran Kaji Larangan Orang Islam Bekerja Di Kedai
Serbaneka Jual Arak.
https://www.utusanborneo.com.my/2015/05/13/agensi-disaran-kaji-larangan-orang-islam-bekerja-di-
kedai-serbaneka-jual-arak
12
Khairul Azhar Meerangi (2018). Isu Penerapan Nilai Islam Dalam Penguatkuasaan Pihak Berkuasa
Tempatan, 4(2). 81-93

8
alkohol di bawah lima hingga lapan peratus yang dijual secara meluas di kedai
serbaneka 24 jam, stesen minyak, pasar mini dan pasar raya.13

Berdasarkan kajian Wan Sabri Wan Hussin, penulis menyenaraikan prinsip- prinsip
Islam berhubung halal dan haram antaranya perkara-perkara yang syubahat perlu
dielakkan. Penulis juga menyatakan bahawa jenis- jenis perniagaan yang pada asasnya
adalah harus atau dibolehkan dari segi hukum tetapi yang menjadikannya tidak
dibolehkan adalah disebabkankan perniagaan tersebut dicampur-adukkan dengan
aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan. Misalnya, perniagaan yang melibatkan
penyediaan minuman arak. Oleh itu, pekerja Muslim yang terlibat dalam penjualan
arak telah memasuki perkara-perkara syubhat yang menyebabkan penglibatan tersebut
tidak dibenarkan.14

Zulfaqar Mamat membincangkan aplikasi kaedah fiqh “la darar wa la dirar” di mana
jika berlakunya pertentangan antara dua iaitu di antara kebaikan dan kerosakan dalam
sesuatu perkara, maka penolakan kerosakan didahulukan berbanding
membawa kemaslahatan. Penulis juga membincangkan kewajipan untuk mencegah
daripada penjualan arak dan seumpamanya sekalipun ia memberi pulangan yang baik
daripada segi ekonomi kepada negara kerana keburukannya yang lebih besar dan
kaedah dar mufasid uli min jalbul musolih iaitu maksudnya menolak kerosakan lebih
utama dari mendatangkan kebaikan digunapakai dalam isu arak.15

Menurut keratan akhbar malaysiakini, penulis menyatakan insiden pekerja wanita


muslim kedai sarbeneka yang enggan memegang botol arak telah mendapat perhatian
Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin di mana pekerja wanita tersebut perlu
diambil bekerja di tempat perniagaan yang halal. Datuk Dr Asri juga mengatakan
bahawa penjualan arak sepatutnya hanya di kedai atau bahagian yang khusus yang

13
Jasri Jamal, Norhayati Anuar (2012). Undang-Undang Kawalan Penjualan Arak Oleh Pihak
Berkuasa Tempatan: Kajian Khusus di Negeri Selangor Darul Ehsan. Published Thesis. UKM: Fakulti
Undang-Undang.
14
Wan Sabri Wan Hussin (2005). Orang Islam dan Perniagaan Terlarang di Malaysia Dari Perspektif
Makro. Published Thesis. UM: Fakulti Perniagaan dan Perakaunan.
15
Zulfaqar Mamat (2020). Aplikasi Kaedah Fiqh La Darar Wala Dirar Dalam Isu Covid 19 Di Malaysia,
3 (1). 331-339.

9
tidak melibatkan pekerja beragama Islam dan pekerja Muslim tidak sepatutnya
dibenarkan bekerja di kaunter yang melibatkan penjualan arak.16

Nurulfatiha dalam keratan akhbar sinar harian menyatakan anggapan masyarakat


beragama Islam yang bekerja di pasaraya atau kedai sarbeneka yang melibatkan
penjualan amat tidak wajar disebabkan sebagai seorang mukmin, masyarakat
seharusnya bertakwa kepada Allah s.w.t dengan menghindari diri daripada apa-apa
pekerjaan yang terlibat dengan arak berdasarkan hadith Riwayat Ahmad di mana
Imam Ibnu Kathir menyebut satu riwayat daripada ‘Abdurrahim bin Ghanm r.a
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Dan sesungguhnya khamar itu haram dan hasil
jualannya juga haram, sesungguhnya kamar itu haram dan hasil jualannya juga haram,
sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram.”.17

Oleh itu, berdasarkan kepada kajian-kajian yang dilakukan oleh penulis, maka penulis
mendapati bahawa setiap kajian tidak membincangkan tentang kesedaran pekerja
Muslim dalam penglibatan penjualan arak di kaunter. Maka, kajian ini adalah
bertujuan untuk menjelaskan dan mengkaji tingkatan kesedaran dan kefahaman
pekerja Muslim dalam penglibatan penjualan arak di kaunter.

16
Naimmullah Jaya (2018 Oktober). Mufti Perlis Saran Wanita Enggan Pegang Arak Kerja Di Tempat
Halal.
https://www.malaysiakini.com/news/446477
17
Nurulfatiha (2020 Mac). Haram Pekerja Terlibat Jual Beli Arak Meskipun Di Kaunter.
https://sinarplus.sinarharian.com.my/agama/haram-pekerja-terlibat-jual-beli-arak-meskipun-di-
kaunter/

10
1.8 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pengharaman arak tidak terhad kepada perbuatan


meminumnya, bahkan ia termasuk dalam segala jenis aktiviti yang bersangkutan
dengan arak termasuk yang menjualnya bermaksud orang yang menjual arak. Oleh itu,
pekerjaan juruwang di kaunter juga termasuk di dalam kategori pengharaman arak
yang digalakkan sebagai Muslim untuk menjauhinya.

Diharapkan dengan adanya kajian ini, dapat memberi kesedaran terhadap pekerja
Muslim di kaunter tentang penglibatan dalam penjualan arak dan memberi kefahaman
dan sekaligus menyuruh pekerja Muslim untuk meninggalkan pekerjaan yang
syubhah.

11
BAB DUA
BAB DUA: KONSEP PENJUALAN ARAK

2.1 Pengenalan

Perbincangan dalam bab kedua ini berkisarkan konsep arak di mana pengkaji akan
membincangkan definisi arak dari sudut bahasa dan istilah serta perselisihan ulama’
dalam mendefinisikannya. Selain itu, dalil pensyariatan arak termasuk peringkat atau
tingkatan pengharaman arak di samping hukum berkaitan arak meliputi kategori-
kategori yang termasuk dalam golongan yang diharamkan melibatkan arak dan
kenajisan arak. Akhirnya, dalam bab ini turut menjelaskan fatwa dan hukum mengenai
penjualan arak dalam masyarakat Islam serta badan yang mengawal dan memantau
penjualan arak yang membabitkan pekerja Muslim.

2.2 Definisi Arak

2.2.1 Definisi arak dari sudut Bahasa

Pemakaian istilah arak dalam bahasa Arab atau bahasa al-Qur’an dikenali sebagai al-
khamr. Manakala dalam penggunaan bahasa Inggeris, ia di sebut alcoholic beverages.
Arak dari segi bahasa ialah menutup, dimaksudkan menutup adalah sesuatu yang
menutup akal dan memabukkan yang dihasilkan daripada perahan anggur dan lain-
lain.18 Manakala menurut Ibn Manzur, arak bererti campuran.19 Sebaliknya, dalam
kitab lain, arak merupakan setiap minuman yang memabukkan kerana ianya menutup
akal atau menghilangkan kewarasan akal.20

18
Muhammad Rawas Qal’arji. 1996. Mu’jam Lughah Al-Fuqaha. Beirut: Dar al-Nafais. Hlm. 179.
19
Ibn Manzur. 1993. Lisan Al-Arab. Jilid 4. Beirut: Muassasah Al-Tarikh Al-‘Arabi. Hlm. 211.
20
Muhammad Al-Zuhayli. 2008. Al-Mu’tamid Fi Al-Fiqh al-Syafi’e. Jilid ke 5. Damsyik: Dar al-
Qalam. Hlm. 219.

12
Ibn Al-‘Arabi berpendapat dinamakan arak kerana menghilangkan kewasaran akal.21
Begitu juga pandangan Ibn Manzur mengatakan ia dinamakan arak kerana menutup
akal dari berfikir dan menghilangkan daya pertimbangan bagi peminumnya.22

Al-Fairuz Abadi berpendapat bahawa arak secara umum bermaksud sesuatu yang
memabukkan dan menghilangkan kawarasan akal serta dibuat daripada perahan
anggur. Ini lebih tepat kerana arak daripada anggur diharamkan di bandar Madinah.23
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan arak sebagai minuman yang
mengandungi alkohol iaitu minuman keras.24 Ini bertepatan dengan pendapat Dr.
Yusuf Qaradawi dalam mendefinisikan arak sebagai setiap minuman yang
memabukkan yang dibuat dari biji-bijian atau buah-buahan dengan diproses sehingga
mencapai kadar alkohol yang memabukkan.25 Dalam kitab, Fiqh Al-Manhaji, prinsip
asal pada minuman itu halal, kecuali apa yang diharamkan daripada minuman adalah
yang membawa kemudaratan, bernajis dan memabukkan.

2.2.2 Definisi arak dari sudut istilah

Para fuqaha’ telah bersepakat mendefinisikan arak sebagai minuman memabukkan


yang dihasilkan daripada perahan anggur.26 Berdasarkan hadith riwayat Ibn ‘Umar:

َّ ‫ اع خن ابخ ِن عُ امار ار ِض اي‬،‫ احدَّثاناا اع ِامٌر‬،‫ اع خن أِاِب احيَّا ان‬،‫ احدَّثاناا اخَي اَي‬،‫َّد‬
‫اَّللُ اعخن ُه اما قا اام‬ ٌ ‫احدَّثاناا ُم اسد‬
ِ ‫اْلا خم ِر وِهي ِم خن َخاخس ٍة الخعِنا‬
،‫ اوالخ اع اس ِل‬،‫ اوالت خَّم ِر‬،‫ب‬ ‫خ‬ ‫مي‬
ُ ِ ‫ال أ َّاما با خع ُد ناازال اخَت‬
‫ر‬ ‫ا‬ ‫ق‬‫ا‬ ‫ف‬
‫ا‬ ، ِ‫عُ امر اعلاى الخ ِمخن ا‬
‫َب‬
‫ا‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ُ
27
‫ اوالشَّعِ ِري او خ‬،‫اْلِخنطاِة‬
.‫اْلا خم ُر اما اخ اامار الخ اع خق ال‬ ‫او خ‬

21
Sabib bin Ali al-Hasiri. 1993. Al-Khamr. Mekah al-Mukaramah. Hlm. 31.
22
Ibn Manzur. Op.cit. Hlm. 211.
23
Wuzara’ Al-Awqaf Wa Al-Syu’un Al-Islamiyyah. 1993. Al-Mawsu’ah Al-Fiqhiyyah. Jilid 5. Mesir:
Dar Al-Sofwah. Hlm. 12.
24
Noresah bt. Baharom. 2007. Kamus Dewan. Edisi, 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm. 75.
25
Yusuf Qardawi. 1998. Halal & Haram Dalam Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Jasmin Enterprise. Hlm.
349.
26
Al-Syirazi. 1992. Al-Muhaddab. Jilid 2. Beirut: Dar al-Fikr. Hlm. 287.
27
‘Abdullah Muhammad bin Ismail Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, Kitab Al-Asyribah, Bab Al- Khamr
Min Al-‘inab Wa Ghairihi, No. Hadith 5581.

13
Maksudnya:
Daripada Ibnu ‘Umar r. a. berkata: Aku mendengar Saidina ‘Umar r.a ketika beliau
berada di atas mimbar Rasulullah s.a.w berkata: Wahai sekalian manusia!
Sesungguhnya telah datang pengharaman arak dan ianya daripada lima perkara iaitu
anggur, kurma, madu, gandum dan barli. Dan arak itu adalah suatu minuman yang
menutup akal fikiran.

Maka, terdapat perselisihan pendapat di antara dua golongan iaitu:

Golongan pertama:
Golongan ini adalah mazhab Hanafi, terdiri daripada Ibrahim Al-Nakha’i, Sufiyan Al-
Thawri, Ibn Abi Laila, Syuraik, Ibn Syubrumah, dan kebanyakan ulama’ Basrah.
Mereka menyatakan arak adalah perahan anggur mentah yang dimasak atau diperam
sehingga hilang buihnya dan menjadikannya memabukkan.28

Imam Abu Hanifah menegaskan bahawa sesuatu minuman boleh dinamakan sebagai
arak apabila perahan anggur berkenaan telah diperam atau dimasak sehingga ianya
dilihat bergelora dan berbuih seolah-olah mendidih dan buih tersebut kemudiannya
hilang.29 Ini adalah pendapat pertama yang diutarakan dalam mazhab Hanafi.

Manakala pandangan kedua bagi mazhab Hanafi pula ialah sepertimana yang
diutarakan oleh al-Sahiban iaitu Muhammad Hassan Al-Syaibani dan Abu Yusuf al-
Kufi berpendapat arak ialah apabila perahan anggur itu mendidih sahaja dan tidak
semestinya sampai tahap berbuih dan sehingga hilang buih. Hilang buih tidak
disyaratkan oleh Abu Yusuf al-Kufi dan Muhammad Hassan Al-Syaibani. Ini adalah
pendapat paling rajih di dalam mazhab Hanafi.30 Imam Abu Hanifah mensyaratkan
minuman tersebut perlu berbuih untuk dikira sebagai arak kerana mabuk itu tidak akan
terjadi kecuali apabila ia berbuih dan bergelora berdasarkan sũrah An-Nahl, firman
Allah s.w.t:

28
Muhammad ‘Asyik Ilahi Al-Barni. 1990. Al-Tashil al-Daruri Li Masailu al-Quduri. Jilid 2. Kara
tasyhi: Maktabah al-Syeikh. Hlm. 145.
29
Al-Sarakhasi. 1989. Al-Mabsut, Jilid 24. Beirut: Dar al-Makrifah. Hlm. 18.
30
‘Ala Al-Din Al-Kasani. 1982. Badai’ Al-Sanai’. Jilid 5. Beirut: Dar Kutub al-Arabi. Hlm. 112.

14
‫ك ا َٓلياةً لِاق خوٍم يَّ خع ِقلُ خو ان‬ ِ‫َّخ ُذ خو ان ِم خنه س اكرا َّوِر خزقًا حسنًا ؕ اِ َّن ِ خِف ٓذل‬
ِ ‫ت‬ ‫ت‬ ِ
‫اب‬ ‫ن‬ ‫َّخ خي ِل و خاَل خ‬
‫ع‬ ِ ‫وِم خن اَثآر ِت الن‬
‫ا‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ً ‫ا‬ ُ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫ا‬
)67(

Maksudnya:
Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram
dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu
terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu
menggunakan akalnya.

Ayat ini menjelaskan hakikat yang berlaku pada ketika itu, mereka membuat arak
daripada buah kurma dan anggur, bukannya menerangkan arak itu halal.31

Mereka juga berhujah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

‫ أان ار ُس ا‬،‫ اع خن أِاِب ُهاريخ ارةا‬،‫ اع خن أِاِب اكثِ ٍري‬،‫ اح َّدثاِِن اخَي اَي‬،‫ احدَّثاناا أ ااَب ُن‬،‫اعيل‬
‫ول‬ ِ ‫حدَّثاناا موسى بن إِ خَس‬
‫ا ُ ا خُ ا‬
32 ِ ِ
.‫ اوالخعنا باة‬،‫َّخلا ِة‬ ِ ‫َّجرتا خ‬ ِ ِ ‫ خ‬:‫ال‬ ‫ قا ا‬،‫اَّللُ اعلاخي ِه او اسلَّ ام‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ
‫ الن خ‬:‫ْي‬ ‫اْلا خم ُر م خن اهاتا خْي الش ا ا‬ ‫اَّلل ا‬
Maksudnya:
Arak berasal daripada dua pokok ini, iaitu anggur dan tamar.

Al-Khattabi berpendapat hadith ini menjelaskan kebanyakan arak dihasilkan daripada


kurma dan anggur dan selainnya, maka ini merupakan pengukuhan terhadap
pengharaman sesuatu yang dihasilkan daripada dua pokok tersebut.33 Mereka juga
berhujah dengan hadith sabda Rasulullah s.a.w:

‫ اع خن‬،‫يب‬ ‫ اع خن ياِز ا‬،‫ اع خن ُُما َّم ِد بخ ِن إِ خس احاق‬،‫اد‬


ٍ ِ‫يد بخ ِن أِاِب احب‬ ٌ َّ‫ احدَّثاناا اْح‬،‫اعيل‬ ِ ‫حدَّثاناا موسى بن إِ خَس‬
‫ا ُ ا خُ ا‬
‫ اَّناى اع ِن خ‬،‫اَّللُ اعلاخي ِه او اسلَّ ام‬
،‫اْلا خم ِر‬ َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ان ناِِب‬ َِّ ‫ عن عب ِد‬،‫يد ب ِن عب ادةا‬ ِِ
‫اَّلل ا‬ َّ َّ ‫ أ‬:‫اَّلل بخ ِن اع خم ٍرو‬ ‫الخ اول خ اخ ا خ اخ‬
34
‫ اوقا ا‬،‫ اوالخغُبا خ اري ِاء‬،‫ اوالخ ُكوباِة‬،‫اوالخ امخي ِس ِر‬
.‫ ُك ُّل ُم خس ِك ٍر احار ٌام‬:‫ال‬

31
Yusoff Zaky Haji Yacob. 2000. Tafsir Fi Zilalil Qur’an. Jil. 10. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn.
Bhd. & Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Hlm. 73.
32
Imam al- Hafiz Abi Daud Sulaiman bin Al-‘Asy ‘As Al-Sajastani Al-Azdi, Sunan Abi Daud, Kitab
Al-Asyribah, Bab Al-Khamr, No. Hadith 3678.
33
‘Abdurrahman Muhammad ‘Uthman. 1969. ‘Auwn Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud. Jilid 10.
Madinah: Al-Maktabah al-Salafiyyah. Hlm. 117.
34
Imam Al- Hafiz Abi Daud Sulaiman bin Al-‘Asy ‘As Al-Sajastani Al-Azdi. Op.cit. No Hadith 3685.

15
Maksudnya:
Daripada ‘Amru bin Al-As, Nabi s.a.w bersabda: sesungguhnya baginda melarang
daripada meminum arak berjudi, kad berbentuk hati (al-kubah) untuk permainan,
(sejenis arak dibuat daripada jagung (al-khubaira’), dan baginda bersabda mengatakan
semua yang memabukkan adalah haram.

Al-Khattabi berkata, al-kubah bererti perjudian, al-khubaira’ adalah minuman


dihasilkan daripada jagung seperti arak. Begitu juga sukrukah adalah sejenis daripada
arak yang dihasilkan daripada jagung dan merupakan minuman penduduk Habyah.
Maka, al-kubah dan al-khubaira’ adalah diharamkan.35

Manakala pendapat daripada Sahiban tidak mensyaratkan berbuih untuk dikira sebagai
arak. Ibn Sidah berkata, arak dihasilkan daripada anggur, tetapi arak yang dihasil
selain anggur atau sesuatu yang memabukkan dinamakan arak secara majazi.36

Golongan kedua
Golongan ini menyatakan arak merangkumi setiap sesuatu yang memabukkan
seseorang individu, sedikit atau banyak sama ada berbentuk pepejal atau cecair, di
masak atau tidak dimasak. Golongan ini terdiri daripada daripada jumhur, termasuk
pengikut mazhab Zahiri ahli Hijaz, jumhur Muhadithin dan pendapat lemah di sisi
mazhab Hanafi.37 Oleh itu, penggunaan istilah arak tidak hanya terbatas kepada
perahan anggur sahaja, tetapi ia meliputi semua minuman yang memabukkan
termasuk perahan daripada buah kurma, madu, gandum, barli dan sebagainya.

Bagi pengikut mazhab Hanbali, ahli Madinah, seluruh Hijaz, ahli Hadith mengatakan
bahawa arak merupakan sesuatu yang memabukkan sedikit atau banyak sama ada
dihasil daripada anggur atau kurma atau gandum, atau jagung dan lain-lain.38 Arak
pada hakikatnya adalah sesuatu yang di hasilkan daripada anggur, dan majaz pada
selain darinya.39 Hakikatnya arak itu semua jenis yang memabukkan. Pendapat
pengikut mazhab Maliki pula, menyatakan arak adalah sesuatu yang dibuat daripada
perahan anggur, dan hasilnya sangat disukai dan digemari oleh orang ramai.40

35
‘Abdurrahman Muhammad ‘Uthman. Op. cit. Hlm. 125 & 126.
36
Muhammad Rawas Qal’arji. Op. cit. Hlm. 179.
37
Al-Syirazi. Op.cit. Hlm. 287.
38
Wuzara’ Al-Awqaf Wa Al-Syu’un Al-Islamiyyah. Op.cit. Hlm. 12.
39
Muhammad Al-Zuhayli. Op.cit. Hlm. 220.
40
Ibid. Hlm. 123

16
Saidina ‘Umar Al-Khatab berpendapat arak dihasilkan daripada lima bahan iaitu
anggur, kurma, gandum, barli dan madu.41 Sabib bin ‘Ali Al-Hasiri memperluaskan
maksud arak tidak hanya setakat lima bahan sahaja tetapi mendefinisikan arak sebagai
setiap yang memabukkan sama ada bersumberkan daripada buah-buahan seperti
anggur, tamar, dabib (kismis) atau bijirin seperti gandum, barli, jagung, madu dan
sebagainya sama ada di masak dengan api atau tidak.42 Ia juga menyamai pendapat
jumhur.

Jumhur berhujah berdasarkan hadith-hadith sahih yang menetapkan bahawa setiap


yang memabukkan itu arak kerana ia menutup akal fikiran adalah berdasarkan hadith
riwayat Ibn ‘Umar, Sabda Rasulullah s.a.w:

َّ ‫ اع خن ابخ ِن عُ امار ار ِض اي‬،‫ احدَّثاناا اع ِامٌر‬،‫ اع خن أِاِب احيَّا ان‬،‫ احدَّثاناا اخَي اَي‬،‫َّد‬
‫اَّللُ اعخن ُه اما قا اام‬ ٌ ‫احدَّثاناا ُم اسد‬
ِ ‫اْلا خم ِر وِهي ِم خن َخاخس ٍة الخعِنا‬
،‫ اوالخ اع اس ِل‬،‫ اوالت خَّم ِر‬،‫ب‬ ِ ‫ فا اق ا‬،‫عُ ام ُر اعلاى الخ ِمخن اَِب‬
‫ا‬ ‫ال أ َّاما با خع ُد ناازال اخَترميُ خ ا ا‬
43
‫ اوالشَّعِ ِري او خ‬،‫اْلِخنطاِة‬
.‫اْلا خم ُر اما اخ اامار الخ اع خق ال‬ ‫او خ‬
Maksudnya:
Aku mendengar Saidina ‘Umar r.a ketika beliau berada di atas mimbar Rasulullah
s.a.w berkata: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya telah datang pengharaman arak
dan ianya daripada lima perkara iaitu anggur, kurma, madu, gandum dan barli. Dan
arak itu adalah suatu minuman yang menutup akal fikiran.

Hadith ini dijelaskan di dalam bab arak daripada anggur dan selainnya. Ia menjelaskan
pengharaman arak tidak hanya terhad kepada yang dibuat daripada buah-buahan atau
biji-bijirin tertentu sahaja, tetapi ‘illah dalam masalah pengharaman ini ialah
memabukkan kesan daripada minuman tersebut. Oleh itu, semua jenis minuman yang
boleh merosakkan akal fikiran dan kewarasan individu, maka ia dikategorikan sebagai
arak yang diharamkan.44

41
M. ‘Abd Mujib Mabruri Tholhah Syafi’ah Am. 1997. Kamus Istilah Fiqh. Selangor: Advance
Publication. Hlm. 22, 23 &159.
42
Sabib bin ‘Ali Al-Hasiri. Op.cit. Hlm. 31 &32
43
‘Abdullah Muhammad bin Ismail Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, Kitab Al-Asyribah, Bab Al- Khamr
Min Al-‘Inab Wa Ghairihi, No. Hadith 5581.
44
Ahmad bin ‘Ali bin Hajar Al-Asqalani. 2001. Fathu Al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari. Jilid 10. Mekah:
Maktabah Al-Mulk Fahdu Al-Wataniyah Asnai Al-Nasyru. Hlm. 38.

17
Berdasarkan hadith riwayat al-Nu’man Basyir, Sabda Rasulullah s.a.w:

ِ ‫ عن إِب ر ِاهيم ب ِن مه‬،‫ حدَّثاناا إِسرائِيل‬،‫ حدَّثاناا اَيَي بن آدم‬،‫اْلسن بن علِ ٍي‬
‫ اع خن‬،‫اج ٍر‬ ‫خ ا ُ ا خ خا ا خ ُ ا‬ ‫خا خ ُ اا ا‬ ‫احدَّثاناا خا ا ُ خ ُ ا ا‬
ِ ‫ إِ َّن ِمن الخعِنا‬:‫اَّللُ اعلاخي ِه و اسلَّم‬
،‫ب َخاخًرا‬ َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ ‫ قا ا‬،‫ان بخ ِن با ِش ٍري‬ ِ ‫ عن النُّعم‬،‫الشَّعِ ِِب‬
‫ا‬ ‫ا ا‬ ‫اَّلل ا‬ ُ ‫ال ار ُس‬ ‫ قا ا‬:‫ال‬ ‫خ ا خ خا‬
45
.‫ اوإِ َّن ِم ان الشَّعِ ِري َخاخًرا‬،‫ اوإِ َّن ِم ان الخ َُِب َخاخًرا‬،‫ اوإِ َّن ِم ان الخ اع اس ِل َخاخًرا‬،‫اوإِ َّن ِم ان الت خَّم ِر َخاخًرا‬
Maksudnya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya arak itu dibuat daripada anggur,
sesungguhnya arak itu dibuat daripada kurma, sesungguhnya arak itu dibuat daripada
madu, sesungguhnya arak itu dibuat daripada gandum dan sesungguhnya arak itu
dibuat daripada barli.

Berdasarkan hadith di atas, Al-Khattabi berkata, Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa


arak dihasilkan daripada anggur, kurma, madu, gandum dan barli. Hadith ini
menunjukan bahawa bahan untuk menghasilkan arak tidak hanya terhad kepada lima
jenis sumber sahaja.46 Mengikut hadith riwayat Ibn ‘Umar, Sabda Rasulullah s.a.w:

‫ اع خن‬،‫اد يا خع ِِن ابخ ان ازيخ ٍد‬


ٌ َّ‫ احدَّثاناا اْح‬:‫ قاالُوا‬،‫ين‬‫آخ ِر ا‬ ‫يسى ِِف ا‬
ِ
‫ اوُُما َّم ُد بخ ُن ع ا‬،‫احدَّثاناا ُسلاخي اما ُن بخ ُن اد ُاواد‬
،‫ ُك ُّل ُم خس ِك ٍر َخاخٌر‬:‫اَّللُ اعلاخي ِه او اسلَّ ام‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
‫اَّلل ا‬ ُ ‫ال ار ُس‬‫ قا ا‬:‫ال‬‫ قا ا‬،‫ اعخنابخ ِن عُ امار‬،‫ اع خن اَنفِ ٍع‬،‫وب‬ ‫أايُّ ا‬
47 ِ ِ
.‫اْلا خمار يُ خد ِمنُ اها اَلخ يا خشارخَباا ِِف خاْلخارة‬
‫ب خ‬ ِ
‫ اوام خن ام ا‬،‫اوُك ُّل ُم خسك ٍر احار ٌام‬
ُ ‫ات اوُه او يا خشار‬
Maksudnya:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Setiap yang memabukan itu khamr dan setiap yang
memabukan itu haram. Barangsiapa yang meminum khamr didunia kemudian
meninggal dunia sedang ianya peminum khamr serta tidak bertaubat maka ia tidak
akan meminumnya nanti di akhirat.

45
Imam Al- Hafiz Abi Daud Sulaiman bin Al-‘Asy ‘As Al-Sajastani Al-Azdi. Op.cit. No. Hadith 3676.
46
‘Abdurrahman Muhammad Usthman. Op.cit. Hlm. 115.
47
Imam Al- Hafiz Abi Daud Sulaiman bin Al-‘Asy ‘As Al-Sajastani Al-Azdi, Sunan Abi Daud, Kitab
al-Asyribah, Bab Ma Jaa’fi al-Sakr, No. Hadith 3679.

18
Al-Khatabi mentakwilkan ayat ini)‫ (كل مسكر خمر‬kepada dua bentuk; pertama, arak
merupakan nama bagi setiap yang memabukkan. Kedua, arak yang diharamkan maka
wajib dikenakan hukuman hudud ke atas peminum walaupun tidak terdapat ain
(matabenda) arak tersebut. Kalimah )‫ (يدمنها‬bererti meminum arak secara berterusan
(ketagihan arak), sekiranya tidak bertaubat daripada meminum arak atau sesuatu yang
memabukkan sehingga meninggal dunia.48

Berdasarkan hadith riwayat Aisyah r.a. Sabda Rasulullah s.a.w:

‫ اع خن اعائِ اشةا‬،‫ اع خن أِاِب اسلا امةا‬،‫اب‬ ٍ ‫ اعن ابخ ِن ِشه‬،‫ك‬ ٍ ِ‫ اعن مال‬،‫ِب‬ َِّ ‫حدَّثاناا عب ُد‬
‫ا‬ ‫خ‬ ‫اَّلل بخ ُن ام خسلا امةا الخ اق خعناِ ُّ خ ا‬ ‫اخ‬ ‫ا‬
‫اب‬ٍ ‫ ُك ُّل اشر‬:‫ال‬ ‫ فا اق ا‬،‫اَّللُ اعلاخي ِه او اسلَّ ام اع ِن الخبِخت ِع؟‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
ُ ‫ ُسئِ ال ار ُس‬:‫ت‬ َّ ‫ار ِض اي‬
‫ا‬ ‫اَّلل ا‬ ‫ قاالا خ‬،‫اَّللُ اعخن اها‬
49
ٌ‫اس اكار فا ُه او احارام‬
‫أخ‬
Maksudnya:
Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w berkaitan al-bit’ (arak yang dibuat daripada
perahan madu), maka baginda bersabda: Setiap minuman yang memabukkan adalah
haram.

Al-bit’ adalah nabid al-asal (dihasilkan daripada madu). Hadith di atas menunjukkan
masalah berkaitan jenis minuman iaitu al-bit’ termasuk minuman yang memabukkan.
Ahli Kufah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda setiap minuman yang memabukkan
adalah haram, jawapannya minuman yang berlainan nama merujuk pengharaman jenis
keseluruhannya.50

Oleh yang demikian, pandangan jumhur adalah lebih tepat yang mengatakan bahawa
arak tidak hanya tertumpu kepada perahan anggur sahaja tetapi termasuk perahan
selain anggur. Bagi mereka segala jenis minuman yang memabukkan dan boleh
menghilangkan kewarasan akal fikiran maka dikatakan sebagai arak. Pendapat jumhur
juga lebih praktikal melihat kepada hakikat kini arak juga merangkumi pepejal dan
tidak semata-mata berbentuk minuman.

48
‘Abdurrahman Muhammad Uthman. Op.cit. Hlm. 118 & 119.
49
Imam Al- Hafiz Abi Daud Sulaiman bin Al-‘Asy ‘As Al-Sajastani Al-Azdi, Sunan Abi Daud, Kitab
Al-Asyribah, Bab Ma Jaa’fi al-Sakr, No Hadith 3682.
50
‘Abdurrahman Muhammad Uthman. Op. cit. Hlm. 122 & 123.

19
2.3 Dalil Pengharaman Arak

2.3.1 Dalil Al-Qur’an:

Pengharaman arak boleh dilihat daripada sũrah Al-Mai’dah ayat 90 dan 91 di mana
firman Allah s.w.t:

ِ ‫ان فا‬ ِ ‫اْلامر والخمي ِسر و خاْلانخصاب و خاْل خازاَلم ِرجس ِمن عم ِل الشَّيطا‬ ِ ِ َّ
ُ‫اجتانبُوه‬‫خ‬ ‫خ‬ ‫ين اآمنُوا إََّّناا خ خ ُ ا ا خ ُ ا ا ُ ا ُ خ ٌ خ ا ا‬ ‫اَي أايُّ اها الذ ا‬
‫اْلا خم ِر اوالخ امخي ِس ِر‬
‫ضاءا ِِف خ‬ ِ ُ ‫) إََِّّناا يُِر‬90( ‫لا اعلَّ ُك خم تُ خفلِ ُحو ان‬
‫يد الشخَّيطاا ُن أا خن يُوق اع باخي نا ُك ُم الخ اع اد ااوةا اوالخبا خغ ا‬
)91( .‫ن‬ َّ ‫اَّللِ او اع ِن‬
‫الص اَلةِ ِۖ فا اه خل أانختُ خم ُمخن تا ُهو ا‬ َّ ‫ص َّد ُك خم اع خن ِذ خك ِر‬
ُ ‫اويا‬
Maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah
(Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu Berjaya (90). Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu Dengan sebab arak dan judi,
dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan
sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara
Yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (91).

Pada peringkat awal, larangan arak itu dengan sũrah Al-Baqarah ayat 219 iaitu Allah
berfirman:

‫خ‬ ‫خ‬ ‫خ‬ ‫خ‬ ‫خ‬ ‫خ‬


ِ ‫ك اع ِن ٱْلا خم ِر اوٱل ام خي ِس ِِۖر قُ خل فِي ِه اماأ إِثٌ اكبِريٌ اوام ٓنا ِف ُع لِلن‬
‫َّاس اوإَِثُُه اماأ أاك اَبُ ِمن نَّفعِ ِه اما‬ ‫خ‬
‫ياسالُونا ا‬
َّ ‫ٓت لاعلَّ ُك خ‬
ِ ‫أ‬
‫خ‬ ِ ِ ٓ ‫ِ ِۖ ِ خ خ‬ ‫خ‬
)219(.‫ن‬ ‫ك اما اذا يُنف ُقو ان قُل ٱل اع ا ا ا ُا ُ ُ ُ ا ا اا ا ُ ا‬
‫و‬‫ر‬‫ك‬ ‫ف‬ ‫ت‬ ‫ت‬ ‫م‬ ‫ي‬ ‫ْل‬ ‫ٱ‬ ‫م‬ ‫ك‬
ُ ‫ا‬‫ل‬ ‫َّلل‬
َّ ‫ٱ‬ ‫ْي‬ ‫ب‬ ‫ي‬ ‫ك‬ ‫ل‬‫ذ‬‫ا‬ ‫ك‬ ‫و‬ ‫ف‬ ‫اوياسالُونا ا‬
Maksudnya:
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah:
"Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi
dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu:
Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-
apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada
kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.

20
Al-Qur’an menyatakan, ada orang bertanya kepada Nabi berkenaan arak dan dunia.
Al-Qur’an menyatakan bahawa Nabi disuruh beritahu bahawa kedua-dua ini adalah
dosa yang besar. Justeru, sebilangan sahabat menyatakan bahawa mereka tetap minum
arak kerana faktor manfaatnya, sedangkan sebilangan sahabat yang lain tetap
meninggalkan dari minum arak dengan alasan bahawa ia tiada kebaikan di samping
minum itu, ada dosa.51

Kemudian, turun pula ayat sũrah al-Nisa’ ayat 43 di mana Allah s.w.t berfiman:

‫خ‬
‫الص ٓلوةا اوان تُ خم ُس اك ٓارى اح ّٓت تا خعلا ُم خوا اما تا ُق خولُ خو ان اواَل ُجنُبًا اََِّل اعابِ ِر خى‬ ‫ا‬‫و‬ ‫ب‬
‫ر‬ ‫ق‬
‫خ‬
‫ت‬ ‫َل‬ ‫ا‬
‫و‬ ‫خ‬ ‫ن‬ ‫م‬ٓ
‫ا‬ ‫ن‬ ‫ٰۤي اي ها الَّ ِذ خ‬
‫ي‬
َّ ُ‫ا ا ُ ا ا ا‬ ‫ٓ ُّ ا‬
‫خ‬ ‫خ‬ ٰۤ ‫خ‬ ‫خ‬ ‫خ‬
‫اسبِ خي ٍل اح ّٓت تاغتا ِسلُ خوا ؕ اواِن ُكن تُ خم َّم خر ٓضى ا خو اع ٓلى اس اف ٍر ا خو اجاأءا ا اح ٌد ِمن ُك خم ِم ان الغااأئِ ِط ا خو ٓل ام خستُ ُم‬
‫صعِ خي ًدا طايِبًا فا خام اس ُح خوا بُِو ُج خوِه ُك خم اوا خي ِد خي ُك خم ؕ اِ َّن ٓاَّللا اكا ان اع ُف ًّوا‬ ‫خ‬ ‫خ ِ خ‬
‫الن اساأءا فالام اَت ُدوا اماأءً فاتا يا َّم ُموا ا‬
ِ
)43( .‫غ ُفورا‬
‫خ‬
ً ‫ا‬
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan
mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang
kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja -
hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau
salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh
dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk),
maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah
ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha
Pengampun.

Ayat ini menerangkan larangan mendekati solat dalam keadaan mabuk sehingga orang
yang solat itu tahu apa yang dia perkatakan. Dengan turun ayat ini, setengah sahabat
berkata bahawa mereka masih minum arak lagi, dan duduk di rumah sahaja. Setengah
yang lain pula kata, tidak ada kebaikan lagi pada arak, kerana ia menghalang dari
menunaikan solat sesama orang Islam yang lain.52

51
Syeikh Syed Sabiq. 1982. Fiqh Al-Sunnah. Jilid 2. India: Adam Publishers. Hlm 369.
52
Ibid. Hlm. 369.

21
Lalu turun ayat 90-92 sũrah Al-Mai’dah di mana Allah berfirman:

‫وه‬ ‫ب‬ِ‫يٓأأايُّها ٱلَّ ِذين ءامنُواخ إََِّّناا ٱ خْلا خمر وٱ خلم خي ِسر وٱ خْلانصاب وٱ خْل خازٓاَل ِر خجسؕ ِم خن عم ِل ٱلش خَّي ٓطا ِن فاٱ خجتان‬
ُُ ‫اا‬ ُ ‫ُا ا ُا ا ُا‬ ‫ا اا أ‬ ‫ا ا‬
‫َّ خ ِخ‬
)90( . ‫ن‬ ‫لا اعل ُكم تُفل ُحو ا‬
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu berjaya.

ِ‫يد ٱلش خَّي ٓطان أان يوقِع ب خي نا ُكم ٱ خلع ٓادوةا وٱ خلب خغضاأء ِِف ٱ خْل خم ِر وٱ خلم خي ِس ِر ويص َّد ُك خم عن ِذ خك ِر ٱ ََّّلل‬ ُ ‫إََِّّناا يُِر‬
‫ا ا ا اا ُ ا‬ ‫ُ ُ اا ُ ا ا اا اا‬
ِۖ
)91( . ‫ن‬ ‫لصلا ٓوةِ فا اه خل أانتُم ُّمنتا ُهو ا‬
َّ ‫او اع ِن ٱ‬
Maksudnya:
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu
daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu,mahukah
kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu
masih berdegil)?

‫ِ خٓ خ‬ ‫خ خ خ‬ ‫اطيعوا ٱلرس ا خ‬ ِ ِ
)92( ُ ُ ‫ول اوٱح اذ ُرواخ فاِإن تا اولَّي تُم فاٱعلا ُمأواخ أاََّّناا اعلا ٓى ار ُسولناا ٱلبا لا ُغ ٱ‬
.‫ْي‬ِ
‫ب‬ ‫م‬ ‫ل‬ ُ َّ ‫اوأاطيعُواخ ٱ ََّّللا اوأ ُ خ‬
Maksudnya:
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah
(janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu
berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa
sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah)
dengan jelas nyata.

Berdasarkan firman Allah s.w.t dalam sũrah Al-Mai’dah ayat 90 hingga 92 adalah
nyata bahawa Allah menyatakan arak, judi, berhala dan tenung nasib sebagai najis dan
ia dari amalan-amalan syaitan. Juga menyatakan bahawa arak dan judi itu boleh
membawa kepada permusuhan dan kebencian. Dengannya juga, boleh menghalang
dari mengingati Allah dan terhalang dari menunaikan solat. Justeru, perlu hindari diri
darinya demi untuk kejayaan. Dengan turun ayat ini, mereka pun berhenti dari minum
arak.53

53
Ibid. Hlm. 370.

22
2.3.2 Dalil Al-Sunnah:

Hadith riwayat Jabir bin ‘Abdullah, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

‫ اع خن ُُما َّم ِد‬،‫ات‬


ِ ‫ عن داود ب ِن ب خك ِر ب ِن أِاِب الخ ُفر‬،‫اعيل ي ع ِِن ابن جع اف ٍر‬
‫ا‬
ِ
‫ احدَّثاناا إِ خَسا ا خ خ ا ا خ ا خ ا ُ ا خ ا خ‬،ُ‫احدَّثاناا قُتا خي باة‬
‫اس اكار‬ ِ َّ ‫اَّللِ صلَّى‬
‫ اما أ خ‬:‫اَّللُ اعلاخيه او اسلَّ ام‬ ‫ول َّ ا‬ ُ ‫ال ار ُس‬
‫ قا ا‬:‫ال‬ َّ ‫ اع خن اجابِ ِر بخ ِن اعخب ِد‬،‫بخ ِن الخ ُمخن اك ِد ِر‬
‫ قا ا‬،ِ‫اَّلل‬
54
.‫اكثِريُهُ فا اقلِيلُهُ احار ٌام‬
Maksudnya:
Apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitpun haram.

Rasulullah s.a.w tidak sahaja melarang perbuatan minum arak, malah segala perbuatan
yang berkaitan dengan urusan jual beli arak juga turut dilarang. Rasulullah s.a.w telah
bersabda:

‫ اع خن أِاِب اع خل اق امةا‬،‫ اع خن اعخب ِد الخ اع ِزي ِز بخ ِن عُ امار‬،‫اْلاَّر ِاح‬ ِ


ُ ‫ احدَّثاناا اوك‬،‫احدَّثاناا عُثخ اما ُن بخ ُن أاِِب اشخي باةا‬
‫يع بخ ُن خ‬
‫صلَّى‬‫اَّلل ا‬
َِّ ‫ول‬ ُ ‫ال ار ُس‬ ُ ‫ يا ُق‬،‫ أا ََّّنُ اما اَِس اعا ابخ ان عُ امار‬،‫اَّللِ الخغاافِ ِق ِي‬
‫ قا ا‬:‫ول‬ َّ ‫الر خْحا ِن بخ ِن اعخب ِد‬
َّ ‫ او اعخب ِد‬،‫ام خواَل ُه خم‬
ِ ‫ ومعتا‬،‫اصرها‬ ِ ِ ِ َّ ‫ لا اع ان‬:‫اَّللُ اعلاخي ِه او اسلَّ ام‬
،‫صاراها‬ ‫ او اع ا ا ا ُ خ‬،‫اع اها‬ ‫ اوُمخب تا ا‬،‫ اواَبئ اع اها‬،‫ او اساقيا اها‬،‫ او اشا ِراَباا‬،‫اْلا خمار‬ ‫اَّللُ خ‬ َّ
55 ِ ِ
.‫ اوالخ ام خح ُمولاةا إلاخيه‬،‫او اح ِاملا اها‬
Maksudnya:
Arak dilaknat atas 10 keadaan iaitu; pada zatnya, orang yang memerah arak (pekerja),
orang yang memerah arak untuk diminum sendiri, penjual arak, pembeli arak,
pembawa arak, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memakan
hasil dari penjualan arak, peminum arak dan orang yang menuangkan arak kepada
orang lain.

54
Imam Al- Hafiz Abi Daud Sulaiman bin Al-‘Asy ‘As Al-Sajastani Al-Azdi, Sunan Abi Daud, Kitab
al-Asyribah, Bab Ma Jaa’fi al-Sakr, No. Hadith 3681.
55
Imam Al- Hafiz Abi Daud Sulaiman bin Al-‘Asy ‘As Al-Sajastani Al-Azdi, Sunan Abi Daud, Kitab
al-Asyribah, Bab Ma Jaa’fi al-Sakr, No. Hadith 3674.

23
2.3.3 Dalil Ijma’:
Jumhur ulama’ telah bersepakat tentang pengharaman penggunaan arak yang
memabukkan sebagai minuman, pada sebarang kadar walaupun sedikit, sekiranya
tiada keperluan atau padanya dan wajib dijatuhkan hukuman had minum arak kepada
pesalah.56

2.3.4 Dalil Saddu Zara’i:


Larangan berurusan jual beli arak terhadap 10 golongan yang dilaknat Rasulullah
s.a.w dalam hadith Aisyah r.a adalah bagi menutup segala ruang jalan keburukan yang
berpunca dari penggunaan arak sebagai minuman. Larangan tersebut dapat
menjauhkan diri dari perbuatan yang haram. Maka, seorang Muslim dilarang untuk
menjual anggur kepada penjual arak atau jika diketahui anggur itu akan dibuat arak.57

2.4 Kategori Pengharaman Arak

Pengharaman arak bukan sahaja kepada individu yang meminumnya, malahan juga
melibatkan individu yang membuat, mengedar, mengimport, menjual dan meluluskan
penubuhan kilangnya. Semua yang terlibat dalam urusniaga yang melibatkan arak
yang diminum oleh manusia sejagat dikira haram. Setiap orang Islam perlu
mengetahui perkara ini memandangkan minuman arak kini telah popular kembali
dijual di restoran berjenama terutama yang kerap dikunjungi oleh masyarakat umum.58

56
Setiyawan Gunardi (2018). Arak Dan Minuman-Minuman Yang Memabukkan Menurut Pandangan
Ulama Empat Mazhab Dan Fatwa, 7 (6). 63-64.
57
Ibid. Hlm.63-64.
58
Latifah Mohd Noor (2018). Alkohol: Definisi, Pengharaman, Metabolisme Dan Kegunaannya, 23
(4). 101-108

24
Telah disebut sebagaimana hadith Nabi s.a.w, Allah telah melaknat sesiapa sahaja
yang terlibat dalam urusniaga jual beli minuman arak ini.

ِ ِ ٍ ِ
‫ احدَّثاناا اعخب ُد الخ اع ِزي ِز بخ ُن عُ امار بخ ِن‬،‫يع‬ ٌ ‫ احدَّثاناا اوك‬:‫ قا ااَل‬،‫ اوُُما َّم ُد بخ ُن إِ خَسااعيل‬،‫احدَّثاناا اعل ُّي بخ ُن ُُما َّمد‬
،‫ أا ََّّنُ اما اَِس اعا ابخ ان عُ امار‬،‫ اوأِاِب طُ خع امةا ام خواَل ُه خم‬،‫اَّللِ الخغاافِ ِق ِي‬
َّ ‫الر خْحا ِن بخ ِن اعخب ِد‬
َّ ‫ اعنخ اعخب ِد‬،‫اعخب ِد الخ اع ِزي ِز‬
ِ ‫ وع‬:‫اْلامر علاى ع خشرةِ أاوج ٍه بِعينِها‬
،‫اص ِراها‬ ِ ِ ِ َّ ‫اَّللِ صلَّى‬
‫ لُعنات خ خ ُ ا ا ا خ ُ اخ ا ا ا‬:‫اَّللُ اعلاخيه او اسلَّ ام‬ ‫ول َّ ا‬ ُ ‫ال ار ُس‬
‫ قا ا‬:‫ول‬ ُ ‫يا ُق‬
.‫ وساقِيها‬،‫شا ِرَِبا‬ ِ ِ ِ ِ ِِ ِ ِِ ِ
‫ او ا ا ا ا ا‬،‫ اوآك ِل اَثان اها‬،‫ اوالخ ام خح ُمولاة إِلاخيه‬،‫ او احامل اها‬،‫ اوُمخب تااع اها‬،‫ اواَبئع اها‬،‫اوُم خعتاص ِراها‬
59

Maksudnya:
Bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w melaknat sepuluh golongan yang berkaitan
dengan arak iaitu: Yang memerahnya, yang minta diperahkannya, yang meminumnya,
yang membawanya dan minta dibawa kepadanya, yang menuangkannya, yang
menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikan.

Terdapat pembahagian 10 kategori yang diharamkan terlibat dengan arak berdasarkan


hadith di atas dapat dilihat iaitu:

1. Yang memerahnya:
Bermaksud pekerja ladang anggur yang mana hasil tuaiannya akan digunakan
sebagai bahan untuk dibuat arak.

2. Yang minta diperahkan:


Bermaksud tuan punya ladang anggur yang diusahakan supaya hasil tuaiannya
akan digunakan sebagai bahan untuk dibuat arak atau tuan punya kilang arak.

3. Yang meminumnya:
Bermaksud orang yang minum arak.

4. Yang membawanya:
Bermaksud pemandu lori yang mengangkut arak dan pekerja yang memasang
iklan mempromosikan arak.

59
Muhammad bin ‘Isa bin Surah bin Musa As-Salmi Al-Bughi At-Tirmizi, Sunan At-Tirmizi, Kitab
Jami’ At-Tirmizi, Bab Al-Asyribah, No.Hadith 3380.

25
5. Yang makan harganya:
Bermaksud orang yang mendapat keuntungan hasil daripada urusniaga jualbeli
arak.

6. Yang menjualnya:
Bermaksud orang yang menjual arak.

7. Yang menuangkannya:
Bermaksud pekerja restoran atau jurujual di restoran yang menghidangkan
arak.

8. Yang minta dibawa kepadanya:


Bermaksud tuan punya kedai atau restoran yang menjual arak dan pekerja
gudang arak yang menguruskan pergerakannya.

9. Yang membelinya:
Bermaksud orang yang membeli arak samaada untuk diminum oleh dirinya
sendiri atau orang lain.

10. Yang minta dibelikan:


Bermaksud orang yang meminta orang lain membeli arak untuk dirinya sendiri
atau untuk dikirimkan kepada orang lain.

2.5 Hukum dan fatwa berkaitan penjualan arak di kaunter

Arak merupakan satu perkara yang diharamkan secara jelas dalam al-Qur’an dan al-
Sunnah. Mudarat arak terlalu besar sehingga Islam mengharamkan daripada
melibatkan diri dengan sebarang urusan yang melibatkan arak.

26
Berdasarkan sũrah Al Mai’dah, ayat 90, Allah s.w.t berfirman:

ِ ‫ان فا‬
ِ ‫اْلامر والخمي ِسر و خاْلانخصاب و خاْل خازاَلم ِرجس ِمن عم ِل الشَّيطا‬ ِ ِ َّ
ُ‫اجتانبُوه‬
‫خ‬ ‫خ‬ ‫ين اآمنُوا إََّّناا خ خ ُ ا ا خ ُ ا ا ُ ا ُ خ ٌ خ ا ا‬ ‫اَي أايُّ اها الذ ا‬
‫لا اعلَّ ُك خم تُ خفلِ ُحو ا‬
)90( ‫ن‬

Maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu berjaya.

Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini dengan menyebut satu riwayat daripada
‘Abdurrahim bin Ghanm r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

‫ت اش خهار‬ ِ ‫يد بن اَبرام قا ا‬ ِ ِ ‫ حدَّثاناا عب ُد خ‬،‫ حدَّثاناا روح‬:‫ال‬ ِ‫ضا خ‬


ُ ‫ اَس خع‬:‫ال‬ ‫اْلام خ ُ خ‬ ‫اْحا ُد فا اق ا ا ا خ ا اخ‬ ‫اْل ام ُام أ خ‬ ً ‫اوقا خد اراواهُ أايخ‬
‫ اوإِ َّن خ‬،‫ وإن اْلمر حرام اواَثانُ اها احار ٌام‬.....:‫الر خْحا ِن بخ ُن اغخنم‬
‫اْلا خمار‬ َّ ‫ اح َّدثاِِن اعخب ُد‬:‫ال‬‫ب قا ا‬ٍ ‫بخن اح خو اش‬
‫ا‬
60
‫ اوإِ َّن خ‬،‫احار ٌام اواَثانُ اها احار ٌام‬
.‫اْلا خمار احار ٌام اواَثانُ اها احار ٌام‬
Maksudnya:
Dan sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram, Sesungguhnya
khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram, Sesungguhnya khamar itu haram
dan hasil jualannya juga haram.

Justeru bagi seorang mukmin hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dengan
menghindari diri daripada terlibat daripada apa-apa pekerjaan yang terlibat dengan
arak. Ini dikuatkan dengan hadith:

ِ ِ ٍ ِ
‫ احدَّثاناا اعخب ُد الخ اع ِزي ِز بخ ُن عُ امار بخ ِن‬،‫يع‬ ٌ ‫ احدَّثاناا اوك‬:‫ قا ااَل‬،‫ اوُُما َّم ُد بخ ُن إِ خَسااعيل‬،‫احدَّثاناا اعل ُّي بخ ُن ُُما َّمد‬
،‫ أا ََّّنُ اما اَِس اعا ابخ ان عُ امار‬،‫ اوأِاِب طُ خع امةا ام خواَل ُه خم‬،‫اَّللِ الخغاافِ ِق ِي‬
َّ ‫الر خْحا ِن بخ ِن اعخب ِد‬
َّ ‫ اعنخ اعخب ِد‬،‫اعخب ِد الخ اع ِزي ِز‬
ِ ‫ وع‬:‫اْلامر علاى ع خشرةِ أاوج ٍه بِعينِها‬
،‫اص ِراها‬ ِ ِ ِ َّ ‫اَّللِ صلَّى‬
‫ لُعنات خ خ ُ ا ا ا خ ُ اخ ا ا ا‬:‫اَّللُ اعلاخيه او اسلَّ ام‬ ‫ول َّ ا‬ ُ ‫ال ار ُس‬
‫ قا ا‬:‫ول‬ ُ ‫يا ُق‬
61
.‫ او اساقِ ايها‬،‫ او اشا ِرَِباا‬،‫ اوآكِ ِل اَثانِ اها‬،‫ اوالخ ام خح ُمولاِة إِلاخي ِه‬،‫ او اح ِاملِ اها‬،‫اع اها‬
ِ ‫ ومب تا‬،‫ وَبئِعِها‬،‫ص ِرها‬
‫اوُم خعتا ا ا ا ا ا ُ خ‬
ِ

60
Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, Abu ‘Abdullah, Asy-syiabani Al-wilai’, Musnad Imam Ahmad
bin Hanbal. No Hadith 17995.
61
Muhammad bin ‘Isa bin Surah bin Musa As-Salmi Al-Bughi At-Tirmizi, Sunan At-Tirmizi, Kitab
Jami’ At-Tirmizi, Bab Al-Asyribah, No.Hadith 3380.

27
Maksudnya:
Bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w melaknat sepuluh golongan yang berkaitan
dengan arak iaitu: Yang memerahnya, yang minta diperahkannya, yang meminumnya,
yang membawanya dan minta dibawa kepadanya, yang menuangkannya, yang
menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikan.

Namun begitu, jika pendapatan seseorang itu bercampur baur antara haram dan yang
halal maka menerima harta yang dia beri adalah tidak haram kerana tidak yakin
pemberian itu bersumberkan yang haram.62

2.5.1 Hukum dan Fatwa berkaitan pengurusan arak di kaunter oleh juruwang Muslim

Seorang Muslim tidak dibenarkan untuk bekerja dalam sektor yang melibatkan dirinya
dalam hal-hal berkaitan dengan arak, seperti penjualan arak, pemprosesan arak,
pengangkutan arak, penyimpanan arak dan seumpamanya. Larangan ini dinyatakan
oleh Nabi s.a.w dalam sebuah hadith:

،‫ اع خن أِاِب اع خل اق امةا‬،‫ اع خن اعخب ِد الخ اع ِزي ِز بخ ِن عُ امار‬،‫اْلاَّر ِاح‬


‫يع بخ ُن خ‬ ِ
ُ ‫ احدَّثاناا اوك‬،‫احدَّثاناا عُثخ اما ُن بخ ُن أِاِب اشخي باةا‬
‫اَّللِ صلى هللا‬ َّ ‫ول‬ ُ ‫ال ار ُس‬
‫ول قا ا‬ُ ‫ يا ُق‬،‫اَّللِ الخغاافِ ِق ِي أا ََّّنُ اما اَِس اعا ابخ ان عُ امار‬
َّ ‫الر خْحا ِن بخ ِن اعخب ِد‬
َّ ‫ام خوَلا ُه خم او اعخب ِد‬
‫صاراها او اح ِاملا اها‬ِ ‫اصرها ومعتا‬ ِ ِ ِ
‫اع اها او اع ا ا ا ُ خ‬ ‫اْلا خمار او اشا ِراَباا او اساقيا اها اواَبئ اع اها اوُمخب تا ا‬
‫اَّللُ خ‬
َّ ‫عليه وسلم " لا اع ان‬
63
. " ‫اوالخ ام خح ُمولاةا إِلاخي ِه‬
Maksudnya:
Allah melaknat arak, peminumnya, pemberi minumnya, penjualnya, pembelinya,
tukang perahnya, orang yang meminta diperahnya, pembawanya, dan orang yang
meminta dibawakan kepadanya.

62
Umar Mukhtar Mohd Noor (2017 Januari). Hukum Bekerja Di Kedai Sarbeneka Yang Menjual Arak.
Retrieved April 14, 2021.
www.muftiwp.gov.my
63
Imam al- Hafiz Abi Daud Sulaiman bin Al-‘Asy ‘As Al-Sajastani Al-Azdi, Sunan Abi Daud, Kitab
Al-Asyribah, Bab Al-Khamr, No. Hadith 3674.

28
Pengharaman menjual arak oleh juruwang Muslim di kaunter adalah diharamkan tanpa
mengira sama ada yang membelinya adalah orang Islam ataupun bukan Islam. Justeru
sekiranya pekerjaan di sesebuah pasaraya atau premis perniagaan menuntut seseorang
pekerja terlibat secara langsung dengan arak, seperti menjadi juruwang yang menjual
arak, maka seseorang Muslim tidak harus bekerja di tempat tersebut. Imam al-Suyuti
ketika membincangkan kaedah umum fiqh:

ِ ‫ْي اَل ي ز ُال َِبلش‬


‫َّك‬ ِ
‫الياق خ ُ ُا‬

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan

Beliau memasukkan sebagai faedah, huraian Syeikh Abu Hamid Al-Isfirayni tentang
kategori perkara syak yang tidak diketahui atau ditentukan sumber asalnya, “Seperti
melakukan transaksi dengan orang yang majoriti hartanya bersumber perkara yang
haram dan tidak dapat dipastikan harta yang diperolehi itu dari harta orang tersebut
sumber haram, maka hukum transaksi jual beli itu tidak haram kerana ada
kemungkinan halal dan sumber haram itu juga tidak dapat dipastikan, tetapi makruh
mengambilnya kerana ditakuti terjatuh dalam perkara yang haram”

Hadith daripada Abu ‘Abdullah al-Nu'man bin Basyir r.a bahawasanya beliau telah
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

ِ ُ ‫ ي ُق‬،‫ال اَِسعت النُّعما ان بن ب ِش ٍري‬ ِ


‫ول‬
‫ت ار ُس ا‬ ُ ‫ول اَس خع‬ ‫ قا ا خ ُ خ ا خ ا ا ا‬،‫ اع خن اعام ٍر‬،ُ‫ احدَّثاناا ازاك ِرََّيء‬،‫احدَّثاناا أابُو نُ اعخي ٍم‬
ِ
ٌ‫ات َلا يا خعلا ُم اها اكثري‬ ٌ ِ‫اْلاار ُام با‬
ٌ ‫ اوباخي نا ُه اما ُم اشبَّ اه‬،‫ْي‬ ٌ ِ‫اْلاَلا ُل با‬
‫ْي او خ‬ ‫ول " خ‬ ُ ‫اَّللِ صلى هللا عليه وسلم يا ُق‬ َّ
ِ ‫ ومن وقاع ِِف الشُّب ه‬،‫ات استاَبأا لِ ِديِنِ ِه و ِعر ِض ِه‬ ِ ‫ فام ِن اتَّ اقى الخم اشبَّه‬،‫َّاس‬ ِ
‫ات اكار ٍاع ياخر اعى‬ ‫ُا‬ ‫ا خ اا خ ا ا‬ ‫خ خا‬ ‫ُ ا‬ ‫م ان الن ِ ا‬
َّ ‫ أاَلا إِ َّن ِْحاى‬،‫ك ِْحًى‬
،ُ‫اَّللِ ِِف أ خار ِض ِه اُماا ِرُمه‬ ٍ ِ‫ أاَلا وإِ َّن لِ ُك ِل مل‬.‫ك أا خن ي واقِعه‬
‫ا‬ ‫ يُوش ُ ُ ا ا ُ ا‬،‫اْل امى‬
ِ ِ‫حوال خ‬
‫اخ‬
‫ أاَلا‬.ُ‫اْلا اس ُد ُكلُّه‬ ‫ت فا اس اد خ‬ ‫ اوإِ اذا فا اس اد خ‬،ُ‫اْلا اس ُد ُكلُّه‬
‫صلا اح خ‬‫ت ا‬ ‫ضغاةً إِ اذا ا‬
‫صلا اح خ‬ ‫اْلا اس ِد ُم خ‬
‫أاَلا اوإِ َّن ِِف خ‬
64
.‫ب‬ ِ
ُ ‫اوه اي الخ اق خل‬

64
‘Abdullah Muhammad bin Ismail Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, Kitab Al-Iman, Bab Fadli Man
Istabra Lidainihi, No. Hadith 52.

29
Maksudnya:

Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu
juga jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara samar (syubhat)
yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga (menjauhi)
perkara syubhah (kesamaran), maka ia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.
Dan sesiapa yang terjatuh di dalam (melakukan) perkara syubhah, sama seperti ia
terjatuh di dalam (melakukan) perkara yang haram, umpama seorang pengembala
yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh
masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya
sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa
dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh
jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”

Tetapi sekiranya pekerjaannya tidak berkait dengan arak, seperti menjadi juruwang di
kaunter halal yang tidak menjual arak, maka bekerja di situ adalah diharuskan, kerana
dia tidak dikira terlibat dalam penjualan arak.

Oleh itu, fatwa menjelaskan di mana jika pendapatan yang diperolehi ialah daripada
hasil jualan barang-barang yang halal dan haram, maka hukumnya adalah tidak haram
mengambilnya tetapi makruh. Akan tetapi Sekiranya melibatkan isu juruwang Muslim
itu terlibat dengan jual beli arak di kaunter, maka hukum perbuatan itu adalah haram
sekalipun dengan martabat yang lebih rendah daripada meminumnya. Syeikh Mulla
Ali al-Qari dalam kitab al-Mirqah Syarh al-Misykah dalam menghuraikan hadith
riba’: “Mereka sama dari sudut mendapat dosa tetapi berbeza daripada segi
tingkatannya.65

65
Umar Mukhtar Mohd Noor (2017 Januari). Hukum Bekerja Di Kedai Sarbeneka Yang Menjual Arak.
Retrieved April 14, 2021.
www.muftiwp.gov.my

30
2.6 Kawalan penjualan arak

Penjualan arak di Malaysia dikawal oleh beberapa peruntukan undang-undang sedia


ada dan penguatkuasaannya dipertanggungjawabkan kepada beberapa Agensi
Kerajaan berkaitan pada peringkat persekutuan, negeri dan juga PBT.

Pada peringkat persekutuan, penjualan arak dikawal oleh Jabatan Kastam Diraja
Malaysia (JKDM) di bawah Kementerian Kewangan dan undang-undang yang
berkaitan dengan pelesenan jualan arak oleh JKDM ialah Akta Kastam 1967 (Akta
235) dan Akta Eksais 1976 (Akta 176) serta peraturan yang dibuat di bawahnya.
Berdasarkan seksyen 2(1) Akta Kastam 1967, memperuntukkan:

“Liquor yang memabukkan” termasuklah apa-apa alkohol, atau apa-apa cecair yang
mengandungi lebih daripada dua peritus spirit pruf (alkohol mutlak), yang sesuai atau
bermaksud untuk, atau yang boleh dengan apa-apa cara diubah bagi digunakan
sebagai suatu minuman.”

Pengimportan liquor yang memabukkan dikawal oleh JKDM dan setiap pengimport
perlu mendapatkan lesen untuk mengimport bahan tersebut ke Malaysia berdasarkan
peraturan 18 Peraturan-Peraturan Kastam 1977. Lesen pengilangan liquor yang
memabukkan di dalam negara juga dikawal oleh JKDM menurut Akta Eksais 1976.
Kehendak pelesenan yang ditetapkan oleh JKDM untuk penjualan liquor yang
memabukkan secara runcit tertakluk di bawah seksyen 32 Akta Eksais 1976.
Walaubagaimanapun, seksyen ini memberikan pengecualian lesen jualan runcit
minuman beralkohol seperti bir, todi atau liquor natif. Penjualan runcit kecil-kecilan
bagi arak jenis ini tidak melebihi kuantiti yang ditetapkan dibolehkan di kedai tanpa
keperluan pelesenan di bawah Akta ini. Seksyen ini juga turut memberikan kuasa
mutlak kepada Menteri (Kewangan) untuk membenarkan sesiapa sahaja menjual apa-
apa liquor yang memabukkan secara runcit. Lesen penjualan liquor memabukkan
secara borong berdasarkan seksyen 33 Akta Eksais 1976. Pihak yang
bertanggungjawab melesenkan penjualan liquor yang memabukkan ialah Lembaga
Pelesenan Daerah yang dilantik di bawah seksyen 31 Akta Eksais 1976 dan perjalanan
urusan Lembaga Pelesenan Daerah tersebut dan fi bagi lesen menjual liquor yang
memabukkan sebagaimana dinyatakan di bawah Peraturan-Peraturan Eksais
(Lembaga Pelesenan) 1977. Kuasa mengenakan duti eksais terhadap barang tertentu

31
termasuk penjualan liquor yang memabukkan dinyatakan dalam seksyen 6 Akta
Eksais 1976. Peraturan-Peraturan Eksais (Penjualan Liquor yang Memabukkan) 1977
pula mengehadkan jualan liquor yang memabukkan secara borong dan runcit dari
pukul 9.00 malam hingga pukul 7.00 pagi dan larangan membekal atau menjual liquor
yang memabukkan kepada orang yang berumur bawah 18 tahun. Selain itu, terdapat
juga Peraturan-Peraturan Eksais (Membotolkan dan Memindahkan Liquor yang
Memabukkan) 1977 dan Peraturan-Peraturan Eksais (Kawalan-Kawalan Todi dan
Kadar Todi) 1977.66

Pada peringkat negeri khususnya Negeri Sembilan, tiada peruntukan undangundang


khusus yang mengawal penjualan arak terutamanya kepada orang Islam. Walau
bagaimanapun, menurut Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM), seluruh negeri di Malaysia telah mempunyai peruntukan
berkaitan kesalahan meminum minuman yang memabukkan dalam Akta atau
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri masing-masing.

2.6.1 Kawalan penjualan arak oleh pekerja beragama Islam

Menurut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan, wujud satu peruntukan di mana
perbuatan menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, minuman
yang memabukkan merupakan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi tiga
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-
duanya.

Seksyen 79 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 memperuntukkan:


“Mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk
jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan
adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan
hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya”

66
Peraturan 5, 6 dan 7A, Peraturan-Peraturan Eksais (Penjualan Liquor yangMemabukkan) 1977.

32
Akan tetapi, tidak dinyatakan secara spesifik dan tidak dibincangkan dengan lebih
mendalam isu sama ada pekerja-pekerja beragama Islam yang tidak terlibat secara
langsung dalam penjualan arak sebagai contoh juruwang di kaunter atau lebih dikenali
sebagai ‘cashier’ termasuk di bawah kategori kesalahan penjualan arak yang
diperuntukkan di dalam enakmen tersebut.

Di Negeri Selangor, kerajaan negeri terbabit telah mengambil Langkah pro-aktif


dengan mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta bagi menyediakan peluang
pekerjaan halal kepada orang Islam yang telah sedar dan ingin meninggalkan
pekerjaan mereka di premis yang menjual arak. Sebuah tabung khas ditubuhkan untuk
tujuan ini dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.67 Syarat tambahan yang
dikenakan oleh PBT terhadap perkara pelesenan premis penjualan arak tidak
memperuntukkan larangan kepada orang Islam untuk bekerja di premis yang menjual
arak sedangkan perbuatan menjual arak oleh orang Islam di Selangor merupakan satu
kesalahan jenayah Syariah di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Syarat larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak, misalnya, yang cuba
dikuatkuasakan oleh MPSJ semasa meluluskan permohonan lesen perniagaan
merupakan langkah menyokong pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)
1995.68

Malangnya, tiada sebarang langkah yang diambil atau usaha dari mana-mana pihak
berkuasa di Negeri Sembilan berkenaan isu pekerja Muslim yang terlibat dengan
penjualan arak di pasaraya atau kedai sarbeneka bagi memastikan pendapatan yang
diperolehi adalah hasil daripada yang halal semata-mata dan tidak bercampur dengan
hasil yang membawa kepada makruh.

67
Malaysiakini, (2011 Januari) Selangor Bantu Orang Islam Henti Kerja Di Premis Arak. Retrieved
April 14, 2021.
http://www.malaysiakini.com/news
68
Jasri Jamal, Norhayati Anuar (2012). Undang-Undang Kawalan Penjualan Arak Oleh Pihak
Berkuasa Tempatan: Kajian Khusus di Negeri Selangor Darul Ehsan. Published Thesis. UKM: Fakulti
Undang-Undang.

33
Bagi kesalahan yang membabitkan premis jualan arak yang melanggar peraturan yang
ditetapkan ia adalah terletak di bawah bidang kuasa PBT di negeri masing-masing.
Pihak jabatan agama Islam tidak akan terlibat dengan apa jua yang berkait dengan
premis jualan sama ada untuk menutup, menghalang jualan, menghadkan lesen jualan,
menyita dan lain-lain lagi.

Ini kerana hal-hal yang berkaitan dengan premis adalah di bawah bidang kuasa PBT.
Justeru, PBT adalah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab untuk membuat
segala peraturan dan kawalan yang berkaitan dengan kaedah jualan, pengeluaran lesen
jualan, bilangan premis yang dihadkan dan peraturan-peraturan lain yang dilihat
bercanggah dengan hukum syarak, khususnya bagi kesalahan yang dilakukan oleh
pihak yang beragama Islam.

Bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor walaupun
pada hakikatnya terhad dan sempit, namun berdasarkan kepada peruntukan Enakmen
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, Jabatan Agama Islam Selangor mempunyai
bidang kuasa untuk membuat serbuan di kilang-kilang arak yang besar di sekitar
Lembah Klang yang difahamkan ramai pekerjanya yang terdiri daripada masyarakat
Islam.69

69
Mohd Termizi Ismail (2008 November). Cadangan Kawalan Penjualan Arak di MPK. Retrieved April
16, 2021.
https://www.malaysiakini.com/opinions/93877

34
2.7 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, wujud perbezaan dari segi definisi arak dari setiap pandangan
ulama dan mazhab. Pelbagai bahas dan hujah yang dikeluarkan hasil daripada hadith-
hadith sahih. Ini dibuktikan lagi dengan turunnya ayat Al-Qur’an yang mengharamkan
arak dan wujudnya pelbagai hadith sahih yang menerangkan hasil pendapatan yang
bercampur halal dan haram. Walaupun tidak wujud badan yang mengawal selia
penjualan arak oleh pekerja yang beragama Islam, akan tetapi kesedaran kendiri
perlulah dititikberatkan demi menjamin pendapatan yang halal lagi diberkati Allah.

35
BAB TIGA
BAB TIGA: TAHAP KEFAHAMAN DAN KESEDARAN PEKERJA
MUSLIM DI KAUNTER PENJUALAN ARAK DI NILAI NEGERI
SEMBILAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang tahap kefahaman dan kesedaran pekerja-pekerja


Muslim terutamanya di bahagian kaunter atau juruwang tentang konsep penjualan
arak.

3.2 Metode Penyelidikan

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menilai dan menganalisis tahap
kefahaman dan kesedaran pekerja Muslim di kaunter di Nilai Negeri Sembilan. Kajian
ini berbentuk kuantitatif yang terlibat dengan penjualan arak dengan menggunakan
borang soal selidik. Data yang dikumpulkan akan ditadbir menggunakan program
Statistical Package for Social Science (SPSS) version 28. Dapatan akan dihuraikan
secara diskriptif bagi menghuraikan tahap kefahaman dan kesedaran pekerja Muslim
di kaunter dalam penjualan arak secara keseluruhannya.

3.3 Metode Pengumpulan Data

Pengumpulan data melalui pengedaran borang soal selidik yang dibuat secara rawak
kepada pekerja Muslim di kaunter pada 23 Ogos 2021 bertempat di Pusat membeli-
belah Aeon Nilai, Pasaraya Besar Giant Nilai, Pasaraya Tesco Nilai dan juga di sekitar
Pusat membeli-belah Mesamall, Nilai.

36
3.3.1 Metode Persampelan

Penulis menggunakan kaedah borang soal selidik yang telah sempurna dibina telah
diedarkan secara rawak kepada 30 pekerja Muslim di kaunter di empat kawasan yang
berbeza iaitu 8 orang dari pekerja-pekerja Muslim dari kalangan lelaki dan 22 orang
dari kalangan wanita. Responden adalah terdiri daripada pekerja-pekerja di kaunter
yang sedang berkerja sebagai juruwang di Pusat membeli-belah Aeon Nilai, Pasaraya
Besar Giant Nilai, Pasaraya Tesco Nilai dan juga di sekitar Pusat membeli-belah
Mesamall, Nilai. Pekerja Muslim di kaunter yang terlibat dikehendaki untuk
menjawab soal selidik di dalam tempoh masa yang tertentu. Setelah selai menjawab,
soal selidik tersebut akan dikumpulkan oleh penulis untuk tujuan melaksanakan proses
seterusnya

3.4 Metode Penganalisisan Data

Soal selidik yang telah diterima dikodkan. Setelah itu, data-data tersebut ditadbir
dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi
28 untuk dianalisis. Data-data kajian ini kemudiannya dihurai dan dianalisis secara
deskriptif bagi menghuraikan tahap kefahaman dan kesedaran pekerja Muslim di
kaunter dalam penjualan arak.

Selain itu juga, data-data ini akan dipersembahkan di dalam bentuk jadual agar
perbincangan dapat dipersembahkan dengan lebih jelas.

3.4.1 Analisis Deskriptif

Analisis deskriptif ini adalah merupakan teknik penghuraian data secara


menyeluruh yang mana bertujuan untuk memberi gambaran awal mengenai
responden berdasarkan kepada kekerapan, peratusan dan juga min. Dalam
kajian ini, analisis deskriptif digunakan bagi tujuan untuk menganalisis soal
selidik.

37
Bagi menentukan tahap kefahaman dan kesedaran pekerja Muslim dalam
penjualan arak, penulis menggunakan julat skor min dengan merujuk kepada
Rudzi Manap (2003)70 dalam menganalisis data.

Nilai Min Interpretasi


1.0 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.67 Sederhana
3.68 hingga 5.00 Tinggi
Jadual 3.1 Min Skala Lima Likert Mengikut Tiga Tahap

3.5 Analisis Data Tahap Kefahaman dan Kesedaran Pekerja Muslim di Kaunter
Penjualan Arak

3.5.1 Latarbelakang responden

Kajian ini dijalankan di Nilai, Negeri Sembilan. Responden yang terlibat


adalah seramai 30 orang pekerja dengan jantina, umur dan status. Bagi
menganalisis latarbelakang kajian, analisis diskriptif dilakukan dengan
melibatkan kekerapan, peratusan, peratusan diterima dan peratusan kumulatif.
Data kajian dipaparkan seperti berikut:

70
Rudzi Munap. 2003. Penilaian Program Diploma Kesetiausahaan Eksekutif di Universiti Teknologi
‘MARA’. Tesis Ph.D. UKM. Bangi.

38
JANTINA
Peratusan Peratusan
Kekerapan Peratusan Diterima Kumulatif
Diterima Lelaki 8 26.7 26.7 26.7
Perempuan 22 73.3 73.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
Jadual 3.2: Jantina

Berdasarkan jadual 3.2, daripada jumlah responden sebanyak 30 orang,


responden lelaki mewakili sebanyak (26.7%) atau sebanyak 8 orang daripada
jumlah responden. Manakala responden perempuan pula mewakili sebanyak
(73.33%) atau sebanyak 22 orang dari jumlah responden. Penulis mendapati
bahawa jumlah responden perempuan lebih ramai dari responden lelaki.

UMUR
Peratusan Peratusan
Kekerapan Peratusan Diterima Kumulatif
Diterima 18-20 4 13.3 13.3 13.3
21-30 22 73.3 73.3 86.7
31-40 1 3.3 3.3 90.0
41 dan ke atas 3 10.0 10.0 100.0
Total 30 100.0 100.0
Jadual 3.3: Umur

Berdasarkan jadual 3.3, daripada jumlah responden seramai 30 orang,


responden yang mempunyai lingkungan umur 18-20 tahun dengan kekerapan
4 orang (13.3%). Responden yang mempunyai lingkungan umur 21-30 tahun
dengan kekerapan 22 orang (73.3%). Responden yang mempunyai lingkungan
umur 31-40 tahun dengan kekerapan seorang (3.3%). Responden yang
mempunyai lingkungan umur 41 tahun ke atas dengan kekerapan 3 orang
(10%). Penulis mendapati bahawa lingkungan umur 21 -30 tahun ini lebih
ramai berbanding lingkungan umur yang lain.

39
STATUS
Peratusan Peratusan
Kekerapan Peratusan Diterima Kumulatif
Diterima Bujang 21 70.0 70.0 70.0
Berkahwin 9 30.0 30.0 100.0
Total 30 100.0 100.0
Jadual 3.4: Status

Berdasarkan jadual 3.4, taburan yang dibuat berdasarkan kepada status


responden. Hasil analisis menunjukkan seramai 21 responden yang berstatus
bujang (70%). Seterusnya, responden yang berstatus berkahwin seramai 9
orang (30%). Manakala tiada responden yang berstatus janda atau duda.
Penulis mendapati bahawa responden yang bersatus bujang lebih ramai dari
yang lain.

3.5.2 Analisis Tahap Kefahaman Pekerja Muslim di Kaunter Penjualan Arak

Jadual berikut adalah merupakan dapatan keseluruhan bagi tahap kefahaman


pekerja Muslim di kaunter dalam penjualana rak. Secara keseluruhannya dapat
dilihat bahawa tahap kefahaman responden berkaitan penjualan arak di kaunter
menunjukkan nilai min sebanyak 4.27 yang mana ianya berada pada tahap
tinggi.

N Min
Tahap Kefahaman Pekerja Muslim di Kaunter Penjualan Arak 30 4.27

Kod Pernyataan STS TS TP S SS Min Tahap

B1 Saya mengetahui 3.3 30.0 66.7 4.57 Tinggi


maksud penjualan (1) (9) (20)
arak yang
dibincangkan dalam
Islam.

40
B2 Saya mengetahui 13.3 23.3 63.3 4.50 Tinggi
tentang dalil-dalil (4) (7) (19)
yang terdapat di
dalam Al-Qur’an
tentang hukum
hakam arak.
B3 Saya mengetahui 16.7 33.3 50.0 4.33 Tinggi
hadith-hadith (5) (10) (15)
Rasulullah s.a.w
berkenaan dengan
penjualan arak.
B4 Saya mengetahui 16.7 36.7 46.7 4.30 Tinggi
hukum dan fatwa (5) (11) (14)
yang dikeluarkan
bagi pekerjaan
melibatkan arak di
kaunter
B5 Saya mengetahui 10 13.3 43.3 43.3 4.30 Tinggi
kategori yang terlibat (4) (13) (13)
dengan arak yang
diharamkan.
B6 Saya mengetahui 33.3 3.3 16.7 23.3 23.3 3.00 Sederhana
pekerjaan saya (10) (1) (5) (7) (7)
melibatkan
penjualan arak di
kaunter.
B7 Saya mengetahui jual 3.3 6.7 90.0 4.87 Tinggi
beli yang melibatkan (1) (2) (27)
arak adalah haram.
B8 Saya mengetahui 3.3 20.0 76.7 4.73 Tinggi
tanggungjawab (1) (6) (23)
sebagai seorang
Muslim untuk

41
menjauhkan diri
daripada melakukan
perkara syubhah.
B9 Saya 3.3 13.3 83.3 4.80 Tinggi
menitikberatkan (1) (4) (25)
sumber pendapatan
yang akan saya
perolehi.
B10 Saya mengetahui 3.3 10.0 86.7 4.83 Tinggi
keberkatan hasil (1) (3) (26)
pendapatan sangat
penting.
B11 Saya mengetahui 3.3 20.0 76.7 4.73 Tinggi
menjauhkan diri (1) (6) (23)
daripada perkara
melakukan perkara
syubhah akan
mendapat pahala
B12 Saya pasti hasil 10.0 23.3 66.7 4.57 Tinggi
pendapatan saya (3) (7) (20)
tidak ada unsur-
unsur syubhah.
B13 Saya tidak ada 50.0 13.3 23.3 3.3 10.0 2.10 Rendah
pilihan selain bekerja (15) (4) (7) (1) (3)
di kaunter yang
terlibat dengan
penjualan arak.
STS: Sangat Tidak Setuju TS: Tidak Setuju TP: Tidak Pasti S: Setuju SS:
Sangat Setuju
Jadual 3.5: Tahap Kefahaman Pekerja Muslim di Kaunter dalam Penjualan Arak
(N:30)

42
Jadual 3.5 berikut mengukur tahap kefahaman pekerja Muslim di kaunter dalam
penjualan arak. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa sebanyak 96.7 peratus (29)
dengan nilai min 4.57 mengetahui maksud penjualan arak yang dibincangkan dalam
Islam, diikuti oleh 86.6 peratus (26) dengan nilai min 4.50 mengetahui tentang dalil-
dalil yang terdapat di dalam Al-Qur’an tentang hukum hakam arak.

Sebanyak 83.3 peratus (25) dengan nilai min 4.33 mengetahui hadith-hadith
Rasulullah s.a.w berkenaan dengan penjualan arak, diikuti dengan 83.4 peratus (25)
dengan nilai min 4.30 mengetahui hukum dan fatwa yang dikeluarkan bagi pekerjaan
melibatkan arak di kaunter, 86.6 peratus (26) dengan nilai min 4.30 mengetahui 10
kategori yang terlibat dengan arak yang diharamkan.

Sebanyak 46.6 peratus (14) dengan nilai min 3.00 mengetahui pekerjaan mereka
melibatkan penjualan arak di kaunter, diikuti 96.7 peratus (29) dengan nilai min 4.87
orang mengetahui jual beli yang melibatkan arak adalah haram. Seterusnya, diikuti
96.7 peratus (29) dengan nilai min 4.73 mengetahui tanggungjawab sebagai seorang
Muslim untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara syubhah.

Sebanyak 96.6 peratus (29) dengan nilai min 4.80 menitikberatkan sumber pendapatan
yang akan diperolehi, diikuti dengan 96.7 peratus (29) dengan nilai min 4.83
mengetahui keberkatan hasil pendapatan sangat penting. Seterusnya diikuti 96.7
peratus (29) dengan nilai min 4.73 mengetahui menjauhkan diri daripada perkara
melakukan perkara syubhah akan mendapat pahala.
Sebanyak 90 peratus (27) dengan nilai min 4.57 pasti hasil pendapatan mereka tidak
ada unsur-unsur syubhah, diikuti dengan 13.3 (4) dengan nilai min 2.10 tidak ada
pilihan selain bekerja di kaunter yang terlibat dengan penjualan arak.

43
3.5.3 Analisis Tahap Kesedaran Pekerja Muslim di Kaunter Penjualan Arak

Jadual berikutnya adalah merupakan dapatan keseluruhan bagi tahap kesedaran


pekerja Muslim di kaunter dalam penjualan arak di mana secara keseluruhannya tahap
kesedaran responden berkaitan penjualan arak di kaunter menunjukkan nilai min
sebanyak 4.52 yang mana ianya berada pada tahap tinggi.

N Min
Tahap Kesedaran Pekerja Muslim di Kaunter Penjualan Arak 30 4.52

Kod Pernyataan STS TS TP S SS Min Tahap

C1 Saya memahami 3.3 20.0 76.7 4.73 Tinggi


pengertian arak (1) (6) (23)
menurut Islam.
C2 Saya memahami 3.3 33.3 63.3 4.60 Tinggi
hukum-hakam (1) (10) (19)
berkaitan dengan
penjualan arak.
C3 Saya memahami 3.3 30.0 66.7 4.63 Tinggi
maksud terlibat (1) (9) (20)
dengan penjualan
arak menurut Islam.
C4 Saya memahami 6.7 26.7 66.7 4.60 Tinggi
hukum bekerja di (2) (8) (20)
kaunter yang terlibat
dengan penjualan
arak.
C5 Saya memahami 3.3 13.3 83.3 4.80 Tinggi
hukum berkaitan (1) (4) (25)
dengan urusniaga
yang melibatkan

44
arak yang diminum
adalah haram.
C6 Saya memahami 3.3 10.0 26.7 60.0 4.43 Tinggi
pekerjaan juruwang (1) (3) (8) (18)
di kaunter yang
melibatkan arak
tergolong dalam
kategori orang yang
menjual arak.
C7 Saya memahami 3.3 16.7 13.3 66.7 4.43 Tinggi
pekerjaan juruwang (1) (5) (4) (20)
di kaunter yang
melibatkan arak
tergolong dalam
kategori orang yang
mendapat
keuntungan hasil
daripada urusniaga
jual beli arak.
C8 Saya memahami 20.0 10.0 6.7 10.0 53.3 3.67 Sederhana
pekerjaan saya tidak (6) (3) (2) (3) (16)
termasuk di dalam
kategori yang
diharamkan kerana
terlibat dengan arak.
C9 Orang Islam dituntut 3.3 10.0 86.7 4.83 Tinggi
untuk mencari rezeki (1) (3) (26)
yang halal dan
menhindarkan diri
daripada terlibat
dengan pekerjaan
yang syubhah.

45
C10 Saya memahami 16.7 16.7 66.7 4.50 Tinggi
hukuman penjual (5) (5) (20)
arak sama
hukumannya dengan
orang yang minum
arak iaitu termasuk
dalam dosa besar.
STS: Sangat Tidak Setuju TS: Tidak Setuju TP: Tidak Pasti S: Setuju SS:
Sangat Setuju
Jadual 3.6: Tahap Kesedaran Pekerja Muslim di Kaunter dalam Penjualan Arak
(N:30)

Jadual 3.6 berikut mengukur tahap kesedaran pekerja Muslim di kaunter dalam
penjualan arak dengan memaparkan kekerapan dan peratusan tahap kesedaran mereka
Hasil analisis menunjukkan bahawa kesedaran responden dalam penjualan arak adalah
di tahap tinggi dengan skor 4.52 kesedaran. Hasil dapatan menunjukkan 96.7 peratus
(29) dengan nilai min 4.73 memahami pengertian arak menurut Islam.

Sebanyak 96.6 peratus (29) dengan nilai min 4.60 memahami hukum-hakam berkaitan
dengan penjualan arak, diikuti dengan 96.7 peratus (29) dengan nilai min 4.63
memahami maksud terlibat dengan penjualan arak menurut Islam. Seterusnya diikuti
dengan 93.4 peratus (28) dengan nilai min 4.60 memahami hukum bekerja di kaunter
yang terlibat dengan penjualan arak.

Sebanyak 96.6 peratus (29) dengan nilai min 4.80 memahami hukum berkaitan dengan
urusniaga yang melibatkan arak yang diminum adalah haram, diikuti dengan 86.7
peratus (26) dengan nilai min 4.43 memahami pekerjaan juruwang di kaunter yang
melibatkan arak tergolong dalam kategori orang yang menjual arak. Diikuti juga
dengan 80 peratus (24) dengan nilai min 4.43 memahami pekerjaan juruwang di
kaunter yang melibatkan arak tergolong dalam kategori orang yang mendapat
keuntungan hasil daripada urusniaga jual beli arak.

46
Sebanyak 63.3 peratus (19) dengan nilai min 3.67 di tahap sederhana memahami
pekerjaan mereka tidak termasuk di dalam kategori yang diharamkan kerana terlibat
dengan arak, diikuti dengan 96.7 peratus (29) dengan nilai min 4.83 memahami
bahawa orang Islam dituntut untuk mencari rezeki yang halal dan menhindarkan diri
daripada terlibat dengan pekerjaan yang syubhah dan diikuti juga dengan 83.4 peratus
(25) dengan nilai min 4.50 memahami hukuman penjual arak sama hukumannya
dengan orang yang minum arak iaitu termasuk dalam dosa besar.

3.5.4 Analisis Penambahbaikan Yang Boleh Dilakukan

Jadual berikutnya adalah merupakan dapatan keseluruhan bagi penambahbaikan yang


boleh dilakukan dari setiap aspek bagi mengelakkan pekerja Muslim di kaunter terlibat
dalam penjualan arak di mana secara keseluruhannya pekerja-pekerja Muslim
bersetuju dengan penambahbaikan yang dicadangkan dengan nilai min sebanyak 4.78
yang mana ianya berada pada tahap tinggi.

N Min
Penambahbaikan Yang Boleh Dilakukan 30 4.78

Kod Pernyataan STS TS TP S SS Min Tahap

D1 Majikan perlu 6.7 13.3 80 4.73 Tinggi


mengasingkan (2) (4) (24)
kaunter pembelikan
arak.
D2 Kaunter penjualan 3.3 6.7 90.0 4.87 Tinggi
arak diuruskan oleh (1) (2) (27)
pekerja bukan Islam.
D3 Mewujudkan 10.0 6.7 83.3 4.73 Tinggi
penguatkuasaan (3) (2) (25)
standard operation

47
procedur (sop) bagi
penjualan arak.
D4 Mewujudkan denda 6.7 16.7 76.7 4.70 Tinggi
jika sop penjualan (2) (5) (23)
arak di kaunter tidak
dipatuhi.
D5 Mewujudkan premis 3.3 6.7 90.0 4.87 Tinggi
khas untuk barangan (1) (2) (27)
Non Halal bagi
pekerja-pekerja Non
Muslim.
STS: Sangat Tidak Setuju TS: Tidak Setuju TP: Tidak Pasti S: Setuju SS:
Sangat Setuju
Jadual 3.7: Penambahbaikan Yang Boleh Dilakukan (N:30)

Jadual 3.7 di atas memaparkan taburan kekerapan dan peratusan cadangan


penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mengelakkan pekerja Muslim di kaunter
terlibat dengan penjualan arak. Hasil analisis menunjukkan bahawa responden
bersetuju terhadap penambahbaikan yang boleh dilakukan. Hasil dapatan
menunjukkan 93.3 peratus (28) dengan nilai min 4.73 bersetuju dengan keperluan
majikan mengasingkan kaunter pembelian arak, diikuti dengan 96.7 peratus (29)
dengan nilai min 4.87 bersetuju sekiranya kaunter penjualan arak diuruskan oleh
pekerja bukan Islam sahaja.

Sebanyak 90 peratus (27) dengan nilai min 4.73 bersetuju sekiranya pihak
bertanggungjawab seperti Pihak Berkuasa Tempatan atau Kerajaan Negeri
mewujudkan suatu penguatkuasaan standard operation procedur (sop) bagi penjualan
arak, diikuti dengan 93.4 peratus (28) dengan nilai min 4.70 bersetuju sekiranya pihak
bertanggungjawab juga mewujudkan denda jika standard operation procedur (sop) di
kaunter tidak dipatuhi. Seterusnya, diikuti dengan 96.7 peratus (29) dengan nilai min
4.87 bersetuju sekiranya premis khas untuk barangan Non-Halal bagi pekerja-pekerja
Non-Muslim diwujudkan.

48
3.6 Kesimpulan

Berdasarkan analisis-analisis berdasarkan kepada soal selidik yang telah dijalankan


menunjukkan bahawa masih ramai pekerja Muslim yang mempunyai pilihan
pekerjaan yang lain selain dengan penjualan arak di kaunter. Kebanyakan daripada
mereka mempunyai pengetahuan berkaitan konsep dan hukum penjualan arak akan
tetapi tahap kesedaran mereka untuk meninggalkan pekerjaan yang bersangkutan
dengan arak masih tidak mencapai kepada tahap yang memuaskan disebabkan
sebahagian pekerja-pekerja Muslim mempunyai pilihan lain selain bekerja di kaunter
yang melibatkan penjualan arak, namun mereka masih memilih pekerjaan tersebut.
Oleh yang demikian, penulis dapat mengandaikan bahawa hal tersebut berlaku oleh
kerana kurangnya pendedahan yang meluas dari pihak-pihak berkaitan dengan hukum
penjualan arak di kaunter sekaligus menyebabkan sikap endah tidak endah dengan
pekerjaan mereka. Namun, berdasarkan peratusan yang memberangsangkan dapat
dilihat dalam kalangan responden berkenaan kefahaman mereka mengenai konsep jual
beli yang melibatkan arak adalah haram. Penulis mendapati hampir keseluruhan
responden memahami konsep penjualan arak. Penulis mendapati setiap responden
yang terlibat mempunyai pilihan dan pandangan masing-masing.

Seterusnya, penulis mendapati sebahagian responden mempunyai tahap kesedaran


yang rendah. Ini dibuktikan dengan masih ada responden yang memilih sangat tidak
setuju dengan pernyataan bahawa mereka memahami pekerjaan mereka tidak
termasuk di dalam kategori yang diharamkan kerana terlibat dengan arak. Akan tetapi,
hampir keseluruhan responden menyedari bahawa sebagai umat Islam, amatlah
dituntut untuk mencari rezeki yang halal serta menghindarkan diri daripada terlibat
dengan pekerjaan yang syubhah yang juga membawa kepada hasil pendapatan yang
syubhah. Perkara ini amatlah dituntut oleh Rasulullah s.a.w dan majoriti responden
bersetuju dengannya.

49
Akhir sekali, majoriti responden bersetuju dengan penambahbaikan yang boleh
dilakukan bagi mengelakkan pekerja Muslim di kaunter terlibat dengan penjualan arak
terutamanya jika kaunter penjualan arak diuruskan oleh pekerja yang bukan beragama
Islam sahaja dan ebuah premis khas bagi barangan Non-Halal bagi pekerja-pekerja
Non-Muslim diwujudkan. Ini membuktikan responden mahukan penambahbaikan
yang meluas bagi menjamin kemashlatan agama terjamin.

Secara keseluruhannya, penulis membuat kesimpulan kefahaman yang mendalam


berkaitan dengan penjualan arak penting yang mana ia juga dapat memberikan
kesedaran kepada umat Islam khususnya pekerja-pekerja Muslim bahawa kewajipan
dalam memastikan hasil pendapatan yang tidak syubhah memainkan peranan penting
dalam membentuk peribadi seseorang Muslim. Seterusnya, kefahaman dan kesedaran
yang tinggi dalam penjualan arak dapat melahirkan generasi Muslim yang berkualiti
dengan menjaga kemashlahatan sekaligus dapat menghapuskan sebarang keraguan
dalam hasil pendapatan.

50
BAB
EMPAT
BAB EMPAT: PENUTUP

4.1 Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan kajian yang telah dikaji oleh penulis mengenai kefahaman
dan kesedaran pekerja Muslim di kaunter dalam penjualan arak di Nilai Negeri
Sembilan. Penulis akan membuat rumusan terhadap kajian yang telah dibuat dan akan
mengutarakan beberapa saranan bagi menambahkan lagi kefahaman dan
meningkatkan lagi kesedaran terhadap konsep penglibatan dalam penjualan arak.
Akan tetapi, kefahaman dan kesedaran yang tinggi sahaja tidak cukup jika tidak
disusuli dengan tindakan. Oleh itu, tindakan perlu diambil bagi meningkatkan tahap
kesedaran pekerja Muslim terhadap konsep penglibatan penjualan arak di kaunter.
Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w untuk
mengelakkan diri daripada perkara yang membawa kepada syubhah.

4.2 Kesimpulan

Berdasarkan objektif pertama kajian ini, penulis dapat membuat analisa berkaitan
tahap kefahaman pekerja Muslim di kaunter dalam penjualan arak di Nilai, Negeri
Sembilan. Penulis telah mengedarkan borang soal selidik kepada pekerja Muslim di
kaunter-kaunter kedai serbaneka dan pasaraya di Pusat membeli-belah Aeon Nilai,
Pasaraya Besar Giant Nilai, Pasaraya Tesco Nilai dan juga di sekitar Pusat membeli-
belah Mesamall, Nilai iaitu sebanyak 30 orang responden. Setelah menganalisis,
penulis mendapati bahawa 85.4 peratus pekerja-pekerja Muslim bersetuju dan
memahami konsep dalam penjualan arak terutamanya di kaunter oleh pekerja Muslim.
Walaupun begitu, 50 peratus daripada 30 orang pekerja Muslim mempunyai pilihan
lain selain bekerja di kaunter yang melibatkan penjualan arak, namun mereka lebih
memilih pekerjaan tersebut, Penulis mengandaikan bahawa hal tersebut berlaku oleh
kerana kurangnya pendedahan yang meluas dari pihak-pihak berkaitan dengan hukum
penjualan arak di kaunter sekaligus menyebabkan sikap endah tidak endah dengan
pekerjaan mereka. Penulis mendapati bahawa hampir keseluruhan responden

51
memahami konsep penjualan arak. Oleh yang demikian, objektif pertama telah
mencapai sasaran untuk penulis.

Berdasarkan objektif kedua kajian, penulis dapat membuat analisa berkaitan tahap
kesedaran pekerja Muslim di kaunter dalam penjualan arak di Nilai, Negeri Sembilan.
Daripada borang soal selidik yang telah diedarkan, penulis dapat membuat analisa
bahawa 90.4 peratus pekerja-pekerja Muslim bersetuju dan menyedari konsep dan
hukum dalam penjualan arak di kaunter. Walaupun demikian, masih terdapat 20
peratus daripada pekerja-pekerja Muslim yang tidak menyedari pekerjaan penjualan
arak di kaunter itu termasuk dalam kategori yang diharamkan kerana terlibat dengan
arak. Oleh itu, penulis mendapati bahawa objektif kedua mencapai sasaran penulis
walaupun ada segelintir yang tidak bersetuju.

Berdasarkan objektif yang ketiga, penulis dapat membuat analisa tentang


penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mengelakkan pekerja Muslim terlibat
dengan penjualan arak. Daripada borang soal selidik yang diedarkan penulis
mendapati bahawa 95.6 peratus iaitu majoriti pekerja-pekerja Muslim bersetuju
dengan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan agar tiada lagi pekerja-pekerja
Muslim terlibat dalam penjualan arak serta menjamin kebajikan para pekerja Muslim
terjaga.

4.3 Saranan

Berdasarkan pada dapatan kajian yang diperolehi, banyak lagi kelompangan yang
harus diperbaiki. Semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing agar
pekerja Muslim tidak terlibat secara langsung dengan penjualan arak terutamanya di
kaunter bagi menjamin rezeki yang halal tanpa keraguan atau syubhah.

Perkara yang pertama yang boleh diambil adalah setiap pekerja Muslim perlulah lebih
cakna dalam mencari pekerjaan walaupun dalam keadaan ekonomi yang merudum.
Pekerja Muslim juga perlu mementingkan dari mana sumber pendapatan itu datang
demi memastikan sumber pendapatan yang lebih diberkati. Jika setiap pekerja Muslim
mengamalkan sikap memilih dalam mencari pekerjaan terutamanya mengenai isu
52
yang berkait rapat dengan hukum antaranya dalam penjualan arak sama ada secara
langsung atau tidak langsung, nescaya ianya akan memberikan kesan positif dari sudut
kesedaran majikan.

Seterusnya, majikan seharusnya menjaga kebajikan setiap pekerja termasuklah


mengambilkira soal pekerja Muslim tidak boleh terlibat dengan penjualan arak. Hal
ini demikian, majikan perlu memberikan jawatan yang sesuai terhadap pekerja dengan
mengambilkira sensitiviti setiap kaum dan latarbelakang pekerja. Antara tindakan
yang boleh diambil oleh majikan adalah dengan mengasingkan kaunter pembayaran
arak dan kaunter biasa di mana bagi kaunter pembayaran arak, juruwang hanyalah di
kalangan pekerja yang bukan beragama Islam.

Selain itu, kerajaan negeri merupakan tonggak utama yang perlu memainkan peranan
penting dengan membuat suatu peraturan penjualan yang terpakai bagi seluruh pusat
penjualan sama ada kedai sarbenaka, pasaraya atau pusat membeli-belah yang
menawarkan penjualan arak. Peraturan yang boleh dikuatkuasakan antaranya
mewujudkan suatu peraturan di mana setiap majikan perlu menyediakan dua kaunter
yang berasingan iaitu kaunter bagi pembayaran arak dan kaunter biasa. Bagi kaunter
pembayaran arak, hanya pekerja yang bukan beragama Islam yang dibenarkan untuk
menjadi juruwang dan bagi kaunter biasa, sebarang syarat tidak diletakkan.

Di samping itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga perlu menjalankan operasi dari
kedai ke kedai bagi memastikan peraturan yang dikuatkuasakan itu digunapakai dan
bukanlah hanya peraturan yang remeh yang boleh diendahkan. Operasi terbabit
perlulah dijalankan dengan kerap bagi mengekang ketidakpatuhan peraturan yang
ditetapkan. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga boleh mengenakan kompaun jika
berlaku pelanggaran atau tidak mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan. Langkah ini
adalah untuk memastikan setiap Majikan mengambil berat mengenai isu haka tau
kebajikan pekerja-pekerja Muslim dan hak mereka tidak ditindas.

53
4.4 Penutup

Dapat disimpulkan dalam bab ini bahawa setiap individu perlu memainkan peranan
masing-masing dalam mewujudkan konsep penglibatan penjualan arak oleh pekerja
Muslim di kaunter. Rasulullah s.a.w juga menggalakkan agar setiap daripada umatnya
menjauhi syubhah di mana sesiapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah
menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam
perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Majlis
Fatwa Kebangsaan juga telah mengeluarkan hukum berkenaan pekerjaan di kaunter
yang terlibat dengan penjualan arak merupakan suatu pekerjaan yang pendapatannya
syubhah. Oleh yang demikian, hendaklah kita mengikut apa yang disarankan
Rasulullah s.a.w dan fatwa yang dikeluarkan tentang pekerjaan di kaunter yang
melibatkan penjualan arak bagi kehidupan yang harmoni tanpa keraguan.

Akhir kata, dengan mengikuti segala yang tertulis di dalam syariat Islam tentang
konsep penglibatan dalam penjualan arak dari sudut pekerjaan, kita dapat hidup dalam
suasana yang tidak melibatkan sebarang unsur syubhah. Dengan menjadikan Al-
Qur’an dan Al-Sunnah sebagai pedoman dalam kehidupan seharian, secara tidak
langsung ianya akan mempengaruhi kehidupan bermasyarakat dan menjadikan negara
aman makmur tanpa sebarang persengketaan.

54
BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI

BUKU

‘Abdurrahman Muhammad Uthman. 1969. ‘Auwn Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud.
Jilid 10. Madinah: Al-Maktabah al-Salafiyyah.
‘Abdul Qadir ‘Audah. 1998. Al-Tasyri’ Al-Jina’i Al-Islami Muqaranan Bi Al-Qanun
Al-Wadi’i. Juzuk 2. Muassah al-Risalah, Beirut.
Al-‘Asy ‘As Al-Sajastani Al-Azdi Imam al- Hafiz Abi Daud Sulaiman 1430H/2009.
Sunan Abi Daud, Kitab Al-Asyribah, Bab Al-Khamr. Dar Al-Risalah Al-
‘Alamiah.
Al-Asqalani Ahmad bin Ali bin Hajar. 2001. Fath Al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari.
Jilid 10. Mekah: Maktabah Al-Mulk Fahdu Al-Wataniyah Asnai Al-Nasyru.
Al-Barni Muhammad ‘Asyik Ilahi. 1990. Al-Tashil al-Daruri Li Masailu al-Quduri.
Jilid 2. Kara tasyhi: Maktabah al-Syeikh.
Al-Bukhari Abu ‘Abdullah Muhammad 1400H/1980. Sahih Al-Bukhari, Kitab Al-
Asyribah, Bab Al- Khamr Min Al-Inab Wa Ghairihi. Al-Mathbiah Al-Salfiah
Wa Mukatibutuha.
Al-Bukhari, Abu ‘Abdullah Muhammad 1400H/1980. Sahih Al-Bukhari, Kitab Al-
Iman, Bab Fadli Man Istabra Lidainihi. Al-Mathbiah Al-Salfiah Wa
Mukatibutuha.
Hanbal, Abu ‘Abdullah, Asy-syiabani Al-wilai, Ahmad bin Muhammad 1430H/2009.
Musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Muassasah Al-Risalah.
Al-Hasiri, Sabib bin Ali. 1993. Al-Khamr. Mekah al-Mukaramah.
Ibn Manzur. 1993. Lisan Al-Arab. Jilid 4. Beirut: Muassasah Al-Tarikh Al-‘Arabi.
Al-Kasani Ala Al-Din. 1982. Badai’ Al-Sanai’. Jilid 5. Beirut: Dar Kutub al-Arabi.
M. Abdul Mujib Mabruri Tholhah Syafi’ah Am. 1997. Kamus Istilah Fiqh. Selangor:
Advance Publication.
Noresah bt. Baharom. 2007. Kamus Dewan. Edisi 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Paizah Haji Ismail. 1996. Undang-Undang Jenayah Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Pustaka Islam.
Qal’arji Muhammad Rawas. 1996. Mu’jam Lughah Al-Fuqaha. Beirut: Dar al-Nafais.
Al-Sarakhasi. 1989. Al-Mabsut. Jilid 24. Beirut: Dar al-Makrifah.
55
Syeikh Syed Sabiq. 1982. Fiqh Al-Sunnah. Jilid 2. India: Adam Publishers.
Al-Syirazi. 1992. Al-Muhaddab. Jilid 2. Beirut: Dar al-Fikr.
At-Tirmizi Muhammad bin ‘Isa bin Surah bin Musa As-Salmi Al-Bughi 1416H/ 1996.
Sunan At-Tirmizi, Kitab Jami’ At-Tirmizi, Bab Al-Asyribah. Dar Al-Gharbi Al-
Islamy.
Wuzara’ Al-Awqaf Wa Al-Syu’un Al-Islamiyyah. 1993. Al-Mawsu’ah Al-Fiqhiyyah.
Jilid 5. Mesir: Dar Al-Sofwah.
Yusoff Zaky Haji Yacob. 2000. Tafsir Fi Zilalil Qur’an. Jil. 10. Kelantan: Pustaka
Aman Press Sdn. Bhd. & Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.
Yusuf Qardawi. 1998. Halal & Haram Dalam Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Jasmin
Enterprise.
Al-Zuhayli Muhammad. 2008. Al-Mu’tamid Fi Al-Fiqh al-Syafi’e. Jilid ke 5.
Damsyik: Dar Al-Qalam.

56
JURNAL DAN MONOGRAF

Khairul Azhar Meerangi. 2018. Isu Penerapan Nilai Islam Dalam Penguatkuasaan
Pihak Berkuasa Tempatan. Journal Of Contemporary Islamic Studies. Jilid 4.
Bahagian 2. 81-93.
Latifah Mohd Noor (2018). Alkohol: Definisi, Pengharaman, Metabolisme Dan
Kegunaannya. The Malaysian Journal of Islamic Studies. Jilid 23. Bahagian
4. 101-108
Zulfaqar Mamat. 2020. Aplikasi Kaedah Fiqh La Darar Wala Dirar Dalam Isu Covid
19 Di Malaysia. Prosiding 1st International Seminar on Syariah and Law.
Jilid 3. 331-339.
Setiyawan Gunardi (2018). Arak Dan Minuman-Minuman Yang Memabukkan
Menurut Pandangan Ulama Empat Mazhab Dan Fatwa. Malaysian Journal of
Syariah and Law. Jilid 7. Bahagian 6. 63-64.

57
DISERTASI DAN TESIS

Jasri Jamal, Norhayati Anuar. 2012. Undang-Undang Kawalan Penjualan Arak Oleh
Pihak Berkuasa Tempatan: Kajian Khusus di Negeri Selangor Darul Ehsan.
Published Thesis. UKM: Fakulti Undang-Undang.
Wan Sabri Wan Hussin. 2005. Orang Islam dan Perniagaan Terlarang di Malaysia
Dari Perspektif Makro. Published Thesis. UM: Fakulti Perniagaan dan
Perakaunan.

58
DOKUMEN AWAM

Malaysia. 1976. Akta Eksais 1976 (Akta 176)


Malaysia. 1967. Akta Kastam 1967 (Akta 235)
Malaysia. 1977. Peraturan-Peraturan Eksais (Membotolkan dan Memindahkan Liquor
yang Memabukkan) 1977
Malaysia. 1977. Peraturan-Peraturan Eksais (Kawalan-Kawalan Todi dan Kadar Todi)
1977
Malaysia. 1977. Peraturan-Peraturan Eksais (Lembaga Pelesenan) 1977
Negeri Sembilan. 1992. Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992

59
MAJALAH DAN SURAT KHABAR

Aizat Shamsuddin. 2018.


https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/10/487100/haram-jual-beli-
promosi-arak [17 Oktober 2018]
Johari Baharom. 2016.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/02/126251/didik-masyarakat-benci-
arak
[20 Februari 2016]
Johari YAP. 2019. Arak Jahanamkan Manusia.
https://www.sinarharian.com.my/article/59832/KOLUMNIS/Arak-jahanamkan-
manusia
[1 Disember 2019].
Kamarul Irwan Alias. 2015.
https://www.utusanborneo.com.my/2015/05/13/agensi-disaran-kaji-larangan-
orang-islam-bekerja-di-kedai-serbaneka-jual-arak [13 Mei 2015]
Khairul Amri Yasin. 2015.
https://www.sinarharian.com.my/politik/kaji-larangan-orang-islam-kerja-di-
kedai-jual-arak-1.389448 [Mei 2015]
Malaysiakini. 2011.
https://www.malaysiakini.com/news/153442 [14 Januari 2011]
Mohd Termizi Ismail. 2008.
https://www.malaysiakini.com/opinions/93877 [27 November 2008]
Naimmullah Jaya. 2018
https://www.malaysiakini.com/news/446477 [8 Oktober 2018]
Nurulfatiha. 2020.
https://sinarplus.sinarharian.com.my/agama/haram-pekerja-terlibat-jual-beli-
arak-meskipun-di-kaunter/ [16 Mac 2020]
Umar Mukhtar Mohd Noor. 2017
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2081-al-kafi-509-hukum-
bekerja-di-kedai-serbaneka-yang-menjual-arak [9 Januari 2017]

60
LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK

FAKULTI SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG (FSU)

Assalamualaikum w.r.b.t

Kepada responden yang dihormati,

Saya adalah pelajar Kolej Universiti Islam Antarbangsa Selangor di Fakulti Syariah
dan Undang-undang. Saya merupakan pelajar bagi program Sarjana Muda dengan
Undang-undang semester ke 8. Saya sedang menjalankan kajian bekaitan dengan tajuk
“Kefahaman dan kesedaran pekerja Muslim di kaunter dalam penglibatan penjualan
arak di Nilai Negeri Sembilan”. Tujuan soal selidik ini diedarkan adalah untuk
mendapatkan data berkaitan dengan tahap kefahaman dan kesedaran pekerja Muslim
di kaunter terhadap penjualan arak.

Justeru, saya memohon kerjasama dan bantuan daripada anda sekalian bagi menjawab
borang soal selidik yang saya berikan ini dengan teliti tanpa dipengaruhi oleh mana-
mana pihak. Jutaan terima kasih diucapkan atas kerjasama dan kesudian anda
meluangkan masa dan menjawab setiap soalan borang soal selidik ini. Sebarang
pertanyaan dan permasalahan boleh berhubung dengan Aiqaa binti Johari di talian
014-3843194.

Sekian terima kasih.

(18BI01131)

61
Arahan: Sila tandakan (√) mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah.

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

1. Jantina: Lelaki ( )

Perempuan ( )

2. Umur: 18-20 ( )

21-30 ( )

31-40 ( )

41 ke atas ( )

3. Status: Bujang ( )

Berkahwin ( )

Janda ( )

Duda ( )

62
BAHAGIAN B: TAHAP KEFAHAMAN PEKERJA MUSLIM DI KAUNTER
PENJUALAN ARAK

Tandakan jawapan yang sesuai. Sila gunakan pertunjuk/skala di bawah.


1 = Sangat tidak setuju 4 = Setuju
2 = Tidak setuju 5 = Sangat setuju
3 = Tidak pasti

Perkara Skala

1. Saya mengetahui maksud penjualan arak yang 1 2 3 4 5


dibincangkan dalam Islam.
2. Saya mengetahui tentang dalil-dalil yang terdapat di 1 2 3 4 5
dalam Al-Qur’an tentang hukum hakam arak.
3. Saya mengetahui hadith-hadith Rasulullah s.a.w 1 2 3 4 5
berkenaan dengan penjualan arak.
4. Saya mengetahui hukum dan fatwa yang dikeluarkan 1 2 3 4 5
bagi pekerjaan melibatkan arak di kaunter
5. Saya mengetahui 10 kategori yang terlibat dengan arak 1 2 3 4 5
yang diharamkan.
6. Saya mengetahui pekerjaan saya melibatkan penjualan 1 2 3 4 5
arak di kaunter.
7. Saya mengetahui jual beli yang melibatkan arak adalah 1 2 3 4 5
haram.
8. Saya mengetahui tanggungjawab sebagai seorang 1 2 3 4 5
Muslim untuk menjauhkan diri daripada melakukan
perkara syubhah.
9. Saya menitikberatkan sumber pendapatan yang akan saya 1 2 3 4 5
perolehi.
10. Saya mengetahui keberkatan hasil pendapatan sangat 1 2 3 4 5
penting.

63
11. Saya mengetahui menjauhkan diri daripada perkara 1 2 3 4 5
melakukan perkara syubhah akan mendapat pahala.
12. Saya pasti hasil pendapatan saya tidak ada unsur-unsur 1 2 3 4 5
syubhah.
13. Saya tidak ada pilihan selain bekerja di kaunter yang 1 2 3 4 5
terlibat dengan penjualan arak.

64
BAHAGIAN C: TAHAP KESEDARAN PEKERJA MUSLIM DI KAUNTER
PENJUALAN ARAK

Tandakan jawapan yang sesuai. Sila gunakan pertunjuk/skala di bawah.


1 = Sangat tidak setuju 4 = Setuju
2 = Tidak setuju 5 = Sangat setuju
3 = Tidak pasti

Perkara Skala
1. Saya memahami pengertian arak menurut Islam. 1 2 3 4 5

2. Saya memahami hukum-hakam berkaitan dengan 1 2 3 4 5


penjualan arak.
3. Saya memahami maksud terlibat dengan penjualan arak 1 2 3 4 5
menurut Islam.
4. Saya memahami hukum bekerja di kaunter yang terlibat 1 2 3 4 5
dengan penjualan arak.
5. Saya memahami hukum berkaitan dengan urusniaga
yang melibatkan arak yang diminum adalah haram
6. Saya memahami pekerjaan juruwang di kaunter yang 1 2 3 4 5
melibatkan arak tergolong dalam kategori orang yang
menjual arak.
7. Saya memahami pekerjaan juruwang di kaunter yang 1 2 3 4 5
melibatkan arak tergolong dalam kategori orang yang
mendapat keuntungan hasil daripada urusniaga jual beli
arak
8. Saya memahami pekerjaan saya tidak termasuk di dalam 1 2 3 4 5
kategori yang diharamkan kerana terlibat dengan arak.
9. Orang Islam dituntut untuk mencari rezeki yang halal dan 1 2 3 4 5
menhindarkan diri daripada terlibat dengan pekerjaan
yang syubhah.

65
10. Saya memahami hukuman penjual arak sama 1 2 3 4 5
hukumannya dengan orang yang minum arak iaitu
termasuk dalam dosa besar.

66
BAHAGIAN D: PENAMBAHBAIKAN YANG BOLEH DILAKUKAN

Tandakan jawapan yang sesuai. Sila gunakan pertunjuk/skala di bawah.


1 = Sangat tidak setuju 4 = Setuju
2 = Tidak setuju 5 = Sangat setuju
3 = Tidak pasti

Perkara Skala
1. Majikan perlu mengasingkan kaunter pembelian arak. 1 2 3 4 5

2. Kaunter penjualan arak diuruskan oleh pekerja bukan 1 2 3 4 5


Islam.
3. Mewujudkan Penguatkuasaan standard operation 1 2 3 4 5
procedur (sop) bagi penjualan arak.
4. Mewujudkan denda jika sop penjualan arak di kaunter 1 2 3 4 5
tidak dipatuhi
5. Mewujudkan premis khas untuk barangan Non Halal bagi 1 2 3 4 5
pekerja-pekerja Non Muslim

67

You might also like