Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHING (SKPCG)

26090 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR


No . T el & F ax : 0 9- 5 43 1 43 9 | e - mel :CBA 40 0 9@ mo e. ed u . my

Ruj Kami: SKPCG.200-3/1/1(05)


Tarikh: 15 FEBRUARI 2022

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Bandar Indera Mahkota
26504 Kuantan
Pahang Darul makmur

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK KELULUSAN BAGI CADANGAN PEMBINAAN


GELANGGANG TERBUKA DENGAN ANGGARAN KOS (TIADA) DI CBA 4009
SK PANCHING, 26090, KUANTAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Sekolah, Sekolah


Kebangsaan Panching, Kuantan Pahang telah membuat keputusan untuk membina
gelanggang terbuka baharu dengan anggaran kos (tiada) di SK Panching (CBA 4009), 26090
Kuantan, Pahang pada tahun 2017 .

3. Semua urusan pembinaan ini telah dilakukan secara gotong royong oleh ahli kelab
dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa, Guru dan Komuniti (PIBK) sekolah ini telah siap
sepenuhnya dan mula digunakan pada tahun 2018.

4. Pihak kami mengakui bahawa gelanggang ini telah dibina tanpa kelulusan Ketua
Pendaftar Institusi Pendidikan Dan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini adalah
disebabkan faktor-faktor berikut;

a) Sumbangan dan ganti rugi terhadap gelanggang lama yang terpaksa dimansuhkan
untuk pembinaan dua bangunan daif baru di SK Panching.
b) Membina gelanggang baharu di SK Panching sebagai alternatif kepada murid-
murid sekolah.
c) Berperanan mengenalpasti potensi murid di dalam bidang ko-kurikulum sebagai
pusat aktiviti sampingan sukan dan pembentukan sahsiah kepada semua warga
sekolah khususnya kepada murid-murid SK Panching, Kuantan.
5. Sehubungan dengan itu pihak kami mengemukakan permohonan untuk kelulusan
pemutihan bagi pembinaan gelanggang baharu untuk pertimbangan pihak tuan.

Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan.

Sekian, terima kasih

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………
( ISMAIL BIN YUSOP)
Guru Besar
SK Panching
Kuantan, Pahang

s.k:
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah kuantan
Kuantan, Pahang.

You might also like