Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MULIA

Jalan Budiman 19, Taman Mulia


56000 BANDAR TUN RAZAK
Tel: 03-391724573

Rujukan: SMKSM700
Tarikh : 20 Jun 2023
Kepada,

IBU /BAPA / PENJAGA,

Tuan,

PEMBERITAHUAN ANAK TERLIBAT DALAM PROGRAM


LUAR SEKOLAH
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan bernama ..............................................


Tingkatan..................................... dipilih sebagai urusetia untuk persiapan padang bagi
KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 18 DAERAH PUDU 2023 pada 26 Jun 2023
bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di Padang SMK Yaacob Latif.

3. Pihak penganjur akan mengambil tindakan yang perlu dan wajar bagi memastikan
keselamatan murid-murid semasa menjalani aktiviti tersebut. Ibu bapa / penjaga hendaklah
menasihat dan mengingatkan anak jagaan masing-masing supaya sentiasa patuh kepada
arahan yang diberikan oleh guru-guru pengiring dan penganjur semasa aktiviti dijalankan.
Pelajar-pelajar adalah dilindungi insurans Kelompok Takaful Nasional.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………….
(SAPURA BINTI AMAT)
PENGETUA CEMERLANG
SMK SERI MULIA
…………………………………………………
…………………………………………………
…………………………………………………
………………………………………………..

Kepada :

PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MULIA,
JALAN BUDIMAN 19, TAMAN MULIA
BANDAR TUN RAZAK, CHERAS
56000 KUALA LUMPUR.
Tarikh: ....................

KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA MENGIKUTI PROGRAM


Saya seperti nama dan alamat di atas, ibu / bapa / penjaga kepada pelajar yang bernama
……………………………………………………………………………………………. dari
tingkatan ……………………………. Membenarkan anak / jagaan saya dipilih sebagai
urusetia untuk persiapan padang bagi KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 18 DAERAH
PUDU 2023 pada 16 Jun 2023 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di 26 Jun
2023 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di Padang SMK Yaacob Latif.

2. Saya sedar bahawa pihak sekolah dan penganjur telah mengambil langkah-langkah
keselamatan yang sewajarnya dan pelajar-pelajar adalah dilindungi Insurans Kelompok
Takaful Nasional. Walaupun demikian, saya mengaku tidak akan mengambil sebarang
tindakan undang-undang atau mahkamah terhadap pihak sekolah atau penganjur atau
pengelola atau wakil mereka berkaitan dengan apa-apa kemalangan, kematian, kecacatan atau
kehilangan anggota dan sebarang kecederaan lain terhadap anak / jagaan saya, yang berlaku
sama ada dalam perjalanan pergi dan balik dan juga di sepanjang program ini dijalankan.

3. Dengan ini saya juga memberi kebenaran kepada pihak pengelola program atau
wakilnya memberi apa-apa rawatan dan pertolongan perubatan kepada anak / jagaan saya
jika didapati perlu oleh pihak berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan ibubapa:
No. KP :
No. Telefon :

You might also like