Pengenalan PA KK Kannu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

040201-02-0558

1.0 Pengenalan

Semangat kejiranan merupakan sesuatu elemen yang sangat penting untuk


menjamin perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia. Ia juga penting untuk
membina kejiranan yang sihat dan selamat. Ia merujuk kepada semangat komuniti
dan kerjasama yang wujud di antara penduduk kejiranan. Semangat kejiranan
yang kukuh boleh membantu penduduk merasa lebih selamat, terhubung dengan
jiran mereka, dan mempunyai perasaan bahawa mereka adalah sebahagian
daripada sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka sendiri. Namun kini,
semangat kejiranan semakin pudar dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana
masyqrakat semakinnsibuk dan tertaksub dalam oekerjaan masing-masing. Ini
menyenpbabkan mereka beranggap bahawa silaturahimmantara jiran-jiran adalah
kurang penting dan membazirkan masa.

Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan
rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran
yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah
setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu.

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun


jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai
jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa
pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh
dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang
juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan sosial bererti segala yg


berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat atau kemasyarakatan. Perkataan
budaya pula bermaksud tamadun, peradaban serta bersifat budaya, yang mengenai
kebudayaan. Kejiranan pula bererti yang berhubungan dengan jiran atau hidup
sebagai jiran.

4
040201-02-0558

Menurut Kamus Bahasa Melayu atas talian, sosial bermaksud damai untuk
mencapai masyarakat sosialis. Budaya pula bererti mencapai taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran. Perkataan jiran membawa maksud
berdekatan atau bersebelahan. Kejiranan bermaksud yang berhubungan dengan
jiran atau hidup sebagai jiran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) , sosial bermaksud segala yang
berkaitan dengan masyarakat atau perihal masyarakat. Budaya pula bermaksud
besifat budaya yang mengenai kebudayaan.

Secara umumnya, maksud sosial dan budaya merujuk kepada nilai-nilai, norma,
dan adat yang diterima oleh masyarakat. Ia merangkumi cara hidup, kepercayaan,
dan praktik sosial yang menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat. Maksud
sosial dan budaya adalah penting kerana ia membantu membentuk identiti sosial
dan budaya sesebuah masyarakat.

Sosial yang berkembang dalam suatu masyarakat dapat mengalami perubahan


yang didorong oleh faktor-faktor seperti globalisasi serta pengaruh dari luar yang
antara lain mengakibatkan terjadinya akulturasi dan asimilasi. Sementara faktor
penghambat dalam perubahan sosial budaya adalah situasi masyarakat yang
terisolasi serta sifat konservatif.

Selain itu, Sosial budaya atau yang akrab juga disebut kebudayaan secara
universal merupakan suatu tata nilai dalam masyarakat yang berasal dari pola
pikir dan akal budi manusia-manusia yang hidup di dalamnya. Hasilnya berupa
penciptaan akan beragam hal seperti kesenian, kepercayaan, mahupun adat
istiadat yang menjadi ciri khas suatu masyarakat.

Kajian ini dijalankan untuk membuktikan bahawa penduduk di Jalan Kempas,


Bandar Putra, Kulai, Johor menjalankan pelbagai aktiviti bersama jiran supaya
mengekalkan semangat kejiranan. Selain itu, kajian juga dijalankan untuk
mengkaji jenis-jenis aktiviti yang dijalankan sesama jiran oleh penduduk Jalan
Kempas , Bandar Putra dan kepentingan aktiviti-aktiviti ini dijalankan untuk
meningkatkan semangat kejiranan.

5
040201-02-0558

Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting.
Kawasan kajian inimadalah berfokus di kawasan Jalan Kempas, Bandar Putra,
Kulai, Johor. Kawasan ini dipilih kerana penduduk di kawasan ini mempunyai
semangat kejiranan yang teguh. Mereka me jalankan pelbagai aktiviti secara rutin
untuk mengekalkan semangat kejiranan yang kuat ini. Saya sebagai pengkaji juga
menetap di kawasan ini dan pernah menjalankan dan membantu untuk
menganjurkan aktiviti-aktiviti kejiranan ini.

Di sesebuah kawasan kejiranan, terdapat pelbagai aktiviti kejiranan yang boleh


dijalankan untuk mengeratkan silaturahim antara jiran tetangga.Contoh aktiviti
yang boleh dijalankan untuk mengeratkan hubungan antara jiran termasuklah
jamuan tahun baharu, gotong-royong, aktiviti ziarah menziarahi antara jiran
tetangga , majlis pwrkahwinan dan sambutan pelbagai hari perayaan.

Terdapat pelbagai kepentingan yang dapat kita perolehi jika semangat kejiranan
yang kukuh dipraktikkan dalam kalangan jiran tetangga .Antara kepentingan yang
akan dikaji termasuklah memupuk perpaduan antara penduduk, menjamin
keselamatan penduduk, melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera ,
mendapatkan bantuan semasa kecemasan dan meningkatkan kesefahaman antara
penduduk.

Kesimpulannya, diharapkan kajian ini dapat memberi satu penjelasan yang teliti
dan jelas tentang aktiviti -aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan semangat
kej8ranan dalam kalangan penduduk Jalan Kempas, Bandar Putra serta
kwpentingan wujudnya semangat kejiranan yang kukuh dalam kalangan
penduduk Jalan Kempas, Bandar Putra.

You might also like