Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Terima kasih tuan pengerusi majlis, penjaga masa yang setia dengan masanya, barisan

panel hakim yang memegang tonggak keadilan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Assalammualaikum pembuka bicara


Bersua kita di pagi yang ceria
Senangkan diri tenangkan jiwa
Mari dengarkan cerita saya

Pada minggu lepas, sekolah kami telah mengadakan gotong royong membersihkan
kawasan sekolah. Gotong-royong diadakan bersempena Minggu Keceriaan Sekolah.

Tepat pada pukul lapan pagi, murid-murid dan warga sekolah sudah berkumpul di
tapak perhimpunan. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkes.
Peralatan ini digunakan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.Sebelum
aktiviti bermula, guru besar telah menyampaikan ucapan ringkas dan taklimat
mengenai aktiviti gotong-royong.

Setelah itu kami membuat aktiviti mencuci longkang, mengecat, menyapu, mengelap
tingkap,memotong rumput dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan kecil ini
memudahkan kerja-kerja gotong-royong dijalankan dengan lebih teratur.

Guru-guru perempuan pula sibuk menyediakan makanan dan minuman di pekarangan


sekolah. Pelbagai jenis juadah seperti mi goreng, nasi tomato, dan kari ayam
disediakan. Mereka bersatu hati menjayakan program gotong-royong.

Pada pukul 11.30 pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai. Ibu bapa dan guru
telah berkumpul semula di kantin untuk berehat dan menjamu selera. Walaupun
tampak letih tetapi semangat kerjasama, . kemesraan dan suasana muhibah antara
guru-guru dan murid-murid yang terlibat menjayakan gotong-royong.

Kawan-kawan,
Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti yang mampu menjalin ikatan
silaturahim . Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni juga dapat dipraktikkan.
Malahan, semangat hormati-menghormati dalam kalangan warga sekolah dapat
diperkasakan
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan
Selesai sudah cerita pendek
Tersilap kata mohon maafkan

Sekian. Assalammualaikum.

You might also like