Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 64

IMPAK PELANCONGAN DI CHEW JETTY GEORGETOWN, PULAU PINANG

KEPADA EKONOMI PENDUDUK SETEMPAT

ABSTRAK

Kajian ini bertajuk “ Impak pelancongan di Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang
kepada ekonomi penduduk setempat”. Lokasi kajian yang dipilih ialah Chew Jetty
Georgetown, Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan 30 orang responden dari kawasan
sekitar Chew Jetty Georgetown. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor-
faktor menarik pelancong mengunjungi Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang dan
mengkaji kesan pelancongan terhadap ekonomi penduduk setempat. Kaedah kajian yang
digunakan ialah kaedah reka bentuk kajian, kepustakaan, soal selidik, pemerhatian dan
persampelan. Hasil kajian mendapati bahawa faktor-faktor yang menarik pelancong
mengunjungi di “Chew Jetty Georgetown”, Pulau Pinang ialah perkhidmatan kerana
pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan yang lengkap seperti jalan raya yang
sistematik. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa kesan pelancongan terhadap
ekonomi penduduk setempat di “Chew Jetty Georgetown”, Pulau Pinang ialah
mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
Kesimpulannya, pembangunan Chew Jetty Georgetown sebagai tempat pelancongan
terkenal di Pulau Pinang, Malaysia telah memberi banyak kesan baik terhadap penduduk
setempat.
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S


ABSTRAK
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
1.0 PENGENAKAN
2.0 OBJEKTID KAJIAN
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 PETA PULAU PINANG
3.2 PETA TIMUR LAUT PULAU PINANG
3.3 PETA GEORGE TOWN
3.4 PETA CHEW JETTY GEORGETOWN, PULAU PINANG
4.0 METALOGI KAJIAN
4.1 PENDAHULUAN
4.2 KEPUSTAKAAN
4.3 REKA BENTUK KAJIAN
4.4 SOAL SELIDIK
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
5.2 MENGENAL PASTI FAKTOR-FAKTOR MENARIK
PELANCONG MENGUNJUNGI DI “CHEW JETTY
GEORGETOWN”, PULAU PINANG.
5.3 MENGKAJI KESAN PELANCONGAN TERHADAP
EKONOMI PENDUDUK SETEMPAT DI “CHEW JETTY
GEORGETOWN”, PULAU PINANG.
6.0 RUMUSAN/KESIMPULAN
7.0 RUJUKAN/BIBLIORAFI
8.0 LAMPIRAN/BORANG SOAL SELIDIK
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah
Kolej Tingkatan Enam Desa Murni khasnya Pengetua Puan Alimaton binti Abdul
Rahman kerana memberi sokongan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Cikgu Shakila binti Ismail selaku guru Pengajian Am saya. Beliau
telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua
guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja
kursus ini.

Khas untuk ibu bapa saya, iaitu Encik Lim Seng Kem dan Puan Hoo Siew Eong
jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada
saya sepanjang masa.

Penghargaan kepada kakak saya iaitu Lim Yue Ni dan semua rakan atas kesudian
membantu dan memberi segala nasihat. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua
responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
IMPAK PELANCONGAN DI CHEW JETTY GEORGETOWN, PULAU PINANG
KEPADA EKONOMI PENDUDUK SETEMPAT

1.0 PENGENALAN

Sektor pelancongan merupakan salah satu sektor ekonomi yang penting kepada
sesebuah negara. Hal ini demikian kerana sekitar pelancongan dapat menjana
pertumbuhan ekonomi negara. Pelancongan dan melancong membawa maksud yang
berbeza. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2018), pelancongan berasal daripada
perkataan lancong atau melancong yang membawa maksud melawat sambil melihat-lihat
(bersenang-senang). Dalam bahasa Inggeris, pelancongan diertikan sebagai “tourism”
manakala melancong pula diertikan sebagai “travel” atau “journey”. Melancong juga
didefinisikan sebagai meninggalkan tempat tinggal menuju ke sesuatu destinasi dengan
tujuan tertentu dan berhasrat untuk kembali semula ke tempat asal. Manakala pelancong
pula diertikan sebagai orang yang bermusafir ke sesuatu tempat dengan tujuan tertentu
dan tidak bertujuan untuk berhijrah atau berkerja di tempat tersebut..

Selain itu, pelancongan turut didefinisikan sebagai satu kegiatan multidimensi dan
pelbagai yang menyentuh dalam aspek kehidupan dan aktiviti ekonomi. Pelancongan
tidak semuanya bertujuan untuk keseronokan atau berhibur malah ia juga merangkumi
pelancongan perniagaan, pelancongan kesihatan, pelancongan sukan dan lain-lain.
Tujuan pelancongan adalah untuk mengisi masa lapang atau rekreasi. Mengikut Kamus
Dewan Bahasa edisi keempat (2010), pelancongan merupakan perihal melancong dan
perkhidmatan yang berkaitannya. Pelancongan juga merupakan aktiviti ekonomi yang
mampu membawa pendapatan dan manfaat kepada komuniti. Pelancongan merupakan
suatu bidang pelaburan yang berperanan dalam pembangunan negara. Dalam sistem
pelancongan, aspek pasaran dan pembekalan memainkan peranan penting dalam
menentukan perkembangan dan kemajuan industri pelancongan.
Sektor pelancongan telah meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran mata
wang asing ke dalam negara. Pelancong yang datang ke Malaysia perlu menukar mata
wang asing kepada Ringgit Malaysia untuk berbelanja. Pertukaran mata wang asing boleh
dilakukan di bank-bank tempatan dan pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang
asing ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan pengimportan barang dari luar negara.
Pengaliran masuk mata wang asing dalam negara menguntungkan entiti perniagaan
malah ia dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan
dari luar negara. Menurut Laporan Ekonomi 2010/2011 pendapatan negara melalui sektor
pelancongan telah meningkat kepada RM59.20 bilion, ini menunjukan pengaliran mata
wang asing yang banyak dalam negara.

Kini, industri pelancongan di Malaysia berkembang pesat dan telah banyak


menyumbang kepada pendapatan negara. Kedatangan pelancong telah mengubah
ekonomi penduduk tempatan. Begitu juga diingan kawasan "Chew Jetty Georgetown”,
Pulau Pinang. Kedatangan pelancong telah mengubah ekonomi penduduk tempatan di
“Chew Jetty Georgetown”, Pulau Pinang. Kesan yang dibawa daripada industri
pelancongan terbukti adalah positif dan juga menyumbang perubahan ekonomi
penduduk. Impak pelancongan terhadap ekonomi akan membuka fikiran masyarakat
dengan mengalu-alukan industri pelancongan sebagai satu jalan menuju ke arah
kemodenan. Impak ekonomi kepada pembangunan pelancongan ini mewujudkan fasa
transformasi ekonomi kepada penduduk setempat. Transformasi ini merupakan satu jalan
menuju kemodenan dan bukan kemusnahan kepada ekonomi setempat dengan menilai
dan menyesuaikan nilai-nilai baru yang wujud. Oleh itu, industri pelancongan telah
mengubah ekonomi negara ke arah yang lebih positif.

Industri pelancongan telah memberi banyak kesan kepada Malaysia. Menurut


Berita Harian (17 Oktober 2015), industri pelancongan telah memberi sumbangan ketara
kepada ekonomi negara sejak pengenalan Program Transformasi Negara (NTP). Sektor
pelancongan negara kini menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi
negara. Sebagai contoh, sektor pelancongan telah menyumbang sebanayk RM86.14
bilion kepada ekonomi Malaysia pada tahun 2019. Selain itu, Malaysia turut menjalin
hubungan baik dengan negara-negara lain dalam bidang pelancongan. Menurut Berita
Harian (29 Jun 2019), hubungan ekonomi dalam segmen pelancongan antara Malaysia
dan negara luar dijangka semakin kukuh menerusi kerjasama berterusan yang dijalin
antara kerajaan Malaysia dengan negara lain yang sentiasa ditambah baik. Sebagai
contoh, Malaysia dan Thailand bekerjasama terokai sektor pelancongan bagi
meningkatkan industri pelancongan masing-masing dan mempromosikan keunikan yang
ada.

Kajian ini dijalankan atas rasional bahawa kedatangan pelancong di "Chew Jetty
Georgetown”, Pulau Pinang semakin bertambah. Oleh itu, pengkaji ingin mengenalpasti
faktor-faktor yang menarik pelancong mengunjungi di "Chew Jetty Georgetown”, Pulau
Pinang. Tambahan lagi, rasional yang kedua ialah aktiviti pelancongan telah mengubah
ekonomi penduduk tempatan sehingga wujud perubahan dalam kehidupan. Tuntasnya,
pengkaji hendak membuktikan industri pelancongan menyumbang kepada perubahan
ekonomi dalam kalangan penduduk tempatan. Dengan ini diharapkan sektor pelancongan
dapat dimajukan dan hanya meninggalkan kesan positif kepada masyarakat tempatan.

Kesimpulannya, kajian ini juga dijalankan atas rasional wujudnya situasi di mana
aktiviti pelancongan telah mengubah ekonomi masyarakat tempatan sehingga wujud
perubahan dalam kehidupan. Oleh itu, pengkaji ingin membuktikan industri pelancongan
telah menyumbangkan perubahan positif dalam kalangan penduduk.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif kajian, iaitu:

I. Mengenal pasti faktor-faktor menarik pelancong mengunjungi “Chew Jetty


Georgetown”, Pulau Pinang.

II. Mengkaj kesan pelancongan terhadap ekonomi penduduk setempat di “Chew


Jetty Georgetown”, Pulau Pinang.
3.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini akan dilaksanakan kawasan Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang yang
terletak di Georgetown, Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Pulau Pinang. Pemilihan lokasi
kajian ini sangat bersesuaian kerana Chew Jetty Georgetown merupakan satu kawasan
yang telah menunjukkan perubahan ekonomi akibat kedatangan pelancong. Pemilihan
lokasi kajian yang berdekatan dengan pantai, tempat tinggal dan tempat perniagaan
memainkan peranan penting dalam memperoleh hasil kajian yang jitu dan persis. Oleh
itu, dalam bahagian ini, lokasi kajian akan dihuraikan secara terperinci.
3.1 PETA PULAU PINANG

Peta 1: Peta Pulau Pinang

Sumber: Google Maps

Peta 1 menunjukkan Negeri Pulau Pinang. Menurut laman web Visit Malaysia (2012),
Pulau Pinang merupakan antara salah satu negeri daripada 13 buah Negeri dan 1 Wilayah
Persekutuan di Malaysia. Pulau Pinang terletak di persisiran barat laut Semenanjung
Malaysia, bersempadan dengan negeri Kedah di sebelah utara dan timur, negeri Perak di
sebelah selatan dan perairan Selat Melaka di sebelah barat. Pulau Pinang terdiri daripada
bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Jumlah
keluasan kedua-dua pulau dan Seberang Perai adalah 1,031km persegi. Kedua-dua
bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri, Jambatan Pulau Pinang yang
panjangnya 13.5 kilometer dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sepanjang
24km. Mengikut bancian tahun 2020, jumlah penduduk di Pulau Pinang ialah seramai
1,740,405 orang. Pulau Pinang juga diselar chinatown utama negara Malaysia.

3.2 TIMUR LAUT PULAU PINANG

Peta 2: Timur Laut Pulau Pinang

Sumber: Google Maps

Peta 2 menunjukkan Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Daerah Timur Laut Pulau Pinang
adalah salah satu daripada 5 daerah pentadbiran di Negeri Pulau Pinang. Timur Laut
Pulau Pinang merupakan daerah keluasan 122.79 km persegi dan merupakan daerah
separa bandar. Timur Laut Pulau Pinang terdiri daripada 6 Mukim dan 9 Bandar, iaitu
Bandar Ayer Itam, Bandar Batu Ferringgi, Bandar Bukit Bendera, Bandar Glugor,
Bandar George Town, Bandar Jelutong, Bandar Tanjong Bungah, Bandar Tanjong
Tokong dan Bandar Tanjong Pinang.
3.3 GEORGE TOWN

Peta 3: George Town

Sumber: Google Maps

Peta 3 menunjukkan George Town. George Town merupakan bandar raya yang terletak
di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang terletak di
sepanjang jalan persisran laut bandar raya George Town dan merupakan kawasan paling
terkenal di Pulau Pinang. Bandar ini mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur
seperti kedai-kedai perniagaan dan jabatan-jabatan kerajaan. Salah satu tarikan pelancong
adalah Chew Jetty Georgetown. Majoriti kaum di George Town ialah kaum Cina 64.5%,
kaum Melayu 24.2%, kaum India 10.2% dan kaum lain 1%. Jumlah bilangan penduduk
di Butterworth adalah melebihi 500000 orang.
3.4 CHEW JETTY GEORGETOWN, PULAU PINANG

Foto 1: Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang

Sumber : Kerja kajian 2023

Foto 2 : Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang


Sumber : Kerja kajian 2023

Foto 3 : Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang

Sumber : Kerja kajian 2023

Foto 4 : Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang


Sumber : Kerja kajian 2023

Foto 1, foto 2, foto 3 dan foto 4 menunjukkan Chew Jetty terletak di Georgetown, Pulau
Pinang. Chew Jetty ini terletak berdekatan dengan feri dan George Town Street Art.
Kedudukan Chew Jetty ini yang strategik telah berjaya menarik pelancong dalam luar
negeri dan peduduk tempatan untuk berkunjung ke sana. Chew Jetty juga berdekatan
dengan feri dan Pengkalan Weld. Hal ini memudahkan pelancong berkunjung ke Chew
Jetty Georgetown dengan menggunakan pengangkutan awam. Chew Jetty Georgetown
terkenal di Pulau Pinang dan menjadi salah satu pilihan utama untuk penduduk di
kawasan sekitar itu membeli barangan seharian. Pada masa ini terdapat lebih kurang 75
keluarga menetap di Chew Jetty Georgetown.
4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan


menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu
kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu
kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu
memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah
dengan membuat huraian tentang proses kajian.

Menurut laman web Wordpress (2013), metodologi membawa maksud sistem


yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau
disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak
dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan
semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian
adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan
menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian.
4.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah gabungan dua kaedah kajian iaitu kuantitatif dan
kualitatif. Kuantitatif adalah berdasarkan pengiraan dan menganalisa data dengan
menggunakan keadah pertusan dan pengiraan data yang didapatkan melalui responden.
Kaedah kuantitatif ini dijalankan dangan menyediakan borang soal selidik untuk
mendapatkan reaksi daripada responden. Keadah kualitatif pula ada kaedah dimana
kajian dijalakan melalui pemerhatian sebenar di lokasi kajian seperti sesi temub ual
dengan informan. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor menarik
pelancong mengunjungi Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang dan mengkaji kesan
pelancongan terhadap ekonomi penduduk setempat di sekitar Chew Jetty Georgetown,
Pulau Pinang.

Jadual 1 : Pembahagian item soalan dalam borang soal selidik

Bahagian Perkara Bilangan item soalan


A Demografi kajian 6
B Mengenal pasti faktor-faktor yang menarik 4
pelancong mengunjungi ke Chew Jetty
Georgetown, Pulau Pinang.
C Mengenal pasti kesan pelancongan terhadap 6
ekonomi penduduk setempat di sekitar Chew
Jetty Georgetown, Pulau Pinang.

Sumber : Kerja Lapangan 2023


4.3 KEPUSTAKAAN

Kajian perpustakaan sangat penting bagi pengkaji mendapatkan maklumat yang


berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Hasil dari kaedah kepustakaan telah
banyak membantu pengkaji dalam mencari bahan atau idea tentang aspek yang boleh
dikaji oleh pengkaji. Pengkaji dapat meluaskan pengetahuan berkaitan dengan tajuk yang
akan dikaji hasil dari kajian perpustakaan yang dilakukan. Penting bagi seseorang
Pengkaji untuk mempunyai maklumat atau bahan yang berkaitan dengan kajiannya agar
kajian yang dilakukan itu tidak menyerupai dengan kajian-kajian yang lalu. Hal ini juga
penting kerana hasil dari kajian perpustakaan pengkaji akan dapat lebih memahami
bagaimana sesuatu kajian itu dilakukan.

Bahan rujukan yang digunakan untuk kajian ini adalah seperti jadual di bawah :

Jadual 2 : Penggunaan bahan rujukan dalam kajian

Jenis rujukan Tajuk Tujuan


Majalah Aktiviti di Chew Jetty Mengetahui aktiviti-aktiviti
Georgetown, Pulau Pinang menarik di Chew Jetty
yang mesti cuba Georgetown, Pulau Pinang.
Akhbar Teliti projek tebus tanah di Mengetahui pembangunan
Chew Jetty Georgetown, Chew Jetty Georgetown, Pulau
Pulau Pinang. Pinang.
Sumber internet Persepsi impak industri Mengetahui kesan
pelancongan terhadap kualiti pelancongan terhadap
hidup komuniti setempat di
Chew Jetty Georgetown, penduduk setempat
Pulau Pinang
Sumber : Kerja Lapangan 2023

Foto 1 : Antara contoh bahan sumber internet yang digunakan

Sumber : Kerja Lapangan 2023


Foto 2 : Antara contoh bahan akhbar yang digunakan

Sumber : Kerja Lapangan 2023


4.4 SOAL SELIDIK

Soal selidik merupakan kaedah utama pengumpulan data kerana borang soal selidik
diisi terus oleh kumpulan sasaran iaitu pelancong dari negara lain dan penduduk
setempat, pelancong dari negeri-negeri lain dalam Malaysia dan juga pelancong dari luar
kawasan Pulau Pinang yang mengunjungi kedai-kedai yang menjual kraftangan manik di
Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang. Borang soal selidik disediakan dalam Google
Form mengikut objektif kajian supaya soalan-soalannya tidak menyimpang daripada isu
kajian. Borang soal selidik kajian ini menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh
responden. Borang soal selidik kajian ini menggunakan soalan tertutup. Rasional soalan
tertutup diguna adalah untuk memperoleh data yang mudah diproses dan mudah
dianalisis. Borang soal selidik kajian ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A merupakan data demografi responden dan
terdapat enam soalan tertutup dalam bahagian ini. Bahagian B terdiri daripada empat
soalan yang mengenal pasti faktor-faktor yang menarik pelancong mengunjungi ke Chew
Jetty Georgetown, Pulau Pinang dan soalannya berbentuk skala likert. Bahagian C
merangkumi enam soalan yang meninjau kesan pelancongan terhadap ekonomi penduduk
setempat di sekitar Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang. Soalannya berbentuk skala
likert tiga mata iaitu setuju, tidak pasti dan tidak setuju.
Jadual 3 : Pembahagian A, B dan C soalan dalam borang soal selidik

Bahagian A Bahagian B Bahagian C


Bangsa Makanan Mewujudkan peluang
pekerjaan
Jantina Pemandangan Meningkatkan pendapatan
penduduk setempat
Umur Perkhidmatan Meningkatkan taraf hidup
penduduk setempat
Warganegara Kedai Perniagaan Pertambahan gerai jualan
Status Perkahwinan Meningkatkan nilai
haratanah
Jenis Pekerjaan Meningkatkan infrastruktur

Sumber : Kerja Lapangan 2023

Jadual 4 : Pembahagian A, B dan C menggunakan skala likert dalam borang soal selidik

Bahagian Skala Likert


A setuju, tidak pasti dan tidak setuju
B setuju, tidak pasti dan tidak setuju
C setuju, tidak pasti dan tidak setuju

Sumber : Kerja Lapangan 2023


4.5 PEMERHATIAN

Menurut Zainal Mat Sat (2022) kaedah permerhatian ialah pengkaji melibatkan diri
secara langsung untuk membuat penelitian dan pemeriksaan secara terus menerus.
Menurut Fauzi Bin Hussin, Jamal Ali, dan Mohd Saifoul Zamzuri Noor (2022)
pemerhatian ialah satu kaedah pengumpulan data dengan cara memerhati situasi
berkenaan dan merekodkan fakta, tindakan dan tingkah laku yang diperlukan. Selain itu,
tujuan pemerhatian ini adalah supaya pengkaji mendapat gambaran yang lebih jelas untuk
menjalankan kajian ini dengan lebih terperinci. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan
pemerhatian terhadap pelancong-pelancong di Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang.

Berikut merupakan jadual item pemerhatian :

Jadual 5 : Item pemerhatian dalam kajian

Bil Tarikh Item Pemerhatian


1 26 - 2 - 2023 Perhatian kepada aktiviti-aktiviti di Chew Jetty Georgetown,
Pulau Pinang seperti jenis aktiviti, harga aktiviti dan lain-lain.

2 11 - 3 - 2023 Mencatat aktiviti dan gerai atau kedai yang lebih ramai
pelancong mengunjungi.
3 25 - 3 - 2023 Rasa makanan di gerai atau kedai yang berbeza-beza.
4 8 - 4 - 2023 Mengambil gambar di sekeliling Chew Jetty Georgetown, Pulau
Pinang.

5 20 - 4 - 2023 Memberi borang soal selidik berbentuk google form kepada 30


orang responden yang dipilih di Chew Jetty Georgetown, Pulau
Pinang.

Sumber : Kerja Lapangan 2023


Foto 5: Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang

Sumber : Kerja Lapagan 2023

Foto 6: Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang


Sumber : Kerja Lapagan 2023

Foto 7: Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang

Sumber : Kerja Lapagan 2023


4.6 PERSAMPELAN

Persampelan melibatkan penyelidikan terhadap sampel kajian bagi mewakili


keseluruhan populasi kajian. Kaedah in biasa digunakan oleh penyelidik tidak kira sains
tulen atau sains sosial dalam penyelidikan mereka. Menurut laman web Weebly (2018),
persampelan merupakan proses memilih sekumpulan oleh pengkaji untuk sesuatu
penyelidikan yang mewakili kumpulan besar yang dipilih. Menurut Dr. Kamarul (2015),
persampelan bermaksud proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi
untuk dijadikan sebagai responden kajian dan merupakan antara aspek penting dalam
penyelidikan kerana ia menentukan kesahan, kebolehpercayaan dan kualiti hasil
penyelidikan. Prinsip utama persampelan adalah berdasarkan konsep kebarangkalian dan
setiap elemen yang dipilih mempunyai peluang yang sama.

4.7 KAEDAH ANALISIS DATA

Analisis data merupakan usaha atau cara memproses data untuk menjadi maklumat
yang mudah difahami dan juga bermanfaat untuk membuat kesimpulan dan menyelesai
masalah. Semua aspek yang dikaji dalan soal selidik dianalisis secara deskriptif dalam
bentuk bilangan dan peratusan dalam Bahagian A, data demografi responden
dipersembahkan dalam jadual dan carta pai. Dalam Bahagian B, menggunakan skala
Likert tiga mata iaitu setuju, tidak pasti dan tidak setuju telah digunakan untuk mendapat
maklumat tentang jenis faktor-faktor yang menarik pelancong mengunjungi ke Chew
Jetty Georgetown, Pulau Pinang. Data yang dikumpul diproses kepada bilangan dan
peratusan dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Dalam Bahagian C, soalan
berbentuk skala likert tiga mata iaitu setuju, tidak pasti dan tidak setuju digunakan untuk
mendapatkan data mengenai kesan pelancongan terhadap ekonomi penduduk setempat di
sekitar Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang. Data yang dikumpulkan dikira dan
dijadualkan berdasarkan bilangan dan peratusan dan dipersembahankan dalam bentuk
jadual, carta pai dan graf.
Kesimpulannya, hasil yang akan diperoleh bergantung kepada pemilihan
metodologi kajian. Setelah diteliti semua aspek yang berkaitan dengan tajuk kajian, maka
pengkaji akan dapat menentukan atau memilih metodologi kajian yang sesuai dengan
tajuk kajian. Selain itu, metodologi kajian merupakan cara bagi pengkaji mendapat
maklumat, bahan, sumber rujukan dan data berkaitan dengan kajian. Dalam sesuatu
kajian, bahan yang paling penting adalah data kajian. Tanpa data kajian bagaimana
sesuatu kajian akan mendapatkan hasilnya. Oleh itu, data kajian yang diperoleh dalam
kajian yang dilakukan oleh pengkaji akan menghasilkan sebuah kajian. Semua data kajian
yang diperoleh akan dianalisis dan dibincangkan oleh pengkaji.
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis dan hasil penemuan kajian daripada borang
soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data soal selidik yang dikumpul telah
diproses untuk memperoleh statistik seperti bilangan dan nilai peratusan. Kaedah temu
bual menyumbangkan maklumat tambahan kepada dapatan kajian ini. Di samping itu,
data sekunder juga diperoleh dari rujukan untuk menyokong dapatan kajian ini. Soal
selidik ini telah dijalankan ke atas 30 orang responden daripada kalangan pelancong dan
pengkaji menyediakan 30 soal selidik dalam bentuk Google Form itu menyedarkan
kepada responden yang mengunjungi kedai-kedai di “Chew Jetty, Georgetown”.
Responden telah dikenal pasti pernah mengunjungi kedai dan mempunyai pengalaman
dan keupayaan untuk menyumbang maklumat berkaitan isu kajian ini. Hasil kajian
dipaparkan dalam bentuk carta pai, graf bar dan jadual disertakan dengan huraian
deskriptif.

5.1 BAHAGIAN A : DEMOGRAFI RESPONDEN.

5.1.1 Bangsa

Jadual 6 : Demografi responden mengikut bangsa

Bangsa Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


Cina 12 40

India 7 23.3

Melayu 7 23.3
China 1 3.3

British 1 3.3
Lain-lain 2 6.7
JUMLAH 30 100
Sumber : Kerja Lapangan 2023

Bangsa
Lain-lain(6.7%)
British(3.3%)
China (3.3%)

Cina (40%)
Melayu
(23.3%)

India (23.3%)

Rajah 1 : Peratusan responden mengikut bangsa

Sumber : Kerja Lapangan 2023

Rajah 1 menunjukkan peratusan responden mengikut bangsa. Pengkaji telah


membahagikannya menjadi empat bahagian iaitu “Cina”, “India”, “Melayu dan “Lain-
lain”. Rajah 1, dapat dilihat bahawa responden Cina telah mencatatkan bilangan
peratusan paling tinggi iaitu sebanyak 40% bersamaan 12 orang daripada keseluruhan
responden seramai 30 orang. Seterusnya, responden Melayu dan India mencatatkan
bilangan peratusan hanya 23.3% bersamaan 7 orang. Di samping itu, bilangan peratusan
dicatatkan iaitu sebanyak 10% mewakili 2 bagi ketiga-tiga responden bangsa lain. Hal ini
demikian kerana, majoriti orang yang menganjungi Chew Jetty, Georgetown, Pulau
Pinang adalah bangsa Cina. Namun, masih terdapat pelbagai bangsa yang
mengunjunginya.
5.1.2 Jantina

Jadual 7 : Demografi responden mengikut jantina

Jantina Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


Lelaki 11 36.7

Perempuan 19 63.3

JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Lapangan 2023

Jantina

37%

63%

Lelaki Perempuan

Rajah 2 : Peratusan responden mengikut jantina

Sumber : Kerja Lapangan 2023


Berdasarkan jadual di atas, perempuan telah merangkumi 63% daripada
keseluruhannya iaitu terdapat 19 orang, responden perempuan daripada 30 orang
responden. Manakala terdapat 11 orang responden lelaki dan peratusannya ialah
sebanyak 37%. Hal ini disebabkan perempuan lebih prihatin tentang impak pelancongan
terhadap ekonomi penduduk setempat di Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang.
Biasanya, lelaki tidak berminat dalam isu sosial dan budaya. Oleh itu, ramai penduduk
lelaki tidak terlibat dalam kajian ini.

5.1.3 Umur

Jadual 8 : Demografi responden mengikut umur

Umur Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


15 – 20 tahun 7 23
21 – 35 tahun 13 43

36 – 59 tahun 10 34

60 ke atas 0 0

JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Lapangan 2023


Umur

23% 15 - 20 tahun
34% 21 - 35 tahun
36 - 59 tahun
60 ke atas

43%

Rajah 3 : Peratusan responden mengikut umur

Sumber : Kerja Lapangan 2023

Berdasarkan jadual dan carta pai di atas, kebanyakan responden berumur 21 tahun
hingga 35 tahun iaitu 13 orang daripada 30 orang responden tersebut dan telah
merangkumi 44% daripada keseluruhan. Seterusnya, hanya terdapat 7 responden berumur
15 tahun hingga 20 tahun dan peratusnya ialah 23% sahaja. Manakala bagi responden
yang berumur 36 tahun hingga 59 tahun ialah 10 orang dan merupakan 34% dalam
kalangan responden. Selain itu, bilangan responden yang berumur 60 tahun ke atas ialah
tiada orang dan peratusnya ialah 0%. Hal ini disebabkan orang tua hari ini tidak berminat
dalam impak pelancongan terhadap ekonomi penduduk setempat di Chew Jetty
Georgetown, Pulau Pinang. Jadi, kebanyakan orang tua tidak terlibat dalam soal selidik
ini.
5.1.4 Warganegara

Jadual 9 : Demografi responden mengikut warganegara

Warganegara Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


Warganegara 25 83.3

Bukan warganegara 5 16.7

JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Lapangan 2023

Warganegara

Warganegara ( 83.3%) Bukan warganegara (16.7%)

Rajah 4 : Peratusan responden mengikut warganegara

Sumber : Kerja Lapangan 2023


Rajah 4 menunjukkan peratusan responden mengikut warganegara. Pengkaji
telah membahagikannya menjadi dua bahagian iaitu warganegara dan bukan
warganegara. Berdasarkan rajah 4, dapat dilihat bahawa responden warganegara telah
mencatatkan bilangan peratusan paling tinggi iaitu sebanyak 83.3% bersamaan 25 orang
daripada keseluruhan responden seramai 30 orang. Seterusnya, responden bukan
warganegara mencatatkan bilangan peratusan hanya 16.7% bersamaan 5 orang. Hal ini
demikian kerana, majoriti orang yang menganjungi ke Chew Jetty Georgetown.

5.1.5 Status perkahwinan

Jadual 10 : Demografi responden mengikut status perkahwinan

Status perkahwinan Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


Bujang 16 53.3

Berkahwin 14 46.7

JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Lapangan 2023


Status perkahwinan

Bujang (53.3%) Berkahwin (46.7%)

Rajah 5 : Peratusan responden mengikut status perkahwinan

Sumber : Kerja Lapangan 2023

Rajah 5 menunjukkan peratusan responden mengikut status perkahwinan. Pengkaji


telah membahagikannya menjadi dua bahagian iaitu bujang dan berkahwin. Berdasarkan
rajah 5, dapat dilihat bahawa responden bujang telah mencatatkan bilangan peratusan
paling tinggi iaitu sebanyak 53.3% bersamaan 16 orang daripada keseluruhan responden
seramai 30 orang. Seterusnya, responden berkahwin mencatatkan bilangan peratusan
hanya 46.7% bersamaan 14 orang. Oleh itu dapat dirumuskan bahawa majoriti responden
dalam kajian ini adalah bujang. Hal ini demikian kerana, orang yang telah berkahwin
lebih sibuk berbanding dengan orang bujang, mereka perlu meluangkan masa bersama
keluarga.
5.1.6 Jenis pekerjaan

Jadual 11 : Demografi responden mengikut jenis pekerjaan

Jenis pekerjaan Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


Swasta 4 13.3

Kerajaan 5 16.7

Bekerja sendiri 11 36.7

Tidak bekerja 10 33.3

JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Lapangan 2023

Jenis pekerjaan
Swasta (13.3%)

Tidak bekerja (33.3%)

Kerajaan (16.7%)

Bekerja sendiri (36.7%)

Rajah 6 : Peratusan responden mengikut jenis pekerjaan

Sumber : Kerja Lapangan 2023


Berdasarkan jadual dan carta pai di atas, pengkaji telah membahagikannya menjadi
empat bahagian iaitu swasta, kerajaan, bekerja sendiri dan tidak bekerja. Berdasarkan
jadual dan carta pai di atas, dapat dilihat bahawa responden yang bekerja sendiri telah
mencatatkan bilangan peratusan paling tinggi iaitu sebanyak 36.7% bersamaan 11 orang
daripada keseluruhan. Seterusnya, terdapat responden yang tidak bekerja adalah sebanyak
33.3% bersamaan 10 orang dalam 30 orang responden. Selain itu, responden yang
bekerja dengan kerajaan hanya adalah sebanyak 16.7% bersamaan 5 orang manakala
responden yang swasta peratusannya adalah sebanyak 13.3% bersamaan 4 orang daripada
30 orang responden. Hal ini disebabkan, responden yang bekerja sendiri lebih mudah
ditemui dan menjawab soal selidik kajian yang disediakan.

5.2 BAHAGIAN B : FAKTOR-FAKTOR YANG MENARIK PELANCONG


MENGUNJUNGI “ CHEW JETTY, GEORGETOWN”, PULAU PINANG

Dalam bahagian ini, analisis data dibahagikan mengikut empat faktor iaitu makanan,
pemandangan, perkhidmatan dan kedai perniagaan.

5.2.1 Makanan

Jadual 12 : Peratusan responden mengikut faktor makanan

Makanan Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


Setuju 22 73.3
Tidak setuju 2 6.6
Tidak pasti 6 20
JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Laporan 2023


Makanan
25
22

20
Orang { Peratus }

15

10

6
5
2

0
Setuju (73.3%) Tidak setuju (6.6%) Tidak pasti (20%)

Makanan

Rajah 7 : Faktor-faktor yang menarik pelancong mengunjungi Chew Jetty Georgetown,


Pulau Pinang mengikut makanan

Sumber : Kerja Laporan 2023

Rajah 7 menunjukkan peratusan responden mengikut makanan. Pengkaji telah


membahagikannya menjadi tiga bahagian iaitu setuju, tidak setuju dan tidak pasti.
Berdasarkan rajah 7, dapat dilihat bahawa kebanyakan responden iaitu sebanyak 22 orang
bersamaan 73.3% yang setuju bahawa makanan di sekitar Chew Jetty Georgetown, Pulau
Pinang menjadi tarikan mereka untuk melancong ke lokasi kajian. Manakala, 2 orang
responden peratusannya 6.6% yang tidak setuju makanan sebagai faktor tarikan mereka
ke sana. Di samping itu, responden yang tidak pasti iaitu sebanyak 6 orang bersamaan
dengan 20% daripada jumlah 30 orang responden. Hal ini menunjukkan bahawa makanan
di sekitar Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang dapat menarik hati rakyat Malaysia.
5.2.2 Pemandangan

Jadual 13 : Peratusan responden mengikut faktor pemandangan

Pemandangan Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


Setuju 20 66.7

Tidak setuju 7 23.3

Tidak pasti 3 10

JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Laporan 2023

Pemandangan
25

20
20
Orang { Peratus }

15

10
7

5
3

0
Setuju (66.7%) Tidak setuju (23.3%) Tidak pasti (10%)

Pemandangan

Rajah 8 : Faktor-faktor menarik pelancong mengunjungi Chew Jetty Georgetown, Pulau


Pinang mengikut pemandangan

Sumber : Kerja Laporan 2023


Rajah 8 menunjukkan peratusan responden melancong ke Chew Jetty Georgetown,
Pulau Pinang disebabkan faktor pemandangan di sekitarnya. Pengkaji telah
membahagikannya menjadi tiga bahagian iaitu setuju, tidak setuju dan tidak pasti.
Berdasarkan rajah 8, dapat dilihat bahawa kebanyakan responden iaitu sebanyak 20 orang
bersamaan 66.7% yang setuju bahawa pemandangan di sekitar Chew Jetty Georgetown,
Pulau Pinang menjadi faktor mereka melancong ke situ. Manakala 7 orang responden,
bersamaan 23.3% yang tidak setuju “pemandangan” menjadi faktor tarikan. Di samping
itu, responden yang tidak pasti iaitu sebanyak 3 orang bersamaan dengan 10% daripada
jumlah 30 orang responden. Hal ini demikian, menunjukkan bahawa pemandangan di
sekitar lokasi kajian sangat cantik dan disukai oleh pelancong, penduduk setempat dan
rakyat Malaysia. Responden terdiri daripada pelancong yang berasal dari pelbagai tempat
yang datang melancong untuk menikmati pemandangan di Chew Jetty Georgetown.

5.2.3 Perkhidmatan

Jadual 14 : Peratusan responden mengikut faktor perkhidmatan

Perkhidmatan Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


Setuju 25 83.3

Tidak setuju 2 6.7

Tidak pasti 3 10

JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Laporan 2023


Perkhidmatan
25
25

20
Orang { Peratus }

15

10

5 3
2

0
Setuju (83.3%) Tidak setuju (6.7%) Tidak pasti (10%)

Perkhidmatan

Rajah 9 : Peratusan faktor-faktor menarik pelancong mengunjungi Chew Jetty,


Georgetown, Pulau Pinang mengikut perkhidmatan

Sumber : Kerja Laporan 2023

Rajah 9 menunjukkan peratusan responden melancong mengikut perkhidmatan


yang disediakan di Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang. Pengkaji telah
membahagikannya menjadi tiga bahagian iaitu setuju, tidak setuju dan tidak pasti.
Berdasarkan rajah 9, dapat dilihat bahawa kebanyakan responden iaitu sebanyak 25 orang
peratusannya adalah 83.3% yang setuju dengan perkhidmatan di sekitar Chew Jetty
Georgetown, Pulau Pinang menjadi faktor yang menarik mereka melancong ke lokasi
kajian. Manakala, 2 orang responden bersamaan 6.7% yang tidak setuju perkhidmatan
sekitar kawasan sana menjadi Chew Jetty Georgetown. Di samping itu, responden yang
tidak pasti iaitu sebanyak 3 orang bersamaan dengan 10% daripada jumlah 30 orang
responden. Hal ini demikian kerana terdapat responden yang tidak memahami bahasa
komunikasi yang digunakan. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan
kebanyakan responden setuju dengan faktor ini.
5.2.4 Kedai Perniagaan

Jadual 15 : Peratusan responden mengikut faktor kedai perniagaan

Kedai Perniagaan Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


Setuju 24 80
Tidak setuju 1 3.3

Tidak pasti 5 16.7

JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Laporan 2023

Kedai perniagaan
24
25
Kedai Perniagaan { Peratus }

20

15

10

5
5
1

0
Setuju (80%) Tidak setuju (3.3%) Tidak pasti (16.7%)
Kedai Perniagaan

Rajah 10 : Faktor-faktor menarik pelancong mengunjungi Chew Jetty, Georgetown,


Pulau Pinang mengikut kedai perniagaan

Sumber : Kerja Laporan 2023


Rajah 10 menunjukkan peratusan responden mengikut kedai perniagaan di sekitar.
Pengkaji telah membahagikannya menjadi tiga bahagian iaitu setuju, tidak setuju dan
tidak pasti. Berdasarkan rajah 10, dapat dilihat bahawa kebanyakan responden iaitu
sebanyak 24 orang bersamaan 80% yang setuju bahawa kedai perniagaan yang ada di
sekitar Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang menjadi antara faktor yang menyebabakan
mereka melancong. Manakala, hanya 1 orang responden bersamaan 3.3% yang tidak
setuju kedai perniagaan sebagai faktor tarikan pelancong. Di samping itu, responden yang
tidak pasti pula adalah sebanyak 5 orang bersamaan dengan 16.7% daripada jumlah 30
orang responden. Hal ini demikian kerana kewujudan kedai-kedai bukanlah faktor utama
tarikan pelancong mengunjungi Chew Jetty Georgetown.

Kesimpulan, terdapat beberapa faktor yang menarik pelancong mengunjungi ke


Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang iaitu makanan, pemandangan, perkhidmatan dan
kedai perniagaan.
5.3 BAHAGIAN C : MENGKAJI KESAN PELANCONGAN TERHADAP
EKONOMI PENDUDUK SETEMPAT DI SEKITAR CHEW JETTY
GEORGETOWN, PULAU PINANG.

Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan kesan-kesan pelancongan terhadap


ekonomi penduduk setempat di Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang.

5.3.1 Mewujudkan peluang pekerjaaan

Jadual 16 : Peratusan responden mengikut kesan mewujudkan peluang pekerjaan

Mewujudkan peluang Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


pekerjaan
Setuju 27 90
Tidak setuju 0 0

Tidak pasti 3 10

JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Laporan 2023


Mewujudkan peluang pekerjaan

10%
Setuju
Tidak setuju
Tidak pasti

90%

Rajah 11 : Mewujudkan peluang pekerjaan

Sumber : Kerja Laporan 2023

Berdasarkan rajah 11, majoriti responden iaitu 27 orang bersamaan sebanyak 90%
bersetuju kesan pelancongan adalah dapat mewujudkan peluang pekerjaan. Sebanyak 3
orang responden, bersamaan 10% tidak pasti dengan kesan tersebut manakala tiada
responden tidak bersetuju tentang petambahan peluang pekerjaan di sekitar Chew Jetty
Georgetown, Pulau Pinang. Hal ini telah menunjukkan kebanyakan responden hampir
setuju dengan kesan ini. Jelaskan menunjukkan peluang pekerjaan dapat ditingkatkan di
kawasan persekitaran atau di sesuatu kawasan yang menjadi destinasi pelancongan.
5.3.2 Pertambahan gerai jualan

Jadual 17 : Peratusan responden mengikut kesan pertambahan gerai jualan

Pertambahan gerai jualan Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


Setuju 24 80
Tidak setuju 2 7

Tidak pasti 4 13

JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Laporan 2023

Pertambahan gerai jualan

10%
7% Setuju

Tidak setuju

Tidak pasti

82%

Rajah 12 : Pertambahan gerai jualan

Sumber : Kerja Laporan 2023


Rajah 12, majoriti responden iaitu 24 orang, bersamaan 80% bersetuju kesan
pelancongan adalah menyebabkan pertambahan gerai jualan. Sebanyak 4 orang
responden, bersamaan 13% tidak pasti dengan kesan tersebut manakala 2 orang
responden, bersamaan 7% tidak bersetuju tentang pertambahan gerai jualan di sekitar
Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang adalah disebabkan aktiviti pelancongan. Hal ini
telah menunjukkan kebanyakan responden hampir setuju dengan kesan ini. Oleh itu,
semakin ramai pelancong berkunjung ke Chew Jetty Georgetown, maka semakin
bertambah gerai jualan.

5.3.3 Meningkatkan pendapatan penduduk setempat

Jadual 18 : Peratusan responden mengikut kesan meningkatkan pendapatan penduduk


setempat

Meningkatkan Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


pendapatan penduduk
setempat
Setuju 28 93.4
Tidak setuju 1 3.3

Tidak pasti 1 3.3

JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Laporan 2023


Meningkatkan pendapatan penduduk setempat

3%3%

Setuju

Tidak setuju

Tidak pasti

93%

Rajah 13 : Meningkatkan pendapatan penduduk setempat

Sumber : Kerja Laporan 2023

Berdasarkan rajah 13, menunjukkan peratusan responden mengikut “meningkatkan


pendapatan penduduk setempat”. Majoriti responden iaitu 28 orang, bersamaan 94%
bersetuju kesan pelancongan adalah meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
Sebanyak 1 orang responden, bersamaan 3% tidak pasti dengan kesan tersebut manakala
1 orang responden peratusannya 3% tidak bersetuju dengan kesan pelancongan
meningkatkan pendapatan penduduk setempat di sekitar Chew Jetty Georgetown, Pulau
Pinang. Oleh itu, kebanyakan responden setuju bahawa kedatangan pelancongan ke Chew
Jetty Georgetown boleh meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Perbelanjaan
pelancong yang besar di Chew Jetty Georgetown telah menyumbang kepada pendapatan
penduduk setempat.
5.3.4 Meningkatkan taraf hidup penduduk setempat

Jadual 19 : Peratusan responden mengikut kesan meningkatkan taraf hidup penduduk


setempat

Meningkatkan taraf Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


hidup penduduk setempat
Setuju 24 80
Tidak setuju 2 7

Tidak pasti 4 13

JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Laporan 2023

Meningk atkan tar af hidup penduduk


s etem pat
Setuju Tidak setuju Tidak pasti

13%
7%

80%

Rajah 14 : Meningkatkan taraf hidup penduduk setempat

Sumber : Kerja Laporan 2023


Berdasarkan rajah 14, menunjukkan peratusan responden terhadap kesan
pelancongan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk setempat. Majoriti responden
iaitu 24 orang, bersamaan 80% bersetuju kesan pelancongan telah meningkatkan taraf
hidup penduduk setempat. Sebanyak 4 orang responden, bersamaan 13% tidak pasti
dengan kesan tersebut manakala 2 orang responden, bersamaan 7% tidak bersetuju kerana
responden bukan tinggal di setempat Chew Jetty Georgetown. Walau bagaimanapun
kebanyakan responden setuju dengan kesan ini iaitu pelancongan telah meningkatkan
taraf hidup penduduk tempatan.

5.3.5 Meningkatkan infrastruktur

Jadual 20 : Peratusan responden mengikut kesan meningkatkan infrastruktur

Meningkatkan Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


infrastruktur
Setuju 25 87
Tidak setuju 0 0

Tidak pasti 5 13

JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Laporan 2023


Meningk atk an inf r as tr uk tur
Setuju Tidak setuju Tidak pasti

13%

87%

Rajah 15 : Meningkatkan infrastruktur

Sumber : Kerja Laporan 2023

Rajah 15, menunjukkan peratusan responden mengikut kesan pelancongan iaitu


“meningkatkan infrastruktur”. Majoriti responden iaitu 25 orang, bersamaan 87%
bersetuju kesan pelancongan telah meningkatkan infrastruktur di sekitar kawasan Chew
Jetty Georgetown. Sebanyak 5 orang responden, bersamaan 13% tidak pasti dengan
kesan tersebut manakala tiada responden tidak bersetuju tentang kesan pelancongan telah
meningkatkan infrastruktur di sekitar Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang. Hal ini
adalah kerana Chew Jetty Georgetown adalah tempat pelancongan terkenal di Pulau
Pinang, Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan akan memastikan infrastruktur yang
disediakan adalah lengkap seperti Jambatan Pulau Pinang pertama dan jalan raya yang
sistematik.
5.3.6 Meningkatkan nilai hartanah

Jadual 17 : Peratusan responden mengikut kesan meningkatkan nilai hartanah

Meningkatkan nilai Bilangan ( orang ) Peratusan ( % )


hartanah
Setuju 24 83
Tidak setuju 1 4

Tidak pasti 4 13

JUMLAH 30 100

Sumber : Kerja Laporan 2023

Meningkatkan nilai hartanah

13%
4%

83%

Setuju Tidak setuju Tidak pasti

Rajah 16 : Meningkatkan nilai hartanah

Sumber : Kerja Laporan 2023


Rajah 16, majoriti responden iaitu 24 orang bersamaan 83% bersetuju kesan
pelancongan telah meningkatkan nilai hartanah di Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang.
Sebanyak 4 orang responden, bersamaan 13% tidak pasti dengan kesan tersebut manakala
1 orang responden tidak setuju. Bilangan responden setuju lebih ramai berbanding
dengan yang lain kerana pembangunan kawasan Chew Jetty Georgetown telah menarik
pelabur untuk melabur di kawasan tersebut seperti pembinaan hotel-hotel dan homestay.
Hal ini kerana nilai hartanah telah meningkat beberapa juta berbanding dengan tahun
lepas. Oleh itu, jelas menunjukkan pelancongan membawa kesan yang positif terhadap
ekonomi penduduk tempatan.
6.0 RUMUSAN

Tajuk kajia ini ialah “Impak pelancongan di Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang
kepada ekonomi penduduk setempat”. Objektif kajian yang pertama ialah mengenal pasti
faktor-faktor menarik pelancong mengunjungi Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang.
Objektif kajian yang kedua ialah mengkaji kesan pelancongan terhadap ekonomi
penduduk setempat di “Chew Jetty Georgetown”, Pulau Pinang.

Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini telah dilaksanakan dengan kerjasama 30
orang responden dari kawasan sekitar di lokasi kajian ini sebagai responden untuk
menjawab soal selidik yang telah pengkaji sediakan.

Melalui beberapa kaedah kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini, data-
data dan maklumat yang diperoleh telah dianalisis terlebih dahulu supaya hasil kajian
dapat dibentangkan. Kaedah-kaedah yang dipilih merupakan kaedah soal selidik dan
kaedah kepustakaan. Dengan menggunakan kaedah soal selidik, seramai 30 orang
responden telah dipilih secara rawak yang terdiri daripada pelancong yang tinggal di
sekitar lokasi kajian.

Selain itu, kaedah kepustakan juga digunakan untuk mendapatkan maklumat


tambahan tentang objektif kajian iaitu mengenal pasti faktor-faktor menarik pelancong
mengunjungi di Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang dan mengkaji kesan pelancongan
terhadap ekonomi penduduk setempat di Chew Jetty Georgetown, Pulau Pinang. Setelah
data-data dikumpul daripada responden, pengiraan normal akan digunakan dalam aspek
penganalisisan data.

.
Hasil kajian mendapati bahawa faktor-faktor yang paling menarik pelancong
mengunjungi Chew Jetty Georgetown ialah perkhidmatan. Hal ini demikian kerana pihak
kerajaan menyediakan perkhidmatan yang lengkap seperti jalan raya yang sistematik.
Faktor seterusnya diikuti dengan faktor makanan dan kedai perniagaan. Faktor
pemandangan merupakan faktor yang kurang menarik pelancong mengunjungi Chew
Jetty Georgetown berbanding dengan faktor lain. Hal ini demikian kerana faktor
pemandangan bukan faktor utama yang dipilih oleh responden mengunjungi Chew Jetty
Georgetown.

Di samping itu, hasil kajian juga mendapati bahawa mengkaji kesan pelancongan
terhadap ekonomi penduduk setempat di sekitar Chew Jetty Georgetown ialah

7.0 BIBIOGRAFI

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2018. Dewan Bahasa Melayu. Maksud pelancongan.

‘Oxford English Dictionary’. Maksud pelancongan.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Apakah pelancongan ?

Laporan Ekonomi 2010 / 2011 pendapatan negara

https://www.mof.gov.my/portal/arkib/ekonomi/ek2011.html

Cybo Company (2015). (92) Poskod di George Town, Pulau Pinang.Dicapai pada april
3,2023, dari
https://poskod.cybo.com/malaysia/george-town-pulau-pinang/

Berita Harian, 17 Oktober 2015. KUALA LUMPUR: Industri pelancongan telah


memberi sumbangan ketara kepada ekonomi negara sejak pengenalan Program
Transformasi Negara (NTP), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berita Harian, 29 Jun 2019. Malaysia, Thailand jalin kerjasama terokai sektor
pelancongan. Gabenor Narathiwat, H E Ekkarat Leesen dan Menteri Pelancongan, Seni
dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi merasmikan program Sukan Dan Kebudayaan
Thailand-Malaysia 2019 di Taman NarKrom Luang Narathiwat Ratchanakarin Park.

Sebab-sebab Memilih Malaysia Sebagai Tempat/ Destinasi Pelancongan.

https://www.ipendidikan.my/malaysia-destinasi-pelancongan.html

Laman web Visit Malaysia, 2012.

https://wikitravel.org/en/Penang

Bancian, 2020. Jumlah penduduk, kenaan dan sejarah Pulau Pinang.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinang

Penduduk setempat. “ Chew Jetty” “ Kampung Nelayan Warisan Dunia UNESCO”,


dalam Sinchew, 2 September 2021.

Kesan industri pelancongan kepada negara(Positif dan Negatif)


https://www.semakan.my/kesan-industri-pelancongan/

Pelajar Universiti Utara Malaysia, 2019. “11 menurut kamus dewan edisi keempat
metodologi”. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sains Sukan. Universiti Utara Malaysia.

Berita. Teliti projek tebus tanah di “Chew Jetty Georgetown”, Pulau Pinang.
GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak mendedahkan semua butiran
berhubung projek tebus guna tanah, membabitkan kawasan seluas 10 hektar.

Siti Sarah (2015). BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Dicapai pada Mei, 10, 2023, dari
https://crazylinguists.wordpress.com/category/siti-sarah-a141264/bab-3-metodologi-
kajian-sarah

Ustazkenali (2013). Apakah maksud metodologi? Dicapai pada Mei, 10, 2023, dari
https://crazylinguists.wordpress.com/category/siti-sarah-a141264/bab-3-metodologi-
kajian-sarah/

Zainal Mat Sat, 2022. Definisi permerhatian.

https://www.my.wislah.com/definisi-pemerhatian/

Profesor Fauzi Bin Hussin, Mohd Saiful Zamzuri Noor, 10 Ogos 2022 “ Kaedah
persampelan”

Dr. Kamarul, 2015. “Kaedah Pensampelan”

https://www.slideshare.net/wmkfirdaus/pensampelan
Siti Sarah (2015). BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Dicapai pada Mei, 10, 2023, dari
https://crazylinguists.wordpress.com/category/siti-sarah-a141264/bab-3-metodologi-
kajian-sarah

8.0 LAMPIRAN

Foto 7: Borang Saol Selidik (Bahagian A)

Sumber :Kerja Lapangan 2023


Foto 8 : Borang Soal Selidik(Bahagian A)

Sumber :Kerja Lapnagan 2023

Foto 9: Borang Soal Selidik (Bahagian A)

Sumber : Kerja Lapangan 2023


Foto 10: Borang Soal Selidik (Bahagian B)

Sumber: Kerja Lapangan 2023

Foto 11:Borang Soal Selidik (Bahagian B)

Sumber : Kerja Lapagan 2023


Foto 12 : Borang Soal Selidik (Bahagian C)

Sumber :Kerja Lapangan 2023

Foto 13: Borang Soal Selidik (Bahagian C)

Sumber :Kerja Lapangan 2023


Foto 13: Borang Soal Selidik (Bahagian C)

Sumber :Kerja Lapangan 2023

Foto 14 : Keputusan Soal Selidik

Sumber :Kerja Lapangan 2023


Foto 16: “ Chew Jetty Georgetown”, Pulau Pinang

Sumber: Kerja Lapangan 2023

Foto 15: “ Chew Jetty Georgetown”, Pulau Pinang

Sumber : Kerja Lapagan 2023


Foto 15: “ Chew Jetty Georgetown”, Pulau Pinang

Sumber : Kerja Lapagan 2023

Foto 16: “ Chew Jetty Georgetown”, Pulau Pinang


Sumber: Kerja Lapangan 2023

You might also like