3.0 Akidah Islam (Konsep Ketuhanan, Kerasulan)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

3.

0 AKIDAH ISLAM

3.1 KONSEP KETUHANAN

Ketuhanan ialah berkenaan bagaimana corak dan bentuk keimanan kita kepada Allah
SWT. Iman itu ucapan dengan lisan, amalan dengan anggota dan keyakinan dalam hati. Ia
bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan. Allah SWT berfirman dalam
surah Al Baiyyinah ayat 5:
‫َو ُي ۡؤتُوا ْ ا‬
ُ ‫ٱلز َك ٰوةَ َۚ َو َذٰل َِك د‬ َ َٰ ‫َ َُ د َ ُ َ َ ٓ َ َ ُ ُ ْ ا‬ ُۡ َ‫َ َ ٓ ُ ُ ْٓ ا َُۡ ُ ْ ا‬
‫ِين‬ ‫وما أمِروا إَِّل ِِلعبدوا ٱَّلل ُمل ِِصني َل ٱلِين حنفاء ويقِيموا ٱلصلوة‬

َۡ
٥ ‫ٱلق دي ِ َم ِة‬

“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan


mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka
mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar”.

Manusia diperintahkan agar mentauhidkan Allah SWT, iaitu beriktikad dan


mempercayai bahawa Allah SWT itu esa atau tunggal, tidak ada sesuatu yang menyamainya
atau menyerupainya. Firman Allah SWT dalam surah Al Ikhlas ayat 1-4 yang bermaksud:
“Katakanlah wahai Muhammad: Tuhanku ialah Allah yang maha esa. Allah yang menjadi
tumpuan segala makhluk untuk memohon hajat. Ia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.
Dan tidak siapa yang setara denganNya”.

Tauhid terbahagi kepada tiga dan kita mestilah mentauhidkan Allah dalam kesemua keadaan.
1. Tauhid Rububiyah iaitu mentauhidkan (mengesakan) perbuatan Allah, hanya Allah yang
menciptakan, memiliki dan mengatur seluruh alam. Manusia atau jin tidak mampu untuk
mencipta apa-apa hatta benda-benda yang sangat kecil seperti seekor semut atau sebiji
sawi, manusia atau jin tidak mampu. Oleh itu janganlah sekali-kali kita mensyirikkan Allah
dalam urusan pemilikan alam. Perbuatan meminta bantuan daripada makhluk halus agar
diberi keselamatan merupakan perbuatan syirik bagi tauhid rububiyah.
2. Tauhid Uluhiyah iaitu menuntut amalan dari pada hamba hanya kerana Allah.
Seseorang hamba melakukan amal ibadat seperti solat, puasa, sembelihan, korban
hanyalah untuk mendapatkan redha Allah. Berdoa dan mengharap juga hanya kepada
Allah SWT, tidak boleh meminta kepada selain Allah. Perbuatan meminta bantuan dari
tempat-tempat yang dianggap keramat adalah jelas mensyirikkan Allah bagi tauhid
uluhiyah

48
3. Tauhid al asma’ Wassifat. Nama-nama Allah menggambarkan tentang sifat-sifat Allah
yang sempurna dan tidak sama dengan sifat manusia atau mana-mana makhluk. Allah
maha melihat, tetapi cara Allah melihat tidak sama seperti manusia. Penglihatan manusia
terbatas, tetapi penglihatan Allah SWT tidak terbatas.

3.2 KONSEP KERASULAN

Orang yang menerima wahyu daripada Allah SWT disebut nabi. Nabi yang disuruh Allah
menyampaikan wahyu itu dalam bentuk syariat disebut rasul (utusan atau pesuruh) Allah.
Sebab itu seorang rasul adalah nabi tetapi seorang nabi tidak semestinya rasul. Rasul juga
bersifat maksum iaitu terpelihara daripada melakukan dosa. Rasul-rasul yang disebut di
dalam Al Quran adalah 25 orang. Jumlah nabi yang disebut di dalam salah satu hadis
berjumlah 124,000.

Percaya kepada rasul adalah salah satu rukun iman. Setiap muslim mesti percaya bahawa:
1. Allah Taala telah mengutuskan rasul-rasul dari kalangan manusia untuk:
2. Memberi perkhabaran baik terhadap mereka yang melakukan kebaikan dan memberi
ancaman terhadap mereka yang melakukan kejahatan.
3. Memperkenalkan Allah Yang Maha Esa Dan Maha Berkuasa
4. Menyampaikan segala hukum dan undang-undang Allah yang wajib dipatuhi oleh
manusia.
2. Semua rasul telah menjalankan tugas mereka dengan penuh kejujuran.
3. Allah SWT telah menyokong para rasul dengan berbagai mukjizat supaya membenarkan
seruan masing-masing. Mukjizat adalah perkara luar biasa, di luar kekuasaan manusia
kerana tidak mengikut undang-undang logik dan undang-undang ilmu.
4. Para rasul itu adalah manusia pilihan Allah untuk memandu manusia kepada jalan yang
lurus.
5. Rasul yang perlu diimani adalah kesemua 25 orang rasul. Tidak boleh menerima
sebahagian dan menolak sebahagian.
6. Rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬juga membawa ajaran daripada Allah SWT.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬adalah kesinambungan daripada ajaran
rasul-rasul terdahulu.
7. Rasul yang terakhir ialah Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, selepas baginda tidak ada lagi nabi baru
hinggalah ke hari kiamat. Kerasulan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬membawa ajaran yang
membatalkan ajaran rasul-rasul terdahulu. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat
40:

49
ُ ُ‫ا ُ َ ا َ َ َ َ ا د َ ََ َ ا‬
ۡ َ ‫ك دل‬ ٰ ََ ۡ ُ َ ‫ا َ َ َُا ٌ ََٓ َ َ د د‬
‫َش ٍء‬ ِ ِ ‫ب‬ ‫ٱَّلل‬ ‫ن‬ ‫َك‬ ‫و‬ َۗ‫ن‬ ۧ ‫ب‬
ِِ ‫ٱنل‬ ‫م‬ ‫ات‬‫خ‬‫و‬ ِ ‫ٱَّلل‬ ‫ول‬ ‫س‬‫ر‬ ‫ن‬ ‫ك‬
ِ ‫ل‬ ‫ما َكن ُممد أبا أح ٖد مِن رِجال ِكم و‬

ٗ ‫َعل‬
٤٠ ‫ِيما‬

“Bukanlah Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar
bagi seseorang dari lelaki kamu, tetapi dia adalah rasul Allah dan penutup segala nabi”.

Mukjizat Rasul.

Mukjizat para rasul hanya berlaku dengan izin Allah SWT. Mukjizat ini ada dua jenis:
1. Mukjizat hissi – luarbiasanya itu dapat di lihat oleh mata kasar. Contohnya tongkat Nabi
musa bertukar menjadi ular, Bulan terbelah dua, dhab bercakap membenarkan kerasulan
Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, nabi Ibrahim tidak hangus dibakar api, Nabi Isa dapat menghidupkan
orang yang telah mati dengan izin Allah SWT dan lain-lain lagi.
2. Mukjizat maknawi - luarbiasanya hanya dikesan setelah mempelajarinya, iaitu mukjizat
Al Quran. Al Quran hanya diketahui luarbiasanya oleh orang yang memahami
kandungannya atau orang yang mendengarnya. Orang yang tidak mempelajari Al Quran
tidak dapat mengesan perkara luarbiasa ini.

Hubungan Antara Manusia Dengan Rasul-Rasul.

1. Manusia mestilah menganggap rasul sebagai rasul dan tidak melebih-lebihkan daripada
itu. Tidak boleh menganggap rasul sebagai Tuhan. Firman Allah SWT dalam surah Ali
Imran ayat 79:
‫ا‬ ُ ‫ُ ُ ْ َ ٗ د‬ َ ُ َ ‫َ َ َ َ َ َ ُ ۡ َ ُ ا ُ ۡ َ َ َ ۡ ُ ۡ َ َ ُّ ُ ا َ ُ ا‬
‫ول ل ا‬
ِ ‫ون ٱَّلل‬
ِ ‫د‬ ‫ِن‬
‫م‬ ‫ّل‬
ِ ‫ا‬‫اد‬‫ِب‬
‫ع‬ ‫وا‬ ‫ون‬ ‫ك‬ ِ
‫اس‬ ‫ِلن‬ ‫َش أن يؤت ِيه ٱَّلل ٱلكِتٰب وٱۡلكم وٱنلبوة ثم يق‬ٍ ‫ما َكن ل ِب‬
َ َ ُ ُ َ َ َ ٰ َ ۡ َ ُ ‫ُ ُ ْ َ اٰ د َ َ ُ ُ ۡ ُ َ د‬ ٰ ‫َو َل‬
٧٩ ‫نت ۡم ت ۡد ُر ُسون‬ ‫نۧن بِما كنتم تعل ِمون ٱلكِتب وبِما ك‬
ِِ ‫ب‬ ‫ر‬ ‫وا‬ ‫ون‬ ‫ك‬ ‫ن‬ ‫ك‬
ِ

“Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan
kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, “Jadilah kamu penyembahku, bukan
penyembah Allah,” tetapi (dia berkata), “Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana
kamu mengajarkan kitab dan karena kamu mempelajarinya!”. Ini kerana orang-orang
Yahudi dan nasrani mengangkat darjat nabi-nabi mereka sebagai tuhan, ini tidak berlaku
di kalangan orang Islam.
2. Manusia perlu menghormati rasul dan memuliakan mereka. Firman Allah dalam surah Al
Hujurat ayat 2:

50
‫ت ٱنلا د‬ ُ َ ٰ َ ۡ َ ْ ٓ ُ َ ۡ َ َ ْ ُ َ َ َ ‫َ َٰٓ َ ُّ َ ا‬
ۡ ‫ك ۡم فَ ۡو َق َص‬
٢ …….. ‫ب‬
ِِ ِ ‫و‬ ‫يأيها ٱَّلِين ءامنوا َّل ترفعوا أصوت‬

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi
suara nabi…..”.

Kehidupan Manusia Dan Bimbingan Rasul.


1. Peranan Rasul ialah mengajak manusia mentauhidkan Allah SWT dengan menunjukkan
cara hidup yang benar, menerangkan perkara ghaib, menunjukkan amar makruf nahi
mungkar dan mengajar cara ibadat yg betul.
2. Sejak Nabi Adam AS diutuskan hingga Nabi Muhammmad ‫ﷺ‬, semuanya bertujuan untuk
memenuhi keperluan semasa kaum tersebut, antaranya ialah mengembalikan akidah
yang sebenar. Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬ialah rasul terakhir. Baginda diutuskan untuk semua
manusia dan sesuai pada setiap zaman. Ajarannya tidak bercanggah dengan rasul
terdahulu dan syariatnya memansuhkan syariat terdahulu.
3. Nabi ialah lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk diri sendiri dan tidak wajib
menyampaikan kepada orang lain.
4. Rasul ialah lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk diri sendiri dan orang
lain dan wajib menyampaikan kepada orang lain. Setiap rasul adalah nabi.

Tujuan Allah SWT Kurniakan Sifat Maksum Kepada Para Nabi.


1. Tujuan sifat maksum dikurniakan kepada para nabi ialah untuk menjaga martabat dan
kemuliaan mereka agar dapat menjadi contoh dan ikutan kepada manusia.
2. Para nabi terpelihara dari sebarang dosa serta perkara yang mencacatkan kenabian.

Sifat Wajib Dan Mustahil Bagi Rasul.


Sifat Wajib Sifat Mustahil
As-Siddiq Al Kizb
Al-Amanah Al Khianah
At-Tabligh Al- Kitman
Al-Fatanah Al Baladah

Sifat Harus Bagi Rasul.


Harus bagi seorang Rasul berkelakuan sebagai manusia biasa seperti makan minum,
berkahwin dan sebagainya.

51
Adab Terhadap Rasul.
Sebagai umat rasul, kita hendaklah beradab dengan baginda dengan cara sentiasa
berselawat, beriman terhadap apa yg disampaikan, mencintainya, mengamalkan sunnahnya,
mentaati perintahnya dan menjauhi larangannya.

3.3 BERIMAN KEPADA KITAB

Kepercayaan kepada kitab-kitab Allah adalah satu daripada rukun Iman di dalam Islam.
Kitab itu mengandungi segala pengajaran Allah yang disampaikan oleh nabi-nabi dan rasul-
rasul sama ada titah perintah, larangan, panduan dan sebagainya kepada umat mereka itu.

I- Wajib Beriman Kepada Kitab-Kitab Allah SWT.


Umat Islam wajib percaya kepada kitab Al Quran dan kitab-kitab yang terdahulu daripada
Al Quran seperti suhuf Ibrahim, Az Zabur, At Taurat, Al Injil yang telah diturunkan kepada
umat-umat terdahulu untuk membimbing mereka kepada jalan yang benar. Firman Allah SWT
dalam surah Al-Baqarah ayat 53:
َ َ ُ ‫ۡ َ ََۡ ُ َ ۡ َٰ َ ۡ ُ َ َ َ ا‬
٥٣ ‫ب َوٱلف ۡرقان ل َعلك ۡم ت ۡه َت ُدون‬ ‫ِإَوذ ءاتينا موَس ٱلكِت‬

“Dan kenangkanlah ketika kami turunkan kepada Nabi Musa kitab Taurat dan keterangan-
keterangan yang terkandung di dalamnya yang membezakan antara yang benar dengan
salah, supaya kamu mendapat petunjuk”.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 54:
ۡ َ َ َ ۡ َ َۡ َ َ ََٓۡ َ ۡ ََ
ٗ ‫ٱۡل ِۡك َم َة َو َء َات ۡي َنٰ ُهم ُّم ۡل اًك َع ِظ‬
٥٤ ‫يما‬ ‫…… فقد ءاتينا ءال إِبرٰهِيم ٱلكِتٰب و‬

“Kerana sesungguhnya kami telah pun memberikan kepada keluarga Ibrahim kitab dan
hikmah dan kami telah memberikan kepada mereka kerajaan yang besar”.

Kitab-kitab Allah juga boleh difahami sebagai panduan-panduan dan perundangan-


perundangan Allah yang diwahyukan kepada rasul-rasulNya yang dipilih untuk memimpin
manusia di zaman mereka. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 213 yang
bermaksud: “Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu (menurut agama Allah yang
satu, tetapi setelah mereka berselisihan) maka Allah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi
berita gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga) dan pemberi
amaran (kepada orang yang ingkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan
bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mengandungi keterangan-keterangan yang benar,
untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan”.

52
Tetapi kitab-kitab terdahulu itu termasuk empat kitab di atas telah terjadi penambahan,
pengurangan dan perubahan terhadap isi kitab-kitab tersebut yang dilakukan oleh pemimpin
agama mereka yang kemudian. Maka keaslian kitab-kitab terdahulu tiada lagi.

Benarkah kitab-kitab terdahulu telah diubah? Jawapannya benar kerana tiap-tiap rasul
mengajarkan tauhid yang menjadi inti kepada semua kitab suci. Ada pun syariatnya mungkin
berbeza-beza, selaras dengan kehendak zaman dan keperluan bangsa sendiri. Tetapi harus
difahami bahawa ajaran-ajaran pokok tentang keimanan adalah sama. Apabila diteliti tiap-tiap
kitab suci yang ada didapati tauhid tulen hanya terdapat dalam Al Quran. Tauhid di kitab-kitab
lain diganti dengan syirik. Injil perjanjian baru tidak mengandungi ketuhanan yang Maha Esa
tetapi ketuhanan yang maha tiga (trinity).

Jika wahyu-wahyu sebelum Al Quran disediakan untuk bangsa-bangsa tertentu dan


kurun tertentu, maka Al Quran dengan sifatnya sebagai kitab terakhir diturunkan untuk semua
bangsa, semua zaman sejak ia diturunkan Allah. Selepas Al Quran, perkembangan fikiran
dan pengetahuan manusia tidak terhenti. Maka persoalan yang timbul dalam fikiran manusia
berkenaan tuhan sama ada alam ghaib dan alam nyata ada jawapannya di dalam Al Quran.

II- Hubungan Manusia Dengan Kitab Allah.


Seorang muslim yang beriman dengan kitab-kitab Allah mestilah mengamalkan segala
ajaran kitab. Semua ajaran kitab bertujuan menunjukkan manusia kepada jalan yang benar
yang diredainya. Barang siapa yang berkata dia beriman dengannya sedangkan tidak
menurut pengajarannya, tidaklah boleh dikatakan beriman.

Beriman dengan kitab mestilah merangkumi semua kitab Allah bukan beriman dengan
sebahagian dan tinggalkan sebahagian. Tidak cukup berpegang hanya dengan ayat-ayat
tentang sembahyang, puasa, haji tetapi meninggalkan ayat-ayat yang melarang riba dalam
muamalat. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 85:
ٞ ۡ ‫ُ ۡ ا‬ َ َٰ ُ َ ۡ َ َ ُ ٓ َ َ َ َ ۡ َ َ ُ ُ ۡ َ َ َٰ ۡ ۡ َ َ ُ ََُۡ
‫ض فما جزاء من يفعل ذل ِك مِنكم إَِّل خِزي ِِف‬ ٖۚ ٖ ‫ب وتكفرون بِبع‬ ِ ‫…… أفتؤمِنون بِبع ِض ٱلكِت‬
َ ُ َ َ َ ُ‫ََ ا‬ َ َ ۡ ‫ۡ َ َ ٰ ُّ ۡ َ َ َ ۡ َ ۡ َ ٰ َ ُ َ ُّ َ َ َٰٓ َ َ د‬
٨٥ ‫ٱَّلل بِغ ٰ ِف ٍل ع اما ت ۡع َملون‬ ِۗ ِ ‫ٱۡليوة ِ ٱلنياۖ ويوم ٱل ِقيم ِة يردون إِّل أش ِد ٱلع‬
‫اب وما‬ ‫ذ‬

“Patutkah kamu percaya kepada sebahagian dari isi kitab dan mengingkari akan sebahagian
yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu di antara kamu selain

53
dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab
seksa yang amat berat”.

III- Al Quran Adalah Kebenaran Yang Dicari Oleh Manusia.


Terdapat 3 kitab yang Allah SWT turunkan sebelum Al-Quran iaitu Zabur, Taurat dan Injil.
Namun begitu, setelah nabi-nabi dan rasul-rasul itu wafat maka orang-orang yang kemudian
telah mengubah, meminda dan membuat takwil hingga menimbulkan perselisihan yang
sangat hebat di dalam agama. Ini menyebabkan umat manusia meninggalkan agama Allah
yang tulen dan terlibat dengan agama syirik, agama berhala dan ada pula yang tidak
beragama dan terlibat dengan pemikiran-pemikiran yang bercanggah dengan agama seperti
sekularisme, kapitalisme dan sosialisme.

Umat Islam memerlukan wahyu Allah SWT yang dapat menghindarkan mereka dari
kesesatan dan memimpin mereka supaya kembali kepada jalan yang benar yang boleh
membawa kepada kesejahteraan baik dalam dunia dan akhirat.

Al Quran menerangkan kebenaran agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh,
Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, Daud, Zulkifli, Musa, Isa dan lain-lain. Kesemua nabi-nabi dan
rasul-rasul tersebut membawa ajaran tauhid dan mempercayai hari kiamat, syurga, neraka,
malaikat dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 63:
ٞ‫اب أَ ِِلم‬
ٌ ‫ٱلش ۡي َطٰ ُن أ َ ۡع َمٰلَ ُه ۡم َف ُه َو َو ِ ُِّل ُه ُم ۡٱِلَ ۡو َم َول َ ُه ۡم َع َذ‬
‫َ ا َ َ ۡ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َ َٰٓ ُ َ د َ ۡ َ َ َ ا َ َ ُ ُ ا‬
‫تٱَّلل ِ لقد أرسلنا إِّل أم ٖم مِن قبل ِك فزين لهم‬

٦٣

“Demi Allah, sesungguhnya kami juga telah mengutus rasul-rasul kepada umat-umat yang
terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu syaitan memperelokkan pada pandangan
mereka yang engkar dan amal-amal mereka yang jahat itu, maka syaitanlah yang menjadi
pemimpin dan penolong mereka pada hari ini dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak
terperi sakitnya”.

IV- Pandangan Al Quran terhadap Taurat dan Injil


Perkataan At Taurat telah di Arabkan dari perkataan Torah di dalam bahasa Ibrani
(Bahasa Yahudi). Makna perkataan ini ialah syariat. Kitab Taurat adalah kumpulan wahyu
Allah yang diturunkan kepada nabi Musa a.s. untuk menyeru Firaun dan pengikutnya kepada
agama Allah yang sebenar serta mengubah cara hidup mereka kepada cara hidup yang

54
benar. Kitab Injil pula diturunkan kepada Nabi Isa a.s untuk menyeru Bani Israel kepada
agama Allah yang sebenar.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 2-3:


َ ‫َۡ د ُ َ د ٗ د َ َ ۡ َ َ َ ۡ َ َ َ َ ا‬ َ ۡ َ َ َ ‫ا ُ َ ٓ َ ٰ َ ا ُ َ ۡ َ ُّ ۡ َ ُّ ُ َ ا‬
َ ٰ‫ك ۡٱلك َِت‬
‫ٱتل ۡو َرىٰة‬ ‫ب بِٱۡل ِق مصدِقا ل ِما بني يديهِ وأنزل‬ ‫ نزل علي‬٢ ‫ٱَّلل َّل إِله إَِّل هو ٱلَح ٱلقيوم‬

َ ۡ َ
٣ ‫جنيل‬
ِ ‫ٱۡل‬
ِ ‫و‬
“Allah, tiada Tuhan yang disembah sebenar-benarnya melainkan Dia, yang tetap hidupnya,
yang kekal selama-lamanya [2] Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab suci Al
Quran yang mengandungi kebenaran yang mengesahkan isi kandungan kitab-kitab suci yang
diturunkan sebelumnya dan Dialah yang menurunkan kitab Taurat dan Injil [3]”.

Al Quran juga menyatakan bahawa kitab-kitab Taurat telah diubah oleh orang-orang
yang tertentu untuk kepentingan diri sendiri. Firman Allah SWT dalam surah AN-Nisa ayat 46:
َ َ ُ‫د َ ا َ َ ُ ْ َُد‬
‫ون ۡٱل َك َم َعن ا‬
٤٦ ….. ‫اض ِعهِۦ‬
ِ ‫و‬ ‫م‬ ِ ‫مِن ٱَّلِين هادوا ُي ِرف‬

“Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) kalam Allah (isi kitab
Taurat) dari tempat dan maksudnya yang sebenar”.

Al Quran juga menyatakan bahawa orang-orang Yahudi telah menyembunyikan dasar-dasar


agama yang ditetapkan oleh Allah. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 15:
َ ْ ُ ۡ َ َ ٰ َ ۡ َ َ ُ ۡ ُ ۡ ُ ُ ‫َ َٰٓ َ ۡ َ ۡ َ ٰ َ ۡ َ ٓ َ ُ ۡ َ ُ ُ َ ُ َ د ُ َ ُ ۡ َ ٗ د ا‬
‫ب ويعفوا عن‬ ِ ‫ب قد جاءكم رسونلا يب ِني لكم كثِريا مِما كنتم ُتفون مِن ٱلكِت‬ ِ ‫يأهل ٱلكِت‬
‫َۡ ََٓ ُ د َ ا‬
ٞ ٰ‫ َوك َِت‬ٞ‫ٱَّلل ِ نُور‬
ٞ ‫ب ُّمب‬ َ
١٥ ‫ني‬ِ ‫ِن‬
‫م‬ ‫م‬ ‫ك‬‫ء‬ ‫ا‬‫ج‬ ‫د‬‫ق‬ ٖۚ ٖ ‫ري‬ِ ‫ث‬ ‫ك‬

“Wahai ahli kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami (Muhammad) dengan
menerangkan kepada kamu banyak (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah
kamu sembunyikan dari kitab suci”.

Perkara yang disembunyikan oleh orang-orang yahudi itu ialah tentang sifat-sifat nabi
terakhir yang dinyatakan di dalam kitab mereka. Mereka tahu sifat-sifat itu bertepatan dengan
sifat-sifat Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬tetapi mereka menyembunyikan maklumat ini dan tidak
mengakui kerasulan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Mereka juga menyembunyikan tentang hisab
amalan manusia di Padang mahsyar dan pembalasan di akhirat, sedangkan perkara ini telah
dinyatakan di dalam Taurat.
55
Al Quran juga menyatakan tentang orang Nasrani yang telah melupakan sebahagian
asal kitab Injil. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 14:
ََ َ َۡ ُ ََُۡ ََۡ ۡ ََ ْ ‫ُ د‬ ‫َ َ َ َ ْ ٗد‬ َ ۡ َ َ َٰٓ َ ٰ َ َ ‫َ َ ا َ َ ُ ٓ ْ ا‬
‫ى أخذنا مِيثٰق ُه ۡم فن ُسوا َحظا دم اِما ذك ُِروا بِهِۦ فأغرينا بينهم ٱلعداوة‬ ‫ومِن ٱَّلِين قالوا إِنا نصر‬

َ ْ ُ َ ُ ‫ٱۡل ۡغ َضا ٓ َء إ َ ّٰل يَ ۡو ِم ۡٱلقِ َيٰ َم ِةٖۚ َو َس ۡو َف يُنَ دب ُئ ُه ُم ا‬


١٤ ‫ٱَّلل ب ِ َما َكنوا يَ ۡص َن ُعون‬ َ ۡ ‫َو‬
ِ ِ
“Dan di antara orang-orang yang berkata: “bahawa kami ini orang-orang Nasara, Kami telah
mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka telah melupakan (meninggalkan)
sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan
permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai ke hari kiamat dan Allah akan
memberitahu mereka apa yang telah mereka kerjakan”.

Kepentingan Al Quran Kepada Manusia.

1. Menjelaskan tentang siapa tuhan yang sebenar. Firman Allah SWT dalam surah Al-Fatihah
ayat 2 yang bermaksud: “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”.

2. Menjelaskan arah tuju hidup manusia, iaitu mengabdikan diri kepada Allah SWT. Firman
Allah SWT dalam surah Al-Fatihah ayat 5 yang bermaksud: “Hanya kepadaMu kami
mengabdikan diri dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan”.

3. Panduan untuk mendapat kejayaan. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 2:
َ ‫ب فِيهِ ُه ٗدى دل ِۡل ُم اتق‬
٢ ‫ني‬ َۛ َ ۡ ‫ب ََّل َر‬
‫ي‬ ُ ٰ‫َذٰل َِك ۡٱلك َِت‬
ِ ِۛ
“Kitab Al Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah
dan tentang kesempurnaannya), ia pula menjadi petunjuk kepada orang-orang yang
bertakwa”.

4. Perundangan bagi memberi keadilan.

5. Sumber ilmu pengetahuan; sejarah, sains, astronomi, bahasa

56
3.4 BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Adanya malaikat tidak dapat dikesan dengan penyelidikan dan pemikiran. Sumber
pengetahuan kita mengenai malaikat ialah daripada Al Quran dan hadis Rasulullah ‫ﷺ‬. Kedua-
duanya adalah benar dan tidak palsu.

Kepercayaan kepada malaikat termasuk dalam perkara ghaib kerana malaikat tidak
dapat dikesan dengan pancaindera dan hakikatnya sangat sukar difahami oleh akal fikiran
semata-mata. Untuk memahaminya perlukan bimbingan wahyu. Firman Allah SWT dalam
Sural Al-Baqarah ayat 285:
ُ ‫َ َُد‬ ُ ُ َ ُ َُ َ َٰٓ َ َ َ ‫ا د َ ۡ ُ ۡ ُ َ ُ ٌّ َ َ َ ا‬ ۡ َ َ َُٓ ُ ُ‫َ َ َ ا‬
‫ون ُك ءامن بِٱَّلل ِ وملئِكتِهِۦ وكتب ِهِۦ ورسلِهِۦ َّل نف ِرق‬
َۚ ‫نزل إِِلهِ مِن ربِهِۦ وٱلمؤمِن‬
ِ ‫ءامن ٱلرسول بِما أ‬
َ َۡ َ‫َ َ ُ ْ َ ۡ َ َََ ۡ َ ُ ۡ َ َ َ َ ا‬
ُ ‫ك ٱل ۡ َم ِص‬ َ َ َۡ
٢٨٥ ‫ري‬ ‫ني أ َح ٖد دمِن ُّر ُسلِهَِۚۦ وقالوا س ِمعنا وأطعناۖ غفرانك ربنا ِإَوِل‬ ‫ب‬

“Rasul (Muhammad) beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (Al-Qur'an) dari Tuhannya,
demikian pula orang-orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya,
kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata), “Kami tidak membeza-bezakan seorang
pun dari rasul-rasul-Nya.” Dan mereka berkata, “Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami Ya
Tuhan kami, dan kepada-Mu tempat (kami) kembali.”

Siapa Dia Malaikat?


Al Quran telah menceritakan asal kejadian manusia daripada tanah, tetapi tidak
dinyatakan asal kejadian malaikat, tetapi ada riwayat daripada Rasulullah ‫ ﷺ‬yang bermaksud:
“Dijadikan malaikat daripada cahaya dan dijadikan jin daripada percikan api”. Hadis Riwayat
Muslim.

Malaikat adalah makhluk Allah yang kuat, memiliki sayap-sayap yang banyak
sehingga mereka boleh bergerak cepat. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ma’arij ayat 4:
َ َ ََۡ َ َۡ ُُ َ ۡ َ َ َۡ َ ُ ُّ َ ُ َ َٰٓ َ َ ۡ ُ ُ ۡ َ
٤ ٖ‫وح إ ِ ِۡلهِ ِِف يو ٖم َكن مِقدارهۥ َخسِني ألف سنة‬ ‫تعرج ٱلملئِكة وٱلر‬

“Jalan para malaikat naik menghadap tuhan dalam sehari, seperti lima puluh ribu tahun bagi
manusia”.

Mengikut ukuran kelajuan cahaya, pergerakan cahaya ialah 300000 kilometer satu
saat. Malaikat sebagai makhluk yang diperbuat daripada cahaya, wajarlah pergerakannya
sangat cepat. Melihat kepada betapa luasnya alam semesta yang perlu diurus oleh malaikat,

57
pastilah Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kecepatan yang luar biasa kepada para
malaikat.

Tabiat Malaikat
Berlainan daripada tabiat manusia iaitu malaikat tidak mempunyai nafsu, tidak ada
kuasa memilih, mempunyai tugas-tugas tertentu yang telah ditetapkan Allah SWT, tabiatnya
semata-mata patuh kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 49-50:


َ ُ ََ
ُ‫ون َر ابهم‬ َ ُ ۡ َ ۡ َ َ ۡ ُ َ ُ َ َٰٓ َ َ ۡ َ ‫َ ٓ ا‬ َۡ َ َ ‫َو ِ اَّللِِۤ ُۤدُجۡسَي َما ِف ا‬
ِ ‫ت َو َما ِِف ٱۡل‬
‫ َياف‬٤٩ ‫ۡرض مِن داب ٖة وٱلملئِكة وهم َّل يستك ِِبون‬ ِ ٰ ‫ٱلسمٰو‬ ِ
َ ۡ َ ُ ۡ َ
٥٠ ۩‫دمِن ف ۡوق ِ ِه ۡم َو َيف َعلون َما يُؤ َم ُرون‬

“Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dari
makhluk yang bergerak serta malaikat sedang malaikat itu tidak berlaku sombong takbur. [49]
Mereka takut kepada tuhan mereka, yang mengatasi mereka dengan kekuasaannya serta
mengerjakan apa yang diperintahkan [50]”.

Tugas Malaikat
Antara tugas malaikat ialah:
1. Mengambil nyawa. Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 28 yang bermaksud:
َ ‫ل إ ان ا‬
ُ ‫ٱَّلل َعل‬
َ‫ِيم ُۢ بما‬ ََ ٓ ُ ُ َ ۡ َ ‫ا َ َ َ َ ا ٰ ُ ُ ۡ َ َ َٰٓ َ ُ َ ٓ َ ُ ۡ َ َ ۡ َ ُ ْ ا َ َ َ ُ ا‬
ِ ِ َۚ َٰٓ ‫س ِهمۖ فألقوا ٱلسلم ما كنا نعمل مِن سوءَِۢۧۚ ب‬ ِ ‫ٱَّلِين تتوفىهم ٱلملئِكة ظال ِِِم أنف‬

َ ُ َ ُ ُ
٢٨ ‫نت ۡم ت ۡع َملون‬ ‫ك‬

“Iaitu mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya
diri sendiri dengan kekufurannya. Lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab
sambal berkata): “iaitu mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan
mereka menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya). Lalu mereka tunduk menyerah
(ketika melihat azab sambal berkata): “Kami tidak melakukan kejahatan” (malaikat
menjawab): bahkan (kamu ada melakukannya): sesungguhnya Allah amat mengetahui
akan apa yang kamu telah kerjakan”.

Firman Allah SWT dalam surah An-Naziat ayat 1-5:


ۡ َ َ‫َ ُۡ َ د‬ ٗۡ َ ٰ‫َ ا‬ َ ٰ‫ َو ا‬٢ ‫ َوٱلنا ٰ َطٰت ن َ ۡش ٗطا‬١ ‫ٱلَّن َعٰت َغ ۡر ٗقا‬
ٰ‫ا‬
ٗ
٥ ‫ت أمرا‬ِ ٰ ‫ فٱلمدبِر‬٤ ‫ت َسبقا‬
ِ ٰ‫ٱلسبِق‬ ‫ ف‬٣ ‫ت َس ۡب ٗحا‬
ِ ٰ‫ٱلسبِح‬ ِ ِ‫ش‬ ِ ِ ‫َو‬

58
“Demi malaikat yang mencabut nyawa dengan keras [1] Demi malaikat yang mencabut nyawa
dengan lembut [2] Demi malaikat yang turun daripada langit dengan cepat [3] Demi malaikat
yang mendahului dengan kencang [4] Demi malaikat yang mengatur urusan dunia [5]”.

2. Mencatat amalan manusia. Malaikat telah ditugaskan oleh Allah SWT untuk menulis
segala gerak-geri, perkataan dan tingkahlaku manusia. Firman Allah SWT dalam surah
Al-Infithar ayat 10-12:
َ ُ َۡ َ َ َ ٗ َ َ َ ُ ََ ‫ا‬
١٢ ‫ َي ۡعل ُمون َما تف َعلون‬١١ ‫ني‬
َ ‫كٰتب‬
ِِ
َ ‫حفظ‬
‫ كِراما‬١٠ ‫ني‬ ِ ِ ٰ ‫ِإَون عل ۡيك ۡم ل‬

“Dan sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi pekerjaanmu.


[10] Yang mulia di sisi Allah yang mencatat perbuatanmu [11] Mereka mengetahui apa
yang kamu lakukan [12]”.
3. Menanggung arasy. Ada di antara malaikat yang ditugaskan menanggung Arasy Allah
SWT. Firman Allah SWT dalam surah Al-Haqqah ayat 17:
ٞ َ ٰ َ َ َ ۡ َ ۡ ُ َ ۡ َ َ ‫َ ۡ َ َ ُ َ َ َٰٓ َ ۡ َ ٓ َ َ َ ۡ ُ َ ۡ َ َ د‬
١٧ ‫وٱلملك لَع أرجائِها َۚ ويح ِمل عرش ربِك فوقهم يومئ ِ ٖذ ثمن ِية‬

“Dan para malaikat di pelbagai penjuru langit. Pada hari itu lapan malaikat menjunjung
Arasy tuhanmu di atas kepala mereka”.

Walaupun malaikat sangat kuat dan hebat, namun mereka tetap makhluk Allah SWT yang
mana kekuatan dan kehebatan mereka adalah kurniaan Allah dan hanya berlaku atas izin
daripada Allah SWT. Adalah salah besar dan sesat apabila manusia memuliakan malaikat
hingga ke tahap menjadikannya sebagai tuhan atau mengatakan bahawa malaikat adalah
anak tuhan. Malaikat seperti makhluk-makhluk Allah yang tidak pernah ingkar, sentiasa
memuji dan mengakui kebesaran Allah dan takutkan kemurkaan Allah SWT.

3.5 BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Hari akhirat ialah hari manusia dibangkitkan semula selepas mati dan diberi balasan
syurga atau neraka mengikut apa yang dikerjakan di dunia.

1. Dalil-dalil tentang kewujudan Hari Akhirat:

i. Dalil Naqli (Al Quran Atau Hadis).


Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 7:

59
ُۡ ُ َ ‫ِيها َوأ َ ان ا‬
٧ ِ‫ٱَّلل َي ۡب َعث َمن ِِف ٱلق ُبور‬ َ ‫بف‬ َ ‫ََ ا ا‬
َ ‫ اَّل َر ۡي‬ٞ‫اع َة َءات َِية‬‫وأن ٱلس‬

“Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tiada keraguan padanya dan bahwasanya
Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur”.

ii. Dalil Aqli.


Rata-rata manusia sejak zaman dahulu hingga sekarang walau di mana sahaja berada
mempunyai perasaan halus bahawa selepas kehidupan di dunia akan ada kehidupan yang
berikutnya untuk seseorang mendapat keadilan yang tidak diperolehinya di dalam dunia yang
sementara.

2. Hakikat Roh Di Dalam Al Quran

Al Quran mengatakan bahawa rohlah yang membawa manusia hidup. Firman Allah SWT
dalam surah Al-Hijr ayat 29:
َ ‫سج د‬ َ ُ َ ْ ُ َ َ ِ ُّ ُ ‫فَإ َذا َس او ۡي ُت ُهۥ َو َن َف ۡخ‬
٢٩ ‫ِين‬ ِ ٰ ‫وِح فقعوا َلۥ‬ ‫ت فِيهِ مِن ر‬ ِ
“Kemudian apabila Allah sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan padanya roh dari
ciptaanKu, maka hendaklah kamu(malaikat) tunduk kepadanya dengan bersujud”.

Firman Allah SWT dalam surah Al-QWaqiah ayat 83-87 yang bermaksud:
َ ُ ُۡ ‫ا‬ ََ ۡ ُ َ ُ َ ۡ َ ُ ۡ َ َ َ ُ ُ َ َ ۡ ُ َ َ َ ُ ۡ ُۡ ََ َ َٓ ََ
‫ِصون‬
ِ ‫كن َّل تب‬ ٰ ۡ ِ ‫فل ۡوَّل إِذا بَلغ‬
ِ ‫ وَنن أقرب إِِلهِ مِنكم ول‬٨٤ ‫ وأنتم حِينئ ِ ٖذ تنظرون‬٨٣ ‫ت ٱۡللقوم‬

ُ ‫ون َها ٓ إن ُك‬


َ ‫نت ۡم َص ٰ ِدق‬ َ ُ َۡ َ َ ََۡ ُۡ ُ َََٓۡ
٨٧ ‫ِني‬ ِ ‫جع‬
ِ ‫ تر‬٨٦ ‫ فلوَّل إِن كنتم غري مدِين ِني‬٨٥
“Maka alangkah eloknya kalau semasa roh salah seorang kamu yang hampir mati sampai ke
kerongkongnya [83] sedang kamu pada masa itu berada di situ menyaksikan keadaannya
[84] Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu tetapi kamu tidak melihat. [85] Mengapa
jika kamu memang tidak dikuasai oleh Allah, [86] kamu tidak mengembalikan roh itu jika kamu
orang yang benar? [87]”.

Nas-nas di dalam Al Quran dan hadis menerangkan bahawa roh-roh itu kekal. Ada
roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia baik dan ada roh yang terseksa kerana
amalannya di dunia yang jahat. Kehidupan selepas mati dan sebelum hari kiamat ialah
kehidupan di alam barzakh sama ada berada di taman syurga atau berada di gaung neraka.

60
Tatkala alam barzakh, jasad manusia telah terpisah dari rohnya, oleh itu kehidupan manusia
adalah kehidupan rohaniah.

Golongan atheis atau mulhid tidak mempercayai hari kiamat, mereka tidak percaya
kepada kewujudan roh. Ajaran agama budaya seperti agama Hindu dan Buddha juga tidak
percaya kepada hari kiamat. Agama Buddha mempercayai jika seseorang mati, dia akan
hidup semula dalam penjelmaan mengikut tingkahlakunya di dunia, jika dia jahat maka dia
akan menjelma menjadi makhluk yang rendah tarafnya seperti kucing, anjing, babi atau
manusia yang hina hidupnya. Agama Hindu juga mempercayai kelahiran semula, orang yang
mati akan menjelma semula di dalam diri bayi yang baru lahir dan hari kiamat tidak akan
berlaku.

3. Manusia Dibangkit Semula.


Hikmat Allah Taala menjadikan hari kiamat ialah seseorang akan mendapat balasan
amalannya yang setimpal. Jika baik maka baiklah balasannya begitu juga sebaliknya. Oleh
itu manusia di dunia ini perlulah mempersiapkan diri dengan amalan-amalan yang baik agar
mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.

Kepercayaan kepada hari akhirat memberi kesan kepada corak kehidupan manusia di
dunia, manusia yang percayakan hari akhirat akan sentiasa memperbaiki tingkahlakunya di
dunia, oleh itu kehidupan di dunia akan menjadi aman.

Apabila manusia tidak benar-benar yakin tentang hari akhirat, maka diapun terpedaya
dengan godaan-godaan dunia yang menjanjikan kebahagiaan yang palsu atau sementara.

Firman Allah SWT dalam surah An-Najm ayat 31:


َ َ ‫ۡ َ ا َ ََ ُ ْ َ َ ُ ْ ََ ۡ َ ا‬ َۡ
ُ ۡ ‫ِين أ ۡح َس ُنوا ْ ب‬
َ‫ٱۡل ۡسن‬ َٰٓ َ ِ ‫ت َو َما ِِف ٱۡل‬
‫ۡرض ِِلج ِزي ٱَّلِين أسـوا بِما ع ِملوا ويج ِزي ٱَّل‬ َ َ ‫َو ِ اَّلل ِ َما ِف ا‬
ِ ٰ ‫ٱلسمٰو‬ ِ
ِ

٣١

“Dan milik Allahlah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. (Dengan demikian) Dia
akan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat sesuai dengan apa yang telah
mereka kerjakan dan Dia akan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik
dengan pahala yang lebih baik (syurga)”.

4. Huru Hara Pada Hari Kiamat.

61
Firman Allah SWT dalam surah Al-Haj ayat 1-2 yang bermaksud:
ٓ ‫ َ ۡ َ َ َ ۡ َ َ َ ۡ َ ُ ُ ُّ ُ ۡ َ َ ا‬ٞ َ ٌ ۡ َ َ ‫َ َٰٓ َ ُّ َ ا ُ ا ُ ْ َ ا ُ ۡ ا َ ۡ َ َ َ ا‬
‫ضع ٍة عما‬
ِ ‫ يوم ترونها تذهل ُك مر‬١ ‫يأيها ٱنلاس ٱتقوا ربك َۚم إِن زلزلة ٱلساعةِ َشء ع ِظيم‬

‫ا َ ُ َ ٰ َ ٰ َ َ ُ ُ َ ٰ َ ٰ َ َٰ ا َ َ َ ا‬ َ ََ َََۡ َۡ َ ُّ ُ ُ َ َ َ ۡ َ َ َ
ِ ‫كن عذاب ٱَّلل‬
ِ ‫ات َح ٍل َحلها وترى ٱنلاس سكرى وما هم بِسكرى ول‬
ِ ‫أۡرضعت وتضع ُك ذ‬

ٞ َ
٢ ‫شدِيد‬

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari
kiamat itu suatu perkara yang amat besar [1] Pada hari kamu melihat peristiwa-peristiwa yang
menegrikan itu, tiap-tiap ibu yang menyusu akan lupakan anak yang disusukannya dan tiap-
tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan
melihat manuisa mabuk, pada hal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah
berat [2]”.

5. Nikmat Dan Azab Di Akhirat.


Nikmat Syurga.
Firman Allah SWT dalam surah Az-Zukhruf ayat 68-73 yang bermaksud: “Mereka yang
bertakwa itu diberi penghormatan serta diseur oleh Allah SWT dengan firmanNya: Wahai
hamba-hambaku, pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu
yang tidak baik) dan kamu tidak pula berdukacita, mereka itu ialah orang yang beriman
kepada ayat-ayat keterangan Kami serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.
Dikatakan kepada mereka: masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu
(yang beriman) dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan. Diedarkan
kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas, dan di dalam syurga pula
disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata dan dikatakan
kepada mereka: inilah syurga yang diberikan kamu mewarisinya disebabkan apa yang kamu
telah kerjakan, kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan untuk kamu makan
daripadanya”.

Azab Neraka
Terdapat beberapa ayat-ayat Al Qutan menerangkan tentang azab neraka, antaranya:
Firman Allah SWT dalam surah Al-Waqiah ayat 42-44:

٤٤ ‫يم‬ ‫ر‬‫ك‬
َ ََ
‫َّل‬ ‫و‬ ‫د‬ ‫ار‬َ‫ اَّل ب‬٤٣ ‫ُي ُموم‬
َۡ ‫َ د د‬
‫ وظ ِٖل مِن‬٤٢ ‫ِيم‬
ََ ُ َ
ٍ ِ ٖ ِ ٖ ٖ ‫ِِف سمو ٖم وَح‬
“Mereka diseksa di dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak [42] serta
naungan dari asap hitam yang tidak sejuk [43] dan tidak pula memberi kesenangan [44]”.

62
Firman Allah SWT dalam surah Al-Humazah ayat 4-7 pula:
َِ ۡ َ ۡ َ َ ُ ‫َ َ ٓ َ ۡ َ ٰ َ َ ُۡ َ َ ُ َ ُ ا ۡ ُ َ َ ُ ا َ ا‬ ُ ۡ ‫ۢنب َذ ان ِِف‬
َ ُ‫ّلَك ۖ َِل‬
‫َا‬
‫ ٱل ِِت تطل ِع لَع ٱۡلفِۧۧدة‬٦ ‫ نار ٱَّلل ِ ٱلموقدة‬٥ ‫ وما أدرىك ما ٱۡلطمة‬٤ ‫ٱۡل َط َم ِة‬

“Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam al Hutamah [4] dan apa jalannya engkau
dapat tahu apa dia al Hutamah itu? [5] Ialah api Allah yang dinyalakan dengan perintahNya
[6] yang naik menjulang ke hati [7]”.

3.6 BERIMAN DENGAN QADAK DAN QADAR

Percaya kepada qadak dan qadar Allah SWT ialah mempercayai bahawa segala
sesuatu yang terjadi dan peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah menurut ketentuan dan
ketetapan Allah SWT. Untuk berjaya mestilah dengan usaha, namun usaha manusia semata-
mata tidak menjamin kejayaan kerana kejayaan hanya dengan izin daripada Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam surah Ibrahim ayat 4:


َ‫ٱَّلل َمن ي َ َشا ٓ ُء َو َي ۡهدِي َمن ي َ َشا ٓ ُء َۚ َو ُهو‬
ُ ‫ض ُّل ا‬ ُ َ ۡ َُ َ ‫َُد‬ ۡ َ َ ‫ا‬ ُ ‫ا‬ َ ۡ َ َۡ ََٓ
ِ ‫ان قو ِمهِۦ ِِلب ِني لهمۖ في‬
ِ ‫ول إَِّل بِل ِس‬
ٍ ‫وما أرسلنا مِن رس‬

َ ۡ ‫يز‬
ُ ‫ٱۡلك‬
٤ ‫ِيم‬ ُ ‫ۡٱل َعز‬
ِ
“Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, agar dia
dapat memberi penjelasan kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia
kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dia Yang Mahaperkasa,
Mahabijaksana”.

Allah SWT menetapkan sesuatu ketentuan ke atas manusia itu dengan adil. Firman
Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 182:
َ ۡ‫ُ ۡ ََ ا اَ َۡ َ َ ا د‬ ۡ َ ۡ َ ‫َ َ َ َا‬
١٨٢ ‫ذٰل ِك بِما قدمت أيدِيكم وأن ٱَّلل ليس بِظَّل ٖم ل ِلعبِي ِد‬

“Dan ingatlah sesungguhnya Allah tidak sekali-kali suka berlaku zalim terhadap hamba-
hambaNya”.

Allah SWT memberikan kemampuan kepada manusia untuk beriktiar dan berusaha.
Manusia yang tidak berkemampuan tidak diberikan tanggungjawab. Contohnya orang yang
63
tidak berakal tidak diberikan tanggungjawab. Manusia diperintahkan berusaha kea rah
kebaikan dan usaha itu menentukan nasib manusia. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ra’d
ayat 11:

ۡ ُ َ َ ْ ُ‫ا اَ َ ُ َدُ َ َ ۡ َ اٰ ُ َد‬


١١ ……. َۗ‫س ِهم‬
ِ ‫…َۧۗإِن ٱَّلل َّل يغ ِري ما بِقو ٍم حِت يغ ِريوا ما بِأنف‬.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
apa yang ada pada diri mereka sendiri”.

Salah faham terhadap qada’ dan qadar:


1. Menganggap percaya kepada qada dan qadar itu menghalang kemajuan. Perkara ini
sengaja ditimbulkan oleh golongan orientalis golongan yang sarjana yang mahir tentang
Islam tetapi mahu memburukkan Islam). Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang
yang percaya kepada qada’ dan qadarlah yang mencipta pencapaian yang gemilang
kerana para sahabat Nabi ‫ ﷺ‬dan orang-orang yang terdahulu sangat cemerlang hidup
mereka.
2. Kepercayaan Jabariyyah yang beranggapan bahawa manusia tidak perlu berusaha dan
berikhtiar, kerana semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Manusia ini seperti debu yang
berterbangan mengikut arah angina dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk menentukan
nasib mereka.
3. Kepercayaan Al Qadariyyah yang berfahaman bahawa manusia itu bebas sebebas-
bebasnya, dan dialah yang menentukan nasibnya. Kepercayaan seperti ini dapat
dibuktikan kepalsuannya dengan mudah dari pengalaman manusia sendiri di mana tidak
semua usaha dan kehendak manusia itu tercapai. Keupayaan manusia adalah terbatas.
Keadaan ini menunjukkan manusia tidak mampu menentukan segala-galanya.
Perjalanan hidup manusia, adalah tertakluk kepada kehendak Allah SWT.

Keadilan Allah Dan Ikhtiar Manusia.

Telah menjadi sunnah Allah atau hukum alam bahawa setiap kejadian ada
mengandungi sebab dan akibat. Jika seorang ingin hendak jadi pandai di hendaklah kuat
belajar. Jika berusaha insya Allah cita-cita akan menjadi kenyataan. Adalah mustahil sesuatu
cita-cita berhasil dengan berpeluk tubuh sahaja.

Pada suatu masa Umar bin al Khattab bersama satu rombongan hendak masuk ke
sebuah kampung. Beliau mendapat laporan dari seseorang bahawa di kampung tersebut
sedang berlaku penyakit berjangkit lagi merbahaya. Setelah mendengar berita itu, Khalifah

64
Umar mengajak rombongannya kembali. Tetapi salah seorang daripadanya berkata kepada
beliau; takutkah tuan dari takdir Allah? Jawab Umar; kita lari dari takdir Allah menuju kepada
takdir Allah yang lain.

Manusia hendaklah berusaha kerana kejayaan itu adalah hasil dari perjuangan dan
usaha yang gigih. Manusia juga tidak punya pilihan melainkan mematuhi segala ketetapan
Allah baik sunnatullah mahupun shariatullah. Bersungguh-sungguhlah kita mematuhi dua
perkara ini, setelah itu kita menyerah diri kepada Allah tanpa perlu bimbang. Baik dan
buruknya sesuatu perkara itu ditentukan oleh Allah SWT dengan sifat bijaksana dan
keadilanNya.

Kadang kala Allah SWT mendatangkan kesusahan kepada seseorang dengan tujuan
mengujinya dan memperkukuhkan sifat-sifat insaniah seseorang yang ditentukan oleh Allah
SWT untuk memikul tanggungjawab yang besar. Demikian kita lihat pejuang-pejuang
kebenaran diseksa oleh orang-orang zalim dan apabila Allah SWT hendak memuliakan
mereka, Allah SWT mematikan mereka dan mereka menjadi syahid yang dijanjikan oleh Allah
akan mendapat nikmat syurga yang kekal abadi.

Dengan keyakinan segala sesuatu di dalam kehidupan manusia itu ditentukan oleh
Allah SWT dan penentuan itu dilakukan dengan adil maka tugas utama manusia ialah
berusaha dan beramal serta berikhtiar mengikut arahan-arahan Allah SWT di dalam
menetapkan nasib seseorang hamba di dunia dan di akhirat. Selebihnya diserahkan kepada
keadilan Allah SWT untuk menentukannnya kerana Allah SWT tidak pernah berlaku zalim
kepada hambaNya.

65

You might also like