Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Forum 3: Bagaimanakah Akta Pendidikan 1996 telah memberi impak yang besar

terhadap kelestarian pembangunan pendidikan di Malaysia pada masa kini.


Bincangkan.

Akta pendidikan telah berkuatkuasa pada 31 disember 1997. ia bagi


memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. Selain
itu juga Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dari Akta Pendidikan 1961 yang
mana mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada akta pelajaran 1961.
Akta Pendidikan 1996 juga pembaharuan atau lanjutan dari Akta Pendidikan 1991
bagi untuk memantapkan sistem pendidikan kebangsaan berpaksikan kepada
perakuan-perakuan utama Penyata Razak. Hal ini sangat relevan dan sangat sejajar
dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecermelangan pendidikan
yang bermutu tinggi.
Berdasarkan persoalan diatas bagaimanakah Akta Pendidikan 1996 telah
memberi impak yang besar terhadap kelestarian pembangunan pendidikan di
Malaysia pada masa kini adalah yang pertama, Menekankan penggunaan sains dan
teknologi dalam pendidikan merupakan fungsi Akta Pendidikan 1996. Penggunaan
ICT dikatakan sangat membantu kalangan pelajar mahupun guru. Seperti mana yang
kita sedia maklum bahawa dunia sekarang sangat bergantung terhadap penggunaan
ICT untuk mempercepatkan segala urusan, memudahkan komunikasi dan mencari
segala maklumat yang diinginkan. Jadi, hal ini sangat bersesuaian dalam bidang
pendidikan sekarang yang memerlukan untuk diselaraskan kepada teknologi.
Tambahan pula penekanan ini juga merupakan suatu strategi pendidikan negara yang
baru dikehendaki untuk melengkapkan individu dengan pengetahuan.
Selain itu, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
merupakan fungsi Akta Pendidikan 1996. Hal ini dikatakan demikian kerana
kedudukan bahasa Melayu diperkukuhkan dengan peruntukannya sebagai Bahasa
Pengantar utama dalam sistem Pendidikan Kebangsaan dan mata pelajaran teras.
Bahasa Melayu juga telah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam mana-mana
peperiksaan sekarang ini terutamanya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Perkara
ini juga sesuai dengan Pendidikan pada masa kini kerana Bahasa Kebangsaan iaitu
Bahasa Melayu digunakan di setiap sekolah dan dijadikan sebagai bahasa pengantar
sebagai contoh semua sekolah kebangsaan di Malaysia menggunakan bahasa
pengantar dengan sekolah-sekolah yang lain.
Seterusnya, Akta Pendidikan 1996 berfungsi dalam menyatukan perpaduan
sesama kaum yang lain. Pekara ini kerana, Malaysia mempunyai masyarakat yang
berbilang kaum seperti melayu, india, cina iban dan kadazan. Hal ini sejajar, dengan
pada masa kini iaitu dimana tujuan utama Akta Pendidikan 1996 adalah untuk
menyatupadukan kaum melalui pendidikan. Sebagai contohnya Akta ini telah
memperkenalkan kokurikulum keinsanan, menerapkan mata pelajaran yang
melibatkan pelbagai budaya di semua sekolah dan menghapuskan monopoli sesuatu
kaum.
Kesimpulannya, kemajuan sesebuah negara bergantung kepada sistem
Pendidikan selain daripada kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan dan sistem nilai
mayarakat. Tanpa Pendidikan yang sempurna dan mantap, akan terhasillah bentuk
Pendidikan yang pelbagai corak serta tidak sempurna sifatnya

You might also like