Topik 6 Pilihan Raya Skema

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

17 Nyatakan tiga elemen penting untuk melaksanakan pilihan raya di Malaysia.

[3]
Bil Isi / Idea
1 Bahagian pilihan raya / kawasan pilihan raya
2 Pemilih / pengundi / pengundi berdaftar
3 Calon / orang yang bertanding
4 Proses pilihan raya / cara pelaksanaan pilihan raya
Jawapan (LOTS) : Terima mana-mana 4 isi.
**perjalanan pilihan raya –TIDAK DITERIMA

17 Terangkan dua sebab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan agensi yang bebas ? [4]
Bil Isi / Idea Huraian
1 Keanggotaan  Ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa pengaruh mana-mana
pihak
 Bukan pegawai kerajaan
 Tidak boleh memegang jawatan lain
2 Pengaruh  TIDAK DIPENGARUHI oleh parti politik
 Tidak dipengaruhi / TERIKAT oleh badan pemerintahan / kehakiman
(Tidak Menyertai / Memihak = TR)
3 Kelulusan  Sekiranya cadangan peraturan pilihan raya perlu mendapat kelulusan
Parlimen Parlimen
4 Kuasa  Berkuasa penuh dalam proses pilihan raya
5 Penyelesaian  Segala pertelingkahan dalam pilihanraya diselesaikan di mahkamah
pertelingkahan (PETISYEN)
6 Saraan  Ditentukan oleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan
Jawapan (HOTS) :Terima mana-mana 2 isi bersama huraian.

17 Kemukakan tiga keadaan yang memerlukan pilihan raya diadakan untuk mengisi kekosongan
luar jangka Dewan Rakyat. [3]
Bil Isi / idea
1 Kematian ahli dewan / meninggal dunia / ahli dewan mati
(jika tulis “mati” sahaja, TIDAK terima)
2 Perletakan jawatan ahli dewan
3 Hilang kelayakan ahli dewan :
a. Disabitkan kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang
daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2000 serta tidak mendapat
pengampunan bebas.
b. Memperoleh kewarganegaraan asing. (mendapat / telah mendapat
kewarganegaraan asing, TIDAK Terima. Memperoleh ≠ mendapat)
c. Tidak hadir dalam persidangan Parlimen selama 6 bulan berturut-turut tanpa keizinan
Parlimen.
d. Tidak sempurna akal / tidak siuman / gila. (tidak waras, TIDAK Terima)
e. Diisytiharkan bangkrap yang belum dilepaskan.
f. Melakukan apa-apa kesalahan pilihan raya dan disabitkan.
g. Memegang sesuatu jawatan berpendapatan / bergaji.
h. Tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam masa yang ditetapkan / 31
hari.
i. Tidak mengangkat sumpah jawatan dalam tempoh yang ditetapkan.
4 Pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya / Mahkamah Tinggi
Jawapan : Mana-mana tiga isi / idea
Jika tulis “calon” Tidak terima. Ahli dewan / wakil rakyat √
17 Kemukakan empat keadaan yang menyebabkan seseorang hilang kelayakan untuk
menjadi ahli mana-mana Majlis Parlimen. [4]
Bil Isi / Idea
1 tidak sempurna akal / gila / tidak siuman.
2 bankrap yg belum dilepaskan / muflis belum dilepaskan / dibebaskan
3 menjawat jawatan berpendapatan / bergaji / berupah, membuat pekerjaan
4 Mendapat / memperolehi kewarganegaraan asing / kerakyatan asing
*telah menjadi kewarganegaraan lain /
*menerima kewarganegaraan asing /
*mempunyai kewarganegaraan 国籍 asing = TERIMA
**ada / mempunyai warganegara 国民 asing = TIDAK RELEVEN
5 disabitkan dengan kesalahan pilihanraya
6 tidak hadir persidangan parlimen enam bulan berturut-turut tanpa keizinan Majlis
Parlimen
7 disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dipenjarakan tidak kurang daripada satu
tahun atau didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit. /
*disabitkan oleh mahkamah dan dipenjarakan tidak kurang 1 tahun dan tidak
mendapat pengampunan bebas-TERIMA
*disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan didenda tidak kurang dari RM2000 dan
tidak mendapat pengampunan bebas.-TERIMA
8 tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya dalam masa yang ditetapkan.
9 tidak mengangkat sumpah jawatan dalam tempoh yang ditetapkan
Jawapan : Mana-mana 4 idea / isi

You might also like