Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Xxxx bin xxxxx

xxxxxxx xxxxxxxxxxxxx,
xxxxxxxxxxxxxxxxx,
Kampung Pantai Dalam,
59200 Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan


Tabika Perpaduan,
Taman Pantai Indah Fasa 1,
Kampung Pantai Dalam,
59200 Kuala Lumpur. 3 JANUARI 2023

Tuan/Puan,

Rayuan Pendaftaran Tabika Perpaduan

Berhubung dengan perkara di atas, dimaklumkan saya adalah bapa kepada XXXX bin
XXXXX (No MyKid: XXXXXX-XX-XXXX dan Sijil Lahir: XXXXXXX) ingin mengusulkan
rayuan untuk mendaftar anak saya seperti yang dinyatakan untuk mendapatkan
pendidikan awal di Tabika Perpaduan, Taman Pantai Indah Fasa 1 bagi sesi 2023.

2. Sebelum itu, ingin saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi dan ucapan
ribuan terima kasih kepada pihak Pengurusan Tabika Perpaduan kerana meluluskan
pembelajaran awal anak pertama dan kedua iaitu XXX XXX binti XX dan XXXX bin
XXXX semasa sesi masing-masing pada 2016-2017 dan 2019-2020.

3. Dimaklumkan saya merupakan warga Malaysia yang kini berkerja di Pelabuhan


Klang, Selangor. Manakala isteri saya berkerja sebagai Penolong Akauntan di Pejabat
Daerah, Selangor. Kami sekeluarga menetap di alamat yang dinyatakan di atas, namun
saya sering bekerja luar kawasan dan berjauhan daripada keluarga buat tempoh yang
lama.

4. Sebagai seorang bapa, sesungguhnya saya memikul tanggungjawab untuk


memastikan anak saya mendapatkan ilmu sewajarnya. Namun dalam masa yang sama
saya menggalas tanggungjawab sebagai warga tentera yang memerlukan tugasan di
lapangan dan berjauhan dengan keluarga. Isteri saya seolah-olah seorang ibu tunggal
menguruskan kelangsungan kehidupan keluarga kami. Saya amat berharap anak saya
dapat memulakan pra-persekolahan yang berhampiran dengan tempat kediaman agar
memudahkan isteri saya menguruskan persekekolahan anak-anak tersebut.

1
5. Justeru, saya ingin merayu kepada Jawatankuasa Pemilihan untuk menimbang
permohonan anak saya untuk mendaftar ke kelas Tabika Perpaduan bagi sesi 2023
berdasarkan justifikasi berikut:

a. Bapa kanak-kanak yang berjauhan daripada keluarga dan bergantung


kepada Ibu untuk menguruskan kehidupan mereka.

b. Limitasi terhad seorang Ibu yang berkerja dan menguruskan keluarga di


kala suami berjauhan bertugas di luar kawasan.

c. Lokasi kelas tabika berdekatan dengan tempat kediaman memudahkan


pengurusan menghantar dan mengambil anak ke kelas tabika.

d. Persekitaran Tabika Perpaduan dan kejiranan Taman Pantai Indah Fasa 1


yang selamat dan kondusif yang menenangkan Ibu Bapa khususnya saya selaku
warga tentera yang berjauhan di perbatasan.

e. Kecemerlangan anak pertama dan kedua saya semasa menjadi murid


Tabika Perpaduan masing-masing bagi sesi 2016-2017 dan 2019-2020.

5. Sekiranya, permohonan ini diterima, saya berjanji akan memberi kerja sama
sepenuhnya kepada pihak pengurusan Tabika Perpaduan dan menggalakkan anak
saya untuk melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan.

6. Sehubungan itu, saya sekali lagi merayu agar anak saya dapat memulakan
pelajaran di Tabika Perpaduan Fasa 1 demi menjamin langkah permulaan anak saya ke
alam persekolahan kelak. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya
melalui talian xxx-xxxxxxx atau emel xxxxxx@gmail.com.my. Sekian untuk
pertimbangan pihak Tuan/Puan sewajarnya.

Terima kasih.

Yang Benar,

.....................................
Xxxx bin xxxx
Bapa Kanak-Kanak

You might also like