Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Banjir (Jawi: ‫ )بنجير‬atau bah (Jawi: ‫ )به‬ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi

sesuatu kawasan atau tempat luas[1] yang biasanya kering.[2] Arahan Banjir Kesatuan
Eropah (EU) mentakrifkan banjir sebagai litupan air pada tanah yang biasanya tidak dilitupi oleh
air.[3] Dalam erti kata "air mengalir", perkataan itu juga boleh digunakan untuk aliran air pasang.
Banjir boleh berlaku di kawasan rata atau rendah ketika kadar air dibekalkan
oleh hujan atau salji lebih tinggi daripada kadar pengeringan. Lebihan air akan terkumpul di
suatu tempat dan kadang-kadang boleh mencecah kedalaman berbahaya. Tanah permukaan
boleh menjadi tepu dengan air yang menghentikan penyusupan air dengan berkesan.
Penyusupan juga lambat di kawasan tanah beku, batu, konkrit, kawasan berturap atau
berbumbung. Banjir kawasan bermula di kawasan rata seperti dataran banjir dan di kawasan
depresi tempatan yang tidak tersambung ke saluran aliran kerana halaju aliran darat bergantung
pada cerun permukaan. Lembangan endoreik mungkin mengalami banjir di kawasan ketika
taburan air melebihi kadar penyejatan.

You might also like