Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Hutang kerajaan persekutuan di negara Malaysia pada tahun 2006 ialah RM

242,225 juta dan hutang kerajaan persekutuan pada tahun 2007 ialah RM 266,722
juta. Hutang kerajaan persekutuan meningkat sebanyak RM 24,497 juta atau
bersamaan 10.11% kerana peningkatan perbelanjaan kerajaan persekutuan.
Peningkatan perbelanjaan kerajaan persekutuan sebanyak RM 20,147 juta adalah
disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan emolumen. Jumlah emolumen telah
disemak kepada RM 25,089 juta daripada peruntukan asal Bajet sebanyak RM
23,587 juta, setelah mengambil kira tambahan peruntukan elaun sara hidup serta
semakan elaun sedia ada dan pemberian elaun baru kepada penjawat awam
bermula 1 Januari 2006. Bayaran gaji kakitangan perkhidmatan pendidikan dan
kesihatan seperti guru, doktor dan jururawat merangkumi hampir 60% atau RM
15,053.40 juta daripada jumlah emolumen. Selain itu, peningkatan perbelanjaan
kerajaan persekutuan juga disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan perkhidmatan
ekonomi. Subsektor pengangkutan yang merupakan bahagian terbesar daripada
perbelanjaan perkhidmatan ekonomi, menyumbang 38.1% atau RM 6,198 juta
dibelanjakan terutamanya untuk memperbaiki rangkaian infrastruktur pengangkutan
melalui pembinaan dan penaiktarafan jalan, jambatan, pelabuhan serta lapangan
terbang. Subsektor tersebut juga memberi tekanan tinggi untuk memantapkan
penyediaan sistem pengangkutan supaya dapat mengurangkan kesesakan dan
meningkatkan rangkaian. Dua jenis perbelanjaan kerajaan persekutuan tersebut
adalah punya utama hutang kerajaan persekutuan pada tahun 2006 telah meningkat
sebanyak RM 24,497 juta.

You might also like