Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 6

45300 SUNGAI BESAR


SELANGOR DARUL EHSAN
NO TEL/ FAX : 603 32243953
___________________________________________________________________________
SPSK PK 07/3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIIKAN MUZIK BIL 1/2023

TARIKH : 14 Mac 2023


HARI : Selasa
MASA : 12.00 - 1. 00 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Ar Ruzain

KEHADIRAN :

1. En Abu Hassan Bin Dollah Guru Besar


2. En Arman Putra Bin Amry GPK Kurikulum
3. Pn Shamilah bt Sulaiman GPK HEM
4. Tn Hj.Mohd. Nizam b. Abd Samad GPK KO Kurikulum
5. Pn Nolisah bt Baba Ketua Panitia
6. En. Mohd Nasir b Abd Rashid Guru Muzik

AGENDA :

1. Perutusan pengerusi majlis

2. Pengesahan minit mesyuarat

3. Perkara-perkara berbangkit

4. Perkara-perkara baharu

5. Hal-hal lain

6. Penutup
AGENDA

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Ucapan salam dan aluan pembukaan untuk mesyuarat Panitia Pendidikan
Muzik kali pertama sesi 2023/2024

1.2 Guru besar mengucapkan selamat kembali bertugas kepada guru-guru untuk
Sesi 2023/2024 dan sentiasa diberi kesihatan yang baik.Beliau amat
berharap dan yakin semua guru memberi komitmen dan kerjasama yang
tinggi dan cemerlang dalam bidang /unit kurikulum.

1.3 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir untuk
mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik kali 1 sesi 2023/2024.

1.4 Guru-guru perlu membuat perancangan aktiviti seterusnya selepas mesyuarat


mengikut takwim.

1.5 Perancangan Strategik adalah mengikut KPI Guru Besar dan


perancangan Strategik Kurikulum. Perancangan Strategik ini penting untuk
membantu dan menyokong perancangan strategik sekolah.

1.10 Perancangan strategik yang dibina hendaklah selari dan selaras antara Ketua
panitia terutama subjek teras untuk meningkatkan prestasi.

Tindakan : Makluman

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


Tiada pengesahan dan pembentangan minit mesyuarat yang lepas

Tindakan : Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT/MAKLUM BALAS:

3.1 Tiada perkara berbangkit

Tindakan :Makluman
4 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1. Ahli Jawatan Kuasa Panitia Pendidikan Muzik 2023.

4.1.1 Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang menjadi ahli Panitia Pendidikan
Muzik sesi 2023.

4.2 Penetapan Kelas Yang diajar.

4.2.1 1M , 2M, 4M, 4P, 5M, 6M, 6P - Pn.Nolisah bt Baba


4.2.2 2P, 3M, 3P – En. Mohd. Nasir b Abd. Rashid

4.3 Agihan Belanja Mengurus 2023

4.2.1 Kewangan sesi 2023 mengikut unit dan panitia mata pelajaran belum dapat di
bentang dan dilaksanakan .

4.2.2 Agihan kewangan digunakan untuk menjalankan program dan aktiviti


dalam tempoh 1 tahun. Rancang program dan aktiviti awal.

4.2.3 Pembelian barang guru diminta mengisi nota minta dan boleh
berurusan di kedai.

4.2.4 Perbelanjaan mengikut pekeliling SPK 2012.

Tindakan : makluman

4.4 Takwim Panitia Pendidikan Muzik 2023

4.4.1 Dalam takwim kurikulum 2023 ada 42 minggu persekolahan. 39 minggu


akademik dan 3 minggu bukan akademik.

4.4.2 Perancangan program dan aktiviti panitia perlu merujuk


kepada takwim kurikulum 2023 .

4.4.3 Aktiviti dalam bentuk carta gant dan serah kepada PK Pentadbiran
untuk makluman dan rujukan.

Tindakan : Ketua Panitia


4.5 Pengurusan Fail Panitia/Minit mesyuarat

4.5.1 Folder panitia kini ada 3 dan 1 fail putih . Fail /folder akan dikemaskan dan
dilengkapkan dari masa ke semasa.
4.5.2 Kemas kini folder akan dirujuk pada lampiran/ google class room.
4.5.3 Berdasarkan KPI sekolah, minit mesyuarat panitia perlu dihantar dua minggu
selepas mesyuarat dan Mesyuarat panitia perlu diadakan 4 kali setahun.

Tindakan : Ketua Panitia

4.6 Perancangan Strategik Panitia Pendidikan Muzik 2023

4.6.1 Pelan Strategik panitia Pendidikan Muzik akan diambil berdasarkan post
mortem peperiksaan akhir tahun sebagai panduan untuk perancangan 2023.

4.6.2 Perancangan 2022 dibawa bersama semasa mesyuarat panitia untuk


perancangan strategik 2023.

4.6.3 Pelan Perancangan Strategik panitia adalah meneruskan pelan perancangan


strategik pentadbir . Post morterm program tahun lepas dan membuat
penambahbaikan.Program yag tidak dapat dilaksanakan keluarkan daripada
perancangan strategik.

Tindakan : Ketua Panitia dan AJK

4.7. e-RPH/ RPT/Pencerapan Guru/PAK 21

4.7.1 Rancangan pelajaran harian dalam bentuk e-RPH perlu dibuat setiap hari Isnin
hingga Jumaat.

4.7.2 RPT untuk semua mata pelajaran berpandukan pada takwim sekolah. Setiap
tahun perlu menghantar sesalinan RPT Pendidikan Muzik dalam bentuk PDF
untuk dijadikan QR code.

4.7.3 Pencerapan pdpc guru akan dilaksanakan bermula dari Mac dan
berterusan hingga Oktober 2023.

4.7.4 Pencerapan dijalankan oleh pentadbir (GB/GPK).

Tindakan : Guru Muzik


4.8 Semakan Buku Kerja Murid.

4.8.1 Semakan buku kerja murid akan dlaksanakan dua kali setahun.

4.8.2 Semakan kali 1 pada bulan Mac hingga April. Semakan kali kedua bulan Julai
hingga Ogos

4.8.3 Panitia berbincang dan menetapkan untuk tahap 1 buku yang perlu di hantar
sebanyak 2 buah iaitu buku aktiviti dan sebuah buku tulis manakala tahap 2
pula 2 buah buku tulis

Tindakan : Semua Guru BM

4.9 Pengurusan Peperiksaan /PBD/

4.9.1 Tahap 1 dan 2 tidak ada peperiksaan tetapi penilaian dalam bentuk
pentaksiran. Pentaksiran perlu direkod dan tidak ada format tertentu.

4.9.2 Pengisian PBD/PBS 2 kali setahun iaitu pertengahan tahun(Jun) dan akhir
tahun (Oktober).
4.9.3 Hantar PBD/PBS kepada penyelaras Pn Ezureen dan Pn Noralina .

4.9.4 Kenal pasti dan senaraikan nama murid yang menguasai tahap 6 dan murid
yang mendapat tahap penguasaan 1 dan 2

Tindakan : Guru Muzik

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pelaksanaan pentaksiran dilaksanakan oleh semua guru Pendidikan Muzik.


Buku panduan pelaksanaan pentaksiran perlu ada di sekolah, Dalam menilai
murid PBD perlu semakan dan pengesahan guru besar.

Tindakan : Guru Muzik


6 PENUTUP

6.1 Ucapan terima kasih daripada Ketua Panitia atas komitmen guru Pendidikan
Muzik dan diharapkan tahun 2023 lebih cemerlang .

6.2 Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan suratul Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh,

…………………..........................................………

( NOLISAH BINTI BABA )

Ketua Panitia Pendidikan Muzik

Disahkan oleh;

....................................................

You might also like