Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TAKLIMAT PENGOPERASIAN DAN PENJAMINAN

KUALITI UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)


MENENGAH RENDAH PERINGKAT ZON
SEREMBAN

UCAPAN

TUAN HAJI NORAZAM BIN HAJI NAYAN A.N.S


PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN

pada

25 SEPTEMBER 2023

di

SJKC KELPIN, SEREMBAN


Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam

SALUTASI

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat


Allah S.W.T, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, kita dapat
bersama-sama berkumpul pada hari ini dalam satu taklimat yang sangat penting
iaitu Taklimat Pengoperasian dan Penjaminan Kualiti Ujian Akhir Sesi
Akademik (UASA) Menengah Rendah peringkat Zon Seremban.

Pada kesempatan ini saya ingin melafazkan ucapan ribuan terima kasih atas
kesudian pihak jawatankuasa menjemput saya untuk hadir dalam taklimat ini.
Taklimat ini sangat penting untuk memastikan semua pengetua dan Setiausaha
Peperiksaan sekolah dapat menjalankan tugas berdasarkan garisan panduan
yang diberikan.

Sidang hadirin sekalian,

Untuk melaksanakan sesuatu amanah yang diberikan kita perlukan satu


panduan. Pada masa yang sama kita perlu jelas dengan panduan yang diberikan
itu. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan membaca garis panduan ini agar
tidak tersasar daripada kehendak sebenar. Garis panduan ini hendaklah dibaca
bersama-sama Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan)
1997, surat pekeliling ikhtisas, surat siaran, surat makluman dan arahan
berkaitan yang sedang berkuat kuasa serta yang akan diedarkan dari semasa ke
semasa.

Semua pengetua dan setiausaha peperiksaan perlu ingat bahawa instrumen


pentaksiran bagi ujian akhir sesi akademik adalah dokumen terperingkat
TERHAD. Sekolah bertanggungjawab untuk mengendalikan dokumen tersebut
mengikut peraturan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran dalam
bentuk salinan lembut (soft copy) dan cetakan perlu disimpan di tempat yang
sesuai dan selamat. Kita tidak mahu ada aduan perkara ini tidak dipatuhi. Jika
berlaku akan menimbulkan banyak masalah nanti.

Sidang hadirin sekalian,

Pengetua haruslah memastikan Pengurusan dan pentadbiran ujian akhir sesi


akademik melibatkan proses kerja perlu dipatuhi berdasarkan buku panduan
yang diberikan. Jika salah satu daripada proses kerja itu tidak dilakukan dengan
berkesan pengurusan dan pentadbiran ini akan terganggu. Jika berlaku sebarang
masalah atasi segera, jangan bertindak lewat atau menunggu disaat-saat akhir.
Pihak PPD bahagian Peperiksaan dan Penilaian sedia membantu untuk
mengatasi masalah ini.

Sidang hadirin sekalian,

Isu UASA ini perlu dikurangkan terutamanya melibatkan integriti. Soalan-


soalan yang dimuat turun perlu dijalankan oleh pihak yang diberi
tanggungjawab agar tiada isu kebocoran soalan sebelum item ditadbir. Pengetua
perlu memastikan pihak yang bertanggungjawab membuat verifikasi instrumen
pentaksiran untuk mengesan jika ada mana-mana soalan yang tidak cukup ,
tidak bercetak. Kita tidak mahu isu sebegini berlaku pada tahun ini. Pada masa
yang sama juga kita juga tidak mahu aduan mengatakan bahawa anak-anak guru
telah mengetahui soalan-soalan ini terlebih dahulu. Kita kurangkan tanggapan
negatif sebegini untuk memastikan UASA ini adil kepada semua murid.

Sidang hadirin sekalian,

Selain itu pengetua dengan bantuan SUP perlu memuat turun panduan
penskoran melalui APPI serta melaksanakan penyelarasan penskoran peringkat
sekolah. Hal ini sangat penting untuk memastikan guru mata pelajaran terbabit
faham dan sefaham berdasarkan panduan penskoran tersebut. Untuk
memastikan penskoran itu tekal pihak sekolah perlu melaksanakan moderasi
penskoran Skrip Jawapan Murid ( SJM) secara rawak. Ini merupakan salah satu
aspek dalam penjaminan kualiti yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Pihak sekolah perlu mematuhi tarikh-tarikh yang telah ditetapkan untuk
melaksanakan UASA ini. Ini sangat penting untuk memastikan kesesakan dalam
talian. Jangan lakukan di saat-saat akhir kerana akan melibatkan banyak
prosedur lain yang perlu dipatuhi.

Sidang hadirin sekalian,

Ujian akhir sesi akademik ini melibatkan semua mata pelajaran bagi komponen
ujian bertulis sahaja, manakala komponen lain seperti ujian lisan, amali dan
lain-lain dilaksanakan dalam PBD berterusan. Pada tahun lepas banyak
pertanyaan mata pelajaran yang tidak terlibat. Pihak sekolah perlu merancang
daripada sekarang untuk membina item bagi mata pelajaran yang tidak terlibat
di bawah panitia masing-masing. Prosesnya sama seperti pembinaan soalan
dalam UASA ini. Di sinilah peranan ketua panitia untuk memastikan soalan-
soalan tersebut disediakan. Kita tidak mahu terdapat mata pelajaran tertentu
yang tidak melaksanakan Ujian Akhir Sesi Akademik ini.
Sidang hadirin sekalian,

Saya berharap agar perjalanan UASA ini berjalan dengan lancar untuk semua
sekolah di daerah Seremban. Jalankan tugas kita dengan penuh tanggungjawab
kerana ini adalah amanah yang telah diberikan kepada kita. Terapkan 4I dalam
proses kerja kita.

Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengelola atas jemputan untuk
hadir dalam taklimat ini. Terima kasih dan syabas kepada semua ahli
jawatankuasa pengelola atas komitmen dan kesungguhan bagi memastikan
taklimat hari ini berjalan lancar. Semoga segala usaha yang kita lalukan akan
mendapat rahmat daripada Allah S.W.T

Sekian, Wa Billahi Taufiq Wal Hidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh. Terima kasih.

You might also like