Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

MAULIDURRASUL : NABI MUHAMMAD SAW SURI TAULADAN

Assalamualaikum kepada para hadirin sekalian. Dengan ini majlis mengumumkan ketibaan
yang berbahagia En Mohd Shafie Hidayat Bin Muhammad Fuad yang diiringi oleh Ketua Exco
Perhubungan Awam Majlis Perwakilan Pelajar iaitu Nur Aisyah Maisarah binti M.Norazman.

Sidang hadirin sekalian,


Majlis seterusnya menjemput En Ahmad Bin Abd Razak untuk menyampaikan ucapan beliau
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan yang diberikan oleh tuan pengarah
sebentar tadi.

Sebelum kita mulakan majlis, izinkan saya bacakan sedikit biodata penceramah kita pada hari
ini. Seperti mana yang kita dapat tahu En Shafie Hidayat Bin Muhammad Fuad ini pernah
bekerja sebagai Guru GSTT Pendidikan Islam pada tahun 2010. Selain itu juga, beliau
merupakan ketua unit agama di IPD Batu Gajah, Perak pada tahun 2010 sehingga 2012. beliau
juga merupakan Naqib atau Ketua imam di Masjid al- Hidayah Kampung Sungai Penchala Kuala
Lumpur pada tahun 2012 dan pada tahun 2019 di Masjid Al-Qurtubi Taman Sri Segambut Kuala
Lumpur. Akhir sekali, pada tahun 2021 sehingga kini beliau merupakan Naqib di Masjid Ar-
Rahah Bangsar South Kerinchi Kuala Lumpur.

Seterusnya
Tanpa melenggahkan masa saya menjemput En Shafie Hidayat Bin Muhammad Fuad untuk
menyampaikan ceramah tentang maulidur rasul
Dengan segala hormatnya dipersilakan...
Terima kasih diucapkan kepada En Shafie Hidayat bin Muhammad Fuad atas ceramah beliau
yang cukup hebat bersama kita pada hari ini. Semoga ia memberi manfaat dan tauladan kepada
kita semua pada satu hari nanti.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata dari Kolej Vokasional Sungai Buloh
kepada En Shafie Hidayat Bin Muhammad Fuad dan diiringi oleh tuan pengarah dan tpsa

Dengan segala hormatnya dipersilakan…

Jutaan terima kasih diucapkan kepada En Shafie Hidayat Bin Muhammad Fuad atas kesudian
memberi ceramah kita sebentar tadi

Dengan ini berakhirlah majlis kita pada harini murid-murid dan guru-guru boleh bersurai.

You might also like