Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-HILAL

15400,JALAN PENGKALAN CHEPA,

KOTA BHARU,KELANTAN

KERTAS KONSEP

PROGRAM “SPELL IT RIGHT”

ANJURAN

PANITIA BAHASA INGGERIS

TAHUN 2023

TARIKH: 5 SEPTEMBER 2023

TEMPAT: SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-HILAL


1.0 PENGENALAN

Program “Spell It Right” merupakan lanjutan daripada Program “Fast Tract


Reading ” yang telah dianjurkan pada bulan Jun baru-baru ini untuk murid-murid
tahap 1. Sebagai kesinambungannya, Program “Spell It Right” kini ditujukan kepada
semua murid-murid tahap 2.

Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran teras yang sangat penting dan
merupakan bahasa universal.

Program ini bertujuan menggalakkan murid-murid mendengar, menyebut dan


seterusnya mengeja perkataan-perkataan yang dilontarkan di dalam program ini.
Murid-murid diharapkan dapat menambah perbendaharaan kata serta menggunakan
perkataan-perkataan ini dalam kehidupan seharian.

Bengkel ini bertujuan memberi peluang kepada semua murid Tahun 1 hingga 6
dari pelbagai peringkat kelas untuk meningkatkan lagi kecermelangan dalam
penggunaan Bahasa Inggeris, khususnya dari sebutan fonetik yang tepat.

Seterusnya, diharapkan Program “Spell It Right” ini juga dapat mencabar


minda, menarik minat dan meningkatkan lagi keupayaan murid untuk meneroka bunyi
dan sebutan yang tepat untuk perkataan Bahasa Inggeris yang agak berbeza daripada
Bahasa Melayu yang lebih mudah dan tidak kompleks.

Program “Spell It Right” merupakan kesinambungan kepada usaha


Kementerian Pelajaran dalam melestarikan Program Memartabatkan Bahasa Melayu
Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kaedah pengajaran dan pembelajaran
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terutamanya bunyi-bunyi fonetik
amat ditekankan di dalam Bahasa Inggeris. Moga dengan adanya program ini, murid-
murid memberi tumpuan khas dalam memperdengarkan sebutan serta ejaan dalam
memperkasakan penggunaan Bahasa Inggeris.

2.0 VISI
BAHASA INGGERIS BAHASA UNIVERSAL
YOU CAN DO IT !
SPELL IT RIGHT !

3.0 MISI
3.1 Membantu murid-murid meningkatkan kecermelangan di dalam penggunaan
Bahasa Inggeris.
3.2 Menambah perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.
3.3 Mencabar minda dan keupayaan murid untuk meneroka bunyi dan sebutan
yang tepat bagi perkataan-perkataan Bahasa Inggeris.
3.4
4.0 TARIKH PELAKSANAAN

5 September 2023

5.0 TEMPAT

Lokasi di Sekolah Rendah Islam Al-hilal :

Dewan Terbuka Al-Hilal

6.0 SASARAN

Semua murid tahap 2. Jumlah keseluruhan murid ialah 107.

7.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

Rujuk lampiran ( Semua guru Bahasa Inggeris)

10.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

10.1 Penyediaan kertas konsep


10.2 Perbincangan perlaksanaan bagi menjelaskan kertas konsep berkenaan.
10.3 Membuat pemilihan murid bagi setiap kelas tahap 2 oleh guru mata pelajaran
Bahasa Inggeris.
10.4 Perlaksanaan pertandingan
10.5 Penilaian impak pertandingan

11.0 PENYERTAAN

Pertandingan ini melibatkan semua penyertaan dari setiap kelas di Sekolah


Rendah Islam Al-Hilal. Pertandingan ini berlangsung pada 5 September 2023.

12.0 PERLAKSANAAN PERTANDINGAN

12.1 Setiap kelas diwakili oleh 4 orang murid yang terbaik.


12.2 Empat orang murid ini akan bertanding sesama mereka sendiri di dalam kelas
masing-masing.
12.3 Setiap murid perlu mengeja secara lisan berdasarkan perkataan yang diberi
oleh juri sebanyak tiga pusingan.
12.4 Pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan ejaan yang paling banyak dan
betul.
12.5 Akan dilaksana pada jam 9-10 pagi pada 28 Oktober 2013 bertempat di lokasi
yang telah ditetapkan.

13.0 PENANDA ARAS PENCAPAIAN

13.1 Meningkatkan keyakinan diri untuk menyebut perkataan Bahasa Inggeris


dengan tepat.
13.2 Menambah perbendaharaan perkataan Bahasa Inggeris.
13.3 Meningkatkan penguasaan penggunaan murid dalam mengeja dan menyebut
perkataan Bahasa Inggeris.
13.4 Murid akan lebih peka untuk mengeja dengan betul, terutamanya dalam
penulisan Bahasa Inggeris.
13.5 Murid akan lebih berani,tidak malu berkeyakinan untuk menyebut seterusnya
menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan seharian.

PENUTUP
Program “Spell It Right” diharap dapat membantu murid supaya menguasai dengan
lebih baik,yakin,optimis dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Semoga dengan cadangan
program ini dapat memupuk minat murid supaya rajin, tidak kekok untuk terus mengeja dan
menyebut setiap perkataan dalam bahasa Inggeris yang dipelajari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ……………………………….
(HANIM BT HJ YUSOFF) (HALIMATUN SA’ADIAH BT SAID)
Penyelaras Program Guru Besar,
“Spell It Right” Sek. Keb.Bertam Indah
Sek.Keb.Bertam Indah Tarikh: 23.08.2013
Tarikh:23.08.2013

You might also like