Nota Bab 2 F5

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

QUOTES

NOTA SEJ F5

BAB 2:PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

2.1 Latar belakang sejarah Perlembagaan Persekutuan


-perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara yg dijadikan rujukan oleh kerajaan dlm
pentadbiran negara.
-Asas pembentukan perlembagaan:
i)Undang-undang negeri Melayu
-ditentu dan digubal oleh raja sebagai ketua pemerintah
-cth Hukum Kanun Melaka/Undang-undang Laut Melaka/Undang2 99 Perak/Undang2 Kedah.
ii)Undang-undang Inggeris
-bermula abad ke 19 setelah penjajahan British
i)Charter of Justice (berdasarkan undang-undang yg digubal di England)- (NNS)
ii)The Sarawak Application of The Laws Ordinance 1949 –(Sarawak)
-Ogos 1956, perlembagaan Sarawak memberi kuasa kpd Majlis Negeri
Utk membuat undang2.
iii)Sabah Application of the Laws Ordinance 1951 –(Sabah)
-1950, Majlis Undangan memberi hak kpd Gabenor utk mengubal undang2.

2.2 Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan


-Penggubalan perlembagaan di negara kt telah bermula sejak 1877 hingga 1957
-Setelah merdeka pihak yang mengubal perlembagaan negara kt terletak di bawah bidang kuasa Parlimen.
i)1877
-bermula di Perak apabila Raja Muda Yusuf yg menjadi pengerusi Majlis Negeri Perak
Telah menggubal undang2 neg Perak
ii)1946
-Majlis Undangan Negeri menggubal undang2 di NNS
-Majlis Perskutuan menggubal undang2 di NNMB
-Majlis Negeri menggubal undang2 di NNMTB
iii)1948
-Perjanjian PTM 1948 bermulanya undang2 di 11 neg Melayu (tdk termasuk Singapura)
-mengandungi perkara spt kedudukan raja2/ kewarganegaraan/perundangan
iv)1957
-Suruhanjaya Reid menggubal undang2 bg T.Melayu yg merdeka mengikut model Westminster
-mengandungi 5 perkara utama:
a)Kerajaan Persekutuan yang kukuh
b)Menjamin kedudukan raja2 Melayu
c)Menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain
d)Parlimen mengandungi Dewan Negara dan Dewan Rakyat
e)Kewarganegaraan

2.3 Ciri utama Perlembagaan Persekutuan


-Terdapat 2 ciri utama perlembagaan persekutuan iaitu ciri tradisonal dan ciri moden
a)Ciri tradisional
i)Kesultanan atau pemerintahan beraja
-setelah merdeka, negara kt masih mengekalkn pemerintahan beraja tetapi melalui konsep
Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

~1~
QUOTES

-YDPA(negara) -merupakan ketua negara Malaysia


-mengampun dan menangguhkan hukuman
-membuat perlantikan bagi jawatan utama negara- cth Ketua Hakim Negara/PM
-Sultan (negeri)-memegang kuasa eksekutif dgn nasihat Majlis Mesyuarat Neg.
-mengurniakan darjah kehormat kpd individu terpilih
ii)Agama Islam
-Peruntukan perlembagaan masih menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi
-Sultan berkuasa menjaga kedudukan agama Islam diperingkat neg
-YDPA menjaga kedudukan agama Islam bagi negeri yang tidak beraja
iii)Bahasa Melayu
-sejak dulu BM menjadi lingua franca (bahasa perhubungan)
-kini BM menjadi bhs kebangsaan
iv)Kedudukan orang Melayu dan bumiputera
-sebelum merdeka kedudukan ini dijaga oleh sultan
-selepas merdeka YDPA berperanan menjaga kedudukan istimewa Melayu dan bumiputera S&S

b)Ciri moden
i)Kerajaan Persekutuan
-Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri diberi kuasa dalam bidang tertentu
ii)Sistem Demokrasi Berparlimen
-rakyat diberi kuasa memilih pemimpin melalui pilihan raya
-pilihan raya diuruskan oleh SPR
-terdapat 2 btk pilihan raya -pilihan raya persekutuan/pilihan raya negeri
iii)Kewarganegaraan
-dulu terdapat rakyat raja/rakyat British
-setelah merdeka terdapat kewarganegaraan yg sama bagi rakyat.

2.4 Pindaan Perlembagaan


a)Pindaan Perlembagaan 1963
-Sejak 1957, perlembagaan persekutuan telah dipinda beberapa kali mengikut kesesuaian semasa.
-terdapat 3 perkara utama dlm pindaan tersebut:
i)struktur mahkamah atasan
-Mahkamah atasan dibentuk yang mengandungi Mahkamah Atasan Persekutuan T,Melayu/
Sabah/Sarawak
-mahkamah atasan boleh mendengar pertikaian di antara kerajaan persekutuan/kerajaan neg.
ii)pindaan mahkamah tinggi
-Mahkamah Tinggi Borneo diwujudkan walaupun terdpt Mahkamah Tinggi Malaya
-bertujuan utk menguruskan hal kehakiman di Sarawak dn Sabah
-Jawatan ketua hakim Sarawak dn Sabah diwujudkan.
iii)jawatan yang dipertua
-diwujudkan di Sabah dan Sarawak setelah kedua negeri ini menyertai Malaysia
-ini kerana Sabah &Sarawak tdk mempunyai sultan
-Yg dipetua perlu mengikut ,ajlis Tertinggi (Sarawak) dan Kabinet Menteri (Sabah)

b)Pindaan Perlembagaan 1965


-7 Ogos 1965, parlimen meluluskan pindaan Singapura bertujuan menyingkirkan Singapura
Dari Malaysia (imigresen/kewangan/hubungan luar negara/pertahanan)

Kesimpulan: Perlembagaan penting kepada sesebuah negara dan sebagai rakyat kita harus mempertahankan
perlembagan negara kerana ia adalah undang-undang tertinggi negara.

~2~
QUOTES

~3~
QUOTES

~4~
QUOTES

NOTES :

~5~

You might also like